Bab 11

Mร u nแปn
Font chแปฏ
Font size
Chiแปu cao dรฒng

๐‘ณ๐’–๐’Œ๐’‚ ๐’…๐’Š ๐’‰๐’‚๐’•๐’Š, ๐’‚๐’Œ๐’‚๐’ ๐’Œ๐’– ๐’ƒ๐’‚๐’˜๐’‚ ๐’”๐’‚๐’Ž๐’‘๐’‚๐’Š ๐’Ž๐’‚๐’•๐’Š



PLASTIK HITAM berisi sampah Izyan ikat dengan ketat lalu letak di tepi pintu. Bahu yang tertahan menarik nafas dalam-dalam sebelum menghembus dengan lega. Dia menjatuhkan duduk ke atas sofa, sementara penyapu ditangan sudah bersandar di tepi pintu.

Agak lama dia begitu. Melihat sekeliling yang tidak ubah seperti tempat pembuangan sampah.

Sekali lagi dia merengus kecil sebelum kaki dibawa naik dan duduk secara bersila.

Kenapa dia memilih untuk mengikuti lelaki misteri ini pulang ke rumah? Kenapa dia memilih untuk percayakan lelaki itu tanpa mengetahui asal usulnya?

Tote beg yang berada di atas meja diambil sebelum laptop serta telefon pintar dibawa keluar.

Skrin telefon realme dihidupkan. Jam yang terpapar pada skrin menuju ke pukul 12.40 minit malam. Casnya pula tinggal sedikit.

54 peratus. Belum cukup kalau mahu bermain permainan online.

Telefon diletak semula di atas meja sebelum komputer riba dihidupkan.

Sesudah dia mengisi kata laluan, jarinya menari di atas papan kekunci, satu persatu folder rahsia dibuka nya.

Terpampang wajah 10 orang lelaki dengan nama-nama yang jarang di dengari tersusun dibawah.

Satu persatu dilihat olehnya.

Wajah-wajah mereka menyeramkan. Dipenuhi parut lama, kesan terbakar, dan tatoo yang melingkar di kepala.

Tatu bercorak naga.

Mereka dikenali sebagai Dragon Curse.

Konco-konco kepada seorang lelaki bernama Aaron.

Aaron. Lelaki yang mengetuai kumpulan tersebut. Dia merupakan 'anjing hitam' kepada Boss besar yang menjadi dalang di sebalik penubuhan Dragon Curse.

Mereka aktif melakukan kegiatan haram seperti perdagangan manusia, penyeludupan senjata ke negara luar, dan mengedar dadah.

Punca mengapa Aaron dan anak buahnya tidak dapat ditangkap kerana sistem keselamatan dan pertahanan yang amat lemah. Dan membolehkan mereka keluar masuk dari negara Vietnam dan Malaysia.

Duit.

Itu merupakan punca kedua mereka dapat melepasi sistem keselamatan dan anti keganasan. Tanpa duit atau kuasa dari 'orang tengah' iaitu pihak ketiga yang terlibat dengan kerja kotor mereka.

Mereka mungkin sudah meringkuk di dalam penjara. Merayu-rayu, dan menafikan kesalahan yang dilakukan.

Sampai sekarang misteri keberadaan Aaron serta 10 orang anak buahnya belum terjawab.

Di mana mereka berada, di mana mereka bersembunyi, apakah mereka masih melakukan kerja haram itu?

Izyan tersenyum. Mustahil ahli kongsi gelap seperti mereka mahu meninggalkan dunia gelap itu. Dunia yang hanya dipenuhi kekotoran, serta kejijikan.

Nyawa menjadi taruhan. Pertumpahan darah kerap kali berlaku. Sudah masuk ke dalam dunia itu amat mustahil untuk keluar. Hidup atau mati sendiri tidak pasti.

Izyan menutup komputer riba. Menjadi seorang hacker bukanlah mudah. Beban yang dipikul dibahu semakin bertambah dari hari ke hari. Risiko untuk dibunuh itu ada. Sejauh mana dia akan bertahan? Sejauh mana dia mampu melaluinya? Izyan sendiri tidak tahu.

Sejauh mana dia mampu berlari, atau sejauh mana dia mampu bersembunyi. Dia hanya berserah. Bukan mahu mengalah, cuma keadaannya sekarang ibarat tali yang hendak putus. Cukup bergantung dengan diri sendiri.

Hacker?

Semuanya berlaku apabila dia berminat mempelajari bahasa komputer, sistem coding, yang mengambil masa selama beberapa tahun untuk dia mahir. Dan akhirnya menjelajah masuk ke dunia deep web.

Dari situ dia berniat meneruskan langkah dengan lebih jauh. Atas tujuan ingin melindungi sistem keselamatan cyber dari diceroboh. Tetapi lain pula apabila dia tidak sengaja masuk ke dalam sistem data-data peribadi staf Emerald Hotel yang berkait rapat dengan Dragon Curse.

Maka bermulalah hidup Izyan sebagai seorang hacker yang bertindak di dalam dunia kongsi gelap. Mengambil ahli cctv, dan menyiasat kegiatan haram yang dilakukan oleh mereka. Ia sudah menjadi tugasan harian bagi Izyan. Setiap maklumat yang diperoleh akan disalur ke Pihak berkuasa agar tindakan keras dikenakan terhadap mereka.

Izyan mematah-matah jari sebelum dia baring kan tubuh di atas sofa yang tidak seberapa nak empuk itu.

Tidak sewangi sofanya di rumah, tidak seselesa seperti di rumah, tapi apa boleh buat. Kalau dengan cara itu dia selamat.

Selamat?

Buat masa sekarang.

Mata yang menahan kantuk mula terasa berat. Seperti memberi tanda yang dia perlu tidur sekarang.

Perlahan-lahan mata dipejam sebelum mula hanyut ke alam mimpi.

Dek kerana tubuh yang mula lelah, mudah saja bagi Izyan untuk terlelap. Dengkuran halus mula kedengaran di segenap ruang.

Derapan kaki menuruni tangga dengan perlahan sebelum pandangannya tertumpu pada sekujur tubuh yang sedang enak dibuai tidur.

Pandangan yang kosong berkalih pula ke arah sebuah komputer riba berwarna putih di atas meja.

Agak lama dia memandang sebelum telefon dibawa keluar dari kocek seluar. Sesudah dia mendail nombor seseorang. Telefon berjenama Samsung S23 ultra itu dilekap ke telinga, kedengaran suara seseorang tergelak kecil di hujung talian.

"Man... baru sekarang kau cari aku?" Soalan yang berbaur sindiran baginya.

"Fay?" Dia memanggil. Ya, namanya ialah Fay.

Fay dan Fay...

Sesingkat itu namanya.

"Hmm." Mendatar dia membalas.

"Aku nak kau siasat siapa dia." sambung Fay sesudah itu.

"Dia? Kau dah jumpa siapa dia?" Giliran tuan empunya suara bertanya. Lelaki yang bernama Fay sekadar diam. Tiada jawapan. Mungkin dia sendiri tidak pasti.

"Ok. Aku akan siasat siapa dia. Tapi kenapa aku pula? Kau kan...." Dia berhenti berkata seakan lupa dengan siapa dia sedang bercakap.

Fay menghela nafas. Banyak betul alasan dia.

"Hm." balasnya sebelum memutuskan panggilan.

Skrin telefon kembali gelap sebelum di simpan semula ke dalam kocek seluar.

"Kau... Hacker?"


---------------





MIKA mengeluh berat. Segelas kopi americano panas hanya dibiar di atas meja dan belum terusik. Sejak tadi dia mengelamun. Menyesali kesilapan yang dilakukan. Merenung sedalam-dalamnya seolah dengan cara itu dia mampu mengubah takdir. Rasa serba salah menghukum diri, dia terlibat dalam penipuan yang dilakukan oleh kedua ibu bapanya. Dia dipaksa menurut kata.

Maafkan abang, Izyan.... Monolognya dalam hati.

Kononnya dengan berkata begitu dia dapat membawa Izyan pulang. Kononnya dengan cara itu dia dapat melembutkan hati Izyan.

Mika tersenyum tawar. Apa yang berlaku kepada dia?

Dia tolol. Tolol. Dan tolol.

Dia terlalu bodoh kerana membiarkan Izyan diculik oleh seorang lelaki misteri. Sehingga kini lokasi Izyan tidak dapat dikesan.

Dia hilang tanpa sebarang jejak.

Mika mencengkam rambutnya. "Aku bodoh.."




--------------






"Ini laporan yang Tuan minta." Hulur Eric.

Syah Naufal menyambut huluran fail berwarna hitam dari pembantu peribadi Tuan Hamzah.

Dibelek satu persatu isinya. Wajah bertukar tegang. Berderau darah merah ke kepala apabila dia mendengar penjelasan dari Eric.

Lelaki yang menculik Izyan merupakan lelaki yang sama tiga bulan lepas. Kenapa dia terlalu lambat untuk menyedari tindakannya? Semalam terdapat sebuah nota kecil yang bertulis.

His back

Amat ringkas tetapi menimbulkan banyak pertanyaan di kepala. Nota kecil yang diletak di atas meja menjadi tanda bahawa ada sesuatu bakal berlaku.

His back?

Apa yang dimaksudkan dengan dia kembali? Apa yang menanti Syah Naufal? Kapten unit khas itu?

"Tuan."

"Tuan."ย  panggil Eric berkali-kali.

Lamunan Syah termati. Syah tersentak sebelum kembali memandang Eric. Fail hitam ditutup semula, wajah kosong ditayang.

"Teruskan."

Eric teragak-agak menjawab. Sejak tadi dia memberi penjelasan sedikit pun tidak di dengar oleh Syah Naufal. Umpama masuk telinga kiri keluar ke telinga kanan. Entah apa yang menganggu fikiran Syah sehingga dia gagal fokus.

"Salah seorang pengawal yang Tuan upah merupakan pengintip dari musuh."

"Hah!" Serentak itu Syah menepuk meja. Eric pula masih berdiri tegak dengan wajah dingin.

"Ma... macam mana.."

"Tapi malangnya pengintip yang menyamar sebagai pengawal itu telah mati dibunuh."

"....Oleh orang yang sama." sambung Eric.

"Orang yang sama?" Soal Syah. Dahi berkerut.

Eric tetap tenang meskipun kesabarannya setipis kulit bawang saja. Sudah diberitahu, bertanya lagi. Itulah siapa suruh tidak dengar. Bazir air liur Eric saja memberi penjelasan.

Eric mengangguk. "Dia dikenali sebagai Max. Dia mula bekerja 2 bulan lepas."

"Tapi dia dah mati, bukan?"

"Hmm."

"Sekarang ini kita kehilangan satu-satunya bukti?"

Eric mengangguk saja. Syah Naufal menghempas kasar tubuhnya ke atas kerusi pejabat. Tangan kiri memicit pelipis.

"Macam mana sekarang?"

"Itu saya tak pasti. Tugas saya hanya membawa laporan kepada Tuan. Kalau macam itu saya minta diri dulu." ujarnya. Kalau boleh sejak tadi lagi dia keluar dari situ.

"Ok, thanks." ucap Syah Naufal.

Bแบกn ฤ‘ang ฤ‘แปc truyแป‡n trรชn: Truyen2U.Pro