[ π‘­π’Šπ’‡π’•π’š π‘»π’˜π’ ] - π‘΄π’‚π’”π’‚π’Œπ’‚π’

Màu nền
Font chα»―
Font size
Chiều cao dòng

β€œπ‘Άπ’π’π’š π’šπ’π’– π’Šπ’ π’Žπ’š 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 π’šπ’π’–β€

αͺ₯αͺ₯αͺ₯

Naira selamat tiba di rumah mertuanya, sebuah banglo yang tenang terletak di tengah-tengah kehijauan.

"Haih.. rasa rindu pula rumah ini," gumamnya perlahan, senyuman sayu terukir di bibirnya.

Dia keluar dari kereta, memerhatikan pekerja yang rajin menjaga tanaman yang subur, penjagaan mereka jelas dalam bunga mekar dan dedaunan yang menghijau.

Ketika dia menghampiri pintu utama, hati Naira berdebar-debar tidak menentu. Langkahnya goyah, keraguan menyelubungi fikirannya. Adakah ini benar-benar keputusan yang tepat?

"Naira?" Suara garau itu mengejutkan Naira, lalu dia mengangkat pandangannya, bertemu mata jejaka itu. Jantungnya berdegup kerisauan.

"A.. awak.." Naira tergagap, suaranya hampir tidak kedengaran.

Kytor mengukirkan senyuman. Kemudian memeluk isterinya erat.

"Aku rindu kau. Kau pergi mana? Maafkan aku, Naira. Tolong jangan tinggalkan aku lagi," rayu Kytor, air matanya bergenang sambil memeluk isterinya dengan erat.

Naira terus terdiam, hatinya masih berdebar-debar kerisauan dari tadi, perasaannya berpusing-pusing dalam dirinya

"Naira?" Kytor melepaskan pelukan, kerisauan terukir di wajahnya sambil memerhati mata isterinya.

"Kau okay?" gumamnya sambil membelai lembut wajah isterinya. Terlalu rindu. Lama dia menunggu isterinya pulang.

"Naira?" kehairanan Kytor semakin memuncak apabila isterinya berterusan merenungnya, ekspresinya tidak dapat difahami.

"Aku... Aku minta maaf, Naira," bisik Kytor sambil mencium tangan isterinya dengan lembut.

"Aku berjanji aku tidak akan melakukannya lagi. Tolong maafkan aku. Jangan pandang aku seperti orang asing. Aku rasa mahu menangis," akuinya, menarik isterinya ke dalam pelukan kembali.

Perlahan-lahan, aku membalas pelukannya. Air mataku jatuh membasahi bajunya.

"Sa- saya minta maaf. Saya tak minta izin awak nak duduk rumah mummy," suaraku bergetar dengan perasaan.

Suamiku melepaskan pelukan, perlahan-lahan mengangkat daguku untuk bertemu pandangannya. Senyuman manis terukir di bibirnya.

"Tak apa. Aku yang salah dalam hal ini." Dengan sentuhan lembut, dia menyeka air mataku di wajah. Aku menyeka air matanya juga di pipi.

"Jom kita masuk," pelawa dia, senyuman kecil terbentuk ketika dia memimpin tanganku masuk ke dalam rumah.

Dia terus menarik kerusi meja makan, dan aku hanya menurut mengambil tempat duduk, pandangan aku meliar ke sekeliling, mencari kelibat seseorang.

"Mana abah dan bonda?" Soal aku.

"Abah kerja, bonda keluar beli barang-barang dapur kejap. Abang pula... nanti balik," balasnya sambil mengalihkan pasu kecil di meja makan. Tangannya sibuk mengelap meja makan ini.

"Abang Marc balik sini?" Soal aku.

"Ya, sebab kes kita haritu abang terus balik, mungkin risau kat adik dia hehe.." Kytor tersengih-sengih.

Aku tersenyum sambil mengimbas ruang makan.

"Mana Mustaqim?"

Kytor mengangkat wajah.

"Dia.." Kytor memandang sekeliling.

"Entahlah, tadi ada kat sini. Nanti dia muncul lah tu."

Tepat waktu, Mustaqim muncul, berdiri di sebelah suamiku.

"Puan." Aku membalas senyuman Mustaqim.

"Sekejap ya." Kytor bergegas ke dapur. Hairan aku melihat dia sibuk menyiapkan sesuatu. Adakah suamiku sedang mengemas rumah?

Kytor kembali dengan dua hidangan di tangan, mengeluarkan aroma yang lazat. "Bon appΓ©tit," katanya sambil meletakkan hidangan di atas meja.

Baunya enak.

"Mmm, sedapnya bau," kataku sambil memerhati hidangan yang sedap di tengah-tengahnya.

"Heh, tengoklah siapa yang masak," kata Kytor sambil menyilangkan tangannya.

"Mestilah bonda masak sedap," balasku tanpa menyedari kerutan di wajah suamiku.

"Aku yang masak lah. Hmph!" Kytor mendengus, memalingkan kepalanya, seolah-olah terluka dengan sebutan masakan bonda. Aku terkejut dengan reaksi dia.

"Awak serius ke?" soalku dengan rasa tidak percaya di wajahku.

Dia menoleh ke arahku sambil menekup lembut kedua-dua pipiku. "Ya, sayang. Suami kesayangan sayang yang masak," bisiknya.

Aku terkejut, terdiam. Perlahan-lahan aku menurunkan kedua-dua tangannya dari pipiku.

"Sejak bila awak pandai masak? Saya tak tahu pun."

Dia mengecilkan matanya memandangku.

"Itu sebab kau tak kenal aku lagi," balasnya dengan senyuman yang penuh suka-suka menghiasi bibirnya.

Aku mencebik. Pada masa sama, aku malu. Aku masih belum jadi isteri yang baik untuk dia. Aku masih tidak pandai masak sebagai seorang isteri untuknya. Kepalaku tertunduk kerana perasaan maluku ini.

Kytor perasan perubahan mendadak dalam tingkah laku isterinya, lalu duduk di sebelah isterinya.

"Hey, kenapa ni?" Dia menongkat daguku perlahan-lahan, mata coklat hangatnya bertemu dengan mataku.

"Em... saya... saya malu. Sepatutnya saya yang masakkan untuk awak. Saya minta maaf," rungut aku, berasa malu.

"Hahaha!" Dia ketawa, membuatkan aku terpinga-pinga.

"It's alright, sayang. It doesn't matter to me, as long as I have you by my side. Itu sahaja yang penting," dia meyakinkan aku, kata-katanya membuatkan pipi aku memerah, bukan kerana hanya kata-katanya sahaja, tetapi kerana Mustaqim berada dalam jarak pendengaran, mendengar percakapan kami.

Tidak lama, Mustaqim melangkah pergi sambil memegang earpiece di telinganya. Mungkin dia mendapat panggilan dari telefon?

Aku hanya tersenyum kepada suamiku. Matanya bertemu dengan mataku dengan pandangan yang lembut. Dia membelai lembut pipiku.

"You're.. beautiful," bisiknya, anak matanya terpegun dengan wajah aku yang biasa. Aku tidak faham apa yang indah tentang aku di matanya.

Aku tergelak kecil, pipiku memerah merah kembali.

"Awak sama je waktu sebelum ni, selalu suka cakap 'cantik' walaupun awak tak ingat saya waktu tu."

"Yakah?" Dia bertanya, terkejut sambil menyengetkan kepalanya.

Aku mengangguk sambil tersenyum lembut. "Ya."

"Assalamualaikum, eh Naira!" Bonda terus memelukku saat melihat aku di sini.

"Bila Naira sampai?"

"Waalaikummussalam, ta-"

"Petang tadi bonda," sampuk Ryan, senyuman bermain di bibirnya.

"Amboi, bonda tanya menantu bonda, bukan kamu." Kytor memuncungkan bibirnya. Aku hanya tersenyum. Datin Liyana mengarahkan pengawal membawa barang yang dibeli tadi ke dapur.

"Betul bonda, Naira baru sampai. Cari abah dan bonda, Kytor kata abah kat tempat kerja dan bonda keluar beli barang dapur," jelas aku.

"Haah bonda beli lah sebab si Ryan ni setiap hari masak itu yang barang dapur cepat habis." Aku terkejut dengan pendedahan ini. Seriuslah?

"Mana ada!" Nafi Kytor.

"Eh tak nak mengaku pula?" Bonda mengusiknya.

"Terkejut Naira dengar," aku tergelak kecil, cepat-cepat menutup mulut. Aku dapat rasakan renungan tajam suamiku padaku.

"Dah jom, mari makan. Nanti si Marc dengan abah balik, lepas tu kita semua boleh sembang sama-sama," saran bonda. Kytor tersenyum nipis.

Aku mengangguk lalu mengambil tempat duduk di meja bersama bonda dan suamiku. Benar, sangat sedap suamiku masak. Aku tersenyum, mencuri pandang kepadanya di sebelahku sambil dia berkongsi ketawa dengan bonda.

Bila difikirkan semula, dia tidaklah seteruk yang aku jangkakan. Suami aku telah banyak berubah. Dia bukan Kytor yang sama yang aku kenal dulu. Dia seorang lelaki yang baik, dan perasaan aku terhadapnya semakin lama semakin mendalam setiap hari.








Tidak lama kemudian, abang Marc pulang bersama abah dan membawa keluarga kecilnya. Aku yang teruja mengambil Ary dari kak Ina. Semakin tembam pipi Ary aku lihat. Geram!

"Kak, kak duduklah makan. Ryan masak tau makanan harini. Sedap." Puji aku. Suamiku hanya tersenyum dan menuju ke luar untuk membantu abang Marc dan Kak Ina mengangkat barang-barang mereka.

Kak Ina tertawa kecil.

"Ryan masak? Dah lama akak tak rasa masakan dia. Bila eh last dia masak haritu? Dua tahun lepas eh?" Soal kak Ina pada suaminya yang baru ingin keluar mengambil barang mereka. Suaminya kelihatan tidak menyedari gurauan isterinya.

"Abang.."

"Ya?" Soal Marc terkebil-kebil

"Abang tak dengar ke Ina tanya tadi?"

"Ina tanya apa?"

"Dah lah, abang sibuk tu. Kakak makan lah dulu," sampuk Ryan yang baru masuk setelah meletakkan bagasi mereka. Dia terus membuka lauk di atas meja.

Marc keluar untuk membantu abah mengambil barang dari kereta. Ryan keluar mengikut juga.

Kak Ina terus duduk di meja makan. Aku tertanya-tanya barang-barang mereka yang banyak.

"Kak."

"Hm?"

"Barang beg banyak ni. Lama ke akak dengan abang duduk?"

"Ha'ah lama. Akak pun tak tahu kenapa suami akak nak duduk lama kat sini. Akak ikut je."

Aku tersenyum.

"Sayang adik dia lah tu." Aku termenung, mencuri pandang ke arah suami aku sendiri di sana.

Ary, yang berada dalam pelukanku, mula menangis.

Kytor selesai mengemas barang, dia melangkah ke arah ku.

"Meh ary cayang," ujar Kytor lembut. Dia perlahan-lahan mengambil Ary dariku, menenangkannya dengan tepukan lembut. Aku suka melihat dia yang senang melayani budak-budak kecil.

Air mata Ary bertukar ketawa apabila suamiku membuat muka lucu kepadanya. Aku tidak dapat menahan senyuman melihat pemandangan itu.

"Naira." Aku menoleh pada kak Ina.

"Naira bila sampai?"

"Petang tadi."

Muncul abang Marc di sisi isterinya yang sedang makan.

"Ina."

Zaina mengangkat muka, "Ya abang?"

"Abang masuk bilik dulu tau."

"Tak makan dulu ke? Ni adik abang-"

"Tak. Abang penat."

"Baik abang."

Marc berjalan ke arah sofa, di mana adik lelakinya sedang bermain dengan anaknya.

"Jom anak babah. Kita mandi," kata Marc sambil mengangkat anaknya dan menuju ke bilik tidur. Aku memerhati suami aku berbalas senyuman dengan anak saudaranya sebelum mengemas barang permainan.

Aku berasa sedikit curiga antara mereka, tetapi fikiranku menolak apa hati aku rasa.

Aku perasan suamiku hendak naik ke atas.

"Awak," panggilku, menghentikan langkahnya. Dia memandangku.

"Awak nak masuk bilik ke?"

"Tak, nak jumpa bonda jap," balas Kytor sambil tersenyum. Aku mengangguk, dan dia terus beredar dari ruang tamu.

Zaina memandang Naira.

"Hubungan Naira dengan Ryan dah okay?"

Aku menoleh dan tersenyum pada kak Ina.

"Okay, alhamdulillah. Naira dapat belajar jatuh bangun dalam rumah tangga Naira."

"Alhamdulillah. Apa-apa pun, Naira kena sabar. Akak tahu Ryan sukar kawal emosi dia, tapi akak percaya Ryan seorang yang baik." Aku tersenyum mendengar kata-kata kak Ina.

"Baik kak. Naira banyak lagi kena faham tentang suami Naira. Perubahan sikap suami Naira sekarang ni jauh berbeza dari Naira kenal dulu. Banyak yang perlu Naira fahami. Lagi-lagi kejadian enam tahun lepas," ujarku mengenang perkara itu membuatkan aku sedih.

"Kalau Naira teringin nak tahu lagi tentang Ryan, tanya abah atau bonda."

Aku mengangguk, membalas senyuman Kak Ina.

"Baiklah kak."







Baru ada rasa rajin buat ayat. Sebelum ni ayat malas saya tulis. Maafkan hamba yang banyak kekurangan. 😭😭

BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: Truyen2U.Pro