5 | 𝑲𝒂𝒔𝒖𝒕

Màu nền
Font chα»―
Font size
Chiều cao dòng

ZAFRY mengeluh kecil sambil poster kasut sport kegemaran nya dikoyak koyak! Hancur.. seperti hati dia hancur. Memang tidak mungkin dia akan dapat memilikinya. Sebelah tangannya menampumg malas dagu. Secara tidak sedar dari belakang ada seseorang yang memerhati kan dirinya. Lelaki itu tersenyum sinis. Idea yang paling bernas bermain dimindanya. Bahu sang lelaki dipegang membuat akan Zafry tersedar akan kehadirannya

Dahi dia berkerut panjang melihat jejaka yang masih berdiri itu

"Aku tau kau depressed sekarang, sebab kau tak dapat beli barang yang kau nak kan?" Akram sengaja membuka bicara. Bibir Zafry mula mencebik. "Semak ah kau ni! Apahal ha kau, tiba tiba semak dalam hidup aku?" herdik Zafry meluat dengan si lelaki ini

Pandangan dia teralih kehadapan semula

Akram tergelak kecil. Namun, kedengaran sinis

"Aku boleh tolong kau dapatkan apa yang kau nak.." ujar Akram lagi. Zafry terdiam, perlahan lahan dia memandang Akram. Biar betik dia ni!

Akram mengangkat kening selamba

"Tapi.. ada syarat lah," sambung dia lagi. Zafry diam saja tidak bersuara. Dengar sahaja apa yang akan keluar dari mulut lelaki itu

"Kau kene tolong aku dapatkan Dhiaa dulu, baru aku akan tolong kau.." mata Zafry kian membesar. Tak ke bodoh dia nak buat kerja macam tu! Tak, tak! Dia tidak akan sesekali ikut kata lelaki tak guna dihadapan matanya sekarang!

"Haram kejadah kau lah aku nak buat perkara terkutuk tu!! Kau ni takde akal ke apa? Mardhiaa tu kawan aku! Bukan musuh aku! Sampai mati pun aku takkan pernah khianat dia lah!" hambur Zafry kuat. Cadangan yang langsung tidak masuk akal. Kalau suruh dia mencuri ke apa ke itu memang lah tidak baik jugak, tapi bagi Zafry ok saja dibandingkan khianat kawan sendiri?

Akram mengetap bibir. Tajam matanya mencerlung

"Kau nak buat ke tak? Kalau tak, takdapat lah apa yang kau nak sekarang ni.." ujar Akram mendatar. Zafry mencebik

"Aku lebih rela hilang bende yang aku nak lah berbanding hilang kawan!" gumam dia sambil berdiri dan terus berlalu dari situ. Akram menggempal penumbuk kuat. Tidak.. dia akan paksa Zafry walau macam mana sekalipun..

Sebenarnya cemburu dengan Zafry, kerana Mardhiaa layan lelaki itu lebih darinya. Satu mahu dapatkan Mardhiaa dengan cara halus, satu lagi mahu rosakkan hubungan antara Mardhiaa dan Zafry. Itu yang dia fikirkan selama ini..

Dia tahu perbuatan ini akan membuatkan Mardhiaa lebih membenci dirinya, tetapi hanya mahu dapat kan Dhiaa dan mahu bersama dengan gadis itu saja. Buat cara baik Mardhiaa elak, ini cuba cara kasar sikit takpe kan?

*****************************************

Tok tok!

"Zafry! Oo Zafry oii!!" kuat nama lelaki itu dipanggil oleh rakan-rakan nya. Pintu juga diiringi ketuk dengan kuat. Zafry mengeliat bangun dari tidurnya. Mata dia digosok lembut. Seperti biasa petang pegang begini mesti dia dan kawan kawannya ada kelas sukan. Tanpa berlengah masa lagi terus dia ambil kasut lusuhnya dibawah katil kayu itu.

Lama Zafry merenung kasut yang hampir hampir sudah mahu bertukar menjadi barang kutipan sampah itu. Kotor, berlumbang lubang. Kadang bila dia mahu bermain bola ibu jari kakinya sempat ikut keluar juga. Kasut ini dari dia tingkatan tiga lagi. Masih muat padanya. "Woi Zafry! Mana kau!?" kuat suara itu menerjahnya. Dia terjaga dari lamunan. Laju punggung diangkat pergi meninggalkan biliknya

"Sabar lah, iman kau mana?" sindir Zafry sambil geril karat rumah flatnya dibuka dari mangga kunci. Razali mendiam melihat kasut Zafry itu. Beberapa orang lelaki disitu tersenyum nipis.

"We Zaf, kau tak beli kasut baru ke? Dah macam kasut tukang kebun gaji dah aku tengok kau pakai kasut tu!" seloroh Khai tanpa batas langsung. Hanz tergelak kecil

"Kau ni.. dia mana ada duit nak beli kasut mahal macam kita ni. Setakat kasut kutipan derma ni boleh lah," sambung lelaki itu mengundang tawa mereka semua. Razali memegang bahu Zafry sekilas. Zafry menunduk sahaja mendengar kata kata menyakitkan hati dia itu. Tangan dia masih mengikat kemas tali kasut

"Tak payah layan beruk beruk bangang ni, dah jom!" ajak Razali selamba

Habis ikat kasut Zafry memanggung kepala melihat mereka. Sinis pandangan dia dilepaskan pada mereka yang mengejeknya tadi

"Aku tahu lah korang ni anak orang kaya, tapi akhlak tu takpayah buang terus dalam diri kau tu!" perli Zafry dingin Razali memegang dada lelaki itu tidak mahu mereka terus bergaduh

"Ceh, memang betul apa yang dia cakap tadi kan?" Sam mula bersuara rileks. Zafry mengetap gigi.

"Dah dah! Korang ni, kita sekarang nak pergi ajak dia sukan. Bukan ajak dia gaduh!" ujar Razali bengang.

Mereka mendiam lalu terus bergerak meninggalkan Razali dan Zafry sendiri. Razali memegang bahu Zafry sekilas sebelum dia ikut jejak mereka tadi. Dia mendiam tidak berkutik. Pandangan dia dialihkan melihat kasut yang dipakai sekarang. Ini adalah hadiah daripada derma derma orang sahaja untuk remaja remaja fakir miskin yang mahu menggunakan duit untuk belajar. Tapi sekarang, dia dah lebih 20 an. Takkan nak kene mintak derma lagi?

Langkah terus diatur tanpa suara. Zafry mengeluh berat dihati

β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’

"GO ZAF!! SINI! SINI!" jerit satu suara kuat kepada sang lelaki yang masih laju berlari menuju ke garisan penamat. Bola dibawah pantas ditendang kuat pada Ramley diikuti juga dengan kasut sport nya. Beberapa orang disitu mula ketawakan dirinya yang sudah tidak lagi berkasut sebelah itu. Zafry blur. Lehernya ralit mencari kelibat kasut sebelah kanan nya lagi.

Kevin menggengam penumbuk kuat. Sakit kepalanya kerana menjadi bahan lemparan kasut Zafry yang tidak disengaja itu. Zafry mengecilkan mata. "Tak gunaaa....." ujar lelaki berbangsa India itu geram.

"Err, sorry.." pinta Zafry selamba. Kasut dia diambil semula dan disarung kembali pada kaki kanannya. Mereka masih tertawa melihat aksi Zafry yang selamba dam Kevin yang bengang terhadapnya itu

"Sorry? Sorry naik lori lah deyy!!" hambur lelaki India itu bengang. Mereka mula berkumpul dihadapan Zafry dan Kevin

"Haha, haihh.. itulah kau, orang suruh beli kasut baru taknak. Kan dah menyusahkan orang," bicara Sam sambil memeluk tubuh.

"Kalau aku ada duit kau takpayah suruh aku beli, aku dah beli dah!" balas Zafry bersahaja

"Lain kali kumpul duit! Takde lah kau kene hadap kasut buruk kau ni tiap tiap hari! Dah ah blah. Kau Zafry takpayah main, nanti bukan sebelah je kasut kau tanggal, dua dua belah tak pasal pasal," gumam Faizal lantas terus pergi dari situ. Zafry mencebik!

"Woi mana boleh aku kene join jugak, tak cukup team kan!?" ujar Zafry tidak puas hati

"Sokey takpe, kitorang ada team simpanan!" Faizal tersenyum nipis Zafry membuat riak wajah tidak puas hati

"Dah kalau macam tu baik kau takpayah ajak aku! Hak alah! Setakat kau punya belagak kasut kau tu bukan boleh bawak kat akhirat pun! Blah lah kau!! Pergi mampus ah! Si*l punya kawan," tengking Zafry kuat. Dah lama sabar. Mereka ini memang sengaja aje ke mahu sakitkan hati dia setiap kali bermain?

******************************************

"Cis, kau ni. Takkan dengan mulut puaka diorang tu pun kau dah nak sentap? Rileks sudahlah. Mende boleh lek buat apa nak kabut? Lantak lah mulut diorang tu nak cakap apa, yang penting dia tak kacau live kau," nasihat Mardhiaa selamba. Jus lemon dihadapan disedut selepas kata katanya habis.

Zafry diam. Hati dia masih mahukan kasut itu. Selagi tiada kasut, selagi itu dia tidak bisa menyertai mereka sekali. Bosan lah dia duduk rumah saja tak buat apa apa. Lelaki mana boleh menetap dekat rumah, lagi lagi Zafry ini. Yang setiap saat keluar rumah. Jadi pelik lah kalau dia menetap lama dekat rumah itu

Tong!

"Woi, aku cakap dengan kau boleh pulak kau termenung?!" terjah Mardhiaa geram Zafry yang tidak mengendahkan kata katanya itu

"Ye Mar.. aku just down sikit je," balas Zafry acuh tak acuh

"Hruh? Down sebab kan kata kata puaka diorang tu? Weh Zafry, come on lah. Mana kejantanan kau ni. Takkan kene bahan dengan member sikit dah down. Ceh, tak gentle lah macam ni!" pandangan Mardhiaa berubah menjadi hambar. Sejak bila Zafry menjadi lemah ini? Dia pun tak tahu

"Bukan sebab tu jugak. Sebab lain pun ada buatkan aku macam ni," ujar Zafry malas. Sebab family dia lah, siapa lagi. Mak Zubaidah dengan Hannaf bukan main bagi kalau lelaki itu mahukan sesuatu, tapi dengan dia? Haram kejadah! Sebab itu dia stress dengan semua yang dia kenali sekarang ini.

"Kau steres dengan siapa pulak selain diorang tu? Dengan family kau? Eh Zaf, cerita lah masalah family kau tu. Sepanjang kita kawan tak pernah pun kau nak cerita kan hal family kau dekat aku. Apa kau dah tak percayakan aku ke cane ni?" Mardhiaa tahu Zafry orang yang jujur. Tapi entah mengapa hal family lelaki ini tidak mahu dia ceritakan padanya..

Mungkin dia lebih suka dirahsiakan berbanding luah. Tapi pendam lagi sakit. Elok luah, puas Mardhiaa pujuk lelaki ini tetap dia tidak mahu luahkan juga. Katanya privasi

Belakang badan Mak Zubaidah diurut urut lembut Zafry. Zafry berdehem sedikit sebelum katanya diluntarkan

"Em mak? Mak Zafry nak, cakap sikit boleh?" ujar dia berhati hati. Mak Zubaidah sekadar mengangguk perlahan

"Mak sekarang ada duit lagi ke? Sebenarnya Zafry ada permintaan sikit dekat mak.. em boleh tak-" ayat dia tergantung apabila dipotong oleh wanita tua itu

"Zafry nak apa? Mak takde duit lah.. Zafry kan dah besar. Zafry cari lah duit sendiri. Jangan asyik nak harapkan mak je, kalau mak dah takde. Siapa yang nak bagi Zafry makan?" bicara wanita tua itu dengan suara yang serak basah. Zafry diam mendengar suara maknya itu. Dia mengetap bibir

"Habis Hannaf tu boleh pulak mak bagi dia macam macam? Dengan Zaf tan pernah pun mak bagi?" gumam Zafry agak kuat. Bengang

Mak Zubaidah tersentak

"Eh, sejak bila kamu pandai tinggi suara dengan mak ni? Mak tak pernah ajar.. Zafry, Hannaf tu mak bagi dia sebab waktu tu dia lulus spm. Pastu kasut sukan haritu, sebab hari lahir dia. Sebab itu mak bagi. Bukan suka suka aje mak taknak bagi kamu," omel mak Zubaidah

Zafry diam menunduk. Walhal bukan hari lahir lelaki itu pun kalau dia mintak apa apa tak pernah pun mak Zubaidah bantah. Tapi kenapa dengan dia mak Zubaidah lain? Ingin saja dia mahu bertanya pada wanita ini. Adakah dia ini benar asal dari keluarga ini? Dia dilayan seperti orang asing. Nak kata Khadijah kakak sulong dia ada juga mak Zubaidah berikan apa apa pada wanita itu jika dia mahukan sesuatu.

Tapi dia...

Tak...

"Kamu Zaf kamu kene bersyukur dapat abang macam Hannaf tu. Dah lah rajin bekerja cari duit makan kita semua. Pandai belajar. Apa je dia takde. Mak nak tunjuk tanda penghargaan mak kepada dia sebab tu apa yang dia mintak mak tunaikan. Sebab dia dah banyak bantu mak. Masa mak sakit dia beli kan ubat dekat mak,"

Habis masa kau sakit ada dia urut kau?

Ada dia suap kau makan?

Ada dia tanya mak nak makan apa?

Ada ke semua tu?

Tak! Itu semua aku yang tanya, aku yang buat!tapi kau sikit pun tak pandang. Yang kau pandang baik jantan tu aje. Baik aku langsung kau ketepi kan! Aku ni tunggul ke dalam rumah ni sampai baik aku pun kau masih tak nampak!? Yang kau nampak baik Hannaf aje dalam rumah ini!

Apa jenis mak lah yang suka pilih kasih ini!

Omel Zafry dalam hati. Hati dia bagai dihiris halus pisau. Perit.. tetapi ini lah realiti kehidupan dia sepanjang 22 tahun hidup dekat muka bumi ini. Tidak pernah sekali pun Zafry melawan cakap orang tua itu. Dia sedar, bahawa ini adalah mak kandung dia. Dia tak patut marahkan mak dia semata mata cemburu dengan Hannaf. Dia tahu siapa diri ini, dia tak layak dapat kebahagiaan. Tapi selagi Hannaf masih dipandangnya kemarahan dan dendam masih tidak bisa dikawal

β€’β€’β€’β€’β€’

Kerusi meja makan ditarik Zafry. Dia ambil bahagian duduk disebelah kekasihnya. Senyuman manis dilemparkan oleh Zafry. "You pilih lah nak makan apa, i belanja," ujar Zafry confident. Sebenarnya mahu pujuk wanita ini. Yang sudah dua hari merajuk dengannya kerana tidak dapat makan dekat restoran yang mahal. Ayiera tersenyum

"Betul ni apa apa je?" soal dia sambil anak mata bulatnya dikelip kelipkan

"Betul biy.. pilih lah," Zafry tergelak dengan riak wajah comel Asyiera itu. Sungguh tergugat

"Ok... Ermm.. ala, nak sikit je you.. nak rasa rasa je," kata Ayiera sambil pandang sekeliling

Zafry tergelak kecil

"Pilih je, banyak pun takpe."

"Erm... Nak... Sambal udang petai, chicken chop spicy lepas tu, ada letak mayonis sikiiit je lepas tu, air jus delima mangga lepastu, kambing golek lepas tu spageti carbonara .. itu je.." tutur dia satu nafas. Tercengang Zafry mendengar permintaan buah hatinya itu. Amboi, dah macam anak raja kau mintak

"Boleh ke?" soal dia. Zafry mengelipkan mata dek kerana termangu lama

"Er, boleh.. boleh sangat.." balas Zafry senyum paksa

"Botak kepala aku.." desis Zafry perlahan. Menyesal pun ada suruh dia pilih

"Thanks sayang.. sayangg you!" Asyiera tersenyum lebar

"Sayang you jugak.." balas Zafry acuh tak acuh

"T-tapi kambing tadi sekor!" seloroh Asyiera laju. Zafry yang menunduk tadi mengangkat kepala membulatkan biji mata. Biar kebenaran!?

******

KEPALA sedikit diangguk anggukkan kebawah keatas. Zafry mengikut rentak musik dan lagu yang dinyanyikan oleh rakan lelakinya itu. Rumah Diego penuh dengan suara bengit mereka bernyanyi. Mardhiaa tarik wajah rimas dan menyampah. Baru mahu rest ada aje mereka mahu karaoke. Nak tak nak kene juga pasang telinga dengar suara kera sumbang mereka ini. Terpaksa..

"Mentari cintaku ini.. Jangan dipadamkan..
Jika terpadam.. Fanalah harapan.."

Mic ditangan Nasir dirampas pantas Zafry. Terus dia menyambung nyanyian yang tergantung tadi.

"Kasih.. Tunjukkan aku, murni cintamu.. Pasti, biar.. Aku ilhamkan.. Akan kesucian.."

"Kasih dan cintamu.. TERUS MEMANCAR!! TERUS MEMBARAAA!!"

Nyanyi mereka serentak. Mardhiaa mula berdengus kecil. Tangannya menampung dagu malas. Mereka yang tidak bernyanyi itu hanya sekadar menjadi tontonan memberikan tepukan kuat

"Power do kau!"

"Weh sedap siak! Lagi weh!"

"Cis.." keluh Mardhiaa sekali lagi. Zafry yang berdiri tadi kini duduk semula disebelah Mardhiaa. "What's wrong ni baby? Dari tadi moody je," soal Zafry selamba. Dagu yang menampung tadi dijatuhkan Mardhiaa laju

"Eh kau jangan panggil aku baby boleh tak? Siapa baby kau sekarang ni!" marah Mardhiaa. Meluat.

Zafry tersengih

"Rileks lah bro. Macam kau tak tahu aku ni jenis mulut buaya!" seloroh Zafry lagi. Sudah ada awek pun mulut masih bergitu. Manis aje memanjang. Tapi dengan orang yang dia biasa sajalah

Mardhiaa diam saja. Matanya masih menatap televisyen rumah Nasir yang tertera lirik lagu Cinta kristal itu.

"Kau risau kan pasal abang tiri kau? Lah, bukan dah settle ke kes mamat sengal tu?" teka Zafry. Takkanlah rancangan dia kelmarin tidak berkesan. Sudah kene fikir plan baru lah jawabnya

"Bukan.." balas Mardhiaa meleret. "So? Sebab apa?" tanya dia

"Malas ah aku fikir!" Zafry mencebik. Orang suruh bagitahu taknak! Lepastu buat muka tenuk memanjang

"Lek ah weh, aku ni pun ada masalah jugak," ujar Zafry selamba. Kalini Mardhiaa betul betul pandang Zafry

"Kau tu aku suruh share masalah kau tak nak! Padan muka," hambur Mardhiaa

"Dah nak buat macam mana, hal family memang aku tak suka share dekat siapa siapa."

Mardhiaa menjeling. Dia aje pun, takkan lah taknak kongsi. Sekali kala dia mahu juga tahu tentang keluarga Zafry. Tetapi lelaki ini langsung tidak mahu beri tahu dia tentang keluarga nya. Kata nya privasi

"EH blah boleh tak kau ni! Aku dah cakap aku taknak kan! Kau tak faham bahasa lagi ke!?" dada lelaki itu ditolak oleh Zafry. Serabut kepala otak dia Akram tidak habis habis memaksa dirinya untuk bersubahat membuat perkara terkutuk itu. Kalini sudah masuk enam kali si Akram ini cuba untuk mengugutnya

"Aku bukan suruh kau buat apa pun. Just kau tolong aku bawak kan dia untuk aku itu aje. Bukan susah pun kerja kau," kata Akram lagi. Zafry mencebik. Tak faham bahasa lelaki ini!

"Kau ni orang apa sebenarnya ni? Apahal bahasa melayu pun susah nak faham!? Aku dah cakap dengan kau aku tak nak bersubahat, taknak bersubahat lah! Boleh tak jangan paksa aku!" tungkas dia, bengang.

"Ok, kau cakap berapa banyak kau nak aku akan bagi? Lima ribu? Tujuh ribu?" ugut jejaka itu lagi. Zafry menggeleng kan kepalanya sedikit. Haihhh! Susah betul cakap dengan orang seperti dia ini. Nak cakap binatang pun boleh faham bahasa isyarat tuan nya

"Ok last, sepuluh ribu?"

Zafry tergamam! Sepuluh ribu? Biar betul dia ini. Eh tak tak tak! Zafry.. kau takkan pernah sesekali khianat kawan kau kan. Tak! Aku takkan tergoda dengan ugutan merapu lelaki ini!

Otaknya berkata tidak malah hatinya sudah lemah dengan nafsu apabila mendengar bilangan jumlah yang Akram sebutkan tadi

β€’β€’β€’β€’β€’β€’

"Baby please, jangan lah merajuk! Ok i janji i akan belikan untuk you. Janganlah macam ni!" rayu Zafry lagi. Lengan Asyiera cuba dipegang

"You tu janji je lebih. Tapi, bila i nak tu ada je alasan. Takde duit lah! Takde tu lah takde ni lah! Ish bosan lah i macam ni!" dengus Asyiera Zafry mendiam. Wanita ini merajuk dengannya kerana permintaan dari wanita itu tidak dapat Zafry tunaikan. Itulah dari kecik taknak belajar rajin rajin, bila besar nak kerja pun tidak tahu mahu kerja apa. Malas pun iye Zafry ini! Hmmm..

"Ok ok, you cakap you nak apa? Nanti i belikan kalau duit i masuk.. kalau lah.." ayatnya sedikit perlahan dihujung ayat. Memang duit dia tidak akan masuk kalau dia masih goyang kaki sekarang ini. Kerja pun dia malas, mana taknya duit mahu masuk. Ini dunia, bukan syurga mintak terus jatuh depan mata!

"Takpayahlah you tu! Kalau i mintak pun bukan you boleh belikan pun! Dah lah baik i mintak dengan kawan i aje! Bye!" gumam wanita itu lalu terus beredar dari situ tanpa mendengar sepatah dari mulut buah hatinya. Zafry mencebik!

Kalau diteruskan begini. Asyiera akan semakin bosan dengannya. Dan tidak akan setuju untuk mahu bernikah dengannya. Oh tidak, dia cinta kan gadis itu. Macam mana sekarang ini! Dia perlu kan duit!

Kaki melangkah masuk kedalam rumah flat. Sebelum dia melangkah masuk sempat dia mengerling sedikit pada longkang tingkat paling bawah rumah flatnya. Dia terkedu. Terus kaki dia laju keluar dari rumah dan terus melekat di balkoni dihadapan pintu rumah flat. Matanya membulat! Patut lah kasut sukan dia dicari semalm tiada rupanya..

"Lahan*t!! Siapa punya kerja ni!" herdik Zafry bengang. Hannaf tertawa sinis dipermukaan pintu rumah. Pantas Zafry menoleh kebelakang melihat suara yang tertawa itu. Dia mengetap bibir.

"Balasan sebab kau curi motor aku. Aku dah cakap dengan kau jangan guna motor aku. Kan, terima jela padahnya.." sinis ayat yang dilontarkan oleh Hannaf itu. Dia memeluk tubuh selamba. Zafry mengetap gigi penumbuk digenggam. Laju kakinya mendekati jejaka itu. Koler baju dia ditarik Zafry kuat. "Bodoh!!" hambur Zafry kuat sambil tangan dia bereaksi menumbuk pipi abangnya itu. Namun tidak sempat.. suara mak Zubaidah kian terdengar dari dalam rumah flat itu

"Zafry!! Apa buat abang macam tu.. tak baik!" jerit wanita tua itu membuatkan Zafry sedikit tersentak. Hannaf tersenyum nipis. Badan Zafry yang hampir dekat dengannya itu ditolak kasar dan terus berlalu masuk dalam rumah

Zafry tergamam terkedu. Dia mengetap bibir sebelum berlari menuju ke tingkat bawah. Kasut sukan diambil dia pantas. Kedua belah kasut itu penuh dengan lumpur dan becakan air hujan. Dia mengetap gigi. Hati dia membara dengan tindakan Hannaf.

Ini lah salah satu kasut yang dia ada. Kau Hannaf rosakkan kasut ni!! Kau memang tak guna lah.. Mentang lah kau kaya, kau boleh beli kalau dia dah rosak! Tapi aku ni duit makan pun belum tentu ada. Hatinya menyumpah manusia yang bernama Hannaf itu. Rasa bagai mahu bunuh saja dia. Memang sudah lama sabar dengan Hannaf ini..

Manusia yang terlalu dia benci adalah abangnya sendiri. Ye, Ahmad Hannaf!

Mata yang tiada maksud apa apa tadi kini berubah mencerlung berapi. Jiwa dia dikawal dengan kemarahan. Amarah masih terbuku dihati

Akram mendiam

"Ada apa tiba tiba kau nak jumpa aku ni?" soal dia sambil tersenyum nipis. Namun senyumannya itu terlihat seperti menjengkelkan. Zafry diam sebelum berbicara

Dia tarik nafas dan hembus perlahan.
"Aku setuju dengan plan kau.." kata lelaki itu selamba. Akram terdiam seketika. Kemudian perlahan lahan bibirnya tersenyum sinis. Hati dia sudah meloncat gembira. Akhirnya, Zafry ikut juga katanya! Yes, plan dia mahu rosakkan hubungan antara Zafry dan Mardhiaa kini sudah berhasil!!












To be continue..

Rancangan yang dirancang belun tentu terjadi. Tapi korang rasa hubungan Zafry dengan Dhiaa akan baik ke selepas ini?

#votelahwe
#buatlekbuatrock✌︎
#staykalaunaktahusambungan😌

BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: Truyen2U.Pro