𝟖

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Namjoon's pov


Comel. 


Ya, wanita yang sedang lena dibuai mimpi di hadapanku ini sungguh kelihatan comel.


Rambutnya yang ikal mayang.


Keningnya yang cantik terbentuk.


Bulu matanya yang lebat.


Hidungnya yang mancung.


Dan,


bibirnya yang seksi.


Semuanya menarik perhatian aku.


Perlahan bibirnya aku sentuh. 


Kenapa aku bertemu dengan wanita ini? Aku keliru. Kenapa aku teringin sangat untuk menyelamatkan dia? 


Adakah Jung Aerin ni jodoh aku?


Ataupun takdir untuk mengubah hidupku?


Saat aku ingin melabuhkan kepala pada bantal empukku, Aerin menjerit.


"Lepaskan aku!"


Aerin meronta dalam tidurnya. Aku menjadi panik.


Kenapa dengan gadis ini? Dia termimpi sesuatu yang ngeri ke?


"Aerin." Perlahan aku memanggil namanya.


"Argh!" Gadis itu menjerit lebih kuat.


"Aerin! Bangun!" Aku menepuk pipi gadis itu sedikit kuat.


Dia membuka matanya. Dahinya berpeluh bagaikan baru menyertai acara marathon sahaja.


Dadanya turun naik tanda dia tercungap. Dan tiba-tiba sahaja, gadis itu mengalirkan air matanya.


Bertambah panik aku dibuatnya. Gadis ini mampu membuat aku gila.


"Hey, kau kenapa?" 


Dia langsung tidak menghiraukan aku dan terus menangis.


"Hey, aku tanya kau kan, sayang. What's wrong with you, hm?" Aku melembutkan suara aku selembut yang boleh untuk menenangkannya.


"Namjoon." 


"Ya sayang?" Aku memandang matanya yang sudah merah itu. 


"I wanna die." 


Gadis ini sudah gila.



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro