Bab 10

Màu nền
Font chα»―
Font size
Chiều cao dòng

π‘³π’–π’Œπ’‚ π’…π’Š π’‰π’‚π’•π’Š, π’‚π’Œπ’‚π’ π’Œπ’– π’ƒπ’‚π’˜π’‚ π’”π’‚π’Žπ’‘π’‚π’Š π’Žπ’‚π’•π’Š



Berita yang disampaikan kepada Encik Irsyad sebentar tadi telah membuat dia jatuh pengsan ditempat kejadian. Bapa kepada tiga beradik itu dikejarkan ke hospital berhampiran dan ditemani oleh Puan Maria.

Semuanya berlaku secara tiba-tiba.

Puan Maria memgengam erat tangan suaminya itu. Air mata yang bersisa diseka perlahan sebelum dia menatap sayu.

"Abang." panggilnya.

Topeng oksigen dipasang. Suasana tegang dan amat mencemaskan. Saat ini dia berdepan dengan rasa yang berlawanan dengan hatinya. Dia takut kehilangan insan tersayang.

Pembalasan? Mungkin inilah balasan yang dia dapat setelah mengabaikan Izyan. Anak yang diambil sebagai anak angkat dari rumah kebajikan.

Aaliya? Isteri pertama Encik Irsyad? Semua itu tidak wujud. Mereka hanya mereka cerita untuk mengaburi mata Izyan. Atas tujuan? Disebabkan rahim nya terpaksa dibuang akibat kanser rahim yang dihidapi oleh Puan Maria. Dia terpaksa menguburkan niat yang ingin memiliki seorang anak perempuan.

Tetapi apabila mereka mengambil Izyan dari rumah anak-anak yatim Ar-raudhah. Mereka pula mengabaikan anak yang baru berusia 4 tahun.

Ibu-bapa Izyan terkorban dalam insiden kemalangan jalan raya. Motor yang dinaiki oleh mereka berdua bertembung dengan sebuah lori.

Kuasa Allah. Kandungan Ibu kepada Izyan dapat diselamatkan.


------------------



Dian melangkah perlahan ke arah Puan Maria. Wanita tua itu tunduk seperti sedang menyesali sesuatu.

Dian mengambil tempat duduk disebelah Puan Maria. Diusap secara perlahan bahu mama nya itu, cuba menyalurkan semangat yang dia ada. Izyan dirinya hilang tanpa sebarang jejak. Kehilangan Izyan masih menjadi misteri. Tiada sesiapa tahu ke mana gadis itu pergi. Di lubuk hatinya dia berharap agar adiknya itu tidak apa-apa.

Puan Maria memandang sayu wajah Dian seraya itu tubuh Dian dipeluk kuat.

"Dian... mama tak kuat," luah wanita itu. Dian tidak mampu berkata apa-apa. Dia juga sama seperti Puan Maria. Merisaukan kesihatan Encik Irsyad dan keselamatan Izyan.

Puan Maria melerai pelukan. Kedua bahu Dian dipegang oleh Puan Maria.

"Dian... maafkan mama. Mama tahu semuanya salah Mama." Kata Puan Maria. Dia menyesali perbuatan nya kerana menipu Izyan. Gadis itu perlukan kasih sayang dari dia, tetapi apa yang dia lakukan?

"Maksud mama?" tanya Dian. Puan Maria bangun dia mengesat air mata yang tersisa.

"Rasanya dah sampai masa untuk mama beritahu kamu." kata Puan Maria.

"Beritahu apa Mama?" Dian. Dia takdapat nak hadam dengan apa Izyan katakan petang tadi. Dia susah mahu terima.

"Sebenarnya Izyan bukan anak kandung mama. Mama tahu.. selama ini mama rahsiakan perkara yang patut kau orang tahu. Mama salah Dian, Mama salah!"

Lama Dian terdiam. Dia bangun.

"Kenapa baru sekarang mama beritahu, Dian? Mama dah tahu Izyan bukan anak mama tapi kenapa... kenapa baru sekarang? Semua ini takkan jadi kalau Mama dengan Papa cakap perkara sebenar. Patutnya Dian rasa happy sebab Izyan bukan adik Dian."

"Tapi tak... malah lebih teruk dari itu. Mama tipu Dian dari Dian umur 2 tahun sampai sekarang. Syah dengan Mika mesti tahu kan? Yelah, dia orang berdua lagi tua dari Dian." sindir Dian sambil menyilang tangan. Dia lupa akan statusnya sebagai anak.

"I know Dian Asyraf and i'm really sorry. Mama tak patut tipu kamu. Mama tahu semua ni salah mama." Puan Maria duduk semula. Dia memukul-mukul dadanya konon dengan cara itu dia dapat melepas rasa kesal yang bertandang dihati.

"Hmm? Baru sekarang mama nak mengaku? Semua itu tak penting dah. Mama patut minta maaf dekat Izyan."

Dian menapak pergi dari tempat menunggu. Kaki nya terasa berat untuk melangkah namun tetap dipaksa.

Jelas terpancar riak kecewa dimuka Dian. Kenapa semuanya berlaku dengan pantas? Sekelip mata saja selepas kejadian yang berlaku di fun fair, kebenaran yang selama ini dia tidak tahu timbul seperti ikan mati di atas air.

Gembira atau sedih?

Perasaan nya bercampur.

Di antara simpati dan kasih.


-------------



Sebaik mereka tiba ditempat itu dengan menaiki sebuah van usang berwarna putih. Lelaki misteri yang berada di depan menolak pintu pagar yang mula berkarat.

Street....

Pokok-pokok tinggi ditiup angin malam lalu menjatuhkan dedaun kering serta ranting-ranting patah ke tanah. Tempat itu kelihatan sunyi dan jauh dari kesibukan kota.

'Dah macam rumah hantu pula dia tinggal' sempat Izyan mengutuk dalam hati.

Cahaya dari lampu picit yang dipegang olehnya membawa Izyan melalui satu lorong kecil dipenuhi oleh rumput-rumput tinggi. Lelaki tinggi seperti lelaki misteri ini mudah saja melaluinya. Tetapi Izyan pula? Dia perlu menyelak rumput-rumput tinggi untuk berjalan disebabkan ketinggian Izyan hanyalah 153 cm.

Lelaki misteri berhenti di depan sebuah rumah kayu berwarna coklat.

"Ni rumah kau?" Tanya Izyan. Seakan tidak percaya rumah yang didiami lelaki ini terlihat buruk dan menunggu masa saja untuk roboh.

"Hmm." jawabnya ringkas saja.

Pintu rumah dibuka. Lelaki misteri melangkah masuk ke dalam. Lampu ruang tamu dihidupkan sebelum mula menerangi seisi rumah.

Izyan tercegat dimuka pintu. Tidak percaya rumah usang ini milik si lelaki misteri. Sudah lah berhambur, tak reti nak kemas rumah ke?

Pemalas.

Botol air ok dibiarkan saja di atas meja. Baju kotor tersidai di atas tv, kulit kekacang dan sisa keropok bersepah sana sini. Mug dan pinggan kotor pula beranak pinak tak reti nak basuh. Silap hari bulan lalat pun boleh bertelur.

"Masuk cepat. Tapi kalau kau nak jadi santapan binatang buas dekat luar tu boleh je kau stay tak payah masuk." Beritahu si lelaki misteri. Izyan cepat-cepat tanggalkan selipar tidur dan bawa masuk ke dalam rumah sebelum pintu di tutup rapat.

Mata Izyan melilau sekeliling sebelum dia terpandang ke arah lelaki misteri yang sedang menukar baju hoodie nya di hadapan Izyan.

Pipi Izyan berona merah. Agak terkejut dia melihat pemandangan yang disajikan.

"Dah habis tengok?"

"Hah?" Tersentak Izyan dibuatnya.

Izyan cepat-cepat alihkan pandangan nya ke arah lain. Dia mengibas-ngibas tangannya cuba menahan rasa malu sebelum berdehem.

"Ru... rumah kau ni. Tak reti nak kemas ke?" tanya Izyan sengaja nak cover muka malu.

"Kemas? Oh... aku tak pernah kemas rumah. Aku dengar kau ni jenis yang pentingkan perfection so kau aje lah kemaskan." ujarnya pula. Izyan buat muka jelek.

"Hah? Kau suruh aku kemas?" soal Izyan tidak puas hati. Rumah dia pandai-pandai lah dia kemas, asal suruh Izyan pula?

"My home my rules," katanya. Dia maju dan menaiki tangga naik ke tingkat atas. Izyan merenung tajam.

"Kalau aku tak nak buat macam mana?"

"Well.. bilik tidur cuma ada satu je but it's mine. Kalau kau nak tidur dekat tempat selesa, lebih baik kau kemas ruang tamu sebelum .... "

Dia berhenti berkata. Izyan pula sudah menanti apa yang ingin keluar dari mulutnya.

Lelaki misteri berdehem. "I think you know what i means," katanya.

"Huh?" Seakan tidak percaya mulutnya tidak henti dari mengutuk perangai lelaki itu. Harapkan saja kacak tetapi rumah sendiri tidak reti nak kemas.

"Ya Allah, berikan lah hamba mu ini kekuatan." ucapnya sebelum kembali memandang ruang tamu yang bukan lagi seperti ruang tamu.

Nampaknya malam ini tidur lewat lagi agaknya.

BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: Truyen2U.Pro