Bab 15: Bersalah

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"SEBENARNYA kan kalau kau fikir balik tak salah pun," kata Jet lembut.

Rudy menayang muka sebal.

"Okey, aku rasa kau terlepas kot bahagian yang aku cakap dia letak aku atas peha dia." Rudy menekan perkataan 'peha' supaya Jet jelas dengan apa yang dia cerita tadi.

Senyuman di bibir Jet terus mati. Rahangnya diketap menahan geram. 

"Aku dengarlah, aku tak pekak lagi. Bagilah aku cerita dulu." Jet mendengus. Nak tolong member pun kena sindir.

Rudy terdiam dan faham. Dia senyap tak berkutik hendak memberi ruang untuk kawannya pula bersuara.

"Kau pernah dengar perkataan darurat tak?" soal Jet.

Rudy sekadar menggelengkan kepalanya. Keningnya bertaut rapat.

Jet menarik nafas dalam sebelum menerangkannya secara kasar. "Darurat ni ada banyak maksud, tapi dari segi islam maksudnya seseorang yang berada di dalam keadaan yang sukar yang membuatkan dia terpaksa melakukan apa sahaja demi menyelamatkan nyawa dia."

Rudy mendengar tanpa mencelah. 

"Allah ni... Dia tak kejam. Dia dah susun cantik-cantik dah cara kehidupan manusia. Memang betul lelaki dan perempuan yang bukan mahram tak boleh sentuh each other secara fizikal tapi bila datang keadaan yang darurat, kita tak ada pilihan lain. Hukum ikhtilat yang asalnya haram boleh bertukar menjadi harus." Jet menyambung lagi panjang lebar. 

Rudy sedikit berkerut. Dia cuba memahami maksud kawannya. Okey... mahram. Kiranya mahram ni seseorang yang haram disentuh la? Ikhtilat tu pula hubungan antara lelaki dengan perempuan.

Okey. Rudy mengangguk perlahan mula memahami.

Selang beberapa saat, Jet membuka mulutnya lagi. 

"Aku bagi contoh senanglah. Okey contohnya, ada seorang perempuan ni lemas dan tak tahu macam mana nak berenang. Dan waktu itu jugaklah tak ada sesiapa kecuali kawan dia. Pastu kawan dia ni pulak lelaki. Nak tak nak kawan dia yang lelaki ni kena jugak la selamatkan perempuan tu. Sebab kalau dia tak selamatkan, kemungkinan besar perempuan tu akan mati lemas. Nak tunggu bantuan sampai? Mati dululah perempuan tu jawabnya." Jet mengangkat kedua belah tangannya ke atas di akhir kata.

Rudy mengetap bibirnya. Dia sedikit sebanyak sudah mula memahami. Cumanya ada beberapa perkara yang membuatkan dia keliru.

"Jet... tadi kau ada cakap mahram kan?" Dahi Rudy masih berkerut. Mata Rudy ditala memandang lantai.

Jet mengangguk. "Haah, kenapa?"

"Apa beza mahram dengan muhrim? Yalah sebab aku selalu dengar, kejap orang tu cakap mahram lepas tu cakap muhrim. Mana satu yang betul?" soal Rudy. Wajahnya jelas menunjukkan yang dia benar-benar keliru.

Jet terdiam seketika. Wau... tak sangka dia Rudy perasan pasal hal tu.

Jet tersenyum tersenyum nipis. Berminat eh, kau nak tau. Aku suka, aku suka.

"Antara mahram dengan muhrim, yang paling tepat mestilah mahram. Sebab muhrim tu maksudnya seseorang yang mengerjakan ihram haji atau umrah. Mahram ni pula orang yang berlainan jantina dengan kita tetapi haram untuk kita berkahwin dengannya," terang Jet, yang baginya sudah cukup jelas.

Kerutan di dahi Rudy semakin bertambah. 

"Apa? Aku tak faham. Apa benda tu? Berlainan jantina dengan kita tetapi haram untuk kita berkahwin dengannya? Peningnya." Rudy memegang kepalanya. Serius cakap, dia memang pening. Sakit otaknya nak mencerna maksud Jet.

Jet menghelakan nafas perlahan. Dah agak dah. Dia masa first time dengar ayat tu pun pening juga. Berbelit kot.

"Okey, okey. Senang macam ni la. Kau ada adik perempuan. Kau rasa kau dengan adik perempuan kau boleh kahwin tak?" soal Jet. Sengaja mahu menguji kawannya.

Rudy membuat muka toya. Apa? "Eww, no. Disgusting."

Kahwin dengan adik-beradik? Ei, agaklah. Apa dah pupus ke semua perempuan dalam dunia ni?

"Haa, tau pun. Tu maksudnya kau dengan adik perempuan kau tu mahram. Bila mahram, hukumnya haram untuk korang dua berkahwin," terang Jet lagi lebih mendalam.

Rudy terdiam seketika, akhirnya faham. "So, kiranya mahram ni dalam bahasa kasarnya, orang yang ada pertalian darah dengan kita la?"

"Yes, betul. Pandai kau." Jet memetik jarinya dan menunding ke arah Rudy. As expected from him.

"Tapi ajnabi ni pulak vice versa." Jet berkata lagi dengan istilah baru.

Rudy terseringai? Apa benda pulak ajnabi ni. Haih, banyaknya nama.

"Ajnabi ni dalam bahasa kasarnya, orang asing la. Means dia bukan keluarga kita, bukan suami, bukan isteri. Jadi hukum berkahwin dengannya ialah halal," terang Jet.

"Contohnya macam kau dengan Imanlah. Korang dua ni ajnabi. Bukan adik-beradik, bukan family. Jadi korang dua halal la nak bergelar suami isteri," sambungnya lagi, sengaja mahu mengusik kawannya. Bibirnya diketap kuat agar tidak melebar.

Rudy mengangguk faham. Oh, macam tu. Kejap, apa!

Rudy berkalih memandang Jet di sebelahnya yang sudah berkekek ketawa. Dia mencerlur Jet tajam.

Tangan Rudy dengan lajunya, menampar belakang kepala Jet. Suka hati kau je bagi contoh!

"Aduh, sakitlah!" pekik Jet.

"Jangan nak mengarut." Rudy merengus kasar.

Muncung sedepa bibir Jet ke depan. Tangannya mengusap belakang kepalanya yang sakit. Kau nak otak aku gegar macam kau juga ke? Dasar...

"Dah, jom balik." Rudy bingkas bangun dari duduknya dan bergerak ke muka pintu.

'Lama-lama kat sini, boleh naik gila aku.' gertus hati Rudy.

"Yalah-yalah." Jet bangun membuntuti Rudy.

Mata Jet dijuling ke atas. Macamlah dia tak nampak telinga Rudy yang dah merah tu. Huh, nak cover konon.

Jet menutup rapat pintu infirmary tersebut sebelum berlari mendapatkan Rudy.

"Eh, tadi masa kau pengsan tadi tu an, kau ada ingat apa-apa tak?" soal Jet, sudah berjalan sama rentak dengan Rudy.

"Kau cakap apa ni?"

"Tak, maksud aku... masa awal-awal kau pengsan tadi, kau tak ada rasa macam kau ada pegang apa-apa ke?" soal Jet lagi tapi lebih spesifik.

Sehabis baik dia cuba untuk berlagak biasa setelah perasan dengan nada suara Rudy yang berubah drastik. Huh! Kejap aje mood dia dah swing.

Langkah Rudy terhenti apabila Jet bangkitkan perkara itu dan barulah dia teringat memang sebelum dia pengsan, dia ada pegang sesuatu yang menyakitkan dahinya.

Tangan Rudy dengan sendiri, berlari ke segenap dahinya. Terbuntang kecil matanya bila dia tersedar tempat lukanya tadi sudah bertampal. 

"Kau cuci luka aku ke?" soal Rudy masih memegang plaster di dahi.

Jet tersenyum nakal.

"Nope. Kau tau siapa yang bersihkan luka dekat dahi kau tu?" Kening Jet terjongket-jongket memandang Rudy.

Dahi Rudy berkerut seketika, berfikir. Selang beberapa saat, dia sudah dapat mengagak.

"I..." Jet cuba membuka mulutnya.

"Stop!" Rudy memotong Jet laju. Kepalanya ditunduk ke bawah dan jari telunjuknya diangkat ke atas.

"Jangan kau sebut nama dia," kata Rudy keras.

Jet tersentak. Senyuman di bibirnya terus mati. Dia memandang kawannya atas bawah. Kenapa dengan Rudy ni?

"Sampai hati kau. Iman tu ikhlas tau tolong kau. Yang kau nak marah dia kenapa?" soal Jet, agak terkilan bagi pihak Iman.

Rudy diam. Dia memekakkan sahaja telinganya. No specific reason!

Cuping telinganya terasa panas tiba-tiba. Manalah dia tahu tu tangan Iman. Iman ni pun satu. Baik sangat! Suruh jelah Jet yang buat, apa susah?

"Eh, kejap." Jet meletakkan jarinya di dagu, berfikir.

"Ini marah ke malu?" soalnya pula kembali tersenyum nakal.

Rudy meneguk air liurnya dan mengalihkan pandangannya. Dia kembali mengorak langkah dan berlalu dari situ.

Melihat reaksi Rudy yang jelas kelihatan, Jet terus faham. Dia berlari mendapatkan Rudy semula.

"Oh... malulah ni. Tak apa, tak apa, aku faham. Yalah, kau yang macho ni mana suka bila ditolong macam tu, kan? Jatuhlah reputasi kau," perli Jet.

Rudy menarik nafas dalam. Rahangnya diketap geram.

'Oh Lord, please give me patience. 'Cause if you give me strength, I might just kill this imbecile!' gertus hatinya.

"Kau ni memang tak ada hati langsung ke dekat Iman tu? Sikit pun tak ada?" Jet memandang Rudy dengan mata penuh tanda tanya.

Rudy menjeling Jet. "Tak."

"Serius? Habis yang dahi kau luka ni sebab apa? Bukan sebab jealous?"

"Bukan." Rudy menjawab sepatah.

Jet menggaru kepalanya yang tidak gatal. Betul ke tidak Rudy ni? Ke dia saje tak nak mengaku? Haish, bikin gilalah landak ni.

Rudy mendengus halus. Bukan salah dia, dia terdengar perbualan Iman dengan Chris tadi.

Boleh mamat caucasian kelantan tu pergi cakap diorang ni couple? Ergh! Naik bulu roma!

'Tolonglah! Aku dengan Iman tu rapat sebab dia nak tolong aku sembuh aje. Dah sembuh nanti masing-masing buat la hal sendiri. Typical minded betul.' omel hatil Rudy.

 

═ ∘◦❦◦∘ ═

 

"SAMPAH!" 

Dia menampar kuat pipi pembantunya yang di sebelah kanan.

"Tak berguna!" 

Dia menumbuk pula perut pemuda yang duduk di sebelah kirinya sehingga budak itu jatuh terjelepuk di atas lantai.

"Tak boleh harap!" 

Kertas-kertas dan fail kerjanya dicampak ke atas lantai. Meja kerjanya ditumbuk kuat.

"Macam mana korang dua ni buat kerja? Ni dah masuk kali ke berapa korang buat kesalahan yang sama!" tempiknya lagi. Kedua matanya dijegilkan memandang dua lelaki yang lebam ditumbuk dan ditampar.

"Kami minta maaf dato'." Salah seorang daripada mereka memohon maaf dengan payahnya. Suaranya hampir tidak boleh didengari kerana memegang perutnya yang senak ditumbuk. 

"Kami janji lepas ni..."

"Aku dah tak nak dengar janji-janji munafik dari korang!" Dia memotong pantas. Jarinya ditunding ke arah lelaki yang cuba untuk berdiri dari atas lantai itu.

Jelas kelihatan urat-urat halus yang timbul di dahi merah padam lelaki berambut uban itu.

"Coda." panggilnya, memusingkan badannya membelakangi mereka berdua.

"Ya, dato'," sahut Coda. Dia masih lagi memegang pipinya yang pijar di tampar.

"Teruskan dengan back-up plan kau," arah dato' dengan nada yang penat dan letih.

"Sekarang ke dato'?" soal Coda meminta kepastian.

Dia memusingkan badannya semula dan menghadap Coda. Mukanya yang masih bengis ditayang.

"Habis, nak aku tembak kepala engkau dulu baru engkau nak gerak?" soalnya retorik.

"Tak. Kami gerak sekarang," ujar Coda mendapat kata putus. Dia menarik budaknya bersama keluar meninggalkan dato' di dalam bilik seorang diri.

Mereka berjalan di koridor dan menuju ke lift. Dia menekan butang lift dan dalam beberapa saat pintu lift tersebut terbuka. Mereka berdua melangkah masuk ke dalam.

"Macam mana kita nak gerak kalau dia dah tembak kepala kita?" soal budak yang berdiri di sebelah Coda dalam nada menyindir. Senak di perutnya masih terasa.

"Diamlah! Kau nak bising, kau bising nanti," marah Coda. Dia menjeling anak buahnya yang pendek akal ini.

Kalau dato' dengar, mati kau.

"Tapi betul apa aku cakap." Dia menjawab balik, masih lagi tidak mahu mengalah. 

Sakit hatinya dengan orang tua tu. Buat salah sikit dah kena tumbuk. Baran!

"Kalau dia dengar kau, betul-betul kena tembak kang," kata Coda keras.

"Ala, bos ni chill la. Orang cakap je pun." Matanya dijuling ke atas. Paranoid la bos ni.

"Banyaklah kau punya chill. Dato' Mikael tu sekali dia sakit hati, semua dia tibai." 

"Tsk! Apa lagi yang menyakitkan hati dato' selain daripada anak dia yan...." Dia cuba mengungkit kisah anak Dato' Mikael tetapi Coda melarang.

"Aleo!" jeritnya. Dia menjegilkan biji matanya mencelur Aleo tajam. Dia sudah melampau!

Pada waktu itu juga pintu lift sudah terbuka menunjukkan yang mereka sudah sampai ke tingkat bawah. Keadaan senyap buat beberapa saat.

"Okey, okey. Fine, fine." Aleo melangkah keluar dari lift. 

Dia menjuling ke atas sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya ke atas tanda mengalah. Geez, tak payahlah nak marah-marah.

"Kau baru lagi kau tak tahu apa-apa." Coda mendengus perlahan. Dia berjalan mendahului Aleo.

Dia tak suka bila orang bercakap pasal dato' bila mereka sendiri pun belum kenal dato' seperti dirinya.  

Dia sudah lama tahu penyakit Dato' Mikael selama ini. Dia sendiri yang melihat kesengsaraan dato' di hadapan mata selama enam belas tahun dia bekerja dengan orang tua itu.

Orang tua tu kadang-kadang boleh jadi gila. Yang kasihannya, Marla selalu menjadi mangsa keadaan.

"Ada lagi ke benda yang aku patut tahu?" soalnya. Lagaknya seperti sudah cukup mengenali majikannya.

"Kau tahu anak dato' ada abang?" soalnya, tersenyum sinis sebelum membuka pintu kereta.

Dan seperti yang dia sangka, budak itu terkejut besar. Dia menghelakan nafas sinis sebelum masuk ke dalam kereta.

Aleo juga turut sama masuk ke dalam kereta. Dia duduk di tempat penumpang sebelah pemandu.

"Marla ada abang?" soalnya pula terseringai.

Seingat dia, dato' ada seorang je anak. Dan sejak isterinya meninggal tujuh belas tahun yang lepas, dia tak pernah berkahwin. 

Kalau adik tu logik la lagi. Ini abang? Macam mana pulak Marla boleh ada abang?

Coda menjuling ke atas sambil melepaskan nafas sinis. Dia menghidupkan enjin kereta. "Tu aku cakap kau baru lagi. Aku yang dah bertahun kerja dengan dato', macam-macam dah aku nampak," 

Coda menjeling Aleo sambil menarik break kereta dan terus menekan minyak keluar dari perkarangan tersebut.

"Call, Mono. Suruh dia jumpa kat tempat biasa," arah Coda mendatar tanpa memandang Aleo.

"On it," jawabnya segera mengeluarkan telefon daripada poket seluar.

Dia mencari nama rakannya. Setelah jumpa, dia terus menekan call dan membawa telefonnya ke cuping telinga.

"Mono, bos nak jumpa. Tempat biasalah. Okey." Dia mematikan talian dan menyimpan semula telefonnya di dalam poket.

Coda tersenyum sinis masih memandang kepada jalan. Next stop is... rumah Iman.












═════════
[AKAN DIEDIT]
Total words: 2.0k

Saya dh makin insecure dgn citer sndri

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro