LFDW - Chapter 68

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Shawn mengacukan pistol tepat ke arah Hazel. Bibirnya terukir senyuman sinis.

"Shawn put your gun down!" marah Hayden. Tapi dia yakin Shawn tidak sekali pun akan mendengar arahannya.

"Jangan buat kerja gila Shawn. Kau tahukan kau akan ambil risiko kalau kau buat benda ni!" Xavier juga sudah mula risau.

"Aku tak akan tukar fikiran selagi Kris belum munculkan diri. Kalau dia masih tak dengar apa yang aku kata buah hati dia ni yang akan jadi pengganti!" kata Shawn dengan nada yang mengejek.

"Apa sebenarnya yang kau tak puas hati Shawn?dah bertahun berlalu tapi kau masih simpan dendam kau. Kau tak faham ke apa maksud ayat move on?kenapa tak boleh lupakan kisah lalu dan kenapa perlu sakitkan diri sendiri?" kata Xander yang berdiam lama tadi akhirnya membuka mulut.

Sementara itu Kris menatap wajah Hazel lama. Begitu juga Hazel yang memandang Kris.

Shawn terkilan dengan kata-kata Xander. Wah dia macam nak nasihatkan aku pun ada juga boleh tahan juga budak ni. Getus dalam hatinya.

Kini pandangan Shawn tepat ke arah Xander. Dia sengaja membelek belek pistol yang dipegangnya sebelum satu das tembakan terkena di kaki Xander.

Xander menjerit kesakitan dan darah mula mengalir dengan banyak.

"Itu balasan bagi orang yang tak hormat aku!siapa lagi yang berani nak cabar aku haa!" nada suara Shawn semakin tinggi.

"Xander..."

Xavier dan Hayden meluru ke arah Xander yang terbaring lemah. Xavier melihat jam di tangannya.9:45 p.m. Tinggal beberapa minit lagi sebelum pihak polis dan ambulans datang.

"Xander please bertahan. Aku nak call Jade suruh cepatkan panggilan," ujar Xavier yang semakin risau melihat keadaan adiknya. Rasa macam nak terajang sahaja Shawn ketika ini.

"Its okey Xav biar aku yang bantu kau. Tolong tengokkan Hazel dulu," ujar Hayden.

Kris yang terkejut dengan tindakan Shawn segera menuju ke arah lelaki itu namun dalam keadaan seperti halimunan.

What are you doing Kris?

Dengan pantas Kris merampas pistol yang dipegang oleh Shawn dan mengacukan pistol itu tepat ke arah kepala Shawn sebelum Kris memunculkan dirinya.

Shawn begitu terkejut. Dia tidak mampu berkata apa-apa. Tangannya serta merta diangkat seperti gaya surrender.

"Berambus sekarang atau kepala kau akan hancur!"

Shawn cepat-cepat beredar dari bangunan itu namun belum sempat bayangannya hilang dari pandangan, Kris bersuara lagi.

"Tapi ingat sebagai balasannya," kata Kris sebelum...

PANG!

Satu tembakan tepat terkena di bahagian bahu Shawn.

PANG!

Satu lagi dibahagian tangan.

PANG!

Yang terakhir di bahagian kaki Shawn.

Kris senyum sinis. Akhirnya dapat juga dia balas apa yang Shawn buat dekat dia satu tahun yang lalu. Kerana Shawn nyawa dia hilang. Dan hari ini Shawn telah pun terima balasan yang setimpal.

Lelaki itu terjatuh dari tangga dengan darah yang dipenuhi di badannya. Jeritannya juga mula kedengaran di seluruh bangunan itu.

Hayden yang begitu marah lantas meluru ke arah Kris dan memberikan lelaki itu satu tumbukan padu.

"Kau lembap tau tak!kalau kau cepat bertindak tadi Xander tak akan macam ni!eh kau boleh pergi mampuslah!" bentak Hayden yang seperti hilang kawalan.

"Hayden...aku cuba selamatkan keadaan tapi aku tak nak nyawa kamu hilang.
Tindakan Shawn tadi tak dapat dijangka semua tu dalam sekelip mata sahaja. If I know he want to shoot Xander I already save him early,"

"Kau alasan je tahu-"

"Hayden stop it!tak payah salahkan sesiapa. He is right. Tindakan Shawn tadi adalah di luar jangkaan and its happen so fast. Macam mana kita nak tahu yang dia nak shoot Xander sedangkan dalam hal ini Xander tidak terbabit. Kita tak tahu siapa lagi yang akan Shawn target selain Kris dan aku!"

"Guys just stop it. Kita kena bawa Xander turun dari bangunan sekarang ni juga sebab darah semakin banyak keluar. If he lost his blood he might...you all know it," kata Xavier dengan cemas.

Hayden mendengus marah. Boleh pula Hazel backupkan Kris. Lalu dia pun segera menolong Xavier memapah Xander turun.

"Are you okey Kris?"

"Yes,"

"Good. So lets go..."

Kyra tersenyum sinis dari jauh. Seperti Shawn juga tadi, dia perlahan-lahan keluar dari tempat persembunyiannya.

Go die Hazel!Finally I got a chance to shoot you!

Picu pistol ditarik dan satu das tembakan dilepaskan.

Xavier yang pada masa itu memusingkan badannya ternampak Kyra yang mengacukan pistol ke arah Hazel dan dengan pantasnya dia berlari ke arah Hazel untuk melindungi gadis itu daripada ditembak.

Tetapi Kris juga dengan pantas menggunakan bayangannya untuk melindungi Xavier dan Hazel daripada tembakan itu.

Peluru pistol tepat terkena ke arah dada Kris. Untuk kali yang keduanya, diri dia menderita dan untuk kali kedua itu juga dia menggadaikan dirinya demi nyawa orang yang penting dalam hidupnya.

Hazel yang berada dalam dakapan Xavier membuka matanya perlahan-lahan. Betapa terkejutnya dia apabila melihat Kris yang sudah rebah di atas lantai dengan keadaan seperti nyawa-nyawa ikan.

"KRIS...........!!!"




Enjoy🍀

What is happening?😢

Jangan lupa tekan butang vote.
Share cerita ini pada kawan kawan anda dan jangan lupa letak di reading list korang💕💕

Author love sangat semua readers 'Love From Different World' 💘💘💘💘💘💘💘💘💘💘💘💘💘💘💘💘💘love sikittt😉😉

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro