LFDW - Chapter 28

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Tapi...tak bolehkah kalau bagi I peluang kedua?I janji I tak akan sakitkan hati dia lagi. Please help me Xander I masih sayangkan abang you. I janji lepas tu I tak akan ganggu hidup you lagi," Kyra menyeka air matanya yang semakin laju mengalir.

Hazel yang tidak sengaja mendengar perbualan mereka di sebalik dinding turut sebak mendengar perbualan antara Xander dan Kyra. Sekarang baru dia faham kenapa Xander begitu bencikan Kyra rupanya Kyra pernah bercinta dengan abang Xander.

"Kyra kau memang tak sedar ke apa yang jadi selepas kau sakitkan hati abang saya?" Xander menahan geram dalam hati.

Kyra menunduk memandang ke bawah. "Tak...I tak tahu," jawab Kyra yang masih lagi menangis.

"Kris dah meninggal dan kau dah buat abang saya tak sempat nak minta maaf dekat dia. Kau juga yang hancurkan hubungan kawan mereka. You know what they are bestfriend since they're 9 years old. Tapi selepas kau dah buat begitu, Xavier terseksa tau tak dan Kris mesti tidak akan tenang di sana," Xander menggengam erat tangannya. Dia tahu Kris tidak tenang dan buktinya waktu di Funfair hari itu dimana dia melihat Kris.

Hazel sangat terkejut sebaik sahaja dia terdengar nama Kris juga terlibat dalam perbualan mereka. Xander kenal Kris?how could it be?

"Saya tak sengaja buat semua tu. Please believe me Xander. Saya tak pernah terfikir nak bercinta dengan Kris but that time he really love me and I'm just accept him. But before we are in a relationship I already fall in love with Xavier..." dengan jujurnya Kyra berkata.

Sekali lagi Hazel bagaikan terkena electric shock. Kris pernah bercinta dengan Kyra?no!that's imposibble!macam mana pula Kris meninggal?dia bunuh diri ke?kenapa dia tak pernah ceritakan aku?patutlah dia banyak berahsia dengan aku. Teka Hazel dalam hati.

"Cukuplah saya tak nak dengar apa-apa lagi. Mulai hari ini saya tak nak kau datang jumpa saya dan bercakap tentang ini!jangan ganggu saya lagi selepas ini dan kau jangan berani pula buat sesuatu dekat Hazel. Ingat tu!" Xander menunjukkan jari telunjuknya tepat di depan wajah Kyra.

"Xander please...janganlah macam ni I janji tak akan ganggu you kalau you tolong I...please Xander," Kyra merayu sepuas- puasnya namun rayuan itu bagaikan angin sahaja.

Xander sedikit pun tidak termakan dengan rayuan Kyra. Jangan pernah berharap Kyra!
Dia terus berlalu dari situ dan dengan pantas Hazel menyorokkan dirinya supaya Xander tidak sedar yang dia sedang mencuri dengar perbualan mereka tadi.

Sebaik sahaja Xander hilang dari pandangannya, Kyra mengesat air matanya dengan kasar. Penumbuk digenggam penuh erat. Api marahnya mampu membakar lalang kering biarpun jauh di seberang lautan. Dia tak sangka Xander sangat susah hendak dipujuk inikan pula Xavier yang sudah membencinya.

Hazel termenung di dalam kelas sewaktu madam Anne mengajar. Fokusnya hilang apabila kembali teringat perbualan Xander dan Kyra.

Saya tak pernah terfikir nak bercinta dengan Kris but that time he really love me and I'm just accept him.

Kata-kata Kyra yang didengarinya tadi itu sentiasa terngiang-ngiang di benak otaknya. Hazel tidak tahu menilai perasaannya sendiri sama ada dia marah, kecewa, sedih atau simpati dengan Kris.

Maksudnya kata-kata Kris tempoh hari itu ditujukan kepada Kyra dan itu bermakna dia masih cintakan Kyra lagi?So Kyra lah gadis istimewa bagi Kris. Macam tu?I think so.

"Hazel..."

Baguslah kalau macam tu aku tak payah nak ambil kesah tentang dia lagi. Dia kan lebih risaukan Kyra berbanding aku.
Dah kenapa pula aku ni tiba-tiba terfikir yang Kris risaukan tentang aku pula.

"Hazel.."

Don't be sad Hazel. Kris kan setia dengan Kyra. Kau tak perlu nak ambil kesah sangat dekat dia sebab semua tu hanya membuangkan masa sahaja.

"Hazel!kau fikir apa ni sampai dua kali saya panggil pun masih boleh termenung,"

Hazel baru tersedar apabila Xander memanggil namanya. Padahal sudah dua kali pun lelaki itu memanggilnya.

"Sorry, saya betul-betul tengah serabut sekarang. Xander boleh saya minta tolong sesuatu?"

"Tolong apa?hei Hazel kau okey ke tak ni?sebelum ini saya tak pernah lagi nampak kau macam ni," Xander jadi serba salah pula memanggil nama Hazel tadi.

"Xander please leave me alone. I'm begging you," kata Hazel dengan perasaan yang bercampur aduk ketika itu. Dia perlukan masa seorang diri untuk menenangkan fikirannya.

"Hazel kau okey-"

"Please Xander...just leave me alone," Hazel memintas kata-kata Xander. Entah kenapa moodnya berubah 360 darjah pun dia tak tahu. Otaknya pula semakin serabut.

Xander terdiam sejenak lalu menganggukkan kepalanya. Kalau itu yang Hazel mahukan baiklah dia tidak mahu menganggu gadis itu buat sementara waktu. Niat hendak menolong tapi biasalah perempuan kalau dah namanya bad mood memang dia nak alone lah maksudnya tu.




Enjoy🍀





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro