🧸 28| Rancangan

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hana tersenyum sinis melihat Rayyan petah berkata-kata itu.

Aku dah buat sampai sini takkan nak undur pula kan? getus hati Hana.

Irsyad hanya mendiamkan diri memerhati tindak-tanduk si Hana tanpa Hana sedari.

"Maaf aunty. Saya nak tidur dekat mana ya?" tanya Hana sopan.

"Kamu tidur di bilik tetamu ya. Izzan tolong tunjukkan bilik tu ya," balas mama lembut.
Dalam hati sudah menyumpah serana si Hana ni. Mama dan papa bangun menuju ke bilik mereka.

Izzan mengangguk lalu menonong saja berjalan ke arah bilik tetamu. Hana melajukan langkah melihat Izzan sudah semakin jauh.

"Aku rasa serba salah dengan Rara." Air mata Riz laju mengalir rasa sakit sama seperti perasaan Aara sekarang.

"Sabar Riz aku faham perasaan kau. Memang itu tujuan kita untuk perangkap Hana. Kumpul semua bukti yang dia pernah buat sebelum-sebelum ni. Sikit je lagi," pujuk Izzat cuba mengingatkan Riz tentang matlamat rancangan mereka.

Iya rancangan dengan Irsyad tak berhenti di hospital itu sahaja. Rancangan mereka diteruskan dengan mengajak Aara ke pejabat Zafran.

Flashback

Anaqi sempat mengambil surat di kocek Aara sebelum gadis itu keluar dari kereta menuju ke stesen minyak , Caltex.

Dia membaca surat tersebut lalu memberikan surat itu kepada Izzan di belakang untuk menangkap gambar dan menghantar kepada Zafran. Airil menyandarkan badannya memandang kelakuan si Izzan lagak seperti Detective Conan.

Selesai sahaja menghantar gambar, surat dikembalikan kepada Anaqi setelah melihat kelibat Aara keluar dari Caltex menuju ke kereta Anaqi semula.

Pintu kereta dibuka lalu Aara melabuhkan punggung di tempat penumpang hadapan sambil membuka jajan yang dibelinya.

"Tutuplah pintu tu dulu," tegur Anaqi membuatkan Aara tersengih dan menutup pintu kereta.

Anaqi pantas memasukkan semula surat di kocek baju sekolah Aara seperti asal dan meneruskan perjalanannya ke Syarikat ZZ Holding.

Aara bernyanyi kecil mengikuti lagu yang dimainkan di radio kereta Anaqi.

End Flashback

Krek~

Rayyan memandang tajam siapa yang berani buka pintu bilik tetamu ini. Izzan dan Hana.

"Ayyan keluar jom. Biar dia berehat kat bilik ni," pintu Izzan menarik Rayyan keluar. Rayyan mencemberutkan mukanya dan memijak kaki Hana pantas berlari keluar tetapi sempat berkata...

"Sibuk je Kak Hana kat sini!"

Izzan yang masih terkejut dengan perbuatan adik bongsunya dan cuba menahan diri dari melepaskan tawa di depan Hana dengan berdehem.

Hana mengangkat kening memandang Izzan sambil mengusap jari kaki kelinkingnya. Rayyan memijak betul-betul hujung isi jari tu. Berbisa weh !

"Kau rehatlah. Nak apa-apa kita orang ada dekat ruang tamu je," kata Izzan sebelum melangkah pergi.







"Sorry aku terpaksa awalkan rancangan kita," ucap Irsyad meminta maaf.

Flashback

"Sejak along dan angah dah kerja kat sini. Langsung tak ada masa untuk Rarakan?" kata Aara sedikit emosi. Air mata sudah bergenang.

Zemir di sebelah menarik Aara ke dalam pelukan.Teresak-esak Aara menangis.

Aara merungkaikan pelukan angahnya dan meminta izin ke tandas. Sebelum itu, dia memberikan keinginan alongnya tadi.

"Nah. Itu yang along nak sangatkan? Rasanya Aara dah tak perlu ada kat sini lagi" Aara terus keluar dari pejabat alongnya. Dia mahu menggunakan tandas pekerja sahaja.

Selepas 15 minit , Zafran mula rasa resah menunggu kehadiran adik perempuannya tidak muncul-muncul. Tiba-tiba nada dering telefon Zafran mula dimainkan. Cuba Bahagia - Dato Sri Aliff Syukri

Cobalah mengerti perasaanku ~
Ku ingin dirimu mengerti aku ~

Terbuntang mata mereka mendengar lagu yang ditetapkan oleh Zafran. Izzan menekup mulut menahan tawanya daripada terlepas. Zemir hanya beriak biasa. Sudah biasa dengar....

Nama Riz sudah tertera pada skrin telefon pintar milik Zafran pantas diangkat.

"Aku rasa Hana ada dekat toilet lah dengan Rara."

Ting!

Mesej laju dibuka.

Abang Irsyad
Mulakan rancangan kita sekarang. Kawan aku dari jauh dah dengar suara Aara marah-marah.

"Kita mulakan rancangan kita sekarang Riz," kata Zafran setelah diam beberapa minit.

"Kau gila ke? Aku baru nak rapat dengan Rara kot. Tak kan nak berjauh-" Zafran memintas sahaja kata-kata Riz tanpa rasa serba salah.

"Buat sekarang. Kita orang on the way ke sana."

Tut..

"Argh aku benci kau along huh," keluh Riz terlalu berat untuk membuat adik kembarnya marah. Kalau marah je tak apa tapi mesti ada tangisannya sekali. Itu yang membuatkan dia lemah.

End Flashback

"Tak apa. Lagipun mangsa dah ada depan matakan," balas Airil membuatkan tiga beradik memandangnya tajam.

"Apa? Nak tunggu Hana bertindak baru nak mula? Memang masuk kubur dululah si adik kesayangan aku tu," kata Airil selamba. Tangan disilang ke dada bidangnya.

"Adik kesayangan kau?" tanya tiga beradik serentak hairan termasuk Izzan dan Izzat tetapi lebih memilih untuk diam sahaja.

"Yelah. Kaukan selalu sakitkan hati adik kau tu, tak sayanglah kan? Biar je air mata adik kau keluar. Kalau isi guna bekas makanan yang corak bunga-bunga mama Izzat punya tu pun boleh penuh tau," kata Airil tidak berhenti di situ.

"So biar aku jadi abang dia pula, sudah pasti tiada tangisan sengsara yang keluar dari mata dia, trust me," sambung Airil yakin. Siap menjeling lagi tiga beradik itu.

Ehem!

Semua memandang gerangan yang berdehem. Izzat Anaqi.

"Aku ni bakal tunang dia tau. Kau tak payah nak jadi abang dia sangatlah." Tanpa Izzat sedari dia telah merungut tidak puas hati dengan Airil.

Mereka di situ sudah memandang Izzat semacam.

"Cemburu eh?" soal mereka berlima serentak termasuk Irsyad.

"Apa cemburu-cemburu ni, Kak Aara tak ada kau orang boleh happy pula ehh ?!" marah Rayyan yang tiba-tiba muncul di ruang tamu.

Terdiam mereka bertujuh memandang sesama sendiri.







"Semua dah tak sayang Rara, maksu," luah Aara sambil teresak-esak menangis dalam pelukan maksunya, Doktor Alana.

"Dah jangan nangis okay. Pergi rehat kat bilik. Lupakan semuanya," ujar maksu risau bila Aara dari dalam kereta hinggalah sudah tiba di ruang tamu rumahnya tidak berhenti-henti menangis.

Aara merungkaikan pelukan lalu menuju ke bilik kesayangannya. Selain di rumah mummy dan daddy, rumah maksu dan paksu juga biliknya dicatkan berwarna merah jambu.

"Apa yang ada fikiran Zafran, Zemir dan Riz ni. Nak sangat adik dia masuk hospital balik ke apa," kesal Doktor Alana dengan tindakan anak teruna kepada arwah kakaknya itu. Sebak turut ada apabila melihat Aara yang semakin lemah seperti tiada kekuatan untuk meneruskan langkah.

Buk!

"Rara!"


Ha Aara kenapa pula tu ? Sabar ye, kebahagiaan Aara akan tiba tak lama lagi 🧕🏻

Hey, tinggalkan vote boleh?💖

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro