LFDW - Chapter 21

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Masuk sahaja di kawasan sekolah aku tak tahu kenapa pelajar pandang aku semacam aje. Aku ada buat salah besar ke?rasanya tak ada.

Hazel segera menuju ke lockernya dan dia sangat terkejut apabila mendapati banyak kesan contengan di locker miliknya.

"Puas tak?" Kyra berkata dengan suara yang sinis. Tangannya pula ditepuk beberapa kali diikuti hilaian tawa dua orang sahabat baiknya. Macam pontianak mengilai tu pun ada je aku dengar cara mereka ketawa sekarang ni.

Hazel tidak membalas apa-apa. Dalam keadaan seperti ini lebih baik dia memilih untuk berdiam diri sahaja kalau dilayan mungkin akan jadi perang mulut yang tiada penghujungnya.

Hazel meletakkan beberapa bukunya di dalam locker dan beriak biasa seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Kyra yang sudah naik geram dengan Hazel lantas menolak tubuh Hazel sehingga gadis itu terjatuh di lantai.

"I'm asking you just now!why don't you answer me huh?how dare you are!"

Hazel membersihkan sedikit kotoran yang melekat di bajunya sebelum berdiri. Dia hanya menghiraukan Kyra yang sedang menahan marah dan terus berlalu pergi dari situ.

Kau fikir kau seorang je yang ada perasaan ke?hei aku pun ada juga! Getus dalam hati Hazel.

Kyra mengepal buku limanya. Tanpa dia sedari seseorang sedang memerhatinya sejak tadi lagi.

Xander mengejar langkah Hazel. Boleh tahan juga kaki dia ni mengalahkan kaki kuda pun ada juga. Bisik hati Xander.

"Hazel..."

Segera dia berpaling ke belakang dan kelihatan Xander yang tercunggap-cunggap kepenatan.

"What wrong with you Xander?macam baru nampak hantu jer saya tengok,"

"Saya kejar kau tadi tapi kau laju sangat.
Kaki kau jenis apa ya?sampai saya pun susah sangat nak kejar,"

Hazel ketawa kecil ."saya nak cepat masuk kelas that's why saya cepat sangat tu,"

"Jomlah pergi sama-sama memandangkan saya pun nak masuk kelas juga,"

Hazel hanya menganggukkan kepala.

Di dalam kelas Hazel hanya berdiam diri kecuali kalau Xander ingin bercakap dengannya. Sebenarnya dia langsung tidak ada mood pagi ini.

Xander pula merasakan mesti ada sesuatu yang membuatkan Hazel tidak begitu aktif hari ini. Dia kenal siapa Hazel dan kelmarin sebenarnya bukan kali pertama mereka pernah berjumpa tetapi sudah bertahun lamanya cuma mungkin gadis itu sahaja yang tak perasan.

Mungkin belum tiba masa yang sesuai untuk dia tahu perkara yang sebenar. Getus dalam hati Xander.

Hazel menyibukkan dirinya dengan membuat homework yang diberikan oleh madam Madyson tadi. Lebih baik siapkan kerja rumah awal tak adalah susah-susah lagi nak buat di rumah nanti.

"Hazel...semalam kau ada tengok perlumbaan biker di tv ke?" kata Xander. Aduh aku memang pasti dia tak minat tengok biker.

Mendengar sahaja perkataan 'biker' dari Xander terus Hazel teringat akan kejadian di mana dia hampir dilanggar oleh seorang biker kelmarin.

"Kau salah satu biker juga ke?"

"Erm...yup tapi saya masih dikira di over rank lagi,"

"Kau pernah ikut perlumbaan?"

"Already 2 times tapi still tak boleh menang. Saya kurang latihan sebab tu saya kurang skill masa perlumbaan,"

"Kenapa pula kurang latihan?bukankah seorang biker tu akan buat latihan secukupnya sebelum ikut bertanding?" kata Hazel yang tiba-tiba sahaja berasa ingin tahu lebih lanjut tentang biker.

"Actually masa tu saya tak setuju ikut perlumbaan tapi abang saya tu lah yang nak sangat saya ikut so apalagi terpaksalah. Tapi saya terlalu banyak skip datang berlatih sebelum itu sebab masa itu juga saya kena fokus dengan exam,"

"Lepas habis final exam kau tak nak ikut perlumbaan lagi ke?"

"Tengoklah macam mana nanti. Tapi kalau saya ikut boleh tak kalau saya nak kau datang tengok?" Xander mula tersengih.

"Saya tak minatlah. Tapi saya tak faham apa masalah saya sekarang ni tiba-tiba rasa nak tahu banyak tentang biker pula,"

"I'm really sure one day you will fall in love with biker boy,"

Hazel menjeling sekilas Xander. Apa pula kena mengena dengan tu. Isy...no way!no way!

_____


Xavier membuka helmetnya sebelum berlalu menuju ke pintu masuk universiti.
Pelajar perempuan yang melihat kehadiran Xavier sudah mula berbisik antara satu sama lain. Sememangnya Xavier merupakan lelaki yang paling digilai para gadis di U dan begitu juga dengan Hayden.

"Whats up bro. Nasib baik kau tak lambat sangat hari ni. Apasal tangan kau berbalut bagai ni?" Hayden memandang tangan Xavier yang berbalut itu dengan pelik.

"Semua ni disebabkan kelmarin. Entah apa sangat perempuan tu buat dekat tengah jalan raya. Kalau kau nak tahu aku hampir terlanggar perempuan tu kalau aku tak pusing,"

"Perempuan tu dah kurang waras kot mungkin nak bunuh diri. Kenapa kau tak call minta tolong kelmarin tak adalah kau bersusah payah datang di garisan penamat tu,"

"Kurang waras kot tapi muka cantik je aku tengok tapi fuh!mulut dia bukan kemain lagi,"

"Ala setakat cantik je jangan pandang semua tu. Kau tengok cara percakapan dia amacam?but don't ever judge a book by it's cover, nanti lain pula yang jadi,"

"Aku tak judgelah bongok. Aku cuma nak tanya aje. Minta dijauhkan lah aku terjumpa dengan perempuan tu lagi kang jadi drama pula nanti,"

"Aku pernah tengok drama yang lelaki ni hampir terlanggar dengan perempuan tu then diorang bergaduh je last last terjatuh cinta pula. Masuk akal tak?" tanya Hayden.

"Orang yang baru berkenalan di social media pun boleh couple inikan pula macam tu," balas Xavier.

"Memang bukan taste akulah macam tu. Sad betul,"

"Kau nak taste yang macam mana?"

"Aku nak perempuan yang bermata biru. Cute je aku tengok," jawab Hayden sambil tersenyum suka.

"Taste aku asian girl. Tak naklah yang mata biru bosan dah aku tengok,"

Hayden menampar perlahan bahu Xavier. Kalau cerita pasal wanita idaman ni mungkin esok pun belum siap lagi.





Enjoy🍀

If you liked this chapter,please consider giving it a vote.

THANK YOU SO MUCH DEAR READERS❤❤



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro