🧸 2| Sekolah Baru

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Setelah tiba di tempat parkir kereta bagi bahagian pelajar tingkatan 6, Aara turun terlebih dahulu untuk misi mencari pejabat sekolah.

Kring!

Semasa Aara berjalan di sekitar sekolah tiba-tiba bahunya ternaik akibat bunyian loceng sekolah yang betul-betul berada di sebelah kanannya. Mukanya jangan ditanya, berkerut seribu sudah.

Aara mengurut dada bagi menahan amarahnya supaya tidak terlepas carutannya di pagi yang indah ini .

“Nasib kaulah labu, pagi pagi dah terkejut macam anak beruk hm. Haish nasib baik telinga aku tak pekak lagi, dah lah tak jumpa lagi pejabat. Oh brothers, I need you guys now," gumamnya perlahan.

Tanpa melengahkan masa, kakinya terus melajukan langkah walaupun tidak tahu hendak ke mana. My brothers say 'just follow the flow' gitew!

"Awak baju warna maroon, tunggu sekejap!" jerit Aara lalu menghampiri figura lelaki itu.

   Automatik kaki terhenti ketika mendengar seorang gadis menjerit kepada seseorang yang dimaksudkan dirinya.

"What do you want girl?" jawab figura lelaki  dingin dan tajam mata itu memandang anak mata Aara.

Aara terdiam setelah mendengar suara tersebut . Uish suara dia tidak boleh nak dingin lagi ke? Haa mata tu, aku cucuk dengan lidi sate baru tahu. Kata Aara dalam hati.

Hanya berani berkata dalam hati sahaja.

Pap!

Aara tersentak . Tiba-tiba terasa sakit di bahagian dahinya. Guess what? Yup dahinya dijentik oleh figura lelaki di hadapannya itu.

"Aau! Sakit tahu tak?! " marah Aara dengan suara bergetar perlahan dan mukanya merah padam kerana menahan diri daripada terkeluar air matanya. Maklumlah anak manja mummy kan? hm.

"I'm asking you girl , what do you want, sampai terjerit jerit panggil aku?" Kening sebelah diangkat dengan muka tanpa senyuman.

"Oh ya pasal tu. Saya nak tanya, pejabat kat mana ya?" Tangan Aara naik mengusap dahi yang masih berdenyut itu. Sengih ditayangkan kepada figura lelaki itu.

Kacak! Macam jodoh aku ohok ohok.

"Just that? Follow me," jawab figura lelaki itu sebelum angkat kaki daripada situ.

Terkebil - kebil mata Aara memandang susuk tubuh lelaki yang semakin jauh darinya . Seperti baru sedar dari realiti langkah terus laju mengikuti figura lelaki tu.

“Eh awak, tunggulah saya!”

•••

Setelah mengambil fail Aara di pejabat, cikgu yang bertugas pada hari Ahad itu meminta figura lelaki yang bersama Aara untuk menghantar Aara ke kelas 5 Akaun.

Sepanjang perjalanan Aara dan figura lelaki yang tidak diketahui namanya itu ke kelas 5 Akaun, Aara berusaha untuk menciptakan perbualan dengan lelaki tersebut.

Sungguh menyakitkan hati betul mamat ni. Tanya berpatah patah, dia boleh jawab sepatah je? Dalam mulut kau ada apa sampai susah sangat nak buka ha. Rungut Aara dalam hati.

"Awak...."

"Awak...."

"Awa--"

Kata-kata Aara telah dipintas oleh mamat dingin itu.

"Banyak mulut betul kau eh? Dengar sini baik baik. Nama penuh aku Izzat Anaqi. Nama panggilan? Ikut sesuka hati kau lah nak panggil aku apa asalkan baik maknanya. Aku pelajar tingkatan 6 kat sekolah ni. Aku pakai baju warna ni sebab aku pegang jawatan ke.tu.a. pe.nga.was. dalam sekolah ni. Faham? Ada apa apa lagi nak tanya tak, princess?" jawab Izzat panjang sambil memegang beg yang digalas oleh Aara. Dia juga merenung tepat pada anak mata hazel Aara.

Ya Allah, oksigen! Oksigen! Haish mummy, dia pandang Rara, dia pandang Rara! Teriak Aara dalam hati.

"Takda takda. Eh ada-ada," tutur Aara sambil menggelengkan kepala tapi dengan pantas mengangguk kembali untuk menanyakan satu soalan yang tertinggal.

"What?" Kening Izzat dinaikkan.

"Kawan awak panggil awak apa?" tanya Aara sambil tersengih.

"Seriously?" tanya lelaki itu dengan nada malas. Dia melepaskan pegangan itu dengan kasar. Mungkin kesal dengan pertanyaan yang merugikan masa emasnya itu tapi soalan itu penting bagi seorang gadis bernama Aara Elina.

"Ala jawab je lah alamak," rungut Aara lalu menggulingkan mata ke atas.

"Izzat,"jawabnya sepatah. Tersenyum lebar Aara mendengar nama itu.

Okay I will call you Anaqi, because of him... hatinya berdebar sekarang ini.

TET!

You will be my crush for this year . Yeay ! Ada crush baru!

•••

Setibanya mereka di hadapan pintu kelas yang dilabelkan 5 Akaun , Anaqi terus angkat kaki dari situ tanpa menoleh kebelakang mahupun mengetuk pintu kelas untuk gadis itu.

Mengesalkan!

Haish dia boleh tinggal je aku kat sini, macam mana la boleh jadi headprefect? Haihh nasib sayang, eh! Sayang ke ? Mestilah sayang crush baru tu hehe. Bebelnya masih dalam dunia sendiri.

"Ya? Awak pelajar baru tu ke ?" tegur Cikgu Maira dengan lemah lembut.

"Ye saya lah tu. Maaf cikgu, saya lambat," balas Aara perlahan. Dia merasa bersalah kerana telah lambat masuk ke kelas.

Cikgu Maira mengangguk beberapa kali erti faham dan memaafkan kesalahan Aara lalu masuk ke kelas. Aara hanya diam mengikuti dari belakang.

Suasana yang riuh tadi terus menjadi sepi kerana melihat Aara yang berdiri di depan.

Kenapa semua pandang aku macam aku ni baru lepas bunuh orang?

Semua pelajar di dalam kelas tersebut memberi tumpuan ke arah Aara. Ada yang memandang sinis, ada jugak tersenyum suka melihat kehadiran Aara. Pipi Aara bertukar merah apabila dipandang lama oleh semua pelajar di kelasnya itu.

"Aw, dia blushing!"kata seorang lelaki yang berkemeja jingga.

“Tadi maroon ketua pengawas? Sekarang jingga apa pula? Macam macam lah sekolah ni. Ceria betul sekolah ni macam macam warna ada,” gumam Aara sendiri.

"Kamu boleh perkenalkan diri kamu."

"Nama saya Aara Elina, boleh panggil Aara." Aara mengukirkan senyuman manis pada bibirnya.

"Baiklah kamu boleh duduk di tempat yang kosong."

Aara memilih tempat kosong yang berada di sebelah gadis berkaca mata seperti dirinya.

Cikgu Maira meneruskan pelajaran Bahasa Melayu yang terhenti sebentar tadi.

Kring!

Alhamdulillah dah masuk waktu rehat.

Bunyi hentakan kuat membuatkan Aara mengalihkan perhatiannya.

"Kau buat apa ni ?" soal Aara dingin. Apa? Ingat Mr.headprefect korang je reti dingin? Huh aku pun belajar daripada dia lah ni, aku kan girlfriend dia. Ops! Pembetulan, BAKAL GIRLFRIEND hehehe yakinnya.

"Aku nak suruh dia belikan makanan kita orang lah. Ha kau kawan dia kan? Ha belikan sekali untuk kitaorang tapi guna duit kau, sebab kau nak tolong kawan kau sangatkan? Ha tolong la member kau ni...."

“Siapa cakap aku nak tolong dia?” soal Aara hairan. Dia memandang rakannya yang sudah selesai mengemas alat tulis dan buku latihan itu lantas ditarik tangan itu.

“—Aku cuma nak ajak dia makan dengan aku je. Bye...”

Aara dan rakannya itu melangkah keluar dari kelas tanpa memandang sekumpulan budak gedik yang sedang memaki hamun mereka berdua.

 •••

Dalam perjalanan menuju ke kantin, tiba-tiba Aara mendengar suara garau memanggil namanya. Suara itu juga telah menarik perhatian sekumpulan gadis yang berada di situ.

"Rara!"

Aara menoleh ke belakang mencari siapa yang memanggilnya dan matanya tertumpu pada satu sekumpulan jejaka yang menuju ke arahnya. Siapa lagi kalau bukan...

"Eh hai Abang Zaf, Abang Emir," kata Aara dengan nada gedik sambil kenyit mata pada kedua-dua abangnya. Cukup perasa untuk memanaskan suasana kepada sekumpulan gadis yang tak lepas mata mereka memandang ke arah kemeja sekolah yang tidak butang dua dari atas abang-abangnya.

Along dengan angah ni pahal serabai sangat ni. Getus Aara dalam hati.

Aara maju selangkah, kedudukan Aara sekarang betul betul berada di hadapan di antara kedua-dua abangnya lalu Aara merampas tuala kecil yang berada di tangan mereka lalu mengesat lembut peluh yang berada di muka mereka.

Zafran dan Zemir mengangkat sebelah kening ke arah adiknya tetapi Aara mengabaikan sahaja. Aara sempat mendengar salah sorang daripada sekumpulan gadis itu mengatakan bahawa dirinya ialah 'perampas' sebelum mengangkat kaki dari situ.

Aara menghentikan perbuatannya lalu menjeling abang-abangnya tanda marah.

"What Rara?" Zafran kembali bersuara.

"Ada apa along panggil Rara tadi?" tanya Aara dengan nada malas.

"Tunggu aku kat depan kelas aku time balik nanti , aku keluar lambat sikit. Jangan memandai -mandai nak tunggu sorang sorang kat tempat parkir eh, I'm warn you Rara," kata Zafran dengan nada tegas lalu memandang tajam ke arah Aara. Haishh along ni nak jadi macam my baby Anaqi ke ?

Gulp !

"Aye aye captain!" balas Aara dengan ceria.

Aara baru perasan bahawa rakan-rakan abangnya sedang memerhati dan mendengar perbualan mereka adik beradik lalu tersengih.

"Err Assalamualaikum hai saya Aara, adik kepada Abang Zaf dan Abang Emir... Eh hai Anaqi!" sapanya sambil memandang rakan-rakan abangnya namun matanya terhenti pada wajah Anaqi lalu menyapanya dengan penuh teruja.

Wuw! My crush hehe.

________________________
Notes;
Izzat - scene tanpa Aara
Anaqi - scene ada Aara

Jadi jgn pening² okay :|

Hey, tinggalkan vote boleh?💖

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro