✦【PART 79】✦

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Part 79 : Nak Beranak Woi!!!

Chapter Song : Make It Right by BTS

Assalammualaikum dan hai!
Here another chapter untuk semua. Makin banyak aku update, makin cepat kita ending, kan? ☺

Sebenarnya, aku nak ucapkan banyak - banyak terima kasih untuk semua yang masih setia dengan fanfic ni. Walaupun fanfic ni makin lama makin hambar.

Dan diri aku yang selalu lambat update buatkan aku banyak kehilangan readers aku. Tapi aku tak marah, sebab aku pun sedar kekurangan aku sebagai seorang author.

Aku masih teruskan fanfic ni sebab aku sayang sangat - sangat dekat fanfic ni. Fanfic ni jadi bukti kebangkitan aku sebagai seorang author. ❤

Terima kasih sekali lagi untuk korang yang masih berada dengan aku. Aku hargai semua masa yang korang bazirkan untuk baca fanfic ni ❤

Selamat membaca. ☺❤

☙ ✦ ☙ ✦ ☙ ✦ ☙ ✦ ☙ ✦ ☙

" Jom keluar sekarang! " Suara Namjoon memberi arahan dari speaker walkie-talkie yang dipegang Seonghwa membuatkan ahli - ahli Ateez segera bersedia mengeluarkan senjata mereka.

" Sekejap lagi, korang semua masuk ikut belakang dan aku dengan Yeosang akan bawa San naik ke tingkat atas gudang. Dan lepas tu, aku akan turun untuk join korang. " Arah Hongjoong buat kali terakhir sebelum masing - masing keluar dari kereta.

Namjoon, Tuan Jeon dan Yoongi datang ke arah mereka. Turut disediakan senjata api di tangan mereka.

" Jom berpecah. " Arah Tuan Jeon sebaik tiba di hadapan mereka.

Sekiranya mereka berkumpul ramai - ramai, akan ada yang mengesyaki kegiatan mereka nanti. Nyawa Chaerin mungkin akan ada dalam bahaya.

Seperti yang dirancang sebelum ini, Seonghwa mengendali rakan - rakan mereka dan mengikut jejak Yoongi dan Tuan Jeon masuk ke dalam gudang secara menyelinap.

Namjoon pula membantu Hongjoong untuk menghantar dua shooter mereka ke tingkat atas dengan selamat.

San dipapah oleh Hongjoong dan Yeosang menaiki tangga yang menghubungkan tingkat atas dan bawah.

Mereka sudah memeriksa selama beberapa hari pada tingkat atas itu dan sememang tiada sesiapa yang berjaga di sana.

Perlahan - lahan San didudukkan ke atas kotak kayu yang berdebu itu. Tidak menunggu lama, dia segera mengeluarkan senjatanya dari beg hitam yang menyimpan senjata mereka tadi.

Silencer dipasang pada hujung muncung snipernya untuk mengelakkan kedudukan mereka dari dikesan.

" Kalau korang nampak sesiapa je, terus sahaja bunuh. Jangan biar seorang pun yang terlepas. Dan ya, kunci sekali pintu ni. " Pesan Hongjoong.

Yeosang dan San sekadar mengangguk dengan pesanan yang diberikan lelaki itu.

" Good luck. " Ucap Hongjoong sebelum keluar dari pintu tingkat atas.

" Dah? " Namjoon yang keluar untuk membiarkan Hongjoong mengeluarkan arahan tadi, bertanya pada lelaki yang menjadi buah fikirannnya itu.

" Ya. " Jawab Hongjoong. Bunyi pintu dikunci dari dalam membuatkan kedua orang lelaki itu segera turun dari tangga dan mula menyelinap masuk.

☙ ✦ ☙ ✦ ☙ ✦ ☙ ✦ ☙ ✦ ☙

Kesemua anak buah yang diupah  menjaga keselamatan gudang itu, kini terbaring tidak bernyawa di atas simen berdebu itu.

Mereka bersembilan berkumpul semula setelah memastikan semua musuh tumbang.

Kini mereka berdiri di hadapan sebuah pintu besi yang berkarat. Di mana Chaerin ditempatkan. Dan semestinya dalangnya ada di dalam.

Mingi memandang ke arah Tuan Jeon. Dia akan membuka pintu besi itu dengan menendangnya.

" Bila aku kira sampai tiga, kau tendang. Yang lain, duduk tepi. " Arah Tuan Jeon.

Mereka mengangguk faham. Di dalam sudut hati Tuan Jeon, dia memgharapkan isterinya selamat bersama kandungannya.

" Satu. Dua. Tiga! " Mingi menendang pintu besi itu mengikut kiraan si majikan.

Segera mereka berlapan meluru masuk ke dalam bilik itu.

Perasan dengan empat orang bodyguard yang menjaga, Seonghwa, Jongho, Wooyoung dan Hongjoong menembak keempat - empat lelaki itu serentak dan mereka rebah ke lantai dengan darah yang mengalir banyak dari tubuh.

Kini hanya tinggal Seolrin dan seorang lelaki yang Tuan Jeon amat kenali walaupun dia hanya berjumpa dengan lelaki itu sebanyak sekali sahaja. 

Dia, lelaki bernama Michael Ethan Miller.

Atau lebih dikenali sebagai Ethan.

" Jadi, selama ni, kaulah yang culik isteri aku? " Tuan Jeon bertanya dengan nada menggumam. Rahangnya diketap geram.

Sememangnya sejak pertemuan pertama mereka lagi, Tuan Jeon sudah sememangnya benci akan lelaki itu.

Kesemua tekaannya benar - benar belaka tentang lelaki itu.

" Jadi, kau dah tahu? " Ethan tersenyum sinis. Wajah Chaerin yang tidur, diusapnya lembut.

" Lepaskan tangan jijik kau dari dia. " Arah lelaki itu. Pantang dirinya melihat isterinya yang sewenang - wenangnya disentuh.

" Malangnya, aku taknak. " Ethan seakan - akan mencabar kesabaran ketua mafia itu.

" Aku cakap jangan sentuh dia!! " Jerkah Tuan Jeon.

" Kau yang selalu layan dia macam taik kan, jadi aku nak layan dia macam bunga. Bunga milik aku. " Ethan masih tidak mahu menyerah kalah.

" Kau sendiri tahu siapa yang akan menang walau sebanyak mana pun kau cuba melambat - lambatkan masa. Jadi, untuk menyenang diri aku dan kau, aku minta untuk tak buangkan masa kita dengan benda bodoh yang kau nak buat. " Tuan Jeon cuba untuk 'memujuk' lelaki itu.

Seolrin terdiam tidak terkata. Kegiatannya sudah diketahui oleh lelaki yang dicintainya. Semestinya lelaki itu tidak mahu bertemu dengan dirinya lagi.

" Boleh tak kau cepat sikit, sial?! " Namjoon mendengus geram.

Situasi yang ralit itu, membuatkan Yunho mencari peluang untuk menembak Ethan.

Dengan berlindungkan Mingi dan Seonghwa, Yunho menggunakan zoom snipernya dan menyasarkan kepala Ethan.

Satu.

Dua.

Tiga.

Bbuk!

Ethan terbaring tidak bernyawa di lantai. Darah mengalir melimpah keluar dari kepalanya dan membasahi simen berwarna kelabu itu.

Tuan Jeon memusing memandang Yunho bersama dengan yang lain selain Mingi dan Seonghwa.

" Terkejut aku. " Jongho mengusap dadanya.

Kini, perhatian mereka beralih kepada Seolrin yang kini tercengang. Hanya tinggal dia seorang sahaja kini yang menjadi dalang kedua.

" Sebab apa kau buat semua ni? " Namjoon bertanya kepada Seolrin.

Dia mendiamkan  dirinya. Tidak mahu menjawab soalan yang ditanya.

" Jawablah!! " Herdik Yoongi yang sedari tadi mendiamkan diri.

Terhinjut bahunya mendengar herdikan Yoongi yang amat jarang sekali didengari. Malah Tuan Jeon dan Namjoon turut terkejut.

" Sudahlah. Kita bawak balik dia ke rumah. " Tuan Jeon mengeluh berat.

Bercakap sekarang pun tiada guna. Apa yang penting ialah keadaan isterinya itu.

Wanita berbadan dua itu terjaga dari lenanya tatkala mendengar suara tinggi milik Yoongi.

" J-jungkook? " Pandangan lelaki - lelaki itu terarah kepada Chaerin.

Tuan Jeon segera menghampiri isterinya yang cuba bangun.

" Sayang okay tak? " Soalnya kepada si isteri yang pada ketika itu seperti sedang menahan kesakitan.

" Sakit perut. " Chaerin membalas dengan nafas yang tersesak. Perutnya entah kenapa terasa pedih sejak tadi.

" Takpa. Meh hubby tolong sayang bangun perlahan - lahan. " Tuan Jeon membantu isterinya bangun dari simen itu.

" Tak laratlah. " Baju suaminya dicengkam kuat. Entah kenapa perutnya berasa begitu sakit. Tidak pernah dia berasa sebegini sejak sembilan bulan dia mengandung.

" Sekejap. " Perlahan - lahan si suami mengangkat isterinya dengan gaya pengantin.

Sejak dia mengandung, berat badannya semakin menaik. Mungkin kerana pembawakan bayi.

Ateez sekadar memerhati adegan suami isteri itu. Hanya mampu teguk liur sajalah apabila masing - masing terpaksa membujang.

Kerjaya mereka yang merbahaya juga menjadi faktor mereka masih tidak mempunyai kekasih atau kenalan wanita.

" Eh! Sekejap! " Yeosang menghentikan pergerakan pasangan Jeon itu.

Ahli Ateez yang lain dan dua orang lelaki berpangkat ketua mafia itu juga memandang ke arah lelaki manis itu.

" Kenapa? " Tuan Jeon bertanya.

" Kenapa seluar puan basah? " Pertanyaan Yeosang membuatkan mereka semua segera melihat.

Sedar akan sesuatu, Tuan Jeon mula gelabah.

" Harini berapa hari bulan?! " Soalnya.

" 20 hari bulan 11. Kenapa? " Jawab Namjoon.

" Harini hari due dia!!! " Mendengar kata - kata dari lelaki itu, masing - masing mula panik termasuklah Chaerin yang sedang kesakitan.

" Hubby!! Sayang nak beranak!!! " Chaerin menjerit secara tiba - tiba menambahkan lagi kepanikan sebelas orang lelaki itu.

" Jom - jom pergi hospital sekarang!! " Ateez memberi laluan pada majikan mereka untuk keluar.

Di saat situasi dalam kekalutan, Seolrin cuba untuk mencari jalan untuk mengelak dengan perlahan - lahan mengikuti gerakan Ateez yang turut keluar.

Namun tangannya direntap perlahan dari belakang oleh Yoongi.

" Kau nak pergi mana? " Soal Yoongi, dingin.

" Lepaslah!! " Tangannya yang dicengkam cuba dilepaskan. Namun tidak berjaya disebabkan kerana kudrat Yoongi sebagai lelaki.

" Kau nak ikut aku naik kereta aku atau kau nak ikut polis naik kereta polis? Kau pilih yang mana? " Sinis lelaki bertanya dengan sudut bibir yang disungging pada wajah cerahnya.

" Tolonglah, Yoongi. Lepaskan aku. Aku janji pada kau yang aku takkan ganggu lagi hidup Jungkook dengan Chaerin. " Rayu Seolrin.

Dia mengharapkan agar dia terlepas pada kalini. Melihat Ethan, rakannya sendiri mati di hadapannya sudah buatkan dia menyesal dengan segala perbuatannya.

Mujur sahaja Jungkook tidak membunuhnya juga. Itu sudah cukup membuatkan dia bersyukur.

" Kau ikut aku ja. Aku nak tahu kenapa kau buat semua ni. Dan aku nak tahu apa yang kau dah buat. " Yoongi segera menarik tangan Seolrin pergi.

Dibiarkan sahaja rakannya pulang dengan menaiki kereta Hongjoong. Dia mahukan penjelasan. Penjelasan dari wanita yang selama ini dia pendam segala perasaannya dalam diam buat wanita itu yang selama ini sibuk mengejar Jungkook.

☙ ✦ ☙ ✦ ☙ ✦ ☙ ✦ ☙ ✦ ☙

Waduh! Makin complicated 😂 entah macam manalah si Yoongay ni boleh terminat si Seolrin ni aduh!

Terima kasih untuk semua yang sudi membaca chapter ni!! 🌸

Bye! ❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro