🧸 38| Auliyah

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Alisya dan rakan-rakanya turut terkejut termasuk Auliyah. Amarah hilang serta merta diganti dengan tangisan kecil.

"Kita orang buat majlis belah perempuan sahaja, boleh datang ke Dewan Suri Kayangan pada 9 malam okay. Terima kasih."

Anaqi menarik hujung lengan blouse Aara berwarna kuning turun menuju ke belakang pentas. Aara mengikuti sahaja langkahnya.

"Seronok bagi tahu satu sekolah?" soal Aara sedikit tidak puas hati dengan tindakan Anaqi.

Anaqi kembali tersenyum senget memandangnya.

"Kau sukakan sebenarnya?" Sengaja Anaqi mahu melihat gadis pujaannya marah seperti itu.

"Suka kepala otak awak!" balas Aara sedikit tinggi nadanya.

"Aip, jaga bahasa tu Rara. Bakal suami Rara juga tu," sampuk Zafran sedang menyandarkan diri di dinding. Airil, Izzan, Riz dan Zemir pun ada juga di situ.

Aara dan Anaqi menoleh ke arah mereka.

Aara mencebik sambil membebel. "Bakal suami ke suami ke Rara kesah apa? Suka hati je bagi tahu semua orang. Pelajar sekolah pula tu. Tu lagi-lagi classmate awak yang jenis otak tertinggal tu. Percayalah sekejap lagi dia serang saya. Awak jangan nak halang saya eh kalau dia yang mula cakap bukan-bukan pasal saya." Aara menjeling tajam wajah Anaqi yang tiada perasaan itu.

"Eh, hai Zafran!"

Mereka semua memandang gerangan yang memberi sapaan ceria dari arah kiri. Alisya dan rakan-rakannya.

"Ha bagus. Sorang mengeletis dengan Abang Zafran kita tanpa rasa malu. Sorang lagi sibuk nak perhatian Abang Zemir kita. Yang sorang lagi tak lepas-lepas pandang aku macam aku ni sebiji burger spicy chicken mcdeluxe... Rasa hot and spicy gitu," omel Aara sendirian di hadapan Anaqi yang masih merenung wajahnya.

Rakan Alisya yang bernama Erine itulah yang cuba untuk menarik perhatian Zemir dengan menciut-cuit lengan kekar angahnya yang mula berotot.

Anaqi tersenyum lucu melihat gadis pujaannya mengomel tidak puas hati.

"Awak senyum-senyum apa? Lempang karang." marah Aara tetapi pada sisi Anaqi, dia melihat gadis itu hanya marah manja sahaja.

"Asal nak kena kahwin dengan dia, Izzat?" Suara Auliyah membuatkan suasana menjadi tegang.

Semua memerhati Auliyah yang sedang mendekati Aara dan Anaqi. Lebih tepat mendekati bakal suami Aara Elina.

Nasib kau tak ada El. Kalau tak, aku ajak kau buka gelanggang WWE sekarang juga haih, getus Aara di hati.

"Kenapa diam? Jawablah. Ke perempuan tu dah bunting anak sesiapa? Lepastu dia suruh you tanggungjawab?" Terkedu semua mendengar tuduhan Auliyah.

Omaigod, ayat drama. Tch!

Aara tersenyum sinis dalam diam. Nampaknya aku tak perlu susah-susah untuk keluarkan perangai sebenar Alisya dan kawan-kawannya. Thankyou Auliyah, ujarnya puas dalam hati.

Anaqi dan rakan-rakanya termasuk Riz pelik apabila Aara mendiamkan diri sahaja.

"You... jawablah" kata Auliyah manja lalu menggerakkan jari telunjuknya pada dada bidang Anaqi. Aara membutangkan mata tanda tidak percaya.

Aara menarik tubuh Auliyah menjauhi Anaqi walaupun Anaqi sikit pun tidak tergoda tapi tak akanlah nak tunggu bakal suami dia tergoda baru nak bertindak.

"Kau ni ada maruah tak sebenarnya? Murah sangat jadi perempuan kenapa? Ke dah tak ada nilai dah kau sebagai perempuan Islam. Aku tekankan eh perempuan Islam." marah Aara kepada Auliyah yang masih beriak selamba.

"Tak payah nak ceramahlah," balas Auliyah malas.

"Habis tu kau nak aku buat apa?" soal Aara lagi. Ni kalau ada El ni dah lama Auliyah tersepit celah kerusi. Tidur jelah kau dengan kerusi tu nanti.

"Aku nak ganti tempat kau sebagai pengantin perempuan nanti," jawab Auliyah tenang. Aara di sebelahnya sudah mendidih panas.

"Aku bukan nak kecewakan kau tapi kau tahu tak yang Anaqi tak ada perasaan langsung kat kau?" tanya Aara lembut.

Auliyah terdiam lalu mendekatkan diri ke arah Anaqi dan memeluk erat tubuh itu. Anaqi tersentak pantas merungkai kasar pelukan Auliyah sehingga Auliyah jatuh terlentang.

Dirah dan dua rakannya baru muncul untuk memanggil Aara terkejut melihat seorang perempuan di lantai.

"Kenapa ni?" tanya Dirah teragak-agak apabila perasan wajah bengis sepupu kesayangannya.

Auliyah bangun laju mencekik leher Aara dan melepaskan geram.

"Sebab kau Izzat dah tak layan aku lagi tau!" jeritnya dengan mengeratkan lagi pegangan dileher gadis yang dia benci.

Aara menendang perut Auliyah sebelum tubuhnya melorot ke bawah serta tidak sedarkan diri.

Zafran dan Zemir menuju ke arah Aara begitu juga Riz. Mereka di situ tergamam melihat perkara tadi. Kejadian tadi begitu pantas.

"Kau dah kenapa?!" herdik Anaqi. Marah dengan tindakan Auliyah.

Ternaik bahu semua di situ termasuk Dirah. Dirah baru pertama kali melihat sepupunya betul-betul marah dan itu sangat menyeramkan.

"You nak pergi mana Zaf?" tanya Alisya manja. Hatinya panas melihat Aara yang berada dalam dukungan Zafran.

"Kau diam! Pergi uruskan kawan tak guna kau tu kalau kau nak kawan kau tu hidup lagi lah." Zafran, Zemir dan Riz terus melangkah ke arah keluar kereta dan menuju ke kereta untuk ke hospital.

Alisya tersentak lalu teringat dengan pesanan Izzat seminggu yang lalu.

"Aku tak nak kau orang sesuka hati je sentuh Aara Elina termasuk kau Alisya dengan kawan-kawan kau sekali. Kalau aku dapat tahu kau buat juga, jangan tanya kalau sisi Iqi muncul balik."

Alisya pantas menarik kawan-kawannya termasuk Auliyah pergi dari situ.

Anaqi meraup wajah kesal. Kalau dia tidak memberitahu tentang perkahwinannya yang akan dilangsungkan tidak lama lagi pasti perkara ini takkan terjadi.

Dirah dan dua rakanya mendekati Izzat.

"Sabar ya Izzat." kata Dirah cuba menenangkan rasa serba salah Izzat. Dirah mula memanggil sepupunya nama sahaja kerana Hairul melarangnya menggunakan panggilan 'abang'.

"Mana yang lain?" tanya Izzat baru sedar hanya Dirah dan rakan-rakan Dirah sahaja di sini.

"Abang-abang Aara bawa Aara pergi hospital. Airil dan Izzan cari cikgu minta kebenaran untuk Aara balik awal." Izzat mengangguk faham lalu melangkah pergi tanpa kata.






Malam sudah tiba. Ya ! Aara masih lagi berada dalam wad. Gembirakan? Sangat.

Bam!

"Ops maaf Akak Aara," ucap Rayyan sambil menekup mulutnya dan mata dibulatkan. Tersenyum manis Aara melihat kedatangan Rayyan.

"Mama... Ayyan nak duduk situ boleh?" pinta Rayyan lalu menunjuk ruang di hadapan Aara.

"Mana boleh. Akak Aara awak nak rehatlah," pujuk mama.

Aara yang mendengar permintaan Rayyan terus bersuara.

"Tak apalah mama. Lagipun Rara rindulah budak kecik ni." Rayyan memuncungkan bibir mendengar gelaran yang dia tidak suka.

"Ayyan dah besarlah," rungut Rayyan tidak puas hati. Aara dan mama hanya menghamburkan tawa. Tidak boleh menafikan wajah Rayyan dan perangainya memang comel.

Mama mengangkat tubuh kecil Rayyan dan diletakkan atas katil. Rayyan memeluk Aara erat. Aara membalas pelukannya.

"Akak Aara. Ayyan nak tanya sikit boleh?" Mereka merungkaikan pelukan masing-masing. Mama menggelengkan kepala melihat keakraban mereka berdua.

"Abang Izzat tu tak pandai jaga akak eh?" soalnya perlahan seperti berbisik tetapi dengan suasana yang sunyi ini membuatkan mama pun mendengar pertanyaan dari anak bongsunya.

"Kenapa Rayyan tanya macam tu?" Aara mengerut kening memandang Rayyan sedang duduk bersila di hadapannya.

"Ayyan rasakan abang Izzat tak sayang akak Aara pun," kata Rayyan bersungguh-sunggu cuba menyebut huruf z tanpa mengeluarkan air liur supaya tidak merecik pada wajah kakak kesayangannya itu.

"Yelah... Kenapa?"soal Aara lagi. Rayyan mula berdiri di atas katil sambil memegang tangan Aara. Dicium dan diusap dengan penuh kasih sayang.

Mata mama terbeliak melihat perbuatan Rayyan. Mana dia belajar ni?!

"Akak asyik masuk hospital je. Sakit. Mesti abang Izzat tak jaga Akak Aara betul-betul," kata Rayyan sambil tersengih.

"So..." Aara mengangkat kening apabila Rayyan sengaja berhentikan kata-katanya membuatkan dirinya tertanya.

"Let me love you Akak Aara, biar Ayyan jelah kahwin dengan akak." Rayyan naik diriba Aara lalu memeluk leher kakak kesayangannya yang dibaluti tudung sarung dengan sebelah tangan kecilnya.

Kepalanya pula direbahkan ke bahu Aara. Tangan yang bebas diusap belakang badan Aara seolah-olah menyalurkan kekuatan.

Aara dan mama sudah gelak terbahak-bahak melihat tindakan romantik si Rayyan.

"Amboi gatalnya Ayyan."

Mereka bertiga menoleh ke arah pintu. Enam jejaka mendekati mereka dengan tangan dimasukkan ke kocek.

Rayyan teruja melihat tindakan mereka berenam.

"Fuyoo... Nampak macholah abang-abang semua ni. Macam mana tadi? Macam ni?" kata Rayyan ceria siap mengulang kembali tindakan mereka. Dia masukkan tangan kecilnya ke dalam kocek baju tidurnya.  Muka dikerutkan seperti kawal wajah tanpa senyuman.

"Wah hebatlah abang! Dah lah kacak, bergaya tapi satu je tak ada,"

Aara dan mama memerhati sahaja mereka bertujuh.

"Apa dia?" jawab Riz, Izzan dan Zemir serentak. Zafran, Airil dan Anaqi hanya mendiamkan diri.

"Cermin mata hitam," balas Rayyan ringkas.

Mereka bertiga memandang sesama sendiri serentak mengeluarkan cermin mata hitam masing-masing dan dipakai.

Rayyan melihat tiga jejaka yang sudah memakai cermin mata hitam lalu menepuk tangan berkali-kali.

"Barulah macam bodyguard taraf antarabangsa." Tercengang mereka bertiga apabila disamakan dengan 'bodyguard'. Rayyan tak tahu ke mereka bertiga lagi kacak daripada 'bodyguard' itu.

Aara dan mama melepaskan tawa. Begitu juga Zafran, Airil dan Anaqi. Terhibur dengan gelagat mereka berempat.






Di pagi yang indah ini, Aara dan Anaqi melihat persiapan majlis sanding mereka.

"Wah cantiknya, saya tak sangka akan jadi secantik ni," komen Aara ceria.

Anaqi tersenyum pendek melihat Aara kembali ceria. Alhamdulillah Aara baru lepas keluar dari wad dan meminta Anaqi singgah ke dewan sandingnya sebentar.

"Ni baru lima puluh peratus. Nanti dah sampai harinya kau tengoklah aku punya suprisenya," balas Anaqi sedikit panjang.

Aara laju mengangguk kerana seratus peratus persiapan kahwinnya diurus oleh Anaqi. Tak sabar !

"Dah lah jom. Nanti mama bising pula bawa orang baru baik sakit keluar jalan-jalan," kata Anaqi lagi. Aara kembali muram lalu melangkah ke arah kereta Anaqi.

Anaqi menggelengkan kepala tetapi mendiamkan diri sahaja. Makin dilayan makin menjadi-jadi nanti !

Hey, tinggalkan vote boleh?💖

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro