21 | 𝑭𝒂𝒓!

Màu nền
Font chα»―
Font size
Chiều cao dòng

PINTU dikuak dari dalam selepas itu dikunci dia. Selipar jepun disarungkan kekakinya. Sebelum memulakan langkahnya telinga Mardhiaa terdengar beberapa suara mengutuk dirinya. Mardhiaa kian terhenti

"Ha tu? Tu lah dia, duduk dengan si minah tomboy tu. Entah entah diorang ni dah kawin dekat Jerman," ngomel makcik diflat berdekatan dengan rumahnya itu

"Ishh, takut lah aku Mila budak zaman sekarang ni. Dengan jantina sendiri pun nak main jugak. Haih!" sambung seorang lagi makcik bertudung atas dada itu kepada rakannya disebelah

"Itulah tu, aku dah lama dok perati je depa dua ni. Nak pergi mana mana mesti berdua, asyik asyik berkepit aje!" sambung dia lagi. Panas berapi hati dia mendengar fitnah dari dua orang makcik itu. Memang sudah lama dia dibahan oleh makcik makcik disitu setelah dia tinggal dengan Far dahulu.

Tapi sekarang ini main main Jerman ni lain berapi hati dia dibuatnya! Dia paling pantang orang fitnah dia bukan bukan, lagi lagi fitnah dia lesbian!

Kepala tengkorak engkau aku lesbian!

"Haih! Saya pun tak fahamlah dengan makcik makcik sekarang ni! Kubur kata mari dah makcik, dah putih dan semua bulu tu, bawak bawah insaf lah makcik oi! Jangan sampai nanti dekat akhirat makcik merana disebabkan kami berdua tak maafkan makcik. Biarlah terbakar makcik dekat dalam neraka sana!" hamburnya dingin. Di bergerak pergi

"Fitnah orang nombor satu, macam lah kau tu baik sangat. Tudung pun atas dada!" katanya nada perlahan. Menyampah dengan persekitaran orang dekat sini. Selalu sibuk fitnah orang sini sana. Ada seluar dalam sendiri, so jaga seluar dalam kau je! Tak payahlah kau nak jaga seluar dalam orang lain jugak!

Makcik itu mula terdiam seribu kata. Tidak tahu mahu kata apa lagi. Hambik! Sesekali kena ajar sikit. Bukan nak biadap dengan orang tua tapi memang kena ajar mulut cili macam makcik makcik disini! Sehari kalau takde drama tak sah!

********

MARDHIAA mengambil kunci motor Far dan bergerak menuju ke pintu keluar rumah. Mata dia sempat menatap Far yang sedang memakai mask hitam diwajahnya itu. Mardhiaa tarik wajah menyampah

"Engkau ni dah apahal tak habis habis pakai mask je?" soal dia senada.

"Covid covid!" selamba suara itu menjawab. Dia masih lagi dicermin membetulkan penutup muka hitam yang agak senget itu

Mardhiaa cebik bibir

"Covid dah lama habis weh," nafi dia

Far hanya mendiamkan diri

"Apa kau fikir bila kau pakai mask nampak style ah? Kau fikir kau jantan?" perli Mardhiaa meluat dengan perangai si Far ini. Elok jadi perempuan mahu jadi lelaki. Haih, manusia manusia..

"Hm," balas Far mengiakan kata-kata si Mardhiaa. Sekali lagi wajah meluat dilemparkan Mardhiaa. Belakang badan Far ditumbuk Mardhiaa selamba, kuat.

"Aduh! Sakitlah bodo," adu dia sambil belakang badan digosok-gosok. Dia tersengih dalam mask hitam itu. Mardhiaa menjeling, dah macam jantan dah Far ini bila imbas sekali. Disebabkan Far berpelakuan begini lah dia sekali terjebak difitnah lesbian dengannya! Kekadang menyampah juga dengan Far ini

"Dah ah cepatlah, lembab!" geril pintu rumah ditarik Mardhiaa ganas. Far menggeleng

"JOM!" ajak Far sambil tangannya diletakkan diatas bahu si gadis. Mardhiaa menepis lengan yang mengeliar dilehernya itu

"Tak payah nak touch touch aku ah, aku tahu ah nak jalan!" marah dia rileks. Far mendiam lalu tersengih.

"Rileks ah kau ni, aku perempuan kut. Ke kau memang ingat aku ni lelaki?" seloroh dia nada bergurau. Sudah dia mahu sentuh sikit pun Mardhiaa dah elak, entah kenapa bila Far berpelakuan seperti begini dia jadi kurang selesa

Mardhiaa lepaskan wajah bengang. Far terdiam

"Ok ok, lek ah kau ni Dhiaa. Gurau sikit tak boleh ke?" Mardhiaa menjeling. Menyampah betul dia, walhal gurau pun tetap dia menyampah dan tidak suka!

Ingat! Sesuatu yang serius berpunca daripada gurauan!

******************

"Ye? Nak apa?" soal remaja perempuan berangkara umur lingkungan 15 ke 16 tahun itu kepada Mardhiaa dan Far

"Ada apa je?" tanya Far

"Ada kuih, nasi lemak, nasi goreng kampung, Kuew teow goreng, bihun goreng," terang dia satu satu

Mardhiaa memandang lauk pauk dihadapan dia sekarang. "Kau nak apa?" tanya Mardhiaa sambil menyiku lengan Far. "Apa apa je,"

"Kuew teow dengan nasi goreng ah," ujar Mardhiaa perempuan itu mengangguk

"Ok, akak dengan abang boleh duduk sana dulu," arah dia sambil ibu jari ditunjukkan dimeja meja makan tidak jauh dari mereka

Mardhiaa terdiam

"Excuse me, akak!" sampuk Mardhiaa sambil jari dia laju menunding kearah Far. Far mengetap bibir. Aduh Mardhiaa ni, kacau mood betul lah!

Budak perempuan itu tercengang blur. Ha? Akak? Ingatkan abang tadi..

"Ouh.." balas dia dengan riak wajah tak percaya jantina si Far

Far tahan malu

Mereka berdua bergerak kearah meja makan yang disuruh budak perempuan tadi. Far menolak tubuh Mardhiaa sedikit. "Weh apahal kau cakap aku ni perempuan! Kau tahu tak malu aku!" ujarnya laju. Mardhiaa memandang dia atas bawah. Wajahnya selamba

"Dahtu, nak suruh yang dia percaya je kau ni lelaki? Kau tu perempuan! Perempuan! Sama je dengan aku!" sengaja ayat 'perempuan' itu ditekankan olehnya. Kasi bukak sikit kepala otak dia ni! Dasar..

Far kini mendiam. Bukan apa, malu je. Biar ajelah orang pandang dia lelaki. Lagi dia suka.. eh!?

Petronas, Bangi, Selangor.

"Minyak 50 ringgit!" ujar Far dikaunter bayaran. Dahi wanita itu berkerut tidak dengar apa yang dikatakan Far

"Ha?"

"Minyak 50 ringgit," ulang dia lagi. Mardhiaa disisi hanya mendiam

Dahi wanita itu berkerut tidak dengar. Dia ni cakap dalam bantal ke apa

"Ha? apa? Tak dengarlah?" marah dia Far mengetap bibir. Pekak ke apa? Lah, kau yang cakap tak jelas salahkan orang pulak

"Minyak 50 ringgit!" dingin dia berkata. Tak dengar lagi tak tahu lah

Wanita itu menggeleng perlahan

"Tak dengar, awak cakap apa ni!?" marah dia. Mardhiaa pandang tajam Far. Dah tahu perempuan tu tak dengar bukak lah mask kau tu! Tak habis habis pakai mask

"Bukak lah mask!" gumam dia laju. Sakit hati pula dia melihat adegan dua orang ini satu bercakap dalam seluar! Satu lagi tak dengar! Adui.

Far menjeling sedikit Mardhiaa. Dia berdengus kecil

"Minyak 50 ringgit!" tegas Mardhiaa bersuara. Nak suruh Far sambung memang kesudah dok Ha? Ha? Ha nya..

*********

"APA masalah kau ni Far? Bukak lah mask, apa yang kau takut sangat? Muka kau tu bukannya buruk macam beruk pun!" gumamnya Far sekadar mendiam

"Ikut sukahati aku lah, ada aku ganggu hidup kau ke?" rimas dia

"Masalahnya aku menyampah dengan kau! Perempuan tu dok ha? ha? ha, kau bukak lah mask! Ni tak, biar je kau cakap dengan tak jelasnya!"

"Aku yang tak bukak mask, kau yang gelabah!.." sinis Far sambil pandang sekeliling. Mardhiaa diam menatap tajam. Geram aje si Far ini. Penutup muka diwajahnya ditarik Mardhiaa selamba. Far tersentak

"Weh Dhiaa kau ni dah kenapa!? Bodoh ah!" marah dia laju seraya membetulkan kembali penutup muka nya. Mardhiaa pandang hairan.

Kenapa dia bagai menyorok kan sesuatu daripada dia dan semua orang. Seolah-olah dia mahu sorokkan diri nya dari semua orang. Memang dah lama dia curiga dan syak akan sesuatu dengan si Far ini. Tapi Mardhiaa memilih untuk mendiamkan diri terlebih dahulu. Kita tunggu apa lagi bukti yang si Far ini sedang mainkan.

Pintu Maybank ditolak Mardhiaa. Dia berdiri disebelah rakannya sambil duit rm300 dikira sebelum dia masukkan kedalam dompet nya

Far menjeling sedikit. "Banyak duit kau?" ujar dia seraya tersengih kecil

"Sikit baru, kalau kau bagi aku kerja mesti dah lama kita kaya," omel Mardhiaa selamba

"Banyak lah tu ngok, kalau aku nak dapat macam ni mau tunggu tiga tahun," kata Far. Mardhiaa ada duit simpanan dia dalam bank, Far yang tidak tahu apa apa tentang bank bank semua ini mana ada duit dalam bank setakat duit dalam tabung ada lah!

Itu pun duit syiling

Mereka berbual kosong sambil berjalan dilorong belakang bangunan banggunan lama. Namun, malangnya. Ada beberapa mata memerhati mereka berdua

Seorang lelaki yang menyandarkan badannya didinding sambil memeluk tubuh itu memberi isyarat mata kepada rakannya yang tidak jauh dari dia. Seorang lagi memberi isyarat yang sama

Mereka mengangguk serentak dan langkah mereka bergerak mengikut jejak mereka berdua yang tidak perasan bahawa ada beberapa makhluk yang ikut jejaknya.

Far yang sedang rancak berbual itu masih tidak sedar manakala Mardhiaa teragak sesuatu. Dia merasakan ada orang yang ikut jejak mereka dari tadi. Mardhiaa pandang Far. Dia masih tidak sedar mungkin

"Weh Far, aku rasa macam tak sedap hati ah!" ujar dia perlahan. Far hentikan katanya. Dia pandang Mardhiaa disisi dia hairan

"Tak sedap hati? Asal?"

"Sebab macam ad orang ikut kita," sambung Mardhiaa lagi. Dahi Far berkerut. Lantas dia memusingkan kepalanya sempat Mardhiaa menghalang

"Jangan lah tengok han*t!" Mardhiaa ketap gigi. Yang cerdik sangat pergi tengok tu dah apahal

"Aku kira satu dua tiga, kita blah dari sini," kata Mardhiaa lagi. Far tarik wajah biasa. Rileks sudah lah

"Ha? Nak lari? Rileks dah lah kau ni," polos dia Mardhiaa pandang tajam. Far mendiam

"Ok.." balas Far sedata

Mardhiaa tarik nafas sedikit sebelum bersuara.."K satu, dua-" tidak sempat ayatnya habis ada beberapa lagi kelompok lelaki yang berjalan bertentangan dengan mereka. Mereka tercengang terkedu

Penuh bengis dan gerun wajah wajah lelaki lelaki lorong disitu. Far mengetap bibir. "Dhiaa kau tunggu sini biar aku-"

Belum habis katanya bayang si Mardhiaa hilang. Far dapat lihat Mardhiaa sudah maju kehadapan untuk berlawan. Dengan cantas dia juga turut melawan beberapa orang lelaki yang bersedia untuk pertarungan itu

Teknik taekwando dimainkan Mardhiaa berani. Lengan si lelaki yang berkulit gelap itu ditarik Mardhiaa kasar dan dengan begitu mudah dia menyiku perut lelaki itu. Dia tersungkur memegang perut

Settle yang pertama Mardhiaa berlawan untuk musuh yang seterusnya pula

"CIS! tak guna!" jerit seorang lelaki itu bengang. Cermin tingkap yang pecah bertaburan diTa jalan diambilnya dan diacukan kearah Far yang sedang mendekati dia itu

"Apa cer main senjata bro, main tangan ah!" cermin kaca itu ditepiskan kuat ketepi. Lelaki itu termangu seketika memandang cermin kaca yang sudah pecah sehancur hancurnya itu. Saat matanya mahu toleh memandang Far kembali terasa pipi dia tegang, mula belah kanan, kiri dan kanan semula.

Mulutnya mengeluarkan darah yang banyak saat perut dia terasa bagai ditumbuk tumbuk kuat oleh si Far

"YAAAKKK!!!!" jerit lelaki botak itu sambil berlari diiringi dengan senjata ganas diatas kepalanya. Mardhiaa laju memusingkan badannya dan cantas kaki dia penyepak kuat senjata itu. Si lelaki sudah naik panas, tangan dua beraksi untuk memukulnya tetapi tangan Mardhiaa lebih pantas menghalang nya.

Tangan lelaki itu dipulas Mardhiaa sekuat hati hingga dia mengerang kesakitan. Lehernya diretak kuat Mardhiaa. Dia yang mengerang sakit tadi kini sudah terdiam. Mardhiaa selamba mencampakkan lelaki itu kebawah tanah

Tika ini Mardhiaa termangu melihat gaya Far ketika berlawan dengan mereka. Sungguh Mardhiaa tidak sangka Far begini. Akalnya dulu ingat Far ini lemah, tertanya lebih kurang handal juga dia ini dalam bab berlawan

Mata Mardhiaa tiba tertacap memandang seseorang yang bawa parang mendekati Far. Matanya membulat. "FAR!!" jerit Mardhiaa seraya tangan dia masih berlawan orang dihadapan nya

Far pantas memusingkan sedikit kepalanya dan kaki dia menyilang akan kaki lelaki yang sedang mendekati dia itu dari belakang. Lelaki itu terjatuh terduduk anak diTa jalan. Parang yang dipegangnya tadi entah kemana sudah.

Far bergerak munuju kebelakang si dia dan sebelah tangan kanannya memegang kuat dagu si dia lantas dengan kuat dia mendongakkan kepala si lelaki hingga terdengar suara suara urat yang keluar ditengkuknya. Anak mata lelaki itu memandang atas. Sempat keluhan kecil dilepaskan si dia. Far selamba membiarkan mayat lelaki itu terjatuh menyembah lantai jalan

Terkebil-kebil Mardhiaa memandang aksi tersebut. Seriusly dia matikan orang macam tu je. Dia ni memang nak bunuh orang ke apa ni?

Kalau Mardhiaa buat agar lelaki itu pengsan ajalah. Takperlu kut sampai nak membunuh. Gaya Far ini bagai dia sudah biasa membunuh orang. Sibuk melayan perasaan diri belakang tubuhnya terasa bagai ada orang memukulnya menggunakan senjata kayu. Dia bagai mahu pitam tapi Mardhiaa geng, sentiasa kuat

Alat kelakian lelaki itu ditendang Mardhiaa membuatkan dia tersungkur memegang kuat bawahnya. Kayu tadi ditepiskan Mardhiaa kuat ketepi. Dada lelaki itu ditumbuk bertubi tubi Mardhiaa dan akhirnya telapak tangan kanannya pantas menolak tubuh badan lelaki itu kedinding..

"HEHH!!" terkeluar suaranya. Sudah biasa dilatih semasa taekwando untuk keluar suara saat berlawan. Lelaki itu tersandar kuat kedinding. Dia terduduk menyerahkan diri

Nafas Mardhiaa agak tercungap-cungap penat dek berlawan. Semua lelaki yang sudah rebah dilantai jalan dilihat Mardhiaa. Saat anak matanya mahu memandang belakang ada seseorang lelaki lagi yang mahu memukulnya menggunakan kayu besar. Mardhiaa kaget sebentar dan bersedia untuk berlawan lagi. Tapi saat lelaki itu mahu menghampirinya dia kian terhenti. Wajah dia pucat

Mardhiaa pelik. Kenapa?

"Ergh!" keluh si dia

Cuk cuk!

Mata Mardhiaa dapat melihat Far dibelakang lekaki itu. Mardhiaa yang blur tika ini tidak tahu apa apa. Kenapa lelaki ni berhenti nak pukul aku?

Pisau itu dipulas kuat Far dan disentak ganas sebelum dia menarik kuat pisau tersebut keluar dari perut si lelaki. Lelaki itu jatuh kelantai jalan dengan kayu ditangannya. Mata Mardhiaa membulat besar melihat Far yang selamba mengelap darah yang terlihat dipisaunya itu menggunakan baju milik si Far

Pisau lipat itu dilipat dia laju sebelum pisau lipat tersebut kembali dimasukkan kedalam poket seluarnya. "Dah blah!" ujar Far sedikit penat. Mayat lelaki itu selamba dilangkah Far dam terus dia pergi dari situ

Mardhiaa masih kaku disitu. Tidak sangka Far begini. Dia melihat mayat lelaki itu. Diperutnya terlihat kesan darah. Ti-tidak mungkin Far ini sebenarnya penjenayah!

Jantung dia berdegup laju entah kenapa. Mungkin terkejut dengan perlakuan Far saat ini. Sepanjang setahun setengah hampir dua tahun dia mengenali Far. Hari ini, tika ini, saat ini dia melihat Far dengan selambanya membunuh orang. Seolah-olah dia sudah biasa akan dengan perbuatannya..

Sungguh.. misteri..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.












To be continue....

Misteri...πŸ‘»

Cis acah aje nak update lepas (15 vote) hahahhaa! Last last update jugak🀣🀟 disebabkan saya syg readers sy so sy lanje satu chap. Misteri an Far ni 😌

BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: Truyen2U.Pro