🧸 10| Gaduh

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Chapter ni boleh jadi sedih, boleh jadi hambar. Ikut readers punya penghayatan lah 🧸.

















Mereka berkumpul di dewan sementara menunggu kehadiran bas .Pelajar Smk Melati sudah bergerak pulang lebih awal .

"Weh abang kau masih marahkan kau ke?" tanya El tiba-tiba.

"Tak tahu malas nak amik tahu," jawab Aara ringkas.

"Ish kau ni."

Aara hanya beriak biasa.

Mereka mengangkat punggung apabila Cikgu Atikah menyuruh semua pelajar Smk Damansara beratur sebelum menaiki bas. Kehadiran diambil bagi memastikan tiada siapa yang tertinggal. Bas mula bergerak setelah mendapat isyarat daripada Cikgu Atiqah.

Mereka tiba di sekolah pada jam 2 petang. Ramai pelajar yang sudah pulang ke rumah masing-masing.

"Mama aku dah sampai. Aku gerak dulu." Aara menjatuhkan kepala sekali.

Aara melangkah ke tempat parking di mana tempat alongnya meletakkan kereta 3 hari yang lalu.

Kosong.

Aara mengeluh kasar lalu telefon pintarnya dikeluarkan. Nasib baik alongnya sudah mengambil beg pakaian Aara.

Grab. Itu sahaja dalam fikirkannya.

Aara tidak menuju terus ke rumah, dia singgah ke KFC. Lapar. Dia mengambil tempat duduk setelah mendapatkan makanannya.

Tiba-tiba Aara rasa ada seseorang mengambil tempat di hadapannya.

"Kau buat apa kat sini? Seronok makan? Orang dekat rumah tengah naik angin, kau kat sini makan angin?" sergah Anaqi tiba-tiba.

Dia mengangkat kepala lalu terkejut melihat Anaqi memandang serius ke arahnya.

Apa lagi ni?

"Apa?" 

"Memang suka buat abang-abang kau risau eh?" tanya Anaqi dingin.

Kening Aara terangkat mendengar pertanyaan dari Anaqi. Dia tergelak. Sinis.

Rasa kelakar dengan soalan itu.

"Risau?" Matanya memandang wajah beku Anaqi sambil mulut sedang mengunyah kentang.

Anaqi hanya menganggukkan kepala.

"Siapa tinggalkan siapa dulu ya? Saya atau abang-abang saya?" tanya Aara balik dengan muka menyampah.

Anaqi terdiam mendengar kata-katanya. Ishh... Aku dah agak dah. Zafran dengan Zemir ni memang nak kenalah, rungut Anaqi dalam hati.

Kenapa diam cik abang? Tadi bukan maen lantang cakap itu ini, sekarang sel sel otak dah tk berhubung ke? Habis tu tadi? Terputus? Oh, faham. Bisik hati Aara geram.

"Awak tak risaukan saya ke?" soal Aara lembut tidak lupa juga dengan wajah mengadanya.

Anaqi hanya memekakkan telinga seperti tidak mendengar apa-apa.

"Aku hantar kau balik," katanya sambil mengerling makanan Aara yang sudah habis dimakan. Anaqi terus melangkah keluar dari KFC.

"Eh, blah macam tu je?" Heran Aara dibuatnya.

Telefonnya bergetar tanda mesej masuk. Aara mula mengerut kening membaca mesej tersebut.

+018 - **** ****
Cepat ! Lambat aku tinggal

"Tinggal?" Aara terkebil-kebil memandang mesej itu. Lama. Telefonnya bergetar dan lagu Make You Wanna - Dolla dimainkan.

Lihat oh lihat , ku cuba mendapat perhatianmu ~

Aara bingung sama ada mahu menjawab atau membiarkan sahaja.

Jerat terjerat , tiga satu lima sudah lamaku tunggu ~

Dia memutuskan untuk menjawab panggilan itu.

"Hello...." sapa Aara di corong telefon.

"Kau nak aku tunggu kau berapa lama lagi ni?" Aara kembali mengerut kening hairan . Anaqi ke ni?

"Cepat ! Jangan sampai aku heret kau keluar." Belum sempat Aara membalasnya, panggilan sudah dimatikan oleh Anaqi.

Aara mengangkat kaki keluar dari KFC dan memandang sekeliling . Kepala yang dibalut tudung itu Aara garu.

"Dia kat mana pula ni," gumamnya sendiri.

"Kat sini...." Suara itu tepat di tepi telinga kanannya.

Gulp !

Aara menelan air liur kemudian memandang di sisi kanannya.

"Ish Anaqi, terkejut lah!" Aara melepaskan nafas kasar lalu memandang Anaqi yang sedang terkekeh-kekeh dengan tawa macho nya.

Mata Aara tidak berkelip memandang Anaqi yang sedang seronok menggelakkannya.

EHEM !

Anaqi berdehem kuat telah mematikan lamunan seorang gadis bernama Aara Elina. Cis!

"Tak pernah tengok orang gelak ke?" Mukanya mula membeku tanpa senyuman memandang ke arah Aara.

"Orang lain pernah tapi kalau orang bernama Izzat Anaqi tak pernah lagi hehe," ujar Aara sambil tersengih menayangkan giginya yang cantik tersusun.

Muka Anaqi berubah menjadi kemerahan. Anaqi terus mengajak Aara ke tempat parkir tanpa memandang wajah gadis itu.






Anaqi mematikan enjin apabila sampai di depan rumah mummy. Aara mengerut kening lalu memandang wajah Anaqi.

"Awak nak masuk sekali ke?" tanya Aara.

"Haah.By the way , Zafran dengan Zemir tengah mengamuk kat dalam.... Semua orang kat dalam tengah tunggu kau," terang Anaqi dengan berwajah risau.

"Dah jom masuk , jangan risau aku sentiasa ada dekat sisi kau." Anaqi memberikan senyum manis kepada Aara untuk menghilangkan debaran gadis itu.

Aara mengangguk perlahan dan kaki melangkah masuk ke rumah.

Zafran memandang Aara tajam sebelum mendekati adiknya yang baru tiba di tempat mereka berkumpul.

PANG !

Aara terkedu. Air mata mula mengalir laju.

Anaqi dan yang lain terkejut dengan tindakan Zafran. Anaqi masih lagi berdiri di sisi Aara.

"Mummy dan daddy tak pernah ajar kamu belasah anak orang sampai masuk ICU Rara. Ini yang Rara balas dekat mummy, lepas mummy besarkan Rara dengan penuh kasih sayang ?" kata mummy dengan penuh kekecewaan.

Aara tahan rasa mendengar kata-kata mummy. Aara mula memandang wajah - wajah yang berada di situ. Matanya terhenti di wajah Sofeya dan Nadia yang sedang memandang sinis ke arahnya.

Stupid girls!

Aara menarik nafas dan hembus secara perlahan-lahan. Kau kena tenang bila bercakap dengan dua bakal pesakit mental ni, pujuknya sendiri.

"ICU? Hospital mana?" Aara membalas pandangan Sofeya dan Nadia dengan tenang.

Aara perasan wajah Sofeya dan Nadia cuak namun mereka cepat mengawalnya.

"Mak Hana tak benarkan kita orang bagitahu kau tentang keberadaan Hana sekarang... Takut kau serang Hana lagi." Nadia hanya mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Sofeya.

"Ye ke? Atau takut kantoi?"

"Sudahlah Rara. Dah salah mengaku je lah... Kenapa susah sangat?" Dingin sahaja Zemir bersuara.

Aara terdiam mendengar kata-kata angah seolah-olah dirinya sorang yang salah. Yang lain hanya diam memerhati.

"Kau orang datang sini semata-mata nak bagitahu hal ni je ?" Tenang. Dalam hati rasa benci kepada geng girly semakin dalam.

BAM !

Daddy menepuk meja di hadapan sofa dengan kuat. Ternaik bahu Aara. Dia memandang wajah bengis daddy.

"Rara mengaku je lah !" jerkah daddy sambil memandang tajam ke arahnya.

Wow, I'm speechless.

"Rara nak mereka berdua jawab dulu soalan Rara tadi." Suasana semakin tegang.

"M-mak Hana suruh bagi amaran dekat kau sekeluarga ja-jangan ganggu Hana kalau tak nak kena saman," jawab Nadia sedikit gagap.

"Saman je lah... Aku dah buat anak dia masuk ICU kan? Tunggu apa? Ingat perkara ni main-main ke? Memang nak kena bagi warning dulu ?" Aara memeluk tubuh. Mata tak lepas dari memandang mereka berdua.

Dasar perempuan gila!

"Mak Hana bagi kau dua pilih. Jangan ganggu Hana lagi atau mak Hana akan saman kau dan keluarga kau dapat malu." kata Sofeya.

"Haih... Tak faham lah, aku dah buat anak dia masuk ICU kan ?Kenapa tak saman terus?" Aara mula memicit dahi . Pening.

"Ke kena tunggu aku bunuh dia sekali dengan kau orang berdua? Ala macam kau orang buat dekat 3 sahabat aku tu."

"Kau ingat aku ni macam kau orang ke? Mengemis dalam kehidupan orang lain?" Dalam hati sudah beristighfar. Dia menarik nafas dan hembus perlahan-lahan. Dia sedar yang dia terlalu emosi.

Di sisi lain, mereka di ruang tamu terdiam dengan kata-kata Aara.

"Okay... Dah selesaikan tugas kau orang? Tunggu apa lagi ? Nak kena bentang karpet merah baru reti nak balik?" sambung Aara selamba. Mata mummy tajam memandangnya.

"Siapa ajar Rara layan tetamu macam ni ?" tanya mummy sebaik sahaja Sofeya dan Nadia keluar dan pulang ke rumah.

"Rara tak pernah ada tetamu manusia yang bertopengkan syaitan macam tu, " bidas Aara.

"Rara... Jaga mulut tu bila cakap dengan mummy," tegur daddy.

"Sorry," ucap Aara perlahan. Dia mengambil tempat di sebelah Izzan manakala Anaqi duduk di sebelah alongnya.

"Apa yang Rara buat kat budak tu sampai masuk ICU?" Suasana kembali tegang apabila angahnya bertanya soalan itu.

"I slapped her more than twice, itu je." jawabnya jujur.

"Along tak percaya... Sampai masuk ICU tau Rara, kalau mati budak tu macam mana?" sampuk Zafran.

"Mati tanam je lah," jawab Aara selamba. ICU konon.

Musuh kau hati busuk? Masuk ICU tak? Tak? Hm lemah.

"I'm serious Rara."

"I'm serious too! What? Along sendiri tak percayakan adik sendiri. Bukan along sorang tapi keluarga Rara sendiri tak percayakan Rara dan lebih percayakan orang luar betul tak?" Air mata Aara mengalir laju.

"Tadi along tanyakan, kalau budak tu mati macam mana? Kalau budak tu mati , Rara ni pembunuh lah simple right?" tambah Aara lagi.

"Astaghfirullah al- azim. Mengucap Rara !"

"Apa lagi daddy? Bazir air liur Rara je kalau beria Rara terangkan tapi keluarga Rara sorang pun tak nak percaya."

Sebak. Air mata dari tadi tak berhenti mengalir. Laju.

"Apa yang dia buat kat Rara lagi teruk daripada apa yang Rara buat kat dia tahu tak?! ICU lah sangat. Ntah ntah elok je dia tengah rancang buat muka plastik. Yela, Rara dah buat muka dia bengkakkan? Untuk pengetahuan mummy dan daddy, budak yang Rara tampar dan dua orang perempuan yang datang tadi tu yang menyebabkan kawan-kawan Rara mati. Dan pasal Alia...."

Aara mula menarik nafas dan hembus perlahan cuba mengumpul kekuatan untuk sambung kata-katanya yang terhenti. Wajah mummy dan daddy yang terkejut hanya dihiraukan.

"Arwah Alia mati bukan sebab terlalu terkejut tentang kematian Aina dan Aqilah... Tapi sebab Hana tekup bantal dekat muka Alia lepas buka alat bantuan pernafasan Alia tu, Sofeya dan Nadia pun bersubahat sekali dan along, angah tahu pasal ni tapi dia orang tak pernah pun bagitahu Rara pasal benda ni! " Aara menangis teresak-esak.Terkelu lidah along dan angahnya apabila Aara sudah tahu rahsia mereka.

Kejam!

"Kalau along dengan angah nak tahu, Rara tampar pempuan tu sebab dia longgarkan tali Rara masa Rara nak turun dari Climbing Wall tu. Tak boleh nampak lagi ke yang dia memang nak Rara ikut jejak Alia, Aqilah dan Aina tu."

"Atau nak tunggu jenazah Rara sampai rumah baru nak ambil tindakan?" sambungnya sinis.

Semua terdiam mendengar kata-kata Aara termasuk Airil.

Dah agak. Getus Airil di hati. Geramnya dipendam sahaja.

"Anaqi. Boleh awak teman saya keluar?" pinta Aara perlahan.

Anaqi menganggukkan kepala.

"Bila?" tanya Anaqi.

"Sekarang." Terus kaki melangkah keluar tanpa memandang sesiapa. Hatinya sakit bila keluarga
sendiri lebih percayakan orang lain.

"Bro. Tolong jagakan adik aku elok-elok. Apa-apa hal bagitahu aku." pesan Zafran kepada Izzat.

Zafran dan Zemir meraup kasar wajahnya. Menyesal.

Daddy memujuk mummy yang sedang menangis setelah mendengar kata-kata dari mulut Aara.

Airil dan Izzan mengeluh dalam diam. Marah dengan tindakan melulu sahabatnya itu.







"Saya tahu Hana tak teruk mana pun. Saya tampar dia tu tak adalah sampai rahang senget ke atas ke, bibir herot ke kiri ke. Drama je perempuan tu." Aara mulakan perbualan sebaik sahaja Anaqi mengambil tempat di sebelahnya.

"Kau yakin ke? Aku tengok muka dia lebam pun macam teruk je." Aara memandang Anaqi.

"Teruk bahagian muka je bukan bahagian kepala sampai boleh masuk ICU. Kenapa? Saya tampar dia sampai kepala dia boleh bocor ke? Atau awak nampak otak dia tu terkeluar sekali? "balas Aara menyampah.  Anaqi menghamburkan tawa melihat bibir Aara yang terkumat-kamit geram dengan si Hana itu.

"Pasal Hana longgarkan tali kau masa tu, aku nampak dan aku sempat amik vidio. Nak tengok?" Mata Aara bersinar memandang Anaqi.

"Nak!" jerit Aara ceria.

Dia melihat rakaman di telefon Anaqi. Jelas senyum sinis Hana di situ. Aara memulangkan semula telefon itu kepada Anaqi apabila vidio itu selesai.

"Saya tak rasa yang dia orang akan berhenti kacau saya sebab dia orang dah tahu sekolah baru saya dan alamat rumah saya pun dia orang dah tahu." Aara mengeluh perlahan.

"Janganlah mengeluh. Balik solat minta pertolongan dari Allah. InsyaAllah dipermudakan nanti," kata Anaqi dan memberikan senyuman manis kepadanya.

Mata Aara tak berkelip memandang Anaqi.

"Haih. Baru bagi senyuman dah tergoda ke sampai pandang aku pun tak berkelip mata tu? Aduh susahlah gini," usik Anaqi dengan tersenyum senget sambil mengangkat kening berkali-kali.

Muka Aara terasa bahang melihat senyum senget itu lalu mengalihkan pandangan.

Dia mendengar gelakkan kecil dari Anaqi.

"Izzan kata kalau nak happykan seseorang, kita kena bagi orang tu makan aiskrim," kata Anaqi memandang hadapan.

"Awak nak belanja saya aiskrim ke?" tanya Aara teruja memandang Anaqi.

Anaqi menganggukkan kepala lalu memandang Aara semula.

"Nak aiskrim apa?" tanya Anaqi lagi.

"Cremeria! Tak kesah perisa apa," jawab Aara pantas.

"Sama macam Izzan...." komen Anaqi perlahan.

"Tapi saya tak nak Izzan. Saya nak Izzat Anaqi je." Lancar sahaja Aara berkata.

Anaqi terkedu mendengar kata-kata yang selamba keluar dari mulut Aara.

"Aku pergi beli ais krim dulu. Kau duduk sini diam-diam," pesan Anaqi.

"Baik boss!" Sambil tangan diletakkan di tepi dahi.

Anaqi menggelengkan kepala melihat gelagat Aara yang sudah kembali ceria.






Selepas keluar dengan Anaqi, Aara terus mengurungkan diri dalam bilik.

Tok !
Tok !
Tok !

Aara mendengar pintu biliknya diketuk sebelum pintu dikuak oleh angah.

"Mummy panggil Rara turun makan sekali," kata Zemir sambil memandang Aara.

"K," balas Aara dingin dan ringkas.

Zemir mengeluh dalam diam. Kesal dengan apa yang terjadi petang tadi. Dia menganggukkan kepala sebelum pintu bilik tidur Aara ditutup semula.

Aara meletakkan telefon pintarnya di atas katil lalu melangkah turun ke bawah.Dia hanya mendiamkan diri apabila tiba di ruang dapur.

Aara mengambil tempat di sebelah mummy bukan di sebelah along mahupun angahnya seperti selalu.

Suasana di meja makan menjadi sunyi tanpa perbualan.

Krek~

Aara menolak kerusi kebelakang dan menuju ke singki. Selepas selesai membasuh pinggan, dia melangkah ke arah tangga dan menuju ke bilik tidurnya tapi sempat mengucapkan terima kasih kepada mummynya.

"Terima kasih mummy masakkan makan malam untuk Rara. Sorry kalau Rara menyusahkan mummy."

Hey, tinggalkan vote boleh?💖

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro