❪ 00︰41 ❫

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
Rumah Jungkook
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌

Selamat membaca! 🐝~

❀ ❀ ❀ ❀ ❀

Pemandu kereta menarik brek tangan setelah mereka tiba di destinasi. Senyuman di wajahnya jelas bahawa sesuatu yang menggembirakan bakal berlaku.

Haneul, orang yang diajak untuk menemani si pemandu iaitu Jungkook keluar, menjengukkan kepalanya untuk melihat di mana mereka berada.

Dengan kerutan di dahi tanda kehairanan, dia mengalihkan pandangannya ke arah Jungkook yang tersenyum melihat telatahnya.

" Kenapa kita datang sini? Awak nak bawa saya lari pergi mana ni, huh? " Si gadis bertanya dengan wajah bingung.

Pandangannya dilemparkan ke luar tingkap kereta dan ke arah Jungkook berselang-seli. Dia memikirkan Jungkook ingin membawanya pergi tengok wayang ke, pergi makan ke, pergi date— eh eh, tapi tidak terlintas pula di fikirannya bahawa mereka akan datang ke lapangan terbang.

" Kenapa? Awak nak lari dengan saya? Kalau awak nak, sekarang jugak saya boleh bawa awak lari ke luar negara. " Dengan senyuman nakal yang terpalit di bibir, Jungkook menjongketkan keningnya, ingin mengusik Haneul.

" Mwoya! " Dada lelaki itu ditampar.

" Kalau nak bawa lari pun, maaf ye, saya tak bawak passport. " Senyuman kemenangan tersemat di wajah si gadis.

Si doktor berdecit dengan kelakuan itu. Gadis ini langsung tidak takut ataupun panik dengan usikannya.

Dia perlu lebih teliti jika mahu mengusik Haneul yang pandai menepis usikannya.

Tali pinggang keledar dilepaskan daripada melilit tubuhnya pada kerusi. Jam tangan yang terikat di pergelangan kiri dibaca dengan teliti.

" Hmm. Kejap lagi mendaratlah tu pesawat dia. " Omel Jungkook.

" Huh? Siapa yang naik kapal terbang? " Haneul bertanya dengan bingung.

Tidak pula dia tahu jika terdapat sesiapa yang baru pulang dari luar negara. Mungkinkah itu orang yang Jungkook kenali namun tidak baginya?

" Kejap lagi awak tahulah. Dah, jom turun kereta. Kita tunggu dia dekat balai ketibaan. " Enjin kereta dipulas dengan sekali pusingan kunci.

Haneul melepaskan tali pinggang keledarnya. Pintu kereta dibuka dengan teragak-agak setelah melihat doktor itu terlebih dahulu melanglah keluar dari kereta.

Terlalu banyak perkara yang ingin dia tanyakan tentang orang yang bakal disambut mereka ini namun Haneul berbuat keputusan untuk mendiamkan dirinya sahaja dan melihat sendiri siapa yang mereka akan sambut di balai ketibaan nanti.

Mereka menghampiri pintu gelangsar automatik yang terbuka luas, menyambut kedatangan mereka ke lapangan terbang itu.

" Pukul berapa dia akan mendarat? " Haneul bertanya sambil melihat ke arah papan jadual penerbangan.

" Dalam 10 minit lagi. "

❀ ❀ ❀ ❀ ❀

❝ park haneul ❞

" Yeogi! " Laungan suara Jungkook mengejutkan aku yang sedang fokus memerhatikan karenah orang-orang di sekelilingku.

Pandanganku berpusing semula ke arah balai ketibaan yang pada ketika itu terdapat ramai orang sedang melangkah keluar menerusi pintu gelangsar automatik itu.

Ssup!

Jantungku bagaikan terhenti apabila tubuhku disambar oleh sepasang lengan yang telahpun memerangkap tubuhku.

Mataku yang terbuntang, aku halakan ke arah Jungkook yang juga terkejut pada mulanya namun tidak lama itu, dia hanya tertawa kecil.

" Hei, sudahlah peluk Haneul. Karang dia fikir mamat galah manalah yang peluk dia tetiba. " tegur Jungkook.

Ya. Memang itu yang aku sedang fikirkan sekarang ni. Hampir tak bernafas aku dibuatnya apabila mukaku tersembam pada dada bidangnya. Ibarat memeluk tiang!

Teguran dia berjaya membuatkan mamat galah itu melonggarkan sedikit pelukannya pada tubuhku. Mungkin mahu melihat wajahku dengan jelas dan juga ingin membiarkan aku melihat siapa dirinya.

Dahiku berkerut secara tiba-tiba setelag mengamati wajahnya yang terlihat sangat familiar tanpa aku sangkakan. Namun tidak dapat aku ingat siapa dirinya.

" Emmm... Siapa? " Jariku menunding ke arah lelaki di hadapanku itu sambil memandang ke arah Jungkook.

" Ah! Mungkin awak dah lupa memandangkan dah beberapa tahun berlalu. Jadi biar saya perkenalkan balik. Ini Kim Mingyu, doktor yang pernah bekerja di hospital tempat saya bekerja tu. " jelas Jungkook namun aku merasakan itu masih tidak dapat menjelaskan apa hubungan aku dengan lelaki itu.

( Jangan keliru dengan surname Mingyu, sometimes yayan akan letak as Jeon but the other time, mungkin akan diletakkan as Kim )

Menyedari diri aku yang masih hairan, Jungkook tersengih. " Okay. Awak ingatkan masa awak masuk hospital beberapa tahun dulu, ada seorang doktor yang rapat dengan awak dan pernah bergaduh nakkan hak sebagai doktor awak? " terang Jungkook.

Aku terdiam sebentar kerana cuba untuk mengingati semula sewaktu aku dikejarkan ke hospital disebabkan kemalangan.

" Oh! Awak doktor tu? " Kalini tumpuanku beralih pada lelaki bertubuh tinggi lampai di hadapanku itu.

Barulah aku mengingati siapa dirinya. Dahulu dialah yang sentiasa menemaniku dan berkawan baik denganku sepanjang berada di hospital. Aduh! Bagaimana pula aku boleh lupa?

" Ya, sayalah. Maaflah sebab tiba-tiba peluk awak. Saya lupa pula yang benda tu dah lama terjadi. Memandangkan awak datang dengan Jungkook, saya fikirkan awak masih ingat. " Aku tersenyum mendengar kata-katanya apabila terperasan akan nada kecil hatinya yang diselitkan dalam percakapan.

" Maafkan saya, Mingyu-ah. Saya kenal awak cumanya saya tak dapat ingat. Yelah, itukan beberapa tahun yang lepas. Maafkan saya, ya? " pintaku ikhlas.

Mingyu hanya tersenyum lalu menggelengkan kepalanya menandakan tiada apa-apa yang perlu aku risaukan.

" Gwaenchana, saya faham. Mestilah awak hampir lupa, lagikan pula lepas awak keluar hospital, kita langsung tak berhubung. " Aku menganggukkan kepala, mengiyakannya.

Aku memerhatikan Jungkook dan Mingyu yang menyapa satu sama lain dan menanyakan soalan yang aku teka, mungkin hanya untuk bertanya khabar.

" Aku tak sangka dah berbulan-bulan kau pergi eh? Rasa macam sekejap je. " komen Jungkook.

" Kenapa? Kau nak aku stay lama-lama lagi ke dekat luar negara tu? Seronok dapat kasih sayang lebih dari eomma dengan appa? " Decit Mingyu.

Walaupun kata-katanya kedengaran kasar namun dia tersenyum lebar, menunjukkan bahawa dia sedang bergurau.

" Eo! Ahjumma dengan appa manjakan aku lebih bila kau takda! " akui Jungkook, juga sedang bergurau.

Aku memerhati mereka dengan kagum. Mungkin sudah terlalu lama sejak aku berjumpa dengan mereka sehinggakan aku tidak tahu yang mereka sudahpun berbaik.

Walhal dahulu, hampir roboh wad yang aku diami kerana peperangan di antara dua doktor itu.

" Maafkan saya sebab bertanya, tapi apa hubungan sebenar awak dengan Jungkook? " celahku. Tidak dapat disorokkan rasa ingin tahuku.

" Ah! He's my step-brother. Eomma saya ialah isteri kedua appa dia. " terang Mingyu. Jungkook di sisinya hanya mengangguk mengiyakan.

" Ouh, barulah saya faham. But... Dulu korang bukan bencikan each other ke? "

" Yes, we used to. I hated him a lot and same goes to him. Itu semua cumalah salah faham biasa yang berlaku bila ahjumma kahwin dengan appa saya. " terang Jungkook.

Aku memandang mereka yang sedang tersenyum nipis, mungkin mengingati saat di mana mereka masih tidak dapat menerima kehadiran satu sama lain dalam hidup mereka.

" Eh, wait! Bukan ke saya pernah ceritakan dekat awak masa saya ajak awak bersiar-siar dekat taman tu? " Jungkook memandangku hairan.

Aku mengerutkan dahiku. Tidak begitu ingat kerana terlalu banyak perkara bermain di fikiranku, sudah semestinyalah pasal apa yang telah berlaku.

" Ah! Mian. Ada banyak benda yang saya tengah fikir jadi tak dapat nak recall cerita awak haritu. " Aku memberi alasan.

" Eh! Memandangkan Mingyu baru balik, apa kata kita pergi makan dulu? " cadangku. Champion aku ni kalau bab-bab menukar topik!

Mataku berulang kali memandang Jungkook dan Mingyu, ingin melihat jika mereka mempunyai pendapat yang lain.

" Ouh ya! Sebenarnya tujuan saya ajak awak keluar bukan saja sebab saya nak awak temankan saya ambil Gyu, saya nak ajak awak pergi rumah saya. Awak kisah tak? " Jungkook memandangku yang sedang terkebil-kebil.

" P-pergi rumah korang berdua? Tak pe ke? " Aku memandang ke arah tubuhku, ingin memeriksa semula pakaianku.

Bimbang jika aku berpakaian tidak senonoh. Jatuh saham kalau nak menziarahi orang tua mereka dengan berpakaian begitu.

" Seganlah. Pakaian saya nampak singkat. " Aku menayang muka serba salah.

" Eh! Apa pula singkatnya. " cemuh Mingyu, tidak setuju akan komenku.

Perlahan-lahan dia mendekatkan wajahnya ke telingaku seolah-olah ingin menyampaikan sesuatu secara berbisik, " Kalau nak dibandingkan yeoja dekat belakang saya ni, pakaian awaklah yang nampak lagi sopan. "

Tawaku terletus apabila menjumpai orang yang sedang Mingyu bandingkan dengan diriku. Memang tidak dinafikan pakaiannya terlalu seksi untuk seseorang yang mahu ke lapangan terbang.

" Betul ni? Kalau eomma korang tak selesa dengan saya, siaplah awak! " Sempat aku mengugut.

" Ya! Saya janji. Eomma saya tak pandang pada luaran, eomma saya pandang dalaman. Memandangkan awak ni dah cantik, dah comel, lepas tu baik pulak tu, saya pasti eomma akan okay punya! " Gigih betul dia nak meyakinkan aku.

" Amboi kau, Jeon Mingyu. Melambung tinggi kau punya pujian tu. Apa memang dah tak sayang girlfriend sendiri ke? " tegur Jungkook seolah-olah sedang memerli adik-beradik tirinya yang satu ini.

" Kenalah puji benda yang betul! Lagipun aku bukannya carikan untuk diri aku, aku carikan untuk kau tu! Kalau aku tak tolong, gamaknya sampai aku dah beranak-pinak pun belum tentu kau jumpa someone yang nak dijadikan bini! " bebel Mingyu.

" Kepala otak kau. Haneul ni dah ada teman lelaki. Janganlah buat dia segan! " dengus Jungkook.

Apabila nama Jaehyun dibangkitkan, aku tundukkan wajahku sedikit kerana pada ketika itu, senyuman yang terukir di bibir terus hilang.

' Bukan teman lelaki lagi, Jungkook, tapi bekas teman lelaki. '

Mahu sahaja aku bersuara, tapi serasanya lebih baik aku mendiamkan diri. Mungkin jika aku bersuara, mungkin semakin berjelalah nama Jaehyun disebut-sebut mereka.

" Arasseo. Arasseo. Mian, Haneul-ah. " ucapnya dan aku balas dengan anggukan tanda tidak kisah.

" Awak panggil je saya Han. Kebiasaannya orang panggil saya macam tu. " Dia menganggukkan kepalanya.

" Jomlah kita balik. Mesti ahjumma tengah tunggu kau. " ajak Jungkook.

Sudah terlalu lama kami berdiri di sini. Menunggu Mingyu keluar pun agak lama, lenguh kaki yang menunggu.

" Kaja, kita balik. "

❀ ❀ ❀ ❀ ❀

Sebaik sahaja memasuki perkarangan rumah, Jungkook menghentikan kenderaan yang dipandunya setelah puas dengan cara kereta diletakkan. Enjin kereta dimatikan lalu dia melepaskan tali pinggang keledar yang melilit tubuhnya pada kerusi.

Haneul yang berada di sebelah turut menanggalkan seatbelt sambil menjenguk-jenguk ke luar cermin kereta, memerhatikan bangunan rumah dan halamannya yang cantik terhias.

Sememangnya dipenuhi bunga-bungaan. Tidak jauh beza jika dipanggil taman bunga! Jikalau eommanya yang datang melihat ini, rasanya dah gila tengok.

Manakan tidaknya, Puan Park hanya menanam tumbuhan yang tahan lasak sahaja di rumah kerana bimbang tidak akan terjaga kerana kesibukannya bekerja.

" Kaja, kita turun. Gyu dah lama berlari keluar. " teguran Jungkook menyentakkan Haneul dari lamunan. 

Apabila nama lelaki itu disebut, matanya menjumpai susuk belakang tubuh Mingyu yang pada ketika itu sedang memeluk kedua-dua orang ibu bapanya.

Wanita itu menoleh ke arah Jungkook yang masih lagi belum keluar seolah-olah sedang menunggunya untuk keluar bersama.

" Awak nervous ke? " soalnya.

Tanpa teragak-agak, Haneul menganggukkan kepalanya tanda ya. " Tapi mujurlah awak ada singgah dekat kedai untuk saya belikan buah tangan untuk diorang. So saya rasa better dari tak bawa apa-apa. " jawabnya.

" Kalau macam tu, jomlah keluar. Mesti diorang dah tak sabar nak jumpa dengan awak. " Dengan secalit senyuman manis di bibir, Jungkook melangkah keluar dari kereta.

Haneul turut mengikutnya melangkah keluar dari kereta.

" Eh! Takpa. Awak pergi je keluarkan beg Mingyu, saya bawa kotak tu. " Haneul pantas menghalang tangan lelaki itu dari membuka pintu penumpang belakang.

" Okay, kalau berat, bagitahu je saya. " Jungkook berpesan. 

" Ya, tak berat pun. " 

Wanita itu menunggu Jungkook mengeluarkan sebuah beg bagasi bersaiz besar milik Mingyu sementara dia membawa sekotak minuman tonik ginseng untuk dijadikan sebagai buah tangan buat orang tua mereka.

Jungkook membuka langkah menghampiri Encik Jeon dan Puan Jeon yang sedia menunggu untuk menyambut kedatangan Haneul. Melihatkan senyuman lebar yang terukir di bibir mereka, Haneul terasa seperti ingin mengecilkan dirinya kerana berasa terlalu segan. 

Dia juga terasa sedikit aneh mengapa dia berasa sebegitu walhal selama ini dia sentiasa okay walaupun berjumpa dengan seseorang yang tidak pernah dikenali.

" Aigoo! Siapa si cantik ni? " sapa wanita itu, ibu kandung Mingyu sebaik melihat kehadiranku.

" Annyeonghaseyo, eomeonim, abeonim. " Haneul menyapa dengan tundukan hormat. 

" Ne, annyeonghaseyo. " Berseri-seri wajah Encik Jeon sewaktu menyapa Haneul.

" Masa kamu cakap kamu nak perkenalkan kawan, eomma tak sangka pula kamu nak perkenalkan kawan perempuan. " Puan Jeon bersuara. Sama seperti Encik Jeon, wanita itu juga teruja menyambutnya.

" Eo. Kook dah lama kenal dengan Haneul. Gyu pun kenal Haneul juga. Memang dah lama nak ajak datang tapi sekarang baru berpeluang. " kata-kata Jungkook disetujui dengan anggukan.

" Nama saya Park Haneul, eomeonim dan abeonim boleh panggil Han atau Haneul. " Haneul memperkenalkan dirinya.

" Aigoo! Nama kamu secantik kamu. " puji Puan Jeon.

" Kamsahabnida. "

" Ah! Ini saya ada bawakan buah tangan untuk eomeonim dan abeonim. " Kotak yang berada di tangan sejak tadi, mula dihulurkan.

" Aish! Apa ni susah-susah je bawakan buah tangan! " katanya sambil menerimanya dengan kedua-dua tangan.

" Tak menyusahkan pun. Han ikhlas nak bagi. " jujurnya.

" Terima kasihlah ya. Memandangkan sekarang ni dah petang, Han duduklah sini sampai waktu makan malam ya? Bila Jungkook cakap dia nak bawa kawan, eomma cadang nak ajak makan malam sekali. " 

Bebola matanya dilarikan pada Jungkook yang kebetulan pada ketika itu sedang memandang ke arahnya. Jungkook mengukirkan senyuman lebar sebelum mengangguk kepala seolah-olah mahu Haneul untuk bersetuju dengan ajakan itu. 

" Kalau tak menyusahkan eomeonim, saya terima. " Haneul akhirnya bersetuju. 

" Baguslah kalau macam tu. Apa yang susahnya? Ni, eomma kamu ni, tahu-tahu je Jungkook nak bawa balik kawan, terus diajaknya appa pergi supermarket untuk beli bahan-bahan yang nak diguna untuk memasak nanti. " usik Encik Jeon. Lelaki itu tertawa kecil apabila menerima jelingan dari isterinya. 

" Walaupun kamu tolak, Haneul, eomma tetap akan pastikan kamu makan malam dekat sini juga! " Puan Jeon akur. 

" Eh! Jomlah masuk ke dalam. Buat apa duduk luar ni lama-lama. " 

Tanpa menunggu lama, wanita berusia separuh abad itu segera menarik tangan Haneul untuk memasuki rumah mereka. 

Semasa masuk, mata Haneul langsung tidak dapat dilarikan daripada mengamati dekorasi rumah mereka. Dekorasinya sangat simple namun suasananya cukup untuk membuat orang yang melihatnya tahu bahawa rumah itu dihuni pada setiap masa. 

" Kamu duduklah sini dulu dengan Jungkook, appa dan Mingyu. Eomma nak buat air sekejap untuk minum petang. " pelawa Puan Jeon.

" Kalau macam tu, biarlah Han tolong eomeonim. " Haneul menawarkan diri. 

Daripada dia duduk di sini, lebih baik dia pergi tolong Puan Jeon. Sekurang-kurangnya takdalah dia bosan menunggu.  

" Ah! Kalau macam tu, jomlah kita pergi dapur. Boleh sembang-sembang. " ajaknya.

Jungkook yang sudahpun berlabuh duduk di sofa, melangutkan kepalanya apabila lengannya dikuis. Faham akan isyarat mata yang diberikan wanita itu, dia menganggukkan kepalanya tanda faham.

Setelah meletakkan tas tangannya di kerusi yang diduduki lelaki itu, Haneul mengikuti jejak langkah Puan Jeon memasuki ruangan dapur.

❀ ❀ ❀ ❀ ❀

" Jungkook cakap tadi, kamu berdua dah lama kenal. Sekarang ni dah masuk berapa tahun? " 

Puan Jeon bersuara untuk memulakan perbualan mereka. 

Pada ketika itu, dia sedang menggoreng sesuatu untuk dijadikan makanan pengalas perut sebelum tiba waktu makan malam nanti. Haneul pula sedang menyusun cawan dan piring di atas dulang.

"Majayo, eomeonim. Rasanya dah nak masuk tiga tahun dah. " jawab Haneul.

" Uish! Kira lamalah juga tu. Dekat mana kamu kenal? " 

Walaupun pada ketika itu, Puan Jeon kelihatan seperti ingin menyiasat kerana banyak bertanya namun sebenarnya dia hanya ingin mengenali siapa wanita itu.

" Maaflah, eomma ni memang banyak bertanya. Yalah, Jungkook tu jarang sangat nak bawa balik sesiapa untuk dikenalkan dengan eomma dan appa. Jadi eomma agak curious sikit. " 

" Eh! Takda apapun, eomeonim. Memang niat saya nak bersembang dengan eomeonim. Eomeonim tanya je saya apa yang eomeonim nak tahu. Saya jawab apa yang saya boleh jawab." balas Haneul.

Tangannya pantas mengambil cerek yang baru sahaja dididihkan. Air panas dimasukkan ke dalam sebekas teko berisi teh bunga bersama dengan beberapa sudu gula. Kemudiannya dikacau sehingga air putih bertukar warna.

" Saya ni asalnya bekas pesakit dia juga, eomeonim. Masa saya dekat wad, dia dapat tahu yang saya ni adik rakan sekerja dia juga. And saya pun tahu pasal Jungkook bergaduh dengan Mingyu dulu." Setelah itu, Puan Jeon memandang Haneul dengan pandangan kagum.

" Jinjja? Eomma tak pernah pula sangka yang Jungkook akan ceritakan pasal apa yang dah jadi dalam keluarga ni dekat orang lain. " katanya. 

" Mesti kamu ni bukan orang yang biasa-biasa di mata dia. " Haneul melihat wanita itu tersenyum sendiri. 

" Mana mungkin, eomeonim. Jungkook kan ada Cik Yoo. " Sebaik mendengar nama itu disebut, Puan Jeon mengeluh. 

" Bercakap pasal Sae Tan, eomeonim pun tak pastilah apa hubungan Jungkook dan dia. Bertunang ke? Kekasih ke? "

" Dari mata eomeonim, Jungkook takda apa-apapun perasaan pada Sae Tan. Sae Tan yang sentiasa kejar dia tapi Jungkook tak pernah sekalipun pandang dia. " luah wanita itu. 

" Apa maksud eomeonim? " Haneul bertanya kerana ingin tahu. Jika Puan Jeon sendiri tidak tahu apa hubungan lelaki itu dan Sae Tan, mana mungkin dia akan tahu. 

" Jungkook dan Sae Tan disatukan hanya disebabkan appa diorang. Appa diorang risau sangat dekat Jungkook kalau-kalau lelaki tu tak dapat cari teman wanita sebab kerja dan personaliti dia. " cerita Puan Jeon. 

Wajahnya yang sunggul bertukar gembira apabila memandang ke arah Haneul. Perempuan muda itu kelihatan bingung dengan reaksi itu. 

" Tapi, bila je dia cakap yang dia nak perkenalkan kawan dia dekat kami, terus seronok eomma dengan appa dengar. Mungkin dia nak perkenalkan seseorang yang dia suka dekat kami. " 

" Bila tengok kamu, memang tak hairanlah kalau Jungkook sukakan kamu. " tambahnya lagi. 

" Mana mungkin, eomeonim. Walaupun mungkin Jungkook takda perasaan pada Cik Yoo tapi Cik Yoo masih teman wanita dia. Mana mungkin dia akan sukakan saya. " Haneul menafi.

Puan Jeon tidak memberikan reaksi namun wanita tua itu mengorak langkah menghampiri Haneul. Kedua bahu wanita muda itu ditepuknya dari belakang.

" Walaupun eomma ni bukan ibu kandung Jungkook, tapi eomma ialah ibu yang dah tengok Jungkook membesar. Tak susah untuk eomma bezakan perasaan dia walaupun dia tak cakap apa yang dia tengah rasa. " kata-kata itu berjaya mendiamkan Haneul. Namun dia tetap merasakan yang sangat mustahil untuk Jungkook sukakannya. 

" Kalau Han buka mata dan pintu hati Han, mungkin Han akan nampak dengan mata kepala Han sendiri tentang apa perasaan dia pada Han. Percayalah cakap eomma. Sama seperti hati, mata pun tak pandai menipu apa yang kita rasa. " 

❀ ❀ ❀ ❀ ❀

Bersambung... 💃🏻✨

Terima kasih kerana sudi membaca! ❤
Maafkan saya jika terdapat salah silap atau keterlanjuran bahasa sepanjang chapter ni 😊

© ALL RIGHT RESERVED
_chaefreude┃16.03.2022

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro