Bab 29: Tembak [EDITING]

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

CODA bergerak ke sebuah chest drawer yang terdekat lalu diletakkan pistol di atasnya. Ditariknya drawer lalu mengeluarkan roller bandage. Dia pantas membalut kelaran panjang di lengannya tanpa dicuci.

"Nǐtāmāde! (you shit)" carutnya dituju pada diri sendiri.

"Macam mana lu boleh tada nampak itu pisau bawah meja leh bodoh!" gumam Coda memarahi di atas kecuaian sendiri.

Seusai membalut, Coda mendengar pula bunyi derapan tapak kaki yang berlari laju ke arahnya.

Dengan pantas, Coda menyilangkan tangannya ke dada pabila Rudy datang dan cuba memberinya tendangan.

Ngilu rasa tulang lengan Coda dari dalam. Dia mengetap rahangnya kuat. Peluh dingin mula turun membasahi dahi. Nafasnya ditarik dalam cuba untuk mengurangkan rasa sakit.

"Tak habis lagi?" Keras sekali nada Coda kedengaran. Dia mencerlung Rudy tajam.

Rudy membalas renungan Coda.

 

═ ∘◦❦◦∘ ═

 

Serangan bertubi-tubi Mono ke atas Alicia dapat dielak gadis itu dengan jayanya.

Dengan seni akrobatik yang Alicia ada, dia melompat tinggi, lalu membawa kakinya membelit leher Mono, sebelum memaksa lelaki tersebut jatuh ke atas lantai pula.

Mono menjerit sakit. Tangannya mengusap lehernya yang dibelit tadi. Terbatuk-batuk dia pabila merasakan salur pernafasannya seakan disekat.

Tanpa berfikir panjang, rak hiasan yang menempatkan beberapa bingkai gambar keluarga dan pasu bunga Mono tolak ke atas Alicia.

Membulat besar mata Alicia terkejut. Pantas, dia melompat jauh ke tepi untuk mengelak.

BAM!

Prang!

Rak itu tumbang. Bingkai gambar keluarga, pasu bunga dan bermacam lagi hiasan mahal, pecah begitu saja. Rak itu juga kelihatan sudah sedikit terbelah.

Alicia terseringai. Dude, I am not paying for that!

Tanpa Alicia sedar, Mono sudah berlari ke arahnya dan merempuh dia menggunakan bahu.

Jeritan Alicia bergema tatkala belakang tubuhnya terhentak pada dinding. Dia berdesis halus sambil memegang kepalanya yang sakit terhantuk.

Alicia mengetap rahangnya menahan sakit. Penglihatannya tampak kabur. Sebaik matanya mula jelas, Alicia melihat Mono sudah berlari ke arahnya dengan pantas.

Lelaki itu mengangkat buku limanya ingin dilayang ke muka Alicia, namun pantas gadis itu menunduk. Dia mengerang perlahan tatkala bahunya terlanggar rak yang tumbang tadi.

Cermin bulat yang tergantung cantik pada dinding Alicia ambil, lalu dengan tangkas, dia melemparnya ke arah Mono.

Alicia dah tak peduli sama ada akan pecah atau tidak. Kalau nak dibandingkan, Pak Beruang ni lebih banyak hancurkan harta benda berbanding dirinya.

Baru saja Alicia ingin bangun dan lari, hujung bajunya tersangkut pula pada paku rak tersebut.

Wajahnya terseringai terkejut. Dia cuba meloloskan diri namun tak berhasil. Paku itu seolah dah tersimpul dengan bajunya. Dia berdecit geram.

"Returning the favor," kata Mono perlahan namun masih boleh sampai ke pendengaran Alicia.

Alicia mengangkat wajahnya memandang Mono. Dia nampak lelaki itu sudah membaling sesuatu ke arahnya.

Akibat panik yang melampau, Alicia tertarik bajunya lebih kuat dari biasa.

Srrak!

"Gyargh!" jerit Alicia pabila merasa sesuatu yang tajam telah mencalarkan pipinya.

Baju Alicia terkoyak. Dia mendesis halus tatkala dia mengesat pipinya yang berdarah. Wajahnya berubah tiba-tiba.

Dan sekali lagi tanpa sebarang amaran, Mono merempuh Alicia dengan kasar dengan bahu. Memang itulah je la yang dia tahu.

Melayang tubuh gadis tersebut di hadapan mata Ali yang baru saja tiba di situ.

"Alicia!"

Terbuntang luas mata lelaki itu melihat keadaan kawannya.

Dia melihat pipi Alicia sudah tercalit sedikit darah. Rambut Alicia juga nampaknya sudah kusut dan yang paling membuatkan Ali sakit mata apabila melihat pakaian gadis itu terkoyak besar di bahu.

Gila! Dia buat apa dekat kawan aku ni? Getus hati Ali.

Ali pantas berlari mendapatkan Alicia. Tangannya ingin membantu gadis itu bangun namun teringatkan baju dia yang berlengan pendek dan terkoyak, laju Ali menarik tangannya semula.

Ali berdecit buntu. Aduhlah, Alicia ni pun... pakai baju lengan panjang tak boleh ke? Takdalah aku rasa bersalah sangat nak sentuh. Koyak ni pun bukannya kecik, besar! Sungut Ali dalam hati.

Ali mengeluh perlahan. Dia membuka hoodie hijau yang diikat pada pinggangnya, lalu dia sarungkan pada tubuh kecil Alicia. Tersentak gadis itu dibuatnya.

"Kau kenapa teruk sangat ni?" soal Ali kerisauan.

"Bisinglah! Kau jugak yang suruh aku lawan  gemuk tu, kan?" Alicia mendengus halus. Perlahan-lahan mukanya mula berona merah. Segan.

Sebelah kening Ali ternaik kehairanan. Aih... aku tanya elok-elok pun dah naik rimau? Ini belum aku ajak gaduh lagi, mahu dia tampar aku sampai sawan nanti.

Ali mengeluh. "Maksud aku, maca..."

Kata Ali terhenti sebaik saja matanya ternampak Mono mengacukan sepucuk pistol ke arah mereka. Terbeliak besar biji matanya.

"Tunduk!" Ali membawa kepala Alicia rapat ke bahunya dan menyorok di sebalik chest drawer yang ada di situ.

BANG!

Mono melihat Ali dan Alicia di balik chest drawer itu dengan muka toya. Depan aku pun dan lagi dia nak bersweet, menyampah betul. Aku tembak pecah kepala tu tahu la budak-budak ni.

Berombak dada Ali turun naik mengumpul nafas. Ya Tuhan. Kalau lelaki tadi pakai pisau, yang ini dia upgrade pakai pistol pula. Kalau lepas ni tiba muncul keris taming sari, memang terus habis riwayat hidup Ali Ghazali.

"Kau okey?" soalnya sekali lagi kerisauan.

Dia melihat wajah gadis tersebut pucat lesu. Mungkin Alicia letih. Yalah, teruk juga dia dibelasah sampaikan muka pun dah tercalar. Ali mahu bertanya lebih bukan masa yang sesuai pula.

Tak semena-mena, chest drawer tersebut ditendang kuat menyentakkan keadaan mereka berdua.

"Keluarlah, pengecut!" jerkah Mono.

Ali pantas menarik Alicia ke belakangnya. Tegang kelihatan wajahnya tika ini. Cukuplah apa yang dia lihat pada pakaian kawannya. Dia tak mahu Alicia kena lebih teruk.

"Pakcik pernah dengar tak lelaki pukul perempuan ni namanya dayus?" soal Ali, menayang wajah berangnya.

Mono agak tersentak dengan panggilan Ali terhadapnya. Pakcik? Excuse me, umur aku baru 27, okey. Muda lagi!

Mono mencebik sebelum melepaskan nafas yang sinis. Sempat juga dia menjuling ke atas.

"Kau pernah dengar tak, bila lelaki tunjuk kelembutan maknanya lemah?" Sinis sekali Mono menyindir.

Menyirap naik darah Ali mengalir ke atas kepalanya. Panas rasa telinga dia mendengar sindiran Mono.

Lemah? Sebab baginda Rasulullah tunjuk sifat kelembutanlah islam tersebar luas sehingga pernah menakluk dua pertiga dunia! Tang mana lemahnya?

Ali melihat Mono sudah menyimpan pistolnya ke dalam poket. Dia memandang Mono hairan dan mula buat spekulasi sendiri. Mungkin pakcik ni tahu barang macam tu untuk pondan aje kot.

Setelah itu, Ali nampak pula Mono mematahkan serpihan kayu pada rak yang dia tumbangkan tadi.

Wajah Ali berubah serta-merta. Bebola matanya membesar dengan sendiri. Dia simpan pistol tapi pakai kayu... pondan kuasa dua. Ali mengherotkan bibirnya ke tepi. Lawan aku pun nak pakai kayu?

Ali melihat Mono laju berlari ke arahnya. Bersama kayu yang berada di tangan, dia mengangkat ke atas ingin dihayun ke kepala Ali namun Ali sempat melompat ke tepi dengan menarik Alicia rapat ke sisi.

"Alicia, duduk jauh!" Ali menolak tubuh Alicia jauh darinya. Nasib Alicia dengar, tak melawan.

Mono membuat muka toya. Tengok aje dah buat dia meluat. Tanpa menunggu lama, dia laju meluru ke arah Ali dan Ali juga melakukan perkara yang sama. Dihayunkan kayu itu ke wajah Ali dan dengan pantas dia menunduk ke belakang.

Melihat peluang yang terbuka di hadapan mata, Mono pantas menyadungkan kaki Ali menggunakan kayunya. Terjatuh Ali ke atas lantai. Baru saja Mono ingin memijak Ali, lelaki itu terlebih dahulu berguling ke tepi.

Ali bingkas bangun. Tangannya digenggam erat ingin dilayang ke muka Mono, namun laju lelaki itu menghadangnya dengan kayu. Dia dengan Mono sekarang memegang kayu yang sama dan masing-masing saling menolak. Ali merengus tak puas hati. Kacaulah kayu ni!

Mono perasan muka Ali yang tak puas hati. Bibirnya ternaik ke atas senget.

"Aku dah cakap, lelaki tunjuk sifat lembut ni lemah. Kau boleh jadi kuat dengan..."

"Dengan memukul? Otak kaulah!" Laju Ali memangkah Mono. Bergetar suaranya memaki. Dari wajah hingga ke leher, merah padam semuanya.

Mono melepaskan nafas sinis. Marah... emotional juga kau ni.

"Kau rasa? Aku ni lelaki, tak macam perempuan... lemah. Hebat mana pun dia dari kita tempat dia di bawah juga!" Mono menolak Ali dengan kasar sehingga dia terlanggar chest drawer yang di belakangnya.

Melihat lava lamp yang hampir terjatuh dibuatnya, segera Ali menyambut lampu itu kembali. Sekali lagi dia ingatkan, berkecai barang-barang dalam rumah ni, memang taklah dia nak ganti balik.

"Lelaki tujuan hidup dia untuk memiliki. Bila kau kuat dan berkuasa, semua kau punya!"

Sekali lagi Mono menghayunkan kayunya, dan Ali pantas menunduk.

Prang!

Pecah berderai lava lamp setelah ditetak Mono dengan kayunya. Merah padam matanya memandang Ali yang berjaya mengelak.

Terbeliak biji mata Ali melihat lampu yang diselamatkannya tadi dipecahkan juga. Dia mendengus kasar sambil mencerlung Mono tajam.

"Kalau betul kau lelaki, letak kayu tu lawan macam jantanlah!" Ali melompat tinggi lalu dengan kuatnya, dia menendang kayu di tangan Mono sehingga hancur. Berubah keruh wajah Mono memandangnya.

"Pay back," gumam Ali perlahan.

Mono memaling dan seraya itu juga wajahnya menerima tendangan hebat dari Ali. Macam mana dia buat pada Alicia tadi, macam itulah dia kena dengan Ali pula kali ini. Bertubi-tubi Ali menyerang Mono. Sesaat pun dia tak berhenti.

Kuatlah sangat. Koyak baju sana sini, pukul perempuan sesuka hati, tujuan hidup untuk memiliki? Nonsense! Kau lelaki, tuhan cipta untuk melindungi bukan mengasari! Sedarlah sikit, perempuan itu tulang rusuk lelaki. Kalau takda perempuan, kau mati!

"Hyargh!" Ali mengakhirinya dengan memberi tumbukan padu sebelum memusing dan menendang pelipis Mono pula.

"Ergh!" Terhantuk kepala Mono pada almari berdekatan. Banyak betul perabot dalam rumah ni. Rebah dia akhirnya jatuh ke atas lantai.

Ali melepaskan nafas berat. Dadanya yang berkocak panas cuba ditenangkan sedaya upaya. Tipulah kalau cakap dia tak terkesan dengan ayat yang keluar dari mulut puaka si gemuk ni tadi. Bercakap tak pakai otak. Akal ada sembilan, habis semua dia campak ke longkang agaknya. Itu pasallah bingai.

Puas rasa hati Ali melihat Mono terkulai. Tak sia-sia Uncle Bakar melatihnya sedikit seni parkour sepanjang tiga tahun dia berpisah dengan I.R.I.S.. Dapat juga dia guna dalam situasi seperti ini.

Ali memusingkan tubuhnya ingin mendekati Alicia. Baru setapak dua dia melangkah, dia melihat wajah Alicia berubah cemas.

"Ali, belakang kau!" jerit gadis itu memberi amaran.

Tergamam Ali seketika. Baru saja dia ingin menoleh, tubuhnya ditolak kasar dari belakang.

BAM!

"Argh!" Kuat sekali bunyi dentuman Ali tika dia dihempas ke dinding tadi. Dapat dia dengar tawa halus yang menyinggah ke cuping telinganya.

"Aku suka cara kau berlawan. A bit emotional but... not bad. Hebat kau, ya?" puji Mono dalam nada berbisik di telinga Ali.

"Tapi aku lagi hebat," sambungnya seraya merentap kasar lengan Ali sebelum menyimpulnya pula. Kuat tulang tangannya meletup dari dalam tika disimpul. Bergema di ruang itu dengan jeritan suara Ali.

Tidak cukup dengan itu, Mono menarik Ali dan menghempaskan tubuhnya ke atas lantai pula. Dipijaknya pinggang Ali sebelum dia memberikan tumbukan padu pada perut.

"Uhuk!" Ali terbatuk. Tertunduk dia tika ini memegang perut sendiri.

Alicia menekup mulutnya seraya menarik nafas mengejut. Jantung berdegup kencang tak tentu hala. Tangannya menggigil dengan sendirinya. Dia langsung melilau ke sekeliling mencari sesuatu. Sebelum apa-apa yang lebih buruk berlaku, lebih baik dia bantu.

Setelah itu, Mono mengangkat Ali lalu dicampaknya lelaki itu ke dinding sehingga potret dan lukisan yang tergantung elok, terjatuh ke atas lantai bersamanya.

Berkerut seribu seluruh wajah Ali menahan sakit. Peluh dingin sudah lebat membanjiri lehernya. Ali cuba menggerakkan tangan kirinya tapi tak dapat. Sakit!

Baru saja Mono ingin memijak perut Ali, kepalanya dihentak dengan kaca sehingga pecah. Dia tidak menjerit namun sebaliknya mengeras.

Terhuyung-hayang terasa badan Mono seketika sebelum penglihatannya mula kabur. Dapat dia rasa sedikit cecair mula mengalir turun ke dahinya.

"Hargh!" Sekali lagi pasu bunga yang berada di tangan Alicia, dihentak ke kepala Mono sehingga lelaki itu pengsan.

"Ali!" Alicia mencampak serpihan kaca dan pantas berlari mendapatkan kawannya.

 

═ ∘◦❦◦∘ ═

 

Coda menyerang Rudy secara bertubi-tubi tanpa sekejap pun tidak berhenti. Di ruang yang agak sempit itu, pergerakan Rudy terasa begitu terhad.

Kalaulah Rudy boleh guna wristbandnya, sudah lama dia gari kaki, tangan dengan leher Coda tu sekali. Dicekik sampai mati pun Rudy mahu. Orang macam ni elok dibunuh aja macam tu, tak berdosa agaknya. Gila!

Coda bergerak ke chest drawer lalu menyambar pistolnya di situ. Tanpa membuang masa, terus saja dia menembak Rudy bertalu-talu.

BANG! BANG!

Rudy menunduk dengan pantas. Kakinya lincah bergerak untuk mengelak setiap tembakan yang dilepaskan. Seketika, Rudy mula berlari jauh ke tempat yang lebih terbuka.

BANG! BANG! BANG!

Coda mengejar Rudy dari belakang sambil menembak lelaki tersebut bagai tiada titik noktah. Kartrij kosong yang melayang keluar dari badan pistol dibiarnya jatuh ke atas lantai. Asap halus yang keluar dari muncung tersebut mula sedikit sebanyak kelihatan.

BANG! BANG!

Alicia tertunduk akibat terkejut pabila merasa sebutir peluru ditembak laju ke arahnya. Terbeliak biji mata gadis itu melihat Rudy yang akhirnya menunjuk rupa bersama seorang lelaki berbangsa cina.

BANG!

Sekali lagi Alicia menunduk. Jantungnya kembali berdegup kencang akibat ketakutan.

"You guys, take cover!" jerit Rudy dari jauh.

Alicia mendengus kasar. Aduhlah, gila betul aku jadinya duduk dalam rumah ni! Dengus hati kecilnya. Zaman sekarang ada lagi rupanya orang main barang macam tu? Sangkanya sekarang semua pakai taser aje. Paling tidak pun stun gun.

Dengan cermat, Alicia menarik Ali ke sebalik dinding. Di sini lebih tersorok. Nasib baiklah rumah ni besar dan reka bentuk dalamannya ini tak begitu terbuka sangat. Dia meletakkan kepala Ali di atas ribanya.

"Ali... bangun."

Alicia menepuk perlahan bahu Ali. Dia melihat kelopak mata Ali mula bergerak dan dahinya perlahan-lahan berkerut.

"Ah, weyh... sakit!" Ali mendesis kuat, memegang bahunya.

"Ss... sorry." Alicia pantas menarik tangannya ke tepi.

Seketika, Alicia perasan bebola mata kawannya membesar tiba-tiba. Jantung Ali juga dapat dia rasakan semakin laju degupannya. Kening Alicia tercantum kehairanan.

"Alicia..." Ali bernafas dalam sukar. Dia memegang hujung hoodienya yang tersarung pada tubuh kecil gadis itu, ingin memberi amaran.

Alicia tergamam. Pabila dia terasa tempatnya gelap dengan bayang seseorang, tubuh Alicia mengeras dengan sendirinya. Dia meneguk air liurnya gerun.

Alicia perlahan-lahan menoleh dan betullah sangkaan dia. Mono sedang berdiri di belakangnya sekarang ini bersama sepucuk pistol. Dada Alicia mula bergerak tak stabil. Cepatnya dia recover!

Tangan Alicia digenggam erat tika melihat Mono sedang mengacukan pistolnya ke arah mereka berdua. Sudah dihentak kepala tu dengan kaca pun masih hidup lagi?

Mono melakar senyuman sinis. Darah yang mengalir deras di dahinya diabaikan. Setakat kena hentak dengan kaca, kudapan dialah setiap masa. Kepalanya pernah diketuk dengan kayu sehingga kayu itu yang patah, bukan kepalanya yang pecah.

"Korang... dah banyak buang masa aku." Tercungap-cungap Mono berbicara. Sepatutnya dia tembak aje dua kepala budak ini awal-awal tadi, tak payah nak tunjuk sangat skill.

Mono menarik slide pistolnya ke belakang. Dia mengunci sasarannya tepat ke kepala Alicia. Macam pepatah bahasa Inggeris mengatakan, ladies first.

"Korang..." Hela nafas berat dilepaskan.

"Dah banyak buang masa aku."

Alicia menarik lengannya ke atas menutup wajahnya. Rangkulan dia pada leher Ali semakin kemas.

Klik!

Picu ditarik. Alicia menutup rapat matanya.

Zzrtt!

Buk!

Dalam samar, Alicia perasan Mono tumbang. Perlahan-lahan dia mengangkat wajahnya. Membulat besar biji matanya melihat Ejen Leon yang berdiri di belakang Mono bersama revolver di tangan.

"Itu patut cukup untuk lumpuhkan dia sementara waktu." Ejen Leon melurutkan revolernya ke bawah.

"Ejen Leon..." Alicia terpempan.

Ejen Leon berlajan menghampiri Alicia, lalu kepala Ali dialihnya dari riba gadis itu. Dapat dia mendengar Ali mendengus sakit namun dia abaikan saja.

"Karya, pergi tengok keadaan Rudy macam mana," arah Ejen Leon tanpa memandang wajah rakannya.

"Tak perlu." Ejen Karya menjawab dalam nada mendatar.

Kedua kening Ejen Leon tercantum sebaik saja dia mendapat jawapan daripada Ejen Karya.

"Apa maksud ka..."

Ayat Ejen Leon terhenti setelah melihat Iman terlebih dahulu berlari meninggalkan mereka. Bibirnya tercebik sedikit sebelum kembali ke muka serius. Ceh, tangkas kamu bertindak, ya.

"Aku pergi tolong Geetha." Ejen Karya berkata sambil mengatur langkah mengikuti rakannya.

Ejen Leon sekadar mengangguk sekali. Tumpuannya teralih seratus peratus pada Ali tika ini. Melihat keadaannya, boleh tahan teruk juga. Kalaulah security yang dipasang itu tak ketat, mesti sudah lama mereka dapat masuk.

Ejen Leon melarikan tangannya ke belakang tubuh Ali. Sesekali, ada juga dia mendengar Ali mendengus dan mengadu sakit. Seketika, Ejen Leon menghelakan nafas lega. Syukur takda apa yang patah, cuma terseliuh aje.

Kemudian Ejen Leon memegang lengan Ali pula dan dia langsung terhenti. Tiga tulang pada tangan kiri Ali telah teralih dari tempatnya. Macam kena rentap dengan kasar sekali gus aje.

"Ambilkan bantal," pinta Ejen Leon masih lagi memegang tangan Ali.

Alicia terus akur. Dia bingkas bangun dan berlari ke rumah tamu. Setibanya dia di ruang tamu, Alicia terus kaget. Hampir ternganga mulutnya akibat terkejut. Nasib sempat ditahan.

Bersepah, ya ampun! Rasa macam tadi masuk cantik aje rumah ni. Ini dah macam parit. Alicia melangkah perlahan-lahan risau takut terpijak benda halus yang tajam. Nasib dia masuk tak buka kasut.

Tak semena-mena, mata Alicia mendarat pada tubuh Aleo yang terkulai di atas meja yang hancur. Dia terkedu. Ali ke yang buat ni? Kakinya perlahan-lahan melangkah mengambil bantal kecil di atas sofa.

Tanpa sengaja, matanya mendarat pula pada bantal berbentuk hati yang terkoyak. Membulat besar mata gadis itu akibat terkejut. Laa... bantal yang lawa ni pun dicariknya macam bulu?

Alicia melepaskan nafas perlahan sebelum mencapai bantal kecil di atas sofa dan pantas berlari ke Ejen Leon semula. Diberinya bantal itu kepada mentornya itu.

Ejen Leon menyambut huluran Alicia. Diletakkan bantal itu di bawah kepala Ali dengan cermat.

"Saya akan tarik tangan kamu, jadi saya minta kamu kosongkan fikiran," ujar Ejen Leon dengan tenang. Nadanya serupa memberi arahan.

Ali menaikkan sebelah keningnya dan sedikit ternganga. Kosongkan fikiran? Sakit-sakit macam ni dia nak aku kosongkan fikiran? Macam mana aku nak kosongkan fikiran! Jerit Ali dalam hati. Apa yang fikiran dia fikir sekarang ini cuma sakit.

Ali melihat bibir Ejen Leon terkumat-kamit membaca basmalah dan ayat syifa. Tanpa sebarang amaran, tangan Ali ditarik mentornya.

"Ahhh... sakit!" pekik Ali. Tangannya yang sebelah lagi, menampar-nampar lantai ruang tamu itu. Nasib takda kaca.

Alicia menggigit bibirnya kuat tika mendengar bunyi tulang Ali berderap meletup dari dalam. Berkerut seribu wajahnya sambil mengatup matanya separa. Dengar saja pun dah pedih.

"Okey, sudah." Ejen Leon meletakkan semula tangan Ali ke bawah.

Ali melepaskan keluhan yang panjang. Dunianya terasa kosong seketika. Ya Rabbi, kenapa sakit sangat?

"Kau okey?"

Ali berkalih memandang gadis yang mendekatinya. Dia melakar satu senyuman nipis pada bibirnya bagi menenangkan hati Alicia yang sedang risau.

"Aku okey," jawabnya lemah.

Alicia menggigit bibirnya bertambah celaru. Gilalah budak ni! Yang dia pergi lompat aje macam tu tadi kenapa? Dah tak betul ke?

Ejen Leon bingkas bangun dari duduknya. Dikerlingnya sekilas tubuh Mono yang dia lumpuhkan tadi. Dia perlu berhati-hati kerana kesannya cuma sementara.

Seketika, interkom di telinga Ejen Leon ditekan.

"Geetha, lapor."

"Kami sudah menjumpai Dato' Mikael bersama anaknya," jawab Ejen Geetha dari dapur. Dia melihat bahu Dato' Mikael sudah lebat dibanjiri darah sendiri. Tak henti-henti darah itu memancut keluar.

"Dato' dalam keadaan tak sedar. Tekanan darahnya sangat rendah dan dia juga sudah kehilangan banyak darah," sambung wanita itu lagi. Tekanan darah Dato' Mikael kini di antara tujuh puluh ke lima puluh. Dia perlu segera dikejar ke hospital untuk diberi vasopressors.

Dapur rumah itu amat berselerak tika ini. Pinggan pecah, kerusi terbelah. Lantainya saja sudah penuh dengan darah. Sekali tengok macam rumah hantu pun ada. Pisau di atas lantai yang penuh dengan darah itu pun sempat dilirik Ejen Geetha sekilas.

Seketika, pandangannya teralih pula pada Ejen Karya yang baru tiba. Tenang saja kelihatan wajah lelaki itu bila sampai di dapur.

"Karya," panggil Ejen Geetha dan segera ejen dari teras inviso itu memaling.

"Awak tolong saya tahan luka dato'. Cari mana-mana kain yang ada. Kalau ada kain kasa lagi bagus," beritahu wanita tersebut segera melangkah mendekati anak gadis yang terbaring itu pula.

Tercengang kejap Ejen Karya mendengarnya. Cermin mata hitamnya terlurut sedikit ke bawah.

"Tapi saya bukan doktor," ujar Ejen Karya pula. Terkejutnya masih belum reda sebenarnya melihat keadaan sekeliling. Tak sangka dia Rudy masih boleh hidup bila dah sebegini teruk rupa dapur itu.

"Ya, tapi awak kena tolong saya," kerah Ejen Geetha juga.

"Kenapa saya?"

"Habistu awak nak saya yang buat? Dah awak ada kat sini, awak tolonglah saya. Takkan awak nak saya yang bukak baju dia?" kata Ejen Geetha agak segan. Benda tu pun nak cakap ke? Sendiri faham sudahlah.

Terkedu Ejen Karya mendengarnya. Perlahan-lahan mukanya berona merah. Oh... bukak baju? Air liurnya diteguk. Patutlah Geetha suruh aku.

Seketika, Ejen Karya berdehem kecil lalu menurut dengan membalas okey. Dia secara mentalnya menepuk dahi sendiri. Mintak tolong pun banyak bunyi ke kau ni, Karya? Kau sendiri yang cakap nak tolong Geetha tadi. Apooo!

Ejen Geetha bergerak menghampiri Marla pula. Dicarinya nadi gadis itu sehingga dapat. Nadinya terasa agak lemah. Tudung Marla diselak Ejen Geetha pula. Membulat besar biji matanya melihat kesan merah pada leher gadis itu. Seperti dihentak dengan kuat saja.

Ejen Geetha laju menekan interkom di telinga.

"Ya?" Kedengaran suara Ejen Leon jelas di hujung talian.

"Leon, kita ada masalah. Anak dato'..."

"Urgh!"

Kata Ejen Geetha lantas terputus apabila Ejen Leon mengerang tiba-tiba. Macam bergelut pun ada.

"Leon?" Ejen Geetha memanggil.

Tiada sahutan.

Kening Ejen Geetha tercantum. Dia dan Ejen Karya saling berpandangan. Masing-masing menayang wajah rusuh. Apa pula masalah kali ini?

 

═ ∘◦❦◦∘ ═

 

BANG!

Prang!

Pasu bunga berwarna biru muda itu pecah akibat ditembak Coda. Waktu itu juga, slide pistolnya terinjap ke belakang menunjukkan peluru sudah habis digunakan.

Coda mendengus kasar. Sudah cukup sepuluh peluru yang dia guna untuk hari ini tapi satu nyawa pun dia tak dapat tarik. Membazir!

Magazine kosong yang dibawa keluar dari pistol itu dicampaknya saja ke atas lantai. Baru saja Coda ingin mengisi magazine yang baharu, Rudy mengambil peluang ini untuk menyerang Coda secara bertubi-tubi.

Sekarang pistol Coda sudah kehabisan peluru, dapatlah Rudy menyerangnya bertalu-talu. Ini barulah namanya adil. Seketika, tumbukan padu Rudy mula hinggap ke wajah Coda.

"Uhuk!" Terteleng kepala Coda ke tepi. Pecah terasa bibirnya ditumbuk Rudy tadi. Darah yang mula mengalir di bibirnya, dibiarkan. Keningnya ternaik kagum. Not bad for amateur.

Dia perasan Rudy ingin membuat satu lagi serangan ke atasnya. Namun tangkas saja dia mengunci gerak Rudy, lalu dia menendang perut lelaki itu sehingga tertunduk.

Tidak habis setakat itu, dia menghentak pula kepala Rudy menggunakan belakang pistolnya sehingga berdarah.

"Gargh!" Rudy memegang dahinya yang dihentak. Dapat dia rasakan cecair pekat mula mengalir perlahan-lahan di antara pelipis kiri dan matanya. Tubuhnya kini bersandar pada dinding.

Coda mengesat darah yang tercalit di bibir dengan belakang tangannya. Apabila dia merasa tekaknya menelan darah sendiri, dia laju meludah ke luar. Tak sedaplah, langsat!

Coda mengatur langkah mendekati Rudy. Matanya sarat dengan rasa dendam yang tinggi. Pandangan bekunya menunjukkan yang dia benar-benar tak berhati perut. Akhirnya topeng yang dia pakai selama lima belas tahun, ditanggalkan pada hari itu.

"Lu datang sini cari wa... pasal apa, leh?" soal Coda berjalan mendekati Rudy. Dia mengambil magazine berisi sepuluh peluru di dalam poketnya lalu dimasukkan ke dalam pistol.

Rudy tidak menjawab. Dalam kesakitan yang menghentamnya saat ini, tidak betah rasanya dia ingin bersuara. Belakang kepalanya yang terhantuk pada bucu dinding dahulu kembali menyengat.

Kepalanya mula berdenyut dan semakin lama, semakin kuat. Rudy makin sakit. Rasa seperti jantungnya berpindah ke otak pula.

"Ini hari, aa... wa sudah bikin plan baik punya. Wa sudah arah itu wa punya konco pergi serang itu perempuan, leh dekat dia punya rumah ini petang. Wa mahu dia rasa apa yang Maria rasa." Coda membuka bicara tanpa memandang Rudy. Slide pistolnya ditarik ke belakang sedia untuk ditembak.

Bertambah kerut dahi Rudy mendengarnya. Bukan kerutan keliru tapi kerutan sakit. Sakit otak. Membebel la siot apek gila ni.

Dalam keadaan Rudy tengah sakit macam ni, ingat dia berminat ke nak dengar? Apa yang keluar dari mulut Coda semua ibarat angin yang menyinggah di telinga Rudy aje.

Tak payah Coda buka cerita, Rudy dah tahu semua plan dia. Rasanya sebab apa Rudy berkeras nak Iman duduk di akademi tadi? Semua dia sudah bincang dengan jeneral awal-awal. Kalau sampai ke rumah pun dia sanggup mencari Iman, apa lagi yang dia nak?

"Tapi lu, ar... haha lu memang suda bikin wa jadi setan betul, leh ini hari. Wa manyak panas, leh!" tempik Coda menekan perkataan 'panas'. Dia melonggarkan lilitan tali leher pada lehernya.

Rudy menghelakan nafas kasar. Dah sendiri cakap setan memang logiklah kau panas, setan! Gila, belum pernah aku dengar setan sejuk bila marah. Dia mencerlung Coda tajam.

"Ey... wa mahu tanya sama lu, leh. Lu, aa sebenarnya... budak sekolah, kan? Lu datang sini cari wa pasal apa, leh wa tanya lagi? Lu memang mahu mati awal, ar?" Bertubi-tubi soalan yang diajukan Coda. Nadanya meninggi tiba-tiba.

Coda mencekak Rudy memaksa lelaki itu bangun dan berdiri. Dia dengan Rudy tak jauh beza sebenarnya. Rudy berada di selaras hidungnya saja.

"Budak sekolah macam lu, ar... patut pergi belajar, leh. Kasi kembang itu otak," bisik Coda perlahan namun cukup sinis.

Seketika, ibu jarinya mula berlari ke tengah leher ejen itu lalu ditekannya kuat. Tubuh Rudy lantas kejung. Terus dia merasa dirinya seolah dicekik.

"Orang muda macam lu bila lawan sama orang tua macam wa... orang semua panggil kulang ajar, leh." Coda berkata lagi sepatah-sepatah.

Nafas Rudy tersekat tiba-tiba. Coda tidak mencekik tapi dia menekan salur yang berada di tengah-tengah lehernya. Sakitnya rasa sehingga ke seluruh tubuh.

"Budak kurang ajar macam lu ar..." Makin kuat Coda menekan vocal folds Rudy. Suka dia bila melihat budak ini terseksa.

"Uhuk!" Rudy terbatuk kuat. Dalam kesakitan yang maksima, agak payah sebenarnya dia hendak melawan. Dia tak mampu nak bergerak, nak keluarkan suara pun rasa terseksa. Bukan main dalam apek setan ni tekan.

Coda mengemaskan lagi genggaman pada pistolnya. Dia tahu Rudy memang tak mampu nak buat apa-apa. Tempat dia tekan itu memang antarsa lokasi yang agak sensitif. Dengan hanya menggunakan ibu jari saja, pergerakan Rudy sudah dapat dikunci satu badan. Tujuannya bukan untuk membunuh tapi menyeksa.

"Lu mahu tahu apa balasannya?" soal Coda separuh bisik. Dia tersenyum sinis.

Rudy bergelut dengan diri sendiri. Dia melihat Coda sudah mengangkat pistol ke pelipisnya. Rudy mendengus sakit. Panas!

"Angkat nyawa, leh. Kasi mati terus," bisik Coda begitu keras kedengaran nadanya. Bibirnya sejak tadi tak lekang tersenyum sinis.

Terbeliak biji mata Rudy mendengarnya. Sehabis baik dia cuba menolak tangan Coda jauh dari kepalanya. Seketika, dia mula terdengar bunyi derapan tapak kaki orang yang sedang berlari.

Klik!

Bunyi tarikan picu Coda jelas kedengaran di telinga Rudy.

BANG!

 

 

 

 

 

 

 

═════════

[AKAN DIEDIT]
Total words: 4.3k

Sejujurnya saya tak tahu apa yang saya tulis

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro