20-BaNGTaN~♡

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Typo merata-rata😂

Helloooo guysss~~~

Seokjin mengemas ruang tamu yang bersepah dengan sisa perencah kerepek ubi milik hoseok, botol air berkarbonat dan air mineral serta cup ramen bersepah-sepah di ruang tamu.

Dengusan lelaki itu kedengaran. Jelas menunjukkan yang dirinya sedang marah.

Yoongi yang berada di situ hanya membiarkan saja tingkah laku seokjin. Televisyen yang menyiarkan cerita 'midnight runner' itu barangkali lebih menarik minatnya daripada mendengar bebelan seokjin. Sesekali kerepek ubi dimasukkan ke dalam mulutnya.

"Haih.... apa lah yang nak jadi dengan budak-budak ni? Makan je pandai... buang tak reti pulak. Bukannya susah... ambik je plastik dengan botol tu then pergi je dapur, buang dekat tong sampah. Bukannya susah pun. Apa diorang ingat kat rumah ni ada maid ke? Aish... macam mana lah bila aku kahwin nanti? Apa lah yang akan jadi dengan rumah ni? Silap-silap boleh roboh macam tu je. Haih... sabar jelah kim seokjin."

Lelaki itu tidak henti-henti menghela nafas. Yoongi yang duduk bersila di atas sofa menjadi tatapannya.

"Min yoongi... mana adik-adik kamu?"

"Hurm? Ntah lah... namjoon pergi rumah cousin dia. Yang lain dalam bilik lah kot."

Mata yoongi masih lagi tertumpu pada skrin televisyen. Kerepek ubi dikunyahnya berselera.

Seokjin menghela nafas sekali lagi.

"Apalah yang nak jadi dengan kamu ni yoongi. Kamu ni pasal adik adik sendiri pun tak nak ambik tahu ke? Haih.... penat aku mengandungkan kamu dulu tau. Anak bertuah!"

Seokjin melemparkan penyapu ke bawah.

Bahu yoongi terhenjut tanda terkejut. Wajah seokjin dipandang tajam. Lantas dia berdiri. Habis mood nya terbang ke Itali gara-gara lelaki itu.

"Kau dah kenapa? Aduh.... diorang ada je dekat dalam bilik tu. Jangan nak kecoh-kecoh boleh tak? Semua orang ada je dekat dalam rumah agam ni kecuali KIM NAMJOON. Okay... kau faham tak? Ke nak aku explain secara terperinci. Haih.... macam ni lah, aku terangkan. Kim seokjin dengan min yoongi ada dekat ruang tamu. Kim namjoon ada dekat rumah cousin dia. Jung hoseok ada dekat dance room. Park jimin tengah makan mochi dekat balkoni bilik dia. Kim taehyung dengan jeon jungkook tengah main video game dekat bilik taehyung. Dah... kalau kau tak percaya dengan apa yang aku cakap ni, kau pergi lah tengok sendiri. Dah, jangan kacau aku. Aku nak layan park seojoon. Huh, bye!"

Lantas punggungnya dihempas kasar di sofa. Plastik kerepek diambil. Matanya tertumpu 100% kepada televisyen dihadapannya. Tubuh seokjin yang berada di situ dibuat seperti tidak wujud.

Seokjin mengeluh. Haih... salah ke dirinya? Kakinya melangkah pergi ke dance room. Dia nak tengok hoseok menari.

.
.
.
.
.

Pergerakan badan hoseok terhenti apabila pintu bilik itu dibuka dari luar. Wajah seokjin yang monyok itu membuatkan hoseok tersenyum kecil. Nafasnya tersekat-sekat kerana keletihan.

"Hyung... ok ke? Hobie nampak hyung macam ada problem je ni."

Seokjin menggelengkan kepalanya lalu duduk bersila di tengah-tengah dance room itu. Hoseok mengambil tempat di hadapan seokjin. Senyuman manisnya dipamirkan di wajah putihnya.

"No... hyung tipu. Hyung mesti ada problem ni. Kalau hyung tak ada problem, tak adanya hyung datang cari hoseok."

Sengaja dia membuat ayat sendu bercampur dengan sindiran palsu untuk mendapat tahu kebenaran di sebalik wajah monyok seokjin.

Serba salah seokjin dibuatnya. Keluhan dilepaskan. Mata hoseok dijeling sekilas sebelum menunduk kepalanya.

"Hyung.... gaduh dengan yoongi."

Jari telunjuknya dimain-mainkan👉👈

Dahi hoseok berkerut.

"Hah? Gaduh? Apa yang dah jadi ni sampai hyung gaduh dengan yoongi hyung?"

"Hyung cuma membebel je dekat dia. Hyung geram sebab korang buat sepah malam tadi tapi tak nak kemas balik. Hyung tahu dia tak bersalah. Mianhae..."

"Tak pelah.... yoongi hyung tak marahkan hyung pun lah. Dia just bagi nasihat je. Btw siapa yang buat sepah dekat ruang tamu semalam?"

"Kau lah kuda!"

"Eh, mana ada. Hoseok semalam terus masuk tidur lepas dinner. So... hoseok tak bersalah."

Seokjin terpinga-pinga. Kalau bukan hoseok, bukan yoongi. Habistu siapa? Jap...

"MAKNAE LINE!!!"

.
.
.
.
.

"Hyung.... ampun hyung... tae janji tak buat lagi.... hiks hyung..."

"Hyung.... maafkan chim, hyung."

"Hyung... kookie tak bersalah hyung.... ni semua salah chim ngan tae hyung."

Selamba sahaja jungkook menutur katanya. Dia bukan lah spesies hyung dia yang dua orang ni. Kena marah and kena ugut sikit pun dah kecut. Huh, lembik!

"Banyak lah tak bersalah kau tu  jeon jungkook! Semalam tidur aku terganggu disebabkan kau tau tak?! Suara kau lah yang paling riuh semalam! Dah macam suara tikus nak panggil hujan dah. Kau mengaku salah kau ke tak? Baik kau mengaku sebelum aku baling telur dekat muka tenuk kau tu!"

Yoongi dah mula mengugut si maknae itu. Geram dirinya apabila terkenang kembali yang dia tak mampu tengok full movie disebabkan diorang ni.

Cemberut wajah jungkook. Perlahan-lahan kepalanya mengangguk tanda dia bersalah.

"Hoseok... tambah sekampit beras lagi dekat diorang."

Arah yoongi tegas. Hoseok yang dah kecut habis dengan yoongi tu hanya mampu menurut. Diletakkan di  atas sekampit beras itu di atas beras yang mereka telah angkat.

"ARGHHHHH HYUNGGG JEBALLL SAKITTT KITORANG MINTAK MAAF HYUNGGG HIKS"

Serentak maknae line meminta simpati daripada hyung-hyung mereka. Mana taknya dahsatu jam diorang angkat guni beras yang berjisim 10kg itu and disebabkan tingkah laku jungkook tadi, kini diorang dah mengangkat 15kg beras. Air mata mereka juga tidak berhenti mengalir menunjukkan betapa terseksanya mereka.

"Dah... korang boleh lepaskan beras-beras tu semua." Arah seokjin sambil menghulurkan sebotol mineral water untuk mereka.

Air yang diberi oleh seokjin pantas diteguk. Setelah itu, dia menghembus nafas lega.

"Korang serik ke tak?" Yoongi memandang tajam tubuh maknae line.

"Serik hyung!" Serentak mereka menjawab.

"Hyung kejam..." Taehyung berkata perlahan.

Mata yoongi tajam menatap taehyung.

"Apa kau cakap tadi taehyung?"

Taehyung menggeleng. Gerun dia melihat wajah yoongi.

"Good. Dah, aku nak tidur. Bye."

Langkah yoongi dibawa ke biliknya.

"Tulah korang... dah buat salah tak nak mengaku. Kan yoongi hyung dah bagi denda." Bebel hoseok.

Jimin mencebik.

"Hyung... tangan dengan kaki chim sakit hiks."

"Tae pun..."

"Kookie pun.."

Seokjin mengeluh kembali. Rambut jimin diusap lembut. Wajah mereka dipandang sayu. Senyuman manisnya terhias di bibir.

"Lain kali jangan buat macam ni lagi tau." Pesan seokjin.

"Nae hyung!"

"Dah... korang berehat lah ye. Hyung pergi dapur. Hyung nak masak untuk lunch."

"Nae hyung."

Seokjin berlalu pergi ke dapur.

Hoseok memandang adik-adiknya itu tajam.

"Korang buat apa kat bawah semalam?" Soal hoseok

"Kitorang tengok music bank."

Taehyung berkata jujur.

"And then... kitorang menari sama-sama semalam."

Sambung jimin.

Hoseok mengangguk faham. Ouh... patutlah. Jungkook yang hanya mendiamkan diri itu dipandang. Risau pulak dia rasa.

"Kookie ok?"

"Ok je hyung."

"Hurm... kalau kookie ada problem, bagitahu je dekat hyung ok."

Jungkook menggangguk faham.

"Haih... ni lah salah satu sebab kenapa bangtan sangat perlukan namjoon. Aku tak boleh bayangkan kalau namjoon tinggalkan kitorang lepas lelaki tu kahwin nanti. Aku harap yang semuanya akan ok seperti kebiasaannya..." Desis hati suci murni hoseok.

《BeRSaMBuNG...》

Hi guys... ok tak chapter kali ni? Sorry tak ada bab song jihyo kali ni. Next chapter song jihyo ada ok😉

Next chapter: SJH×KNJ aND SJH×KSJ

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro