🧸 13| Manja

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Malam menjelang tiba, Zafran dan rakan-rakannya masih di ruang tamu menyiapkan kerja sekolah kecuali Izzan. Mummy dan daddy juga belum pulang ke rumah.

"Bah!" sergah Izzan apabila melihat kelibat Aara di dapur sedang membasuh pinggan.

PRANG !

Pinggan yang berada di tangan Aara jatuh di lantai. Aara menutup mata dan mengetap bibir menahan keperitan serpihan kaca yang berada di atas kakinya.

Izzan melihat kejadian itu terus menjerit memanggil Zafran dan Zemir.

"Zafran ! Zemir !"

Mereka yang berada di ruang tamu tersentak selepas mendengar bunyi kaca pecah dan jeritan Izzan. Mereka semua melangkah laju ke dapur.

"Ya Allah Rara ! " kata Zafran dan Zemir serentak.

Zafran mencempung Aara lalu dibawa ke sofa di ruang tamu.

Aara ringan je okay !

Zemir membersihkan kepingan dan serpihan kaca yang berada di lantai kemudian mengangkat kaki ke ruang tamu.

"Mana Zaf?" tanya Zemir kepada Anaqi.

"Kat atas amik first aid kit," balas Anaqi.

Aara hanya diam merenung kaki yang berdarah.

"Apa jadi tadi?" Mata Zemir memandang ke arah Aara yang dari tadi menunduk sahaja. Tangannya naik menepuk bahu Aara.

Aara terkebil-kebil memandang angahnya.

"Hah?" Muka blur dipamerkan.

Zemir tergelak kecil melihat itu. Aara menjeling angahnya sebagai balasan.

"Sini letak kaki atas peha along," pinta Zafran yang sudah mengambil tempat di sebelah Aara.

"Sakitlah macam mana nak angkat...." rungut Aara dengan muka tidak puas hati memandang alongnya.

Zafran dengan selamba mengangkat kedua-dua kaki Aara ke atas pehanya.

Aara yang belum bersedia , sudah terbaring di atas riba angahnya. "Ish sakitlah !" marahnya sambil mengerut muka.

"Manja !"kata Zafran dan Zemir serentak. Zafran sempat mencuit hujung hidung adiknya manakala Zemir membetulkan kedudukan Aara supaya bersandar di badannya.

"Rindunya adik angah ni," kata Zemir lalu mencium tepi kepala Aara.

EHEM !

"Kami bertiga masih ada kat sini lagi," kata Izzan sambil mengerling ke arah Aara.

Aara hanya menjeling Izzan tajam.

Izzan terdiam setelah menerima jelingan itu.

Air liur ditelan. Kesat.

"Muka kau kenapa pucat je ni tiba-tiba?" tanya Anaqi berasa hairan.

"Ni mesti kau yang kacau Aara masa Aara buat kerja kat dapur tadi kan?" Tuduh Airil sambil tersenyum sinis memandang muka Izzan yang semakin pucat.

Binggo! Tepat sekali, gumam Airil dan Aara serentak dalam hati.

Zafran yang mendengar kata-kata Airil terus memandang Izzan tajam. Begitu juga Zemir.

"Betul ke?" tanya mereka serentak. Dingin.

Tersengih Izzan memandang rakannya itu. Kepala yang tidak gatal digaru.

"Aku sergah dia je," balas Izzan jujur.

Aara menahan senyum melihat kejujuran Izzan . Adakah Anaqi juga akan jujur macam tu? Bisiknya di hati.

"Rara !" panggil Zafran kuat.

Aara tersentak lalu membalas pandangan alongnya sambil mengangkat sebelah kening .

"Fikir apa sampai along panggil tiga kali tak dengar-dengar," rungut Zafran.

Aara mengangkat bahu . Masih mahu mogok tidak mahu bercakap dengan abang-abangnya.

Mata Aara sudah kuyu dan hampir sahaja terlelap .

"Aku angkat Rara bawa masuk bilik dia jap."

Aara memeluk leher alongnya. Matanya terkebil-kebil bagi menahan ngantuk.

Sampai sahaja di dalam bilik Aara, Zafran meletakkan tubuh itu di atas katil lalu membuka tudung dan kardigen yang masih tersarung.

"Kerja sekolah dah siap?" tanya Zafran lembut sambil mengusap rambut panjang Aara.

Aara hanya mendiamkan diri. Matanya masih memandang wajah alongnya. Rindu.

"Along tanya ni." Tangan Zafran turun mengusap pipi lembut adiknya.

"Tak ada kerja sekolah harini," jawab Aara perlahan. Dia melihat alongnya tersenyum setelah mendengar balasan daripadanya.

"Harini tidur awal okay. Biar along kemaskan buku ikut jadual Rara. Esok naik along dengan angah pergi sekolah. No excuse," pinta Zafran tegas namun pandangan masih redup memandangnya.

Aara angguk.

Zafran mengusap rambut Aara sehingga terdengar dengkuran halus itu. Dia mencium dahi kemudian membawa diri ke ruang tamu .

"Lamanya?" tanya Airil apabila melihat kelibat Zafran.

"Tidurkan Rara tadi." Yang lain hanya menganggukkan kepala tanda faham.

"Dah pukul 9 ni, mummy daddy kau tak balik lagi ?" tanya Izzat.

"Balik pukul 11 kot. Kau orang dah nak balik ke?" balas Zemir.

"Haah. Takut mama aku bising," jawab Izzan bagi pihak Izzat. Airil mengangguk tanda setuju.

"Ha okaylah. Sorry suruh kau orang stay sampai malam pula," kata Zafran dengan penuh rasa serba salah.

"Takpa kita orang okay je. Kita orang gerak dulu," kata Airil lalu mengangkat kaki keluar menuju ke arah motornya. Izzat dan Izzan pula menuju ke kereta mereka.

"Kau drive sebab kau buat hal kat umah orang," pinta Izzat dingin.

"Ishh. Yelah"balas Izzan pasrah.



Aara tersedar pada jam 5:40am terus melangkah ke bilik air untuk mandi.

"Auch!" Terjerit kecil Aara kerana menahan sakit. Macam mana aku boleh lupa yang kaki aku kena kaca semalam, bisik hatinya lalu menepuk dahi.

Aara mengerling ke kawasan melecur semalam. Semakin baik Alhamdulillah tapi masih perlu dibalut.

Selepas mandi, Aara keluar dari bilik air dan duduk di birai katil untuk menukar balutan di lengan begitu juga di kakinya.

Tok !
Tok !
Tok !

"Boleh mummy masuk ?" Tanpa menunggu jawapan dari Aara, mummy terus membuka pintu bilik.

"Meh mummy tolong balutkan Ni dah cuci luka?" Aara menggelengkan kepala.

Mummy meneruskan kerjanya selepas melihat gelengan dari anak perempuannya.



Aata berjalan menuju ke kelas dengan bersandal hitam.

Tok !
Tok !

"Maaf cikgu saya lambat," kata Aara lalu menundukkan badan sedikit.

Cikgu Maira hanya menganggukkan kepala sekali.

"Baik mari kita teruskan," kata Cikgu Maira setelah memastikan Aara sudah melabuhkan punggung.

"Eh kaki kau asal?" bisik El

"Ishh. Nantilah aku cerita. Fokuskan yang kat depan tu," tegur Aara tanpa memandang El.

El hanya beriak menyampah dengan Aara.

"Baik. Saya nak awak siapkan kerja sekolah ni. Esok saya nak tengok. Saya tak nak dengar alasan ye," pesan Cikgu Maira.

Aara dan rakan sekelasnya menjatuhkan kepala tanda faham.

"Bangun ! " kata ketua kelas 5 Akaun.

"Terima kasih cikgu !" ucap pelajar 5 akaun serentak. Cikgu Maira memberikan senyuman lalu melangkah keluar.

"Haa. Ceritalah ceritalah," desak El.

"Izzan sergah aku pastu aku terkejut pastu pinggan tu jatuh atas kaki aku." jawab Aara senada.

"What! Izzan ni memang nak kenalah," Muka El berkerut-kerut menahan geram.

"Ehh sabar-sabar. Aku yang kena kau yang berangin apahal?"

"Eh kau tak tahu ke kita ni dah sehati sejiwa tau. Kau sakit aku pun akan rasa sakit sekali.
Patutlah semalam aku rasa tak-" Kata-katabEl dipintas oleh Aara.

"Ha sudah-sudah. Aku malas nak layan drama kau," ujar Aara lalu memberikan senyuman manis pada El.

"Nak merajuk ah macam tu." El memalingkan mukanya ke tempat lain dengan menyilangkan tangan ke dada.

"Kalau kau macam tu, aku macam ni pula---" Aara sengaja menghentikan kata-katanya.

"Apa?" kata El pantas memandang ke arah Aara.

"Aku amik dua-dua. Anaqi dengan Izzan." sambung Aara tanpa mengeluarkan sebarang suara.

El membuntangkan mata setelah mengetahui kata-kata angin Aara. Dia mendekatkan diri ke arah rakanya itu dan berkata.

"Kalau Anaqi dengan Izzan kau punya. Mereka berdua pun aku punyalah. Kitakan sehati sejiwa." Senyum senget mula menghiasi bibir El.

Aara menunjukkan buku limanya ke arah El.

El melepaskan tawanya apabila melihat reaksi Aara.

Hello Anaqi is mine okay !





Aara duduk di pondok kecil sementara menunggu kehadiran El yang sedang membeli makanan di kantin.

"Seronok kena air panas?"

Aara memandang gerangan dengan malas.

"Seronok ada nama dalam senarai pelajar bermasalah? Wuu bangga ah gitu wuu." Sindir Aara tenang.

Dirah mengetap bibir menahan amarah yang kian meletus. Rakan-rakannya sibuk mengusap belakang tubuh Dirah.

Aara mengangkat kening apabila tiada balasan dari mereka bertiga. Diam dah?

"Dirah buat apa kat sini?" sampuk Anaqi yang tiba-tiba muncul. Bukan Anaqi sahaja, rakan-rakannya pun ada.

"Aara ni saja nak cari pasal dengan Dirah," adu Dirah kepada Anaqi.

Aara memandang mereka berlima sambil mengangkat kening sekali lagi tanda 'kalau berani tuduhlah lagi'

"Abang Izzat dengar tak ni?"rungut gedik Dirah.

Aara membuka suara kerana tidak mahu merosakkan matanya tengok perempuan di hadapannya itu tergedik-gedik dengan crushnya.

"Siapa yang duduk siapa yang berdiri sekarang ni? Siapa yang kacau siapa sekarang ni?" Aara tersenyum nipis setelah melepaskan kata-kata. Sabar!

"Hello Aara ! Sorry lambat," sampuk El lalu melabuhkan punggung di sebelah Aara.

"Kenapa ramai-ramai ni? Aku dengan Aara tak buat kenduri pun kat sini. " El berasa hairan.

"Err kalau ada pun kami berdua tak ajak kau orang, lagi-lagi tiga orang perempuan ni. Sorry sampah kecil tidak dibenarkan berada di sini, shuh shuh, terima kasih." tambah El siap berdiri menundukkan badan sedikit sebagai tanda hormat. Aara menahan diri daripada gelak.

"Ha ! Lagi satu sesedap kuah maggie tomyam kau je nak tumpahkan air panas dekat lengan member aku eh ? Dah lama hidup ke ha?!" jerkah El tiba-tiba.

Mereka semua terdiam termasuk tiga perempuan tu.

"Kau sengaja tumpahkan air panas dekat Rara kan? Kau lupa ke apa yang aku pesan dekat kau semalam?" sampuk Zafran. Wajahnya juga ketat tanpa senyuman.

Perasaan Aara berubah menjadi risau. Dia tahu sikap sebenar alongnya.

Apa bendalah yg aku tulis ni😭

Hey, tinggalkan vote boleh?💖

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro