🧸 23| Confess

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Langkah Aara terhenti lalu mengerut kening teringat kejadian tadi.

"Apa maksud Airil?" soalnya perlahan.

Flashback

"Tak apa biar aku teman."

Aara terus memandang Airil tanda tidak percaya sempat dia mengerling muka Anaqi yang beriak biasa tanpa perasaan.

"Okay," balas Aara mengikuti Airil dari belakang.

Setibanya di kelas 5 Akaun , dia melihat tiada seorang pun pelajar. Riz dengan El nak kenalah, suka hati je tinggalkan aku, rungutnya di hati.

"Ni balik naik apa? Riz telefon aku tadi. Dia kata dia dah sampai rumah dah," bagitahu Airil memandang Aara yang sedang mengemas alat tulisnya.

"Err saya jalan kaki," balas Aara sedikit ragu entah kenapa berasa tidak sedap hati.

"Okay. Aku hantar kau sampai depan pagar sekolahlah. Kita orang balik lambat harini nak siapkan kerja kumpulan." Aara menggalas beg berjalan keluar dari kelas dengan wajah simpati memandang Airil.

Airil memandang kosong ke arahnya lalu mengangkat kening.

"Saya..." Kata-kata Aara terhenti. Betul ke apa aku buat ni? Dulu ada along dengan angah sekarang dia orang dah tak ada kat sekolah ni. Takkan aku nak tunggu pula, getusnya dalam hati.

"Aara. Kenapa?" tanya Airil dingin melihat keresahan di muka Aara. Bukan Airil tak tahu adik si Zafran dengan Zemir ni suka berahsia sebab itulah mereka berdua menyuruh Anaqi, Izzan dan dia sendiri untuk tengok-tengokkan adik kesayangan mereka ini.

"Tak ada apalah.. Jom." Langkah Aara terhenti apabila Airil menarik beg sekolahnya..

Aara terdiam melihat wajah serius Airil walaupun dah biasa. Dia nak marah aku ke? Rasanya aku tak ada buat salah pun. Ish susahlah kalau jumpa spesies macam along ni, sempat Aara kutuk Airil yang sedang memandangnya lama.

"Kau nak cakap apa tadi?" soal Airil kembali.

"Saya ingat nak balik dengan kau orang," jawab Aara sedikit malu. Mukanya sudah terasa bahang.

"Sorry, tak bolehlah Aara. Kau tahukan kita orang bertiga lelaki tak ada perempuan," kata Airil mendatar.Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.

Aara angguk kepala tanda faham dan mula mengikuti langkah Airil sehingga tiba di depan pagar sekolah.

"Good luck malam ni.Jangan heart attack pula," terus Airil melangkah pergi ke kelas semula.

End Flashback

Aara memandang kiri dan kanan sebelum melintas jalan raya.

Buk!

Aara mengigit bibir menahan sakit akibat jatuh di atas jalan tar. Dia bangun pantas bergerak ke tepi jalan apabila perasan kehadiran kereta meluncur laju ke arahnya. Terduduk Aara di tepi jalan dan melepaskan nafas lega kerana sikit lagi dia dilanggar.

"Kenapalah liat sangat kau nak mati eh?"

Aara menoleh ke arah suara dan tepat sekali , Geng Girly.

"Dah kau orang nak aku mati pada hari yang salah," jawab Aara selamba. Senyum sinis menghiasi bibirnya.

Aara bangun perlahan-lahan menuju ke mereka bertiga dan terhenti di hadapan Hana.

"Kau patutnya berubah jadi baik bukan berubah perangai macam orang tak ada otak ni." Tergamam Hana mendengar kata-katanya tanda tidak percaya. Sofeya dan Nadia mendiamkan diri sahaja.

"Kembar kau memang tak gunakan! Mulut tak boleh senyap!" jerit Hana kuat.

"Well kau yang membesar dengan dia dari kau kecikkan? Takkan aku nak menafikan pula. So kau lebih kenal dia dari aku," balas Aara terus menuju ke rumah keluarga Anaqi. Dia sempat menoleh ke belakang dan bayangan mereka bertiga sudah hilang dari pandangannya.

"Ish nasib baik aku pakai pakaian sukan harini. Tapi seluar kesayangan aku dah koyak. Kau ni tak gunalah Sofeya ish," bebelnya sendirian. Ya, Sofeya yang menolak Aara.

Aara menadahkan tangan dan langkah dihentikan

"Semoga mama dengan Rayyan ada kat bilik dan tak keluar dari bilik... ameen." katanya lalu meneruskan langkah untuk masuk ke dalam.

"Ha lambat balik?" sergah Zemir yang sudah berdiri di hadapan pintu. Aara mengerling ke kereta along dan angahnya terus menelan air liur. Macam mana dia boleh tak perasan eh?!

"Rara masuk bilik dulu eh? Nak mandi." Terus berjalan laju ke bilik yang terletak di sebelah tangga.

"Auch!" adu sakit apabila ada tangan yang memegang tapak tangannya. Aara memandang gerangan terus badannya menjadi kaku.

"Eh along. Awalnya along balik," balasnya ceria seperti tiada apa yang berlaku.

"Memang nak kena along tanya dulu ke?" soal Zafran dingin. Aara menundukkan pandangan dengan air mata bergenang. Rara rindu along, luahnya cukup dalam hati sahaja.

Zafran mengeluh kasar melihat air mata adik perempuannya jatuh. Ini yang buat dia menjadi lemah. Jujur dia pulang awal ke rumah kerana mahu membawa Aara keluar mencari baju untuk makan malam hari ini tapi lain pula yang jadi bila melihat seluar adiknya sedikit koyak di bahagian lutut dan kedua tapak tangan Aara luka seperti terseret dengan batu-batu kecil.

"Apa jadi sebelum Rara sampai sini?" tanya Zafran membawa Aara ke bilik dan mengambil first aid kit lalu melabuhkan punggung di birai katil sebelah Aara.

"Hana," jawab Aara ringkas. Dia mengerling ke arah alongnya yang mula mengelak daripada memandang anak matanya.

"Tak nak cakap apa-apa ke pasal Hana?" Aara mengesat air matanya dengan kasar dan memandang wajah alongnya lama.

Terkelu lidah Zafran mendengar pertanyaan yang keluar dari mulut adinya pantas mengawal wajah dengan beriak biasa dan meneruskan rawat luka di kedua tapak tangan dan kedua lutut Aara.

"Dah siap. Along keluar dulu." Aara hanya memandang pemergian Zafran sehingga pintu bilik ditutup rapat.

"Sampai bila along nak rahsiakan perkara ni dari Rara huh...."




Tok ! Tok ! Tok !

"Kak Aara oh Kak Aara. Rayyan dengan Cik teady datang nak jumpa Kak Aara ni," jerit Rayyan kuat sambil memeluk teady bear di hadapan pintu bilik kakak kesayangannya.

Aara tersedar dari lena mendengar jeritan Rayyan seperti nak terkeluar anak tekaknya. Sebenarnya, Aara membersihkan diri dan membaringkan tubuhnya di atas katil setelah menunaikan solat fardhu Asar lalu tertidur disebabkan keletihan. Dia menyarungkan tudung bawal yang sudah siap digosok lalu membuka pintu.

"Ya Allah Rayyan, kan Kak Aara cakap jangan jerit...." marah Aara dengan suara baru bangun tidur.

"Teady cakap sama-sama tau. One two three," balas Rayyan memandang teady bearnya.

"Sorry," sambung Rayyan lalu mengangkat teady bearnya ke arah Aara dengan melatar belakangkan suara comel Rayyan.

Tergelak kecil Aara melihat gelagat si Rayyan meminta maaf seperti itu. Dia meluaskan bukaan pintu dan pintu dibiar terbuka.

Dia kembali duduk di katil dan mengambil telefon. Rayyan duduk bersila di sebelahnya dan sambung bermain dengan teady bearnya.

Aara mengerut kening membaca mesej dari El.

Crazy friend
Jumpa malam nanti Aaraku sayang

Me

Kau dah kenapa? Gila?


Crazy friend
Tengoklah malam nanti. Kau ke aku yang jadi gila

Aara menutup telefon lalu memandang Rayyan yang sibuk berbual dengan Teady bearnya.

"Rayyan. Malam ni ada apa?" Saja Aara bertanya kepada Rayyan.

"Hari isti-- isti-- istimawa Kak Aara" Berbelit lidah Rayyan mahu menyebut 'istimewa'. Nasib baik Aara faham maksudnya.

"Kenapa pula?" soal Aara berasa hairan.

"Abang Isan kata jangan bagitahu kalau tak nanti Abang Isan nak culik Cik teady supaya jauhkan diri dari Ayyan," balas Rayyan suara sedikit perlahan. Sedih !

Aara mengarukan kepala. Nampak macam semua orang tahu cuma dia sahaja yang tidak tahu lagi...

"Aara Elina !"

Aara terkejut pantas menoleh gerangan yang berada di pintu. Aariz Elvin. Ni lah sorang. Memang teringin nak rasa penampar aku agaknya. Asal panggil nama aku mesti menjerit, katanya dalam hati .

"Kau pahal ?" marah Aara sambil memberi pandangan tajam ke arah Riz.

"Saja," balas Riz ringkas dan membalas pandangan adik kembarnya dengan beriak tidak bersalah.

Mata Aara beralih ke arah pakaian yang di pegang oleh Riz. Cantik!

"Siapa punya tu?" soal Aara menunjuk pakaian di tangan Riz.

"Untuk kau lah. Nah pakai malam ni okay. Bye." Mata Aara bersinar memandang pakaian itu. Simple but nice!

Aara mengerling jam dinding sekilas.

6:30pm

Jantungnya mula berdengup laju saat melihat pakaian itu seperti ada maksud disebaliknya.

"Janganlah tenung baju tu lama-lama. Malam nanti Rara juga yang pakai," tegur Zafran. Tangannya dimasukkan ke kocek seluarnya dan berwajah dingin. Mungkin masih tidak puas hati kerana Aara tidak memberitahu kejadian berjumpa dengan Geng Girly itu.

Tersenyum malu Aara mendengar teguran daripada alongnya.

"Mama dengan papa mana?" soal Aara hairan. Pelik sungguh orang dalam rumah ni hari ini.

"Kat rumah keluarga Dirah." Jawapan Zafran mengingatkannya tentang status hubungan Dirah dengan Anaqi. Huh sepupu?

"Malam ni dia ada juga tau. Jadi jaga perangai Rara," pesan Zafran sebelum melangkah pergi. Aara menutup mata menahan amarah mendengar pesanan alongnya.

"Aku je kena jaga perangai? Minah diva tu tak payah? Banyak cantik, perangai kalau okay tak apa. Ni macam bontot kuali je aku tengok... buruk!"omelnya sendirian

Rayyan yang mendengar omelan itu terus terkekeh-kekeh gelak.

"Kak Dirah macam bontot kuali yang hitam tu ke Kak Aara?" kata Rayyan diselangi tawanya yang masih tersisa.

Aara membuntangkan mata terus memandang Rayyan.Dia faham siapa yang aku maksudkan? Ha sudah !

"Rayyan jangan bagitahu yang lain okay? Kita-kita je,"pinta Aara sedikit cemas melangkah ke arah Rayyan.

"Okay. Ayyan janji," jawab Rayyan sambil mengeluarkan jari kelingking kecilnya. Laju Aara membuat pinky promise itu.

"Ayyan pun pernah anggap dia macam bontot kuali, Kak Aara... buruk!" Rayyan kembali tertawa. Macam lawak sangat je ayat dia tadi padahal tak pun.

Aara tercengang mendengar kata-kata selamba Rayyan.

Ya Allah adik siapa ni?




Tok ! Tok ! Tok !

Aara membuka pintu lalu memberikan senyuman manis kepada mama yang memandangnya tidak berkelip.

"Cantiknya Rara."

"Thank you mama," balas Aara dan melangkah ke arah katil mengambil beg tangan sebelum menuju keluar dari bilik.

"Mana yang lain mama?" tanyanya pelik ruang tamu sunyi seperti tiada orang.

"Yang lelaki semua dah ada kat sana. Mama dengan Rara je belum gerak lagi." Aara menjatuhkan kepala tanda faham.

"Jom," Aara dan mama membaca doa naik kenderaan sebelum memulakan perjalanan.

"Maksu kamu pun ada kat rumah sana tau," kata mama yang sedang memandu bagi mengurangkan rasa janggal.

"Rumah sana tu rumah siapa mama?"soal Aara memandang mama.

"Rumah Dirahlah. Rakan sekelas Rara tu," Aara hanya memberikan senyum tak beberapa ikhlas mendengar nama itu.

Selepas 30minit , akhirnya sampai destinasi mereka.

"Assalamualaikum !" ucap mama sedikit kuat terus melangkah masuk ke dalam. Aara mengikut sahaja langkah mama dari belakang.

"Waalaikummussalam," jawab semua penghuni di ruang tamu termasuk Dirah.

"Ha sampai pun, bolehlah kita teruskan majlis pertunangan dia orang" Hati Aara berdetak kuat rasa mahu menangis. Dirah nak bertunang ke? Dengan siapa? soalnya dalam hati sahaja.

"Meh duduk sini sebelah Dirah," kata mama Dirah lembut sambil menepuk ruang yang masih kosong. Aara melabuhkan punggung di situ.

Aara melihat dua dulang dan mempunyai dua bentuk cincin di atas satu dulang yang berbeza.

Dia juga melihat keluarga Hairul dan keluarga Dirah sudah mengambil tempat dan memulakan adat pertunangan dengan berpantun.

Selesai sahaja sesi sarung cincin, Anaqi bersuara.

"Maaf. Izinkan Izzat berbual dengan Aara sekejap dekat luar terlebih dahulu. El nanti temankan Aara kat luar sekali," pinta Anaqi terus melangkah keluar. Mata Aara terkebil-kebil memandang susuk tubuh Anaqi yang sudah hilang dari pandangan.

"Aara. Jom," El menarik Aara
berdiri lalu membawanya keluar.

"Tu pergi. Goodluck," kata El dan diakhri dengan kenyitan mata sambil menunjuk susuk tubuh Anaqi yang sudah duduk di pondok kecil dihiasi dengan taburan bunga mawar .

Amende ni?

Aara melangkah perlahan dan melabuhkan punggung di hujung belah kiri manakala Anaqi di hujung belah kanan.

"Sorry agak mengejutkan. Aku nak bagitahu kau sesuatu ni," kata Anaqi mulakan perbualan walaupun sedikit gugup.

"Apa dia?" tanya Aara sedikit gementar tanpa memandang Anaqi. Anaqi juga melakukan hal yang sama.

El tergelak kecil melihat Aara dengan Anaqi berbual dari jarak jauh. Ibarat El dan dua orang lagi muat untuk menyelit duduk di situ.

"Sejak kau jerit panggil aku tu. Aku mula
minat kau tapi aku tak tahu sama ada minat, suka suka gitu sahaja atau suka, sayang dan cinta kan kau, aku tak tahu," Anaqi menarik nafas dan hembus dan kembali bersuara.

"Dan sekarang bersamaan dengan 10 mac 2020, Aku dah tahu jawapan yang aku tertanya-tanya selama ni," sambung Anaqi sedikit getaran di hujung suaranya menyapa telinga Aara.

"Apa jawapannya?" soal Aara sedikit gelisah. El tolong! Jantung aku dah nak terkeluar ni! jeritnya dalam hati .

"My answer is love. Love you as my baby girl and I want you to be mine, only mine." ucap Anaqi senafas sahaja. Matanya mula memandang ke arah Aara.

"Sudi tak jadi gadis pujaan kepada Izzat Anaqi selama-lamanya... sehingga berakhirnya nafas seorang lelaki bernama Izzat Anaqi?"

Terkedu Aara mendengarnya lalu membalas pandangan Anaqi. Anak mata mereka bersambung mencari kebenaran sesama sendiri.  

Haa haa tersenyum ape tew?🙊

Ha jangan gelabah okay , belum TAMAT pun .

Jangan lupa Geng Girly masih bersorak gembira melihat kesengaraan si Aara Elina petang tadi🔥

Hey, tinggakan vote boleh?💖

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro