✦【PART 53】✦

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Part 53 : Hilang

Chapter Song : I Need You by BTS

Here another chapter.

HAPPY 18K!❤

Thanks for keep voting and comment.

Thanks for 1.31k friends!! ❤❤❤❤❤

- ☙ - ☙ - ☙ - ☙ - ☙ -

" Jungkook! "

" Aniya! "

" Jeon Jungkook! "

" Geuman, Jeon Chaerin. "

" Aniya~ jebal~ "

" Shikkeureo. "

" OPPA, PRETTY, PLEASEU~ "

" Andwae!! "

" Oppaaa~~ jebalyo~ "

" Chaerin, awak tak diam, saya cium awak. "

Ugut si suami. Sudah naik rimas dengan isterinya.

" Oppaaaaa... Jeb-- hmmm!!! "

Tuan Jeon mencium bibir Chaerin yang sedari tadi merengek memintanya memulangkan semula bungkusan asam yang diambilnya.

Bukannya dia tidak mahu beri, tetapi isterinya sudah terlebih banyak makan asam yang dibelinya kerana terpaksa tadi.

Kini, dia mahu lagi?

Bungkusan itu disorokkan ke belakang badannya. Tangan kanan dilayangkan di hadapan wajah itu dengan jari telunjuk yang terangkat lalu digoyangkan ke kiri dan ke kanan bersama dengan kepalanya, menandakan dia tidak mahu berikan.

" Oppa~ jebalyo! Hanbeonman! " Jari telunjuk diangkat menunjukkan dia mahu satu saja lagi asam.

" Aniyo. Geuman. Enough for today. No more! " Tegas Tuan Jeon.

Chaerin yang mula merasakan caranya itu tidak berkesan, mula memuncungkan bibirnya lalu berpeluk tubuh. Merajuk dengan si suami.

Dia yang melihat gelagat isterinya, mula mengeluh. Bungkusan asam itu disimpan di tempat yang tinggi agar isterinya tidak dapat mengambilnya.

" Hubby ni jahatlah! Semua jahat! " Marah Chaerin.

Berkerut dahi dan keningnya menunjukkan dia benar - benar marah akan suaminya kerana telah memotong selera makannya.

" Bukannya jahat, dah banyak dah awak makan, takkan saya nak bagi awak makan lagi. " Kata Tuan Jeon.

" Yelah tu. Dahlah, baik wifey pergi cari Ethan. Semua dia bagi. " Lelaki yang sedang menuang air ke dalam cawan untuk diminumnya terus menoleh ke arah Chaerin yang masih lagi dengan rajuknya.

" Seronok sangat dengan dia? " Dingin suara Tuan Jeon bertanya.

Chaerin hanya mengabaikan suaminya.

" Seronok sangat, dari duduk dengan oppa, semua tak boleh. " Lelaki itu mengeluh kasar.

Langkah diatur ke katil di mana Chaerin sedang duduk. Punggungnya dilabuhkan ke birai katil. Menghadap Chaerin yang masih merajuk.

" Sayang, sayang lapar tak? Kalau sayang lapar, hubby nak pergi belikan sayang makanan, sayang hubby ni nak tak makan? " Tuan Jeon memujuk.

Tangan gadis itu dipegangnya. Diusap - usapnya kulit gebu itu dengan lembut.

Jeon Chaerin menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu.

" Janganlah macam ni, sayang. Benda tu, esok pun sayang boleh makan. Harini, sayang tak sentuh pun makanan berat. Sayang asyik makan, makanan ringan je. Sebab tulah hubby tak bagi. " Tuturnya lembut, sedikit sebanyak membuatkan Chaerin faham.

Memang benar, orang selalu kata, mahu pujuk budak - budak perlulah bertutur dengan lembut.

Tapi, isterinya ni budak ke?

Aigoo.

" Lepas tu, hubby janji, yang hubby akan bagi wifey makan asam? " Dia melihat wajah isterinya yang teruja itu, dia berfikir sebentar sebelum mengangguk sambil tersenyum.

" Ye, hubby bagi sayang, eo? " Dia tersenyum melihat isterinya yang memeluk tubuhnya kerana gembira.

Bibirnya juga dikucup Chaerin.

" Dah tu, kita makan dulu, eo? " Dia menghembuskan nafas lega apabila isterinya mengangguk.

Tuan Jeon bangun dari katil lalu ke arah meja makan mini yang tersedia untuk dua orang lalu membawa sepinggan nasi goreng sosej cheese yang dipesannya, ke katil.

Pinggan itu diletakkan di atas riba isterinya.

" Makan. "

Pintanya berbaur arahan.

Chaerin memegang sudu dan menyudu sesudu nasi goreng lalu dimasukkan ke dalam mulut.

Dia fikir, datang sini mahu mendera isterinya, tapi lain pula jadi. Egonya bagaikan runtuh sejak semalam melihat isterinya yang berperangai comel itu.

" Chaerin-ah. Hubby nak pergi beli barang nanti, awak duduk dalam bilik, eo? " Dia bertanya.

Chaerin serta - merta berhenti makan dan memandang ke arah suaminya sambil menggeleng.

" Nak ikut hubby!!! " Rungut gadis itu.

" Tak bolehlah. Hubby nak pergi kejap je. Sayang tunggulah kat sini, kejap je. Nanti hubby bawa sayang, kalau sayang hilang macam mana? Hubby juga susah kena cari sayang. " Pujuknya.

Dia mahu membeli sedikit barang di pasaraya memandangkan ianya sudah habis namun dia tidak mahu membawa isterinya takut dia terleka dan membiarkan isterinya. Sesat nanti, dia pula yang susah.

" Taknak!! Nak ikut juga!!!! " Rengeknya.

Lelaki itu mengeluh.

" Aniya. Aniya. Hubby tak pergi. " Kata Tuan Jeon.

Dia menyuruh isterinya memakan semula.
Lelaki itu mengeluh. Haish. Kena tunggu isterinya tidur.

- ☙ - ☙ - ☙ - ☙ - ☙ -

Tuan Jeon mencapai sweaternya lalu memakai ke badan setelah isterinya lena. Dia mahu ke pasaraya yang berdekatan dengan hotel itu untuk membeli barangnya.

Dia yakin bahawa isterinya akan terlena dalam jangka masa yang lama dan dia tahu dia akan balik sebelum isterinya terjaga.

Beg duit dan phone diambil lalu dimasukkan ke dalam poket seluar jeans hitam yang dia pakai.

Sebelum pergi, sempat dia mengemas ruang bilik yang berselerak dan kemudian dia keluar dari bilik selepas mendapat panggilan dari pemandu teksi yang ditempahnya.

Pintu bilik hotel ditutup perlahan, tidak mahu mengejutkan isterinya. Hoodie hitam dipakai pada topi yang dipakai bagi menutup kepalanya lalu dia berlalu pergi.

- ☙ - ☙ - ☙ - ☙ - ☙ -

◤❝Kim/Jeon Chaerin's pov❞◢

Aku tersedar dari tidurku apabila merasakan tiada kehangatan badan suamiku yang sentiasa membuatkan aku selesa. Mataku memandang sekeliling bilik dan dapat merasakan ketiadaan aura dingin suamiku.

Badanku terus aku bangunkan sehingga ke posisi duduk. Telingaku cuba ditajamkan, mencuba untuk mendengar bunyi pancuran air hujan yang sentiasa menenangkan aku jika merasakan suamiku tiada di sisi.

Namun, pada kali ini, aku tidak dapat mendengarnya. Aku mula hilang arah. Kakiku jejakkan ke lantai bilik lalu bangun dan menuju ke arah bilik air.

Pintu bilik itu aku ketuk - ketuk, namun tiada jawapan dan masih tiada bunyi pancuran.

Aku mula diserang panik. Pintu bilik air aku kuak, dan ia tidak berkunci, kepalaku jenguk masukkan. Memang tiada kelibat suamiku.

Ke mana pula dia?

Fikiranku mula berfikir ke manakah mungkin dia pergi, namun fikiranku mula memikirkan perihal negatif.

Tinggal.

Dia tinggalkan aku?

Dia tinggalkan aku ke?

Air mataju mengalir laju, cuba menafikan pemikiran negatif itu.

Jungkook tinggalkan aku ke?

Sampai hati dia.

Dia seksa aku

Dia tak bagi aku makan

Dia suruh aku tidur di atas lantai tanpa selimut tilam mahu selimut

Dia suruh aku buat benda yang memenatkan aku, tapi dia tidak ambil kisah pun tentang aku

Dia melakukan hubungan intim denganku sehinggakan aku sendiri rela dengannya.

(Kimaklu -,-)

Dan, sekarang, dia dah tinggalkan aku?

Lelaki semuanya sama. Setelah jemu, pasti wanita itu akan ditinggalnya.

Aku mula menangis teresak - esak.

Kakiku berlari ke arah pintu dan membukanya.

Aku keluar dari bilik hotel lalu menutupnya.

Aku berlari dari situ dan aku juga tidak tahu aku sudah berlari ke mana.

Yang penting, aku sudah sesat dan aku rasa aku sudah jauh dari hotel.

- ☙ - ☙ - ☙ - ☙ - ☙ -

◤❝Jeon Jungkook's pov❞◢

Aku merasakan sudah hampir sejam aku berada di luar, dan aku menyuruh pemandu teksi agar menghantarku semula ke hotel.

Setelah sampai, beberapa keping wang bermata duitkan Jepun aku hulurkan padanya sebagai upah tambang.

Pintu kereta aku tutup dan aku mula berjalan masuk ke dalam lobi hotel. Disapa oleh penyambut tetamu dan aku membalas dengan sekadar anggukan.

Lif aku tuju dan menunggu tidak sampai seminit untuk lif itu tiba lalu aku masuk ke dalamnya. Butang tingkat bilik hotelku aku tekan dan menunggu juga tidak sampai seminit untuk tiba di tingkat itu.

Setelah itu, aku melalui lorong kanan setelah keluar dari pintu lif. Beberapa langkah saja sudah tiba di depan pintu bilik.

Aku menyentuhkan kad yang bagaikan kunci ke tombol pintu yang rata dan..

Klik!

Ia terbuka.

Tombol pintu aku pulas dan aku menjengukkan kepala ke dalam dahulu.

Tiada kelibat isteriku yang sedang terbaring lena di atas katil.

Aku mula cuak. Pintu bilik aku buka luas, aku menuju ke bilik air dan aku menguak, tiada.

Aku cuba mencari sekeliling bilik namun tetap tiada.

Aku cuba memikirkan ke mana dia pergi. Sejak kami datang, aku tak pernah membawanya merantau bilik hotel.mahupun pantai di sini.

Ke manalah dia pergi?

Kalau dia benar - benar keluar, aku boleh yakin yang dia akan sesat.

Aigoo, Jeon Chaerin, kau pergi manalah.

Fikir lepas kau tidur, senang hidup aku. Haish!

Pintu bilik hotel aku kembali tutup dan aku berlari ke lif, mahu ke kaunter receptionist untuk bertanya.

Haish. Kau pergi manalah ni.

Gelisahku.

Rasa menyesal pula tak bawa dia pusing - pusing.

Aku harap dia tak pergi jauhlah.

- ☙ - ☙ - ☙ - ☙ - ☙ -

Done! Maaflah kalau hambar!!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro