Bab 18: Dia [EDITING]

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"ADIK janganlah pergi mana-mana," seorang lelaki mengunci pergerakan gadis yang berdiri dihadapannya.

Sempat dia menarik kasar lengan adik ini tadi, bawa masuk ke dalam lorong yang terpencil. Pedih juga tangan dia lepas kena gigit dengan perempuan ni tadi. Tapi dia tak kisah. Ala gigit-gigit manja je. Nanti giliran dia pulak yang menggigit.

"Kau nak buat apa dengan aku?!" soal gadis itu, hampir cecah satu oktaf. Dia takut dan marah. Tapi rasa takutnya lebih menguasai. Takut dengan tindakan drastik lelaki dihadapannya ini. Tangan dan kakinya menggeletar kuat.

Pandangan matanya sahaja sudah cukup menyeramkan. Mata yang penuh dengan hawa nafsu. Dia tak suka. Dia suka dengan apa yang dia rasa tika ini. Takut. Tak selamat. Bakal disakiti. Bakal digadai. Bakal kehilangan segalanya.

"Nak kenal-kenal je," jawabnya, sedikit pun tidak gentar. Dia tersenyum nakal penuh kesetanan. Dasar anak syaitan.

"Jangan dekat!" tempiknya, melihat jarak mereka yang semakin kecil. Jantung usah cakap lagi, memang laju habis.

"Aii... sombongnya," dia melentokkan suaranya, cuba untuk mengusap lengan gadis tersebut yang terdedah.

"Jangan sentuh akulah, bodoh!" gadis itu menampar kuat lelaki yang ingin merampas makhkotanya. Terteleng sebentar kepalanya ke tepi.

Lelaki itu nampaknya sedang memperbetulkan rahangnya. Dia menyentuh pipinya yang ditampar gadis tadi. Kemudian, dia tersenyum pula penuh makna.

"Wah.. ganasnya.. abang suka," bisiknya penuh rasa bangkit. Silap besar kau tampar aku perempuan. Tindakan itu telah membuatkan nafsunya semakin membuak.

Dia mendekatkan dirinya dan melekapkan lengan tangannya pada dinding, mengunci pergerakan gadis itu. Nafas kasar gadis itu yang menyapa lembut lehernya, membuatkan nafsunya meluap-luap.

Lama sudah dia perhatikan 'rezeki' depan mata. Kalau dah orang belanja, takkan kita nak menolak, kan? Dia mencium bau rambut gadis itu yang tertutup dengan tudung. Erm.. lavender. I like. Dapat juga dia rasakan ketaran tubuh dan esakan daripada gadis itu, tapi dia buat tak tahu.

"Jangan sentuh aku.." dia menggumam perlahan apabila pipinya diusap dengan lelaki binatang ini.

"Kejap je." bisiknya betul-betul ditelinga gadis itu. Sebelum tangannya merayap ke seluruh tubuh anak dara itu.

Eyh, bodoh! Kat lorong jijik tu jugak kau nak 'membuat'.

Bush!!

(A/N: Okay start sini, korang dah selamat hahaha. Happy reading, my kesayangan. Kentalkanlah hati anda huehuehue. If it's cliche instead of sad, then I'm truly sorry 😞💔 I've tried my best 🙃)

Belum sempat tangannya melakukan 'tugas', satu tumbukan padu hinggap dipipi belah kirinya yang membuatkan dia jatuh tersungkur di atas tanah lorong yang jijik itu.

Gadis yang berdiri bersandar pada dinding itu terkejut besar. Esakannya terus sahaja terhenti. Genggaman tangannya pula dibawa ke dada. Tak putus-putus dia mengucapkan rasa syukur di dalam hati.

"What the fck?!" dia menoleh kebelakang, memegang pipinya yang ditumbuk tiba-tiba.

Dapat pula dia rasakan cecair pekat mengalir dibibirnya. Dia mencalit sedikit jarinya pada hujung bibirnya. Terbeliak biji matanya, terkejut. Darah?!

"Kena tumbuk macam tu pun terus lembik ke, bang?"

Dia memanggung kepalanya semula memandang manusia yang mengacau urusannya tadi. Merah matanya menahan marah.

Muka dia pula.. hurm cam lepas kau dapat tahu adik kau curi ramen kau senyap-senyap pastu makan sampai licin berkilat. Haa, centulah muka dia. Bayang ah sendiri.

"Sheet, you!" dia mencarut kuat, tercabar dengan Rudy. Sakit hatinya apabila ada orang mengkacau daun urusannya yang belum selesai.

Tanpa membuang masa, dia bangun dan laju dia meluru ke arah Rudy bersama penumbuk yang dikepal.

Tapi dengan mudahnya, Rudy menunduk dan mengelak tumbukan lelaki itu membuatkan dia hilang imbangan. Rudy mengambil peluang ini untuk menendang kuat belakang badan lelaki itu. Rasakan, setan!

Sekali lagi, lelaki itu jatuh tersungkur mencium tanah yang semerbak harum baunya. Terpecik sedikit air kotor dimukanya membuatkan dia bertambah jijik. Dia berdecit geram.

"Kau tahu, untuk orang yang dah tua dan besar macam kau, kau memang bodoh." mendatar sahaja nada suara Rudy berbicara. Macam mana Rudy tau? Tengok muka pun dah boleh agak. 18 tahun ke atas.

Lelaki sampah macam ni memang dah belambak bersepah dah tau dekat luar sana. Suka menghancurkan perempuan ikut sedap nafsu, pastu ada hati lagi nak berkahwin dengan gadis yang masih ada dara. Gi, mati lah engkau!! Neraka is waiting!!

Timbul habis urat-urat halus didahinya mendengar kata Rudy. Dia bangun membetulkan topi dikepalanya dan berlari ke arah Rudy lagi.

Dia cuba untuk menendang perut Rudy tapi seperti yang dijangka, Rudy menyekat pula gerakannya, dengan menepis kakinya dengan hanya menggunakan tangan.

Terhuyung-hayang dia sebentar sebelum dia kembali stabil. Lelaki itu mendengus kasar tak puas hati. Dia menggenggam pula penumbuknya sama seperti tadi, dan dia meluru laju ke arah Rudy.

Rudy mengelak dengan menelengkan kepalanya ke tepi dan sepantas kilat, tangannya menggenggam pergelangan tangan lelaki tersebut. Dia membelitkannya kebelakang dan menolak belakang badan lelaki tersebut sehingga mukanya terlekap pada dinding.

Dia mengerang sakit. Kalau dinding tu halus licin takpe jugak, tapi ini dinding yang berbintik kecil dan tajam. Tercucuk rasa mukanya saat ini.

Terhinjut bahu gadis itu ke atas akibat terkejut dengan tindakan drastik Rudy. Semuanya berlaku dengan begitu pantas. Longgar habis skru lututnya.

Sesekali dia memerhati lelaki yang berhoodie kelabu putih ni, dia berkerut sebentar. Macam pernah nampak. Tapi kat mana ek?

"Kau lelaki, hidup untuk jadi pelindung! Bukan perosak!" tengking Rudy ditelinga lelaki tersebut.

Rudy kemudiannya memusingkan badan lelaki itu menghadapnya lalu menggenggam kolar baju lelaki tersebut. Terus sahaja tumbukan padu dihadiahkan buatnya diperut, sehingga dia terbatuk senak.

"Dah, blah! Buang masa aku je." Rudy melepaskan kolar baju lelaki tersebut dengan kasar, membuatkan lelaki sampah itu jatuh terduduk memegang perutnya.

Rudy menghelakan nafas berat. Sedikit lega. Ingatkan siapalah tadi yang duk terjerit pastu gelak-gelak. Sangkanya kes culik menculik. Tapi bila difikir balik, ada ke orang menculik gelak-gelak? Orang giler je kot.

Apabila dia sampai sahaja disini, terkejut besar dia jadinya. Bukan kes kena culik ke, kena dera ke apa. Tapi kes melepas sangap. Apa lagi? Terus melayanglah penumbuk dia kat muka si benget tadi.

Nah, rasakan kau penumbuk legend landak air batu ni. Sekali makan, confirm tak nak lagi. Dasar jantan sampah! Loji najis tu pon lagi suci dari kau!

"Kau tunggu kau, bodoh! Aku cari kau nanti, anjenk!!"

Rudy menjulingkan matanya ke atas melihat lelaki yang terkocoh-kocoh berlari memegang perutnya yang senak. Sedikit pun tidak gerun dengan ugutannya. Carilah aku. Macam jumpa. Kenal pun tidak, bajet je lebih. Sembang bangla, pigidahhhh.

Rudy tahu itu hanyalah ayat yang ingin menakut-nakutkannya sahaja. Bukannya ada maksud apa-apa pun. Ingat aku takut ke? Kalau kau bawak satu geng kau sekalipun buat serang aku, aku tak kecutlah. Not my level. Cehhh, Azwan Ali. Tiberrr.

"Awak, okay?"

Rudy berkalih memandang perempuan yang berjalan mendekatinya. Haih, kang cakap bebal kang, terasa. Dia tak nampak ke siapa yang tumbuk siapa tadi? Bersih je baju aku kot. Maki Rudy sendiri.

Dahinya berkerut melihat perempuan yang tak dikenalinya itu. Pandang aku macam tu apahal? Meleret lagi tu bersenyum. Jangan ingat ni scene hero selamatkan heroine, eh. Kau bukan heroine cerita nih. Takyah nak perasan!

Mata Rudy mendarat pula pada tubuh gadis itu. Dia memerhatikannya atas bawah. Mukanya yang tadinya ketat, semakin tegang pula. Rudy mendengus kasar.

"Kau ni tak reti nak pakai baju elok-elok ke?! Tudung singkat, seluar sendat. Kalau benda macam ni jadi lagi dekat kau, kau jangan nak salahkan lelaki!" tengking Rudy. Nadanya dah tak dapat nak dikawal lagi. Dia memang betul-betul marah.

Apa yang dipakai perempuan ini betul-betul merimaskannya. Sebab dia pun lelaki. Turun naik dadanya menahan marah. Tengok lengan yang terdedah, tudung berlilit dengan seluar mengikut bentuk. Eh laa, sakit mata akulah!

Riak wajah gadis itu terus berubah. Dia tersentap dengan apa yang keluar dari mulut lelaki yang tak dikenalinya itu.

"Kau siapa nak tegur-tegur aku?" soalnya, mengubah kata ganti nama yang tadinya ingin pakai awak-saya, sekarang pakai kau-aku pulak.

Baru sahaja dia nak berkenal-kenalan dengan lelaki berhoodie yang selamatkannya tadi. Terbantut terus niat lepas kene tegur macam tu.

Rudy menjulingkan matanya ke atas, lalu dia melepaskan nafas mengejek. Kau ingat aku, bodoh? Cara kau pandang aku pun aku dah tahulah yang kau nak try aku. Ber-awaklah sangat.

Eyh, aku takde seleralah dengan perempuan miskin tak cukup kain macam kau. Baik aku cari yang macam Iman lagi bagus! Eh?

Rudy mendegus, lalu menjeling perempuan ini. "Aku cakap benda betul, asal? Tercucuk?" pedas sekali Rudy menyindir. Sengaja dia meniup api kemarahan perempuan itu.

Tak sedar sendiri punca maruah hampir tergadai, masih lagi tak nak mengaku. Tak hormat diri sendiri langsung! Otak tertinggal kat rumah agaknya.

"Kau ingat kau ustaz ke nak tegur-tegur aku. Bapak aku un tak bising aku pakai macam ni, kau pulak yang melebih apahal?!" merah padam mukanya, terkesan dengan sindiran Rudy. Masih lagi nak membenarkan apa yang dah terang-terang salah. Dasar ego.

"Buatlah perangai macam tu. Masuk neraka dululah kau, baru masuk syurga." kata Rudy, menjeling perempuan biadap ini.

Dia dah tak tahan, giginya diketap kuat. "At least aku masuk syurga! Daripada kau, kafir duduk dalam neraka sampai bila-bila!" tempiknya menunding jari ke arah Rudy.

Rudy tersentak dengan ayat yang dihambur perempuan itu. Bagai satu tamparan yang teramat kuat menyinggah dirinya. Laju pula jantungnya berdegup di dalam dada.

Dia melihat sahaja perempuan itu melangkah meninggalkannya seorang diri dengan ekor matanya. Sehinggalah bayang perempuan itu tidak lagi kelihatan.

At least aku masuk syurga. Daripada kau, kafir duduk dalam neraka sampai bila-bila.

Terngiang-ngiang ayat itu dibelakang fikiran Rudy. Dia memegang ubun-ubunnya dan bersandar pada dinding. Turun naik dadanya, cuba untuk menstabilkan jantung.

Salah ke apa yang aku tegur dia tadi? Kenapa sakit sangat hati aku bila dia cakap macam tu? Macam ni ke cara mereka berfikir? Rudy menelan air liurnya.

Rudy cuba menarik nafasnya dalam. Cuba untuk membuang perasaan ini. Aku tak buat apa salah. Kenapa aku nak rasa semua ni? Nafas Rudy kembali stabil.

At least aku masuk syurga. Daripada kau, kafir duduk dalam neraka sampai bila-bila.

Rudy mendengus nafas kasar. Ayat itu masih lagi bermain di dalam fikirannya. Bagai pita yang dimainkan berulang-ulang kali.

Rudy mengurut dahinya perlahan. Makin dia lawan, makin ligat pula ayat itu bermain. Dia rimas. Menyampah. Dia tak buat apa salah. Kenapa pula dia perlu rasa perasaan yang pedih ni?

-"Kau tak penat ke buat semua ni?"-

Nafas Rudy tersekat. Matanya terbeliak, mendengar suara dari dalam kepalanya. Suara lain. Macam suara lelaki.. tapi budak. Budak itu seperti sedang memandang dirinya dengan mata yang penuh keraguan.

Rudy tak faham semua itu, lantas dia terus memejamkan matanya rapat. Tapi itu hanya memburukkan lagi keadaan.

-"Kalau aku tak buat macam ni, macam mana aku nak hidup?"-

"Ergh!!" Rudy mendengus kasar, sakit. Peluh sejuk mula turun membasahi dahi dan lehernya. Kepalanya berdenyut kuat. Seakan jantungnya pula yang berada di dalam kepala.

Kotak memorinya triggered dengan kata-kata perempuan tadi ke? Tapi kenapa? Tu perbualan dia dengan siapa?

-"Blahlah pendek."-
-"Anak siapa ni?"-
-"Tepilah budak!"-

"Gargh!!" air mata pedih mula memenuhi tubir matanya. Badannya dibongkokkan ke hadapan, namun masih bersandar pada dinding.

Satu demi satu pancaran menyinggah dimemorinya yang membuatkan kepalanya semakin ganas berdenyut. Seperti yang pernah berlaku di Akademi beberapa hari yang lepas, tapi lebih teruk.

Rudy seakan-akan melihat dirinya yang ditolak, ditendang dan dipandang hina. Tangannya menggeletar halus. Semakin lama semakin kuat geletarnya. Apa semua ni?

-"Tapi tak baiklah, weyh. Kita tak boleh buat macam ni."-
-"Huh, Baik? Kalau aku buat baik sekalipun, siapa je yang tak nampak?!"-

Rudy menarik nafas terkejut, mendengar tempikan suaranya sendiri. Dia menutup mata menggunakan tapak tangannya. Apa yang aku dah buat?

-"Tuhan tak sukalah kita mencuri ni. Berdosa."-
-"Tuhan? Tuhan sendiri yang jadikan aku macam ni! Takde mak. Takde ayah. Hidup sorang-sorang! Merempat sana sini. Kau masih lagi nak aku percayakan Dia?!"-

"ARGHH!!!" Rudy mengerang lebih kuat. Kakinya semakin lemah.

"Aku tak cakap macam tu. Aku tak pernah cakap macam tu. Aku tak pernah cakap macam itu." berkali-kali Rudy mengulang perkataan yang sama. Dia seolah-olah tak percaya yang dia pernah fikir sebegitu teruk sekali. Kenapa? Apa jadi dekat aku waktu tu?

Turun naik dadanya mengumpul nafas. Tangan yang diguna untuk menutup matanya, dilekap pada dinding yang dia bersandar pula, manakala sebelah lagi masih setia memegang kepalanya yang makin lama makin sakit.

-"Takde siapa yang perasan aku wujud. Diorang semua pandang aku hina!"-

Nafas Rudy terhenti, mendengar dirinya sendiri menempelak penuh kekecewaan.

-"Takde sorang pun yang sayang aku. Semua orang tinggalkan aku."-

Makin kuat Rudy mengerang, sakit. Hentakan kepala pada dinding yang tidak disengajakan, menambahkan lagi rasa sakitnya. Luka kecil dahi Rudy akibat hentakan itu.

-"Kalau tuhan pun tak nak pandang aku, apatah lagi manusia!"-

Air mata yang bertakung tumpah, mengalir dipipi Rudy. Dia cuba sedaya upaya untuk menghentikan flash itu daripada terus menyinggah kepalanya. Dia dah tak sanggup. Dia sakit. Sangat sakit.

-"Kau memang ada potensi."-
(Check: Ejen Ali season 2, Harapan:- 8:15)

Huh! Mata Rudy terbuntang luas bersama muka yang masih tertunduk. Siapa pulak ni? Dapat dia rasakan perasaan yang lain menyinggah didadanya waktu itu. Seperti.. satu harapan. Sinar baru.

-"Ejen Djin. Ingat lagi tak? Saya Rudy."-
(Check: Ejen Ali season 2, Diez:- 18:35)

"Djin." gumamnya.

-"Jangan halang aku!!"-
-Swoosh!!-
(Check: Ejen Ali season 2, Diez:- 18:52)

Rudy melepaskan nafas dan akhirnya terduduk diatas tanah memegang kepalanya yang sakit. Kepalanya sakit. Hatinya pedih.

Setitik demi setitik air matanya jatuh menghempas bumi.

RING! RING! RING!

************************************

IMAN mencari Rudy yang entah ke mana perginya dia tu. Call banyak-banyak kali tak diangkat. Nak cakap tak dapat, telefon dia berdering aje.

Haih, mana awak ni? Iman membelek telefonnya lagi, cuba untuk menelefon Rudy.

"Tadi kemain perli kita, pilih barang jangan lama-lama lah. Nanti orang kat rumah kebulurlah. Sekarang ni, siapa yang lambat?" bebel Iman sorang-sorang mencari nombor Rudy.

Iman meletakkan telefonnya dicuping telinga. Dan untuk kesekian kalinya, dia mendengus lagi. Tak dapat jugak! Ey, dia ni. Tunggu kau, aku jumpa kau nanti, aku sound kau habis-habis. Iman lantas memasukkan semula telefonnya ke dalam sling begnya.

Langkah Iman terhenti, teringat sesuatu. Ini semua sebab aku cakap dekat dia jangan sesat ke? Iman menarik nafas terkejut. Takkanlah dia dah sesat pulak?!

Iman menampar lembut mulutnya. Ish, mulut ni, celupar betul! Aku perli je, takkanlah jadi betul. Tulah, bercakap tak fikir guna akal. Sekarang mana nak cari dia?

Dah 15 minit mereka terpisah dekat pasar ni. Iman mula rasa resah. Allahu, mana nak cari dia ni?

"Orang kafir tegur kau?"

Langkah Iman terhenti lagi. Macam ku kenal suara itu. Lantas, dia terus menoleh.

"Ye, weyh. Ee, nyampah bodoh,"

Iman tersenyum girang. Terus, dia melangkah mendekati mereka.

"Iman!" jerit Suria ceria, berlari anak ke arah sahabatnya.

Tak sangka dia dapat jumpa kat sini. Dia memeluk Iman dan Iman membalas pelukannya. Seketika, pelukan mereka terlerai.

"Kenapa ni?" soal Iman, memandang ke arah dua orang lagi kawannya yang ketat habis muka mereka membawang.

Lebih-lebih lagi, Ana. Sebab nampak dari jauh, macam dia pulak yang tukang bercerita. Emi mendengar aje.

Senyuman Suria terus pudar. Masam mencuka balik mukanya seperti tadi, lalu dia menjulingkan pula matanya ke atas.

"Hmm, kau dengar jelah. Penat dahla aku nak melayan jebon dua ekor ni." jawab Suria, hanya Iman sahaja yang dapat mendengarnya. Sekali sekala, ada juga dia menyedut minumannya yang berada ditangannya menggunakan straw.

Tadi tak habis-habis gossip pasal crush. Lepastu hilang entah kemana, pastu muncul balik tiba-tiba. Pastu terus tukar cerita fasal orang kafir. Haih, kafir mana pulak yang sesat ni?

Kadang Suria terfikir, macam mana dia boleh berkawan dengan dua orang ni? Aku kena paksa berkawan ke? Ish, tak baiklah kau ni Suria fikir macam tu.

Iman tergelak hambar mendengarnya. Faham sangat dia dengan maksud Suria. Iman menilik pula Ana dan Emi atas bawah. Sayu hatinya melihat mereka. Dah banyak-banyak kali tegur, mereka tetap juga pakai baju yang serupa tak cukup benang. Rupa dah cantik, tapi sayang tak reti nak menjaga makhkota.

"Dia cakap apa?" soal Emi.

"Dia cakaplah aku pakai tudung singkat. Pastu tak reti nak pakai baju elok-elok," beritahu Ana pula penuh menyampah.

Suria menekup mulutnya menahan gelak. Memang patut pon! Wah, nice one kafir, I stand for you. Puji Suria dalam hati.

Nasib baik Ana tak perasan Suria gelakkan dirinya tadi. Kalau tidak cemberut habis mukanya nanti macam tikus mondok.

Iman juga tak terlepas sama mengetap bibirnya kuat-kuat. Siapa sangka yang tegur cara dia berpakaian tu orang yang bukan islam? Memang malulah Ana.

"Pastu kau jawab apa?"

"Aku jawablah kau sape nak tegur-tegur aku. Bapak aku un tak kesah." jawabnya yang terselit nada gedik disitu.

Emi mengangguk faham. Dia secara jujurnya, tak tahu nak beri reaksi macam mana. Kadang dia rasa apa yang kafir cakap tu betul. Tapi nanti dia rasa bersalah pula dekat Ana. Dia ni dahla sensitif.

"Aaa.. pastu ada satu lagi ni weyh. Aku sound dia betul-betul memang berubah habis do muka dia. Puas hati aku time tu." beritahunya penuh teruja.

"Apa dia?" soal Emi. Bersinar matanya ingin tahu.

"Aku cakap ayat yang lebih kurang macam... aku dapat je masuk syurga, daripada kau kafir duduk dalam neraka sampai bila-bila. Haa, diam terus do dia. Padan muka! Acah bagus sangat an." katanya penuh bangga.

Air muka Emi terus berubah 360 darjah. What. The. Hell?! Ana, kau serius ah?! Okay, gentle tak lawak bodoh. Yang kau senyum suka-suki ni dah kenapa, setan?!

Suria tersedak, air yang diminumnya keluar terus dari dalam mulut. Mujur tak terkeluar melalui hidung kalau tak mesti pedih. Nasib diorang duduk dekat tepi jalan yang penuh rumput. Kalau tidak, tak tahulah siapa yang malang sangat dapat mandi coconut shake petang-petang ni.

"What the fck?!" suria menyumpah, mengelap air yang tersisa dimulutnya. Terseringai mukanya memandang Ana.

"Suria, bahasa!" Iman menampar lengan Suria. Dia ni, baik tu dah baik. Tapi mulut tu, mengucap seratus kali Iman dibuatnya.

Ana dan Emi berpaling memandang Suria terkejut. Tiba-tiba je mencarut. Loud and clear pulak tu. Nasib baik tak ramai orang lalu-lalang dekat sini.

Haa, Suria ni bila dah marah, macam-macam carutan dia keluarkan. Tak padan dengan tudung shawl labuh dan berhandsock bagai. Setan terus jadinya bila dah marah. Ni dah bukan hati dah ni, tapi emosi. Emosi yang mengambil alih dirinya sekarang ni.

"Kau cakap apa kat dia?!" Suria soal Ana yang rancak sangat membawang dengan Emi tadi. Dia sedikit pun tidak ambil kesah fasal amaran Iman.

Aku marah ni, peduli apa aku? Ana sendiri yang dah melampau!

"Apa salah ke aku cakap? Memang betul pun kan?" sinis sekali nada Ana. Dia hanya menjeling Suria dengan ekor matanya. Tak tahu story, sibuk nak marah-marah. Apahal?

Suria memejamkan matanya lalu menarik nafasnya dalam, cuba untuk menenangkan dirinya sendiri.

Okay, Suria bertenang. Api jangan dilawan dengan api. Sama jugak dengan kawan kau yang bodoh ni, jangan dilawan dengan kebodohan kau jugak. Bodoh berganda dua jadinya nanti. Meletop kat sini, mati kau. Dosa banyak lagi ni.

Tapi lawanlah dengan penuh kebijaksanaan dan kewarasan akal fikiran. Orang bodoh lawan dengan orang bijak, mestilah orang bijak yang menang kan? Hahahaha bodoe......

"Tak. Memang tak salah." Suria menjawab, mendongak sambil mengurut batang hidungnya lembut.

Ana tersenyum senget menang. Kan aku dah kata.

"Tapi masalahnya dia dekat sini, kau yakin ke pahala kau dah cukup untuk masukkan kau ke dalam syurga?" soalnya pula penuh serius.

Ana tergamam. Hilang terus senyuman dibibirnya.

Emi mula mengambil selangkah kebelakang, menjauhi Ana. Kalau dia duduk dekat, dia mesti akan kene tempias sekali. So, better dia blah.

"Kau ingat dengan solat, dengan sedekah, dengan berpuasa. Dah cukup ke nak masukkan kau ke dalam syurga?" sambung Suria lagi, menyebutnya sepatah-sepatah.

"Belum kira lagi dengan aurat kau yang tak tertutup dengan sempurna ni. Dah macam sarung nangka."

Uwow, pantun tarbiah sentap Suria.

"Kau berpuasa, kau sedekah, kau berjihad. Kau yakin ke kau buat tu kerana Allah?" dia melangkah perlahan setapak demi setapak, mendekati Ana.

"Kau yakin ke takde sedikit pun rasa ujub, riak dan takkabur dalam setiap amalan yang kau buat tu?" Suria mengecilkan matanya seketika sebelum dia menjegilkannya.

Ana meneguk air liurnya, seriau. Merah mata Suria menikam begitu dalam ke dalam anak matanya. Rasa longgar betul skru lututnya.

Makin dekat Suria dengan dirinya, makin gerun dia jadinya. Rasanya seperti aura Suria lebih menakutkan daripada lelaki yang cuba untuk mengambil kesempatan ke atasnya tadi.

"Kau ingat dekat akhirat nanti Allah kira amalan kau, semata-mata amalan je ke?" Suria merasakan penglihatannya mula kabur.

"Kalau pahala, pahala. Kalau dosa, dosa. Macam tu?" soal Suria separuh menjerit. Kedengaran dengan halus getaran pada suaranya.

Dia kini berhenti, berdiri betul-betul dihadapan Ana. Matanya tak lepas merenung anak mata Ana.

"Asal kau diam? Jawab ah!" tempik Suria seraya itu juga, air matanya yang bergenang tadi, tumpah membasahi pipi.

Dia menangis.






******************

MENYEDIHKAN

[ON EDITING PROCESS]


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro