𝟒

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Tempat tidur kau adalah dalam bilik aku, sayang." 


Dan lelaki itu meneruskan hisapan rokoknya.


"Wait, what? Are you kidding me?" Aku terkejut apabila mendengar jawapan daripada mulut lelaki itu.


Sedangkan banyak lagi bilik yang aku nampak.


"Sayang, ada nampak macam muka aku ni main-main ke?" Lelaki itu memandang wajahku serius.


"Encik, aku nampak ada banyak lagi bilik dekat rumah ni. Kenapa tak beri aku satu bilik?" 


"Rumah aku, cara aku. Suka hati akulah nak beri kau bilik ataupun tidak." 


Okey, kini memang aku geram dengan lelaki yang berada di hadapanku ini. Ingin sahaja aku menarik pipinya yang bagiku kelihatan tembam itu.


"Ataupun, kau nak tidur di luar? Aku izinkan sahaja." Lelaki itu menyambung percakapannya.


"Ergh, baiklah." 


"Sayang, aku rasa kau perlu mandi." 


Aku membau sedikit bajuku. Ya, lelaki ini betul. Aku memang perlu mandi.


Tapi masalahnya, aku nak mandi di mana? 


"Kau masuk sahaja bilik aku. Dalam tu, ada toilet. Kau boleh mandi di sana." 


Lelaki itu menunjukkan jarinya ke arah sebuah bilik. Mungkin itu adalah biliknya.


"Oh ya. Jangan lupa ambil baju dalam almari aku. Takkan kau mahu pakai baju yang sama? Berbau nanti." 


"T-tapi-"


Belum sempat aku membalas, dia terlebih dahulu memotong.


"Ataupun, kau tidak mahu pakai apa-apa? Aku suka sahaja." 


Mata helang lelaki itu merenung ke arah tubuh ku yang hanya bersarungkan dress merah singkat itu. 


Cepat-cepat kakiku menuju ke biliknya. 


Takut. 







Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro