🧸 29| Risau

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aara mencelikkan mata memandang siling biliknya yang bewarna merah jambu. Kain basah di atas dahinya diabaikan sahaja.

Krek~

"Alhamdulillah Rara dah sedar."

Aara menoleh ke arah maksunya yang sudah berada di birai katil.

"Dah pukul berapa maksu?" tanya Aara dengan suara serak.

"6 pagi," jawab maksu ringkas. Lama juga Aara tak sedarkan diri.

Aara bangun dari perbaringannya  lalu bersandar di kepala katil.

"Rara nak pergi sekolah. Minggu depan ada exam, maksu," kata Aara lembut berharap agar maksunya memberi keizinan untuk ke sekolah.

"Iyalah Rara. Dah pergi mandi, solat, siap-siap lepastu turun sarapan nanti maksu hantarkan Rara ke sekolah," pesan maksu sebelum melangkah keluar dari bilik.

Aara menuju ke bilik air untuk mandi dan bersiap.

Setelah 30 minit berlalu, dia sudah berpakaian lengkap puteri islam tapi masih lagi membelek-belek muka pucatnya di hadapan cermin.

"Eh siapa kau? Muka macam mayat hiduplah haha...." Terhibur sendiri.

"Rara dah siap ke belum?!"

Aara yang menerung cermin daripada tadi terus terkejut dengan jeritan maksunya.

"Macam mana paksu boleh bertahan dengan maksu ni?" bebelnya sendirian lalu mengambil beg sekolah dan keluar dari bilik menuju ke ruang makan.

"Mana spek Rara? Dari semalam maksu nak tanya." Pertanyaan maksu membuatkan Aara sedar dan menepuk kuat dahi sendiri.

"Tertinggal kat rumah mama lah." Doktor Alana tahu yang Aara menggelarkan mama dan papa kepada kedua-dua orang tua Izzat Anaqi.

"Habis macam mana ni? Boleh nampak jalan tak?" tanya maksu selamba.

"Hello maksu. Rara rabun je okay bukan buta. Lagipun Rara bukan rabun teruk sangat. Kalau tak pakai pun boleh nampak cuma tulisan tu kabur-kabur sikit je lah," jelas Aara panjang.

Doktor Alana hanya mengangguk tanda faham. Mereka mula bersarapan sebelum keluar dari rumah. Paksu Aara balik petang nanti. Paksu dan maksunya bekerja dalam hospital yang sama.

"Jom."







Aara berjalan perlahan menuju ke kelas 5 akaun.

"Aara ke tu?"

Aara menoleh ke belakang melihat gerangan yang menyebut namanya. Anaqi dan rakan-rakannya.

Tersentak mereka bertiga memandang wajah pucat Aara.

Pucat pun cantik, puji Anaqi di hati.

"Nak apa ya?" soal Aara lembut.

"Mana spek kau?" tanya Anaqi hairan. Izzan dan Airil mengangguk tanda mahu tahu.

"Kat rumah mama, lupa nak amik," balas Aara sedikit lemah.

"Kau okay tak ni?" tanya Izzan sambil mengerut dahi memandang Aara dari atas sampai bawah. Mata Airil juga bergerak ke seluruh tubuh Aara takut ada luka-luka yang disembunyikan oleh gadis itu.

Aara mula tidak selesa dengan pandangan mereka berdua. Anaqi sudah lama perasan dengan perbuatan Izzan dan Airil lalu memijak kuat kasut mereka berdua.

Terbuntang mata Aara dengan tindakan selamba Anaqi. Aara mengangkat kening ke arah Anaqi tanda kenapa.

"Mata macam nak terkeluar tengok bakal tunang aku tadi." Tersenyum suka Aara mendengar gelaran yang Anaqi sebutkan tadi.

Kring!

"Ish dah lah saya pergi dulu." Aara melajukan langkah tetapi sempat dia mendengar pesanan daripada Anaqi.

"Take care princess!"

"What the heck?!" ucap Izzan dan Airil terkejut dengan pesanan si head prefect kita ni.

"Take care princess!" ajuk Izzan sambil mengenyit mata ke arah Airil. Airil membuat muka menyampah namun masih dilayan cara Izzan menyindir Izzat itu.

"Okay bye sayang!" balas Airil lalu meniru cara jalan laju Aara.

"Weh dia tak balas apa-apa, jalan je," tegur Izzan kepada Airil.

"Oh okay balik semula balik semula." Airil berdiri semula di hadapan Izzat.

"Take care princess!" ajuk Izzan sambil mengenyit mata ke arah Airil. Airil mendiamkan diri dan mengatur langkah pergi dari situ.

"Ha macam mana? Samakan?" Izzan mengangkat kening berkali-kali memandang abang kembarnya.

"Stupid." komen Izzat ringkas dengan tangan dimasukkan ke kocek seluar dan berjalan meninggalkan Izzan yang masih terpinga-pinga.

"Setahu aku stupid tu...."

Kebetulan El baru datang berjalan melepasi Izzan. Izzan pantas menarik perlahan beg sekolah El.

"Apahal?" tanya El sambil memeluk tubuh.

"Muhasabah." Laju Izzan menjawab siap menggayakan tangannya sekali.

Tercengang El mendengarnya.

"Otak kau! Kau tarik beg aku ni sebab nak cakap ni je?" tanya El sedikit kuat. Bengang.

"Eh bukan. Aku nak tanya maksud stupid tu aku macam pernah dengar tapi aku lupalah maksudnya apa, kau tahu tak?" soal Izzan bingung membuatkan El melepaskan tawa habis-habisan.

"Betul nak tahu?" tanya El dengan tawa yang tersisa.

Laju Izzan memberikan anggukan.

"Stupid tu kurang bijak, bahasa senang untuk kau faham ialah..." Sengaja El menghentikan kata-katanya kerana terhibur dengan Izzan yang boleh lupa maksud perkataan itu.

"Bodoh."

El meneruskan langkah ke kelas dan berharap cikgu waktu pertama belum masuk lagi.

"Bodoh? Maksudnya Izzat kata aku bodoh?" tanya Izzan masih keliru.

"Tak guna punya abang kembar," omel Izzan perlahan sambil mengerut-ngerut mukanya apabila baru sedar dengan kata Izzat Anaqi.







"Kak Hana ni tak sekolah ke?"

Hana tersentak dengan pertanyaan Rayyan yang membuatkan mama dan Irsyad memandangnya sekali meminta jawapan.

"Er tak," balas Hana ringkas.

"Kenapa tak?" tanya Rayyan lagi.

Hana buntu tidak tahu mahu jawab apa. Irsyad dalam diam sudah tersenyum sinis melihat Hana tidak senang duduk.

Ting!

Irsyad membuka mesej daripada rakan sekerjanya.

Taufiq
Aku dah jumpa bukti yang Hana dan seorang upahannya terlibat dalam kemalangan jalan raya parents Aara. Ada CCTV yang ikut kereta parents Aara dari Airport lagi. Selebihnya nanti kau tengoklah.

Okay teruskan rancangan kita seterusnya.


Irsyad berdehem untuk menarik perhatian sebentar. Semua menoleh ke arah Irsyad yang sudah bersedia untuk berkata.

"Irsyad nak keluar sekejap."

Irsyad bangun menyalam tangan mama dan adik bongsunya dan melangkah keluar menuju ke keretanya. Sikit pun tidak memandang Hana.

Nombor Zafran didail sebaik sahaja melabuhkan punggung di tempat pemandu.

"Hello Zafran," sapa Irsyad di corong telefon.

"...."

"Next plan," kata Irsyad ringkas sudah membuatkan Zafran mengerti.

"...."

"Terus call, esok kita dah boleh keluarkan waran tangkap untuk Hana," ujar Irsyad lalu mematikan panggilan dan memulakan perjalanan ke tempat kerjanya untuk berjumpa dengan Taufiq.








Aara memberi tumpuan kepada Cikgu Syafiqah yang sedang mengajar di depan. El di sebelah tidak lepas memandang wajah pucatnya. Risau agaknya.

"Okay sekarang saya nak awak buat latihan 1 hingga 3 . Dah siap baru boleh rehat. Lagipun senang je soalan ni."

Aara mula membuka buku tulis, pen hitam dan pen biru dikeluarkan.

"Woi buatlah. Kau sibuk tenung muka aku ni macam boleh siap je latihan tu," tegur Aara membuatkan El terangkat bahunya. Terkejut mungkin.

"Ish yela Aaraku sayang tapikan Aara..." Kata El berhenti di situ seperti memikir untuk meneruskan ayatnya atau tidak.

"Tapi apa?" sampuk Aara memandang El.

"Err... Aku tak sedap hatilah. Kau balik dengan aku harini eh? Tak payah naik grab," sambung El membalas pandangan Aara serius.

"Eh awal betul kau tak sedap hati? Rehat pun belum dah pikir balik. Apalah kau ni," guraunya padahal hati Aara mengiakan kata-kata El dengan keadaannya yang tidak sihat lagi.

"Aku seriuslah Aara!" Terdiam Aara setelah menerima jeritan kuat El tetapi tidaklah sampai menganggu rakan-rakan yang lain.

"Okay okay," balas Aara mengalah apabila perasan air mata El bertakung.

Aara dan El menyambung membuat latihan yang diberikan oleh Cikgu Syafiqah.

Apa yang tak sedap hati sangat tu?




Hambarnya lahai chapter ni HAHAHA

Hey, tinggalkan vote boleh?💖

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro