44 | π‘¨π’‰π’π’π’π’ˆ!

Màu nền
Font chα»―
Font size
Chiều cao dòng

PINTU rumah yang ber manggar itu dibukanya. Mardhiaa pandang sekeliling resah. Risau kalau-kalau ada yang memerhati. Lagi-lagi waktu gelap malam bergini. Lagi lah risau dia. Si gadis pandang Zafry dengan wajah cuak terlekat di muka. Saat pintu itu terbuka, Zafry menyuruh Mardhiaa untuk masuk

"Nah... Masuk ah." suruh lelaki itu biasa. Mardhiaa diam tidak berkutik

"Takpe ke ni Zaf. Kalau diorang jiran-jiran ni nampak macam mana? Tak ke naya. Lagi bertambah masalah aku rasa.." Mardhiaa mengomel cantas lelaki itu berdengus kecil

"Takde apa lah Mar. Diorang tu kalau nampak pun bukan beria report polis bagai. Paling kurang pun, dok gosip-gosip. Haih, biasalah makcik-makcik bawang tu tak sah kalau takde drama. Lagipun, aku duduk rumah lain. Bukan aku duduk sekali dengan kau pun. Itu takpelah kalau depa nak cakap pun."

Mardhiaa terdiam. Iye, tak iye jugak kan. Orang-orang didalam flat ini biasa aja kalau benda bergini. Walhal kes curi, rogol, judi, bunuh semua di normalis kan perkara-perkara begitu. Tidak pun, mereka akan menjadi bahan kutuk mengutuk makcik-makcik bawang dan orang-orang disitu.

Tanpa suara, Mardhiaa masuk ke dalam rumah Zafry. Beg diletakkan disofa. Zafry membuka pintu biliknya. "Er ni, bilik aku. Kau tidur lah kat dalam ni." ujar dia seraya menjeling Mardhiaa disisinya. Melihat wajah cemberut Mardhiaa, bibir dalam digigit perlahan. Habislah aku...

"Apahal dengan bilik kau ni? Dah macam orang tak sudah aje!"

Sembur Mardhiaa selamba. Dengan taik cicak yang berteraburan dilantai bilik. Sawang yang melekat di dinding. Rak buku yang tak tersusun. Adui... Kenapa pengotor sangat kawan aku seorang ni!

"Ini bilik ke kadang lembu ni? Kau ni Zaf... Agak-agak ah nak kasi aku bilik sekali pun..." rungut Mardhiaa. Yela, dia mana boleh habuk-habuk bergini. Naik memerah mukanya nanti

Zafry garu kepala tak gatal

"Aku... Takde masa dho nak kemas." luah nya sengaja mereka alasan. Padahal memang malas. Zaf, Zaf. Bila lah engkau nak berubah

"Tak payah nak kencing aku ah! Kau sebenarnya malas arn nak kemas? Berubah lah Zaf. Sampai bila dho kau nak jadi malas macam ni..." Zafry menunduk memberi tengkuk

"Ha, sekarang. Macam mana aku nak tidur ni? Kau tahu arn, aku tak boleh habuk? Miang badan aku ni." Zafry mengeluh kecil. Kenapa lah dia ada kawan yang suka membebel..

"Tidur ajelah dulu. Nanti ada masa aku kemaskan lah..." Mardhiaa bercekak pinggang sebelah tangan.

"Aih, kau ni... Nama je kawan! Langsung tak memahami." cebik Mardhiaa geram. Sifat pemalas si Zafry ini dari dahulu sampai sekarang tak pernah nak berubah. Macam gitu aje setiap tahun. Mardhiaa tiba terpandang bilik yang tidak berkunci disebelah bilik si jejaka. Dia menolak perlahan pintu bilik itu

"Ni bilik siapa pulak ni?"

Si lelaki buat muka meluat. "Tu bilik Hannaf."
Jawab dia acuh tak acuh

"Aku tidur bilik ni ajelah." meradang hati mendengar suara si gadis. Dahi dia berkerut tanda tidak setuju

"Takyah lah Mar... Kau ni dah kenapa..." suara kedengaran rajuk. Dia berasa cemburu kalau-kalau si Mardhiaa memang betul-betul mahu tidur bilik lelaki itu

"Dah bilik kau macam apa entah! Macam mana aku nak tidur?" bilik Hannaf ok jugalah berbanding si Zafry ini. Nak cakap bersih 100% tak lah jugak, tapi takde lah sampai bersawang dan berhabuk

"Isy! Kalau kau tidur, kau bukan kawan aku dho!" dia menjeling lantas memusingkan tubuhnya. Tubuh dipeluk. Geram! Cemburu! Argh!

"Rilek ah kau ni. Aku tidur aje pun dalam bilik dia. Bukannya ada dia pun," Mardhiaa mengomel biasa

"Masalah nya nanti kau tidur dalam bilik dia jumpa gambar dia ke apa semua, lepastu kau jatuh hati dekat dia!" pandangan menjengkelkan dilepaskan Mardhiaa. Overthinking betul mamat ni! Tidur aje pun!

"Engkau ni dah apahal Zaf? Over betul!"

"Taknak lah... Tak payah lah tidur dalam bilik dia..." nada suaranya merendah. Terdengar seperti rengekan manja kanak-kanak pula. Aduh, parah dah ni Zaf...

Mardhiaa hampir tergelak kecil melihat kecomelan lelaki itu. Dengan kening berkeronyok tidak henti. Muka tak puas hati. Lucu betul dia cemburu!

"Yelah! Aku tak tidur pun. Kabut, je kau ni..."

Senyuman dibibir Zafry mula terbit. Dia tersengih kecil seperti kerang busuk itu. Mardhiaa mencebik.

"Cis, nanti kau pergi. Macamlah aku tak boleh tidur..." bisik Mardhiaa perlahan, namun masih dapat masuk kedalam lubang telinga si jejaka. Dia merengus perlahan

"Apa ni Mar... Eee lantak kau ah!" lelaki itu pergi keluar dari rumah itu cantas Mardhiaa menahannya sambil tertawa kecil

"Gurau je lah bodo! Tak rilek betul kau ni..." mengekek ketawa kecil si gadis kedengaran. Zafry masih dengan muka cemburunya itu

"Betul ni? Janji kau tak tidur bilik dia?"

"Iye."

Jari kelingking berkait rapat. Mardhiaa dengus kecil. Macam bebudak betul Zafry ni. Sesuai itu, Zafry keluar meninggalkan Mardhiaa didalam rumahnya. Manakala dia meminta izin Fakhri rakannya, untuk menumpang rumah. Yelah, gila kalau dia tinggal sekali dengan Mardhiaa. Harap sangat si Far tidak menyedari kehadiran Mardhiaa disitu. Jarak rumah Far dan Zafry kurang jauh nya jugak. Mereka bukan banggunan yang sama. Jadi kalau nak ikutkan jarak lebih kurang ambil masa juga. Tapi mereka masih dalam flat yang sama, cuma banggunan dan block sahaja berlainan

.
.

TANGAN mengetuk pintu rumah. Dalam beberapa kali ketukan, terpacul keluar wajah Mardhiaa. "Hai Yunk!" tersengih nakal si Zafry melihat Mardhiaa dihadapan matanya sekarang. Mardhiaa membiarkan pintu itu terbuka luas

"Kenapa kau datang?" soal Mardhiaa seraya berjalan duduk kembali disofa. Zafry selamba masuk ke dalam

"Saja. Nak bagi kau sarapan ni." balas Zafry bersahaja. Nasi goreng ikan bilis dihulurkan. Bekas itu bertukar tangan.

"Kau buat ke?"

Tanya dia seraya mencium haruman nasi goreng itu

"Haah. Aku masak dekat rumah Fack. Dia kata, aku kalau nak tumpang rumah kena ah rajin. So, nak buat macam mana..." pasrah Zafry. Lagipun dia memang sudah biasa memasak ini

"Haha! Sian... Kau dah makan?" terus dia menyoal

"Dah."

Mardhiaa mengangguk sekilas. Kalau sudah, syok ah ceni. Boleh makan puas-puas tak payah kongsi. Hati Mardhiaa tergelak jahat! Dia membuka penutup bekas itu.

"Weh Mar. Semalam kau tidur kat mana?"

Mardhiaa angkat wajah memandang si dia. Dia tersenyum kelat. Sengaja mahu menguji lelaki itu. Cemberut wajah si Zafry.

"Mar..."

Meleret nya geram

"Mana ada! Aku tidur luar. Memang tak lah aku nak tidur dekat dalam bilik kau tu. Dah lah berhabuk!" rungut Mardhiaa selamba. Zafry mula tersenyum nipis

"Kau tidur luar?"

"Ye ah!" cebik Mardhiaa lantas sudu dicapai. Usai bismillah, dia menyuap kan nasi goreng ikan bilis di dalam mulutnya

"Ni, kenapa muka kau memerah ni?" baru dia sedar ada merah-merah dipipi dan dileher si gadis. Dia berbicara seraya memegang muka si Mardhiaa satu tangan.

"Kau tanya? Tak tahu ke saja-saja buat bodoh ni?" perli Mardhiaa. Lelaki itu melepaskan wajah blur. Memang dia blur

"Sebab bilik kau lah! Kau tak tahu ke aku alergik? Kau dah berapa lama kenal aku ni!" marah dia. Dah berkawan hampir 20 tahun still tak tahu lagi ke aku ni alahan habuk?

"Ouh... Ha'ah lah.. lupa pulak aku. Eh, tapi tadi kau kata kau tidur luar? Macam mana pulak boleh datang alergik kau ni?"

"Mula tu aku tidur bilik kau. Then sebab tak tahan sangat panas, aku tidur luar." terang Mardhiaa. Zafry terdiam. Rasa serba-salah pula dia buat buah hatinya begitu.

Petang itu semasa ketiadaan Mardhiaa, Zafry ambil keputusan untuk mengajak rakan-rakan untuk tolong dia mengemas bilik yang sudah bertahun lamanya dia tidak membersihkan bilik tersebut. Bila dah kemas, baru dia nampak yang bilik itu benar-benar bersepah. Selalu buta dek kerana malas. Almari, katil semua dialihkan sebelum mereka mengemaskini kan bilik tersebut. Barang yang sudah tidak guna dia buang saja. Punyalah lama sangat tidak mengemas bilik itu, hingga boxer kecilnya dahulu pun kelihatan di belakang almari. Adu, Zafry. Pemalas tahap apa dah ni...

Setelah 2 jam setengah mengemas. Serentak Fakhri, Farraz dan Zafry melabuhkan tubuh ke katil biliknya. Nafas tercungap-cungap dek kepenatan mengemas bilik si Zafry ini. Ini baru kemas bilik, belum kemas satu rumah sekali ni

"Haih... Eh, Zaf! Berapa tahun dho kau tak kemas bilik ni?" tanya Farraz seraya memandang bumbung rumah

"20 tahun."

Ringkas Zafry seraya memandang bumbung rumah juga. Terperanjat si Farraz lantas tubuhnya yang baring tadi di bangunkan pantas

"20 TAHUN!" sergah dia kaget. Fakhri turut terkejut dengan jawapan si Zafry ini. Agak-agak lah tak kemas bilik sekali pun...

"Engkau ni agak-agak ah tak kemas bilik sekali pun! 20 tahun tak kemas bilik macam nak mampus je kau ni..." Farraz mengomel berkerut dahi

"Entahnya kau ni. Mana taknya si Mardhiaa tu tak marah kan kau sebab bilik macam kandang lembu ni!" sambung Fakhri

"Patutlah aku tengok kau makin lama makin lembu. Bilik pun macam lembu dah!"

"Aku takde masa dho nak kemas." balas Zafry memberi alasan. Dia masih memperlaku biasa setelah si mereka memarahi nya

"Tak payah ah nak reka alasan! Cakap ajelah 'M' dekat atas dahi kau tu besar!" Zafry menjeling sekilas Farraz. Senang kata orang, dia pun apa kurangnya

"Ceh kau tu. Macam lah rajin sangat kemas bilik!" tuduh Zafry tidak mahu kalah

"Aku memang ah tak rajin mana. Tapi dalam setahun tu ada ah jugak mengemas, bukan macam kau. Ni, sampai ada boxer Spiderman lagi! Lagi parah..." Fakhri ketawa mengekek-ngekek mengingati peristiwa tadi. Boxer berwarna hijau tadi.. akan sentiasa dalam ingatan. Tidak boleh dilupakan..

"Ye ah kau ni. Kadang disebabkan sikap pemalas kau ni ah, awek boleh tinggalkan kau.." Fakhri berbicara dengan sisa tawanya masih kedengaran

"Entah! Dhiaa tu pembersih orangnya. Bukan macam kau! Kalau kau taknak, bagi aku aje.." hujung ayat kedengaran semakin perlahan. Dia tersenyum senget

"Ah kau! Nak makan lima kerat penumbuk aku try ah. Mardhiaa tetap aku punya!" bantah Zafry geram. Dia sudah bangun dari baringnya. Farraz menjebik mengejek lelaki itu dari sisi

.
.

"Tutup lah mata dulu..." pinta Zafry seraya kedua tangan menutup mata si gadis. Mardhiaa merengus panjang. Rimas

"Apahal kau ni? Kau fikir sweet ke tutup-tutup mata macam ni!"

"Alah tutup ajelah dulu Mar..."

"Yelah-yelah. Kau tak payahlah tutup-tutup kan mata aku. Aku tahu tutup mata sendiri!" marahnya tidak selesa. Kau fikir aku suka ke benda-benda yang sweet-sweet bergini?

Zafry melepaskan tangan setelah Mardhiaa sudah berada betul-betul dihadapan biliknya. Terkedu si gadis memandang bilik yang sudah bersih sediakala itu. Dia tersenyum nipis

"Wah... Kau bersih kan seorang diri ke?" tanya dia teruja. Zafry bersih kan untuk dia? Aaa Blushing!

"Tak lah, aku ajak member aku sekali kemas. Kesian kat kau, habis merah-merah pipi. Sebab tu aku kemas. Ehe." Mardhiaa tersenyum lebar

"Tahu pun. Boleh je kemas, cuma malas aje kau ni. Nak kena suruh baru boleh buat kan?"

Zafry mengaru-garu belakang kepala seraya tersenyum nipis

"Bila dah kemas, baru aku sedar. Bersepah teruk dho bilik aku," ujar Zafry Mardhiaa tergelak hambar

"Kan... Baru sedar ke pakcik Zafry oi?"

Zafry mendiam menayangkan wajah bersalah. Bibir masih tersenyum nipis

"Ubah lah perangai kau ni Zaf. Sampai bila kau nak jadi macam ni. Kau tahu, aku tak suka orang pemalas tau." pesan Mardhiaa awal-awal. Paling pantang orang pemalas dan pengotor

"Ye.. aku cuba berubah sikit-sikit.. sumpah!" dia mengangkat tangan sumpah. Mardhiaa tarik muka

"Takpayah beria nak bersumpah. Satgi tak buat dosa kau tahu!" berleter si gadis. Dia duduk di atas katil bilik si jejaka seraya melihat sekeliling. Kemas! Kan sejuk mata memandang

"Tu kipas siapa?" tanya Mardhiaa menunjuk kipas kaki ditepi almari

"Tu kipas Fack. Dia bagi aku. Kau guna ah kipas tu. Kipas aku tu kan, kau kata tak rasa..." kipas yang berhabuk bertahun lamanya tidak basuh memang lah sudah tiada rasa angin nya!

"Hmm, apa-apapun. Thanks Zaf. Kemas kan bilik ni untuk aku." pinta si gadis tersenyum manis. Zafry terkedu melihat senyuman itu. Dia tersenyum malu menekur lantai simen. Mula lah tu perangai kebudak-budakan dia tu! Mardhiaa menggeleng

"Cis! Poyo. Tapi bilik ni, bilik kau jugak. Kau kemas untuk kau, bukan untuk aku." Mardhiaa cuba betulkan ayat dia semula. Zafry mengangguk perlahan mengiakan kata-kata si gadis

Dalam seketika itu keadaan mula menjadi sepi. Mardhiaa pandang Zafry yang memandang biliknya itu. Tak sangka dia dapat kemaskan bilik ni

"Dah lah arn, kau nak tunggu apa lagi blah ah!" halau Mardhiaa selamba. Risau kadang-kadang ni. Dah lah tengah malam bergini. Si Zafry ini dok terjegat dekat depan pintu bilik pula

"Er. Kejap, aku nak tengok kukuh ark pintu ni.." dinding diketuk-ketuk sengaja. Mardhiaa bangun menolak tubuh si jejaka keluar. Perangai bergatal si Zafry ni dah nak mula dah ni. Mengada!

"Dah, dah, dah! Kau jangan nak jadi bodoh ea tengah-tengah malam macam ni. Dah blah!" kasar tubuh si jejaka ditolak Mardhiaa. Si Zafry sekadar tertawa melihat tindakan ganas gadis itu. Haih.. kaso betul! Baru nak bermanja-manja kejap!

"Bye yunk! Love you!" jerit Zafry seraya mengetuk-ngetuk pintu rumah yang sudah dikunci Mardhiaa itu. "Bye!" balas Mardhiaa dari dalam

"I love you to mana?" jerit dia nada rajuk

Mardhiaa diam

"Blah ah kau!" Zafry tertawa kecil mendengar ayat yang keluar dari mulut si gadis itu. Dia pergi. Hai, Dhiaa.. Dhiaa. Jual mahal betul! Sibuk meroyan berjalan sambil tersengih-sengih itu, tidak sedar ada tiga orang lelaki berbadan tegap dan besar berjalan bertentangan dengan nya. Zafry terkedu. Senyuman dibibir mati. Dia semakin berundur kebelakang. Senyuman hambar dilemparkan pada tiga orang lelaki yang berwajah dingin itu. Tajam mencerlung ke dalam anak mata si Zafry

"Wou.. wou.. wou.. bro, rilek bro..." gugup si jejaka berbicara. Jantung dia bermain laju. Siapa pula mereka ini. Apa yang dia mahukan pada dirinya?

Isi di lengan lelaki berbadan besar tegap itu dipicit-picit Zafry lembut. Dia tersengih kecil. "Wuu.. ke-keras..." ujarnya sengaja menyakat. Namun, si lelaki masih berwajah ketat dan serius

"Bang long!" katanya.. dingin. Telan air liur si Zafry mendengar suara si dia itu. Dia menyengih kecil. Sengihan dia tetap terlibat hambar

"Ouh... Bang long. Boleh adik lalu?" balas Zafry agak ketar. Tapi dia usahakan untuk tutup perasaan gelisah nya itu.

"Hutang lu punya bapak.. 10 ribu. Sudah setahun wa tunggu.. mana?" dia bertanya serius. Zafry yang tersengih buat-buat tadi mula serius. Dia mengetap gigi geram.. ini sudah tentu kes Mustaffa pinjam dengan ahlong tapi tidak reti-reti nak bayar..

"Kau ni orang tua memang dari dulu sampai sekarang tak habis-habis menyusahkan semua orang..."

Desisnya dalam hati geram.

.
.
.
.
.
.
.
.
.

To be continue...

β€’ ha sudah! Sudah!

BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: Truyen2U.Pro