Bab 28

Màu nền
Font chα»―
Font size
Chiều cao dòng

π‘³π’–π’Œπ’‚ π’…π’Š π’‰π’‚π’•π’Š, π’‚π’Œπ’‚π’ π’Œπ’– π’ƒπ’‚π’˜π’‚ π’”π’‚π’Žπ’‘π’‚π’Š π’Žπ’‚π’•π’Š


DENGAN satu lafaz, akhirnya Zahirah sah menjadi milik Mikhail. Akad nikah diadakan di masjid, dan hanya dihadiri oleh orang terdekat sahaja. Majlis sanding pula berlangsung dari pukul 10 sehinggalah ke pukul 9 malam.

Seusai menunaikan solat fardhu subuh, Mika menjatuhkan duduk ke atas sofa. Tangannya meraup muka dengan kasar, tak pasti jika itu merupakan satu pilihan yang tepat. Dia sendiri kurang pasti dengan apa yang dia lakukan. Kepala disandar ke sofa sambil mata terpejam rapat.

Mengahwini seseorang yang tidak memiliki tempat di hatinya itu sukar. Ibarat berdepan dengan perkara yang dia bencikan. Jujur, dia masih menyimpan rasa sayang terhadap Zayriqa Hailey.

"Ab... abang.."

"Jom solat?"

Suara itu lagi menyapa ke telinganya. Dia rimas akan suara itu.

Perlahan, mata yang terpejam rapat terbuka separuh melihat sesusuk tubuh berdiri tepat di depan Mika.

"Abang? Kau tak layak untuk panggil aku macam itu,"

Mika bangun sebelum dia meloloskan diri dari bilik, pintu utama dihempas dengan kuat sehingga Zahirah tersentak dengan perbuatan lelaki itu.

Apa yang dia telah lakukan?

Di mana salah dan silap seorang Zahirah?

Apakah ikatan yang terjalin sekadar mengaburi mata?






BERBAKI dua hari saja Izyan berada di kampung. Setiap waktu yang berlalu bagaikan berminggu lamanya. Mana taknya apabila dia perlu berdepan dengan lipas-lipas kudung itu? Siapa lagi kalau bukan Aliya dan Alisa. Ada saja yang mereka tidak puas hati terhadapnya. Izyan duduk di pangkin. Kaki yang tidak mencecah tanah itu dihayun dengan senang hati. Otaknya ligat berfikir apa yang dia perlu buat, memandangkan jaringan internet kurang memberi kerjasama.

Fikir dan fikir, akhirnya dia memutuskan untuk bermain telefon saja. Tapi, bila dia bermain telefon ada saja Mak Ngah menyuruh dia. Buang sampah, kutip kain jemuran, mengemop lantai, argh! Semua itu Izyan yang kena lakukan.

Ingat dia robot ke apa?

Encik Irsyad dan Puan Maria pula mempunyai urusan kerja selama dua hari di Johor. Mereka berdua menyuruh Izyan agar tinggal bersama Tok Zaidi dan Puan Rahimah, sementara Syah Naufal pula sibuk membawa rakan-rakannya bersiar mengelilingi kampung.

"Izyan! Izyan!" jeritan Puan Athirah kedengaran begitu jelas dari tingkat atas. Izyan yang baru selesai membasuh pinggan bergegas naik ke tingkat atas.

"Kenapa Ma.." belum habis gadis itu bercakap, tudungnya langsung ditarik oleh Puan Athirah sehingga kepala gadis itu terdonggak ke atas.

"Ap... apa ni mak ngah?"

"Jangan kau berani nak panggil aku Mak Ngah dengan mulut kotor kau tu. Busuk hati! Kenapa kau dengki sangat dengan si Nazirah tu sampaikan sanggup nak curi gelang dia?"

Cengkaman pada tudungnya dilepaskan. Kening Izyan berkerut. Curi? Sejak bila pula dia mencuri?

"Maksud Mak Ngah apa?"

"Maksud aku apa? Hei, kau jangan pura-pura bodohlah Izyan. Ini apa? Ini apa! Aliya beritahu dekat aku tengah hari tadi, dia cakap gelang emas Nazirah dah hilang. Rupanya kau yang curi, nak kena juga budak ni." Kembang kempis hidung Puan Athirah sambil kedua tangan bercekak pada pinggang.

"Sumpah! Izyan tak curi pun gelang Kak Zirah. Tak ada niat sedikit pun Izyan nak curi." jelas Izyan.

Puan Athirah menjuling mata ke atas. Menyampah. Ingat dia akan percaya? Sejauh mana dia mampu menafikan?

Nazirah dibelakang Puan Athirah sudah menangis teresak-esak. Gelang emas itu merupakan pemberian dari arwah Ibunya, Puan Kalsom. Kali terakhir dia memakai gelang emas itu pada hari perkahwinan. Kemudian gelang itu disimpan semula ke dalam kotak kecil berwarna merah dan diletak di atas meja. Sekembalinya Nazirah dari pekan dari menemani Puan Batrisya. Kotak berwarna merah itu telahpun hilang. Setiap ruang bilik itu diperiksa, termasuklah bilik Aliya dan Alisa yang berdekatan dengan bilik Nazirah. Sehinggalah dia mengambil keputusan untuk menyelongkar bilik Izyan yang beza beberapa langkah dari biliknya. Tak sangka, kotak berwarna merah itu ditemukan di dalam almari.

Aliya pula keluar dari bilik sambil menyilang tangan. Bibir mengulum senyuman sinis. Izyan tersenyum tawar, kena lagi dia nampaknya.

"Sekarang aku nak kau cakap dengan jujur, kau ke yang curi gelang Nazirah hah!" tempeliak Puan Athirah. Dada berombak. Turun dan naik, cukup menjelaskan emosi yang kurang terkawal.

Izyan menggeleng rakus. Tubir mata bergenang cairan jernih, menunggu masa untuk melepaskan. Bait-bait penjelasan ditolak mentah oleh Puan Athirah.

"Sumpah! Berapa kali Izyan nak cakap, Izyan tak ambil pun gelang Kak Zirah. Izyan tak tahu kenapa gelang tu boleh ada dalam almari. Tolong la percaya cakap Izyan." air mata yang tertahan akhirnya jatuh.

Prang!

Terpusing kepalanya ke kiri. Tamparan dari Puan Athirah mendarat tepat pada pipinya sehingga ia meninggalkan kesan berwarna merah. Aliya dan Alisa seakan tidak percaya dengan tindakan Puan Athirah. Sementara Nazirah sudah berhenti menangis. Dia meraih tangan Puan Athirah, cuba merayu untuk hentikan perbuatan itu.

"Mak Ngah, cukuplah tu. Zirah tak kisah pun,"

"Tak kisah? Hye, Zirah. Kau nak lepaskan pencuri macam itu je ke? Dasar anak haram! Inilah punca kenapa Mak Bapak kau mati awal, sebab dia orang tak ingin ada anak macam kau!" Dahinya ditunjal oleh Puan Athirah sebelum tubuhnya ditolak kasar ke belakang sehingga Izyan terjatuh ke atas lantai.

Izyan tidak mampu melawan, tidak mampu mengeluarkan skil taekwondo, kerana dia masih menghormati wanita itu. Cairan jernih sudah mengalir dengan deras. Tekaknya terasa pedih dan pahit sehingga tidak mampu menutur kata.

Kenapa perlu libatkan nama mereka?

Puan Athirah mencengkam kuat pipi Izyan."Kau dengar sini baik-baik, sebelum pukul tujuh aku nak kau berhambus dari rumah ini. Aku tak nak tengok muka kau lagi dekat sini, faham!"

Terangguk-angguk gadis itu sebelum perutnya menerima tendangan kasar dari Puan Athirah.

Di susuli dengan gelakan sinis dari Aliya dan Alisa yang mengikuti Puan Athirah dari belakang.

Nazirah menatap simpati sebelum tangannya ditarik oleh Alisa.

"Tak payah pedulikan anak haram ini, kesian dekat dia.. dah lah mak bapak mati awal. Pencuri pula tu." sindir Alisa.

"Hish, apa cakap macam tu?" tegur Nazirah.

"Biar.. biar orang tahu. Anak haram tak kenang budi begini lah jadinya." sambung Alisa sebelum bergerak menuruni tangga bersama Nazirah.

Perlahan-lahan dia bangun dari situ, melangkah semula ke dalam bilik sebelum mengambil jaket hoodie berwarna merah dan telefon.

Jaket tersarung ke tubuh, langkah di atur ke pintu utama. Ingat dia gila nak lari dari rumah? Setakat ambil angin saja pun cukup.

Cukup berjalan kaki melalui kawasan sawah bendang, bertemankan langit biru yang tampak cerah tanpa sebarang bibit-bibit hujan.

"Tolong! Tolong!" jerit satu suara kedengaran sayup-sayup ditelinga.

Izyan melilau sekeliling mencari suara itu.
Ternyata ia datang daripada seorang wanita tua lingkungan 70 an, membawa sebakul berisi buah-buahan yang digalas, bersama sebakul tali.

"Kenapa Nek?" tanya gadis itu.

Wanita tua itu sekadar tersenyum manis. Sejak tadi dia menjerit meminta bantuan, tetapi orang ramai hanya memandang sekilas. Tiada niat sedikit pun mahu menghulur tangan, meringankan beban orang tua itu.

"Nenek tinggal dekat mana?" soalnya.

"Nenek tinggal jauh dari sini. Sebenarnya Nenek nak hantar buah-buahan yang Nenek petik ini ke rumah kawan Nenek tapi..."

"Tapi apa Nek?" wajah tua itu berubah sedih. Dia lupa kawannya sudah meninggal dunia beberapa bulan lepas.

"Nenek lupa, kawan nenek dah lama tak ada."

Izyan terkedu. Hilang wajah cerianya. Kemudian, dia tersenyum lagi sambil menayang gigi arnabnya.

"Tak apa. Nenek ada Izyan. Izyan boleh hantarkan Nenek ke rumah, jangan risau.."

Wanita tua itu tersenyum gembira. "Baiklah kalau macam itu, rumah Nenek tepi bukit. t
Tak apa ke?"

Izyan menggeleng laju sebelum dia mula menggalas bakul dan membantu wanita tua itu bangun.

"Nama Nenek Kamsiah. Nama kamu apa pula?" Tanya nya.

"Izyan. Adwa Izyan." laju saja dia menjawab.

"Cantik sungguh nama Izyan, macam orangnya juga." puji Nek Kamsiah melambung tinggi. Izyan di sebelah sekadar tersengih.

Mereka berjalan sambil bertukar cerita, sehinggalah mereka masuk ke kawasan bukit yang dikelilingi hutan-hutan tebal dan pokok-pokok tinggi. Mungkin sudah berada di hujung kampung.

Kaki langit mula bertukar warna, dihiasi dengan tompokan awan kelabu, dan menunggu masa saja untuk melepaskan takungan air hujan. Sejak tadi, mereka sibuk bercerita. Menonton tv bersama, makan malam bersama, sehingga hujan lebat mula turun membasahi bumi.

"Hu.. hujan.." Gadis itu merenung ke luar jendela.

"Izyan nak pulang dah ke?" tanya Nek Kamsiah.

Laju gadis itu menggeleng sebelum pandangan berkalih ke arah Nek Kamsiah.

"Tak naklah. Tinggal dengan nenek lagi best."

"Tapi sebelum itu beritahu ahli keluarga Izyan, nanti mereka risau."

"Tak perlu kut, sebab... dia orang tak suka dekat Izyan. Yalah, Izyan tahu. Izyan cuma penumpang kasih dalam keluarga Izyan. Tapi perlu ke tuduh Izyan pencuri? Anak haram?" luah gadis itu panjang lebar. Suara dari peti tv yang menayangkan drama Korea berjudul Hide Jekyll Me sekadar dibiar mengisi ruang. Tak sangka, Nek Kamsiah juga melayani drama Korea. Katanya, setiap drama yang dia tonton memiliki jalan cerita tersendiri.

"Siapa yang tak suka dekat Izyan?"

"Mak Ngah, Pak Ngah, Kakak sepupu, Argh! Dia orang satu keluarga tak suka dekat Izyan."

"Izyan..buat apa Izyan ambil peduli apa yang dia orang cakap dekat Izyan?" Lama gadis itu diam, menjatuh pandangan ke atas meja. Ke arah dua gelas air Milo yang belum terusik bersama sepinggan biskut rendah lemak.

"Izyan?"

"Izyan tak ambil hati, cuma.. Izyan sakit hati. Izyan tak suka dengar apa yang dia orang cakap."

"Sudah la kalau macam itu, dari tadi drama ini bermain sendiri. Nenek suka sangat tengok pelakon utama lelaki ini, tak silap nama dia..." Nek Kamsiah cuba mengingati nama pelakon utama drama Hyde Jekyll Me.

"Hyunbin!" jerit gadis itu lagi. Nek Kamsiah sekadar tergelak.

Telefon Izyan menerima beratus pesanan ringkas dan panggilan. Sedikit pun dia tidak membaca mahupun menjenguk isinya. Sudah berdepan dengan drama Korea, perkara penting pun dia lupa kerana telefonya itu berada dalam mode senyap. Jaringan internet pula kurang baik kerana hujan.

"Mana Izyan?" tanya Fay. Aura dingin mula menebar ke udara, riak wajahnya usah dikata. Tegang dan menakutkan seakan ingin menikam mangsa.

"Ada mulut kan jawablah." perli Danial sambil tersenyum sinis.

Aliya dan Alisa sekadar membatu diri. Manakala Puan Athirah mengunci mulutnya rapat-rapat. Nazirah yang berdiri disebelah Aliya teragak-agak untuk memberitahu bahawa Puan Athirah telah mengusir gadis itu.

"Sebenarnya..." Nazirah mahu membuka mulut.

"Kami tak tahu." pintas Alisa.

"Tak tahu? Kau rasa kalau perkara ni sampai dekat Aunty Maria, bapak kau akan terselamat ke?" Lagi dan lagi, sindiran pedas diterima oleh mereka.

Syah Naufal memicit pelipis. Sementara jemari Tengku Heidi sibuk menari di atas MacBook nya, cuba mengesan lokasi Izyan.

Tengku Heidi tersenyum kecil. Jumpa juga lokasi gadis tteokbokki itu.

"Dah. Tak payah nak bazirkan air liur cakap dengan orang bodoh tu. Ada mulut tapi tak reti nak bercakap, harap aje makeup tebal." sindirnya lagi. Fay duduk disebelah Tengku Heidi.

"Tempat ni dekat hujung kampung. Tepi... bukit?" Dia berpandangan ke arah Tengku Heidi. Tengku Heidi pantas mengangguk.

"Syah, cepat call aunty Maria. Cakap dekat dia suruh pecat aje si Leman tu, tak guna kalau simpan mayat hidup." tambah Danial lagi. Aliya dan Alisa sudah tak senang di situ.

"Hei, suami aku hidup lagi lah!" bentak Puan Athirah. Bersuara juga dia akhirnya.

"Thirah, baik kau cakap sekarang kenapa Izyan boleh keluar dari rumah ni, hah!" jerit Puan Batrisya. Dia mungkin belum cukup baik terhadap Izyan. Tapi.. dalam keadaan hujan lebat begini ke mana pula gadis itu pergi? Aliya menjuling mata ke atas. Tak sedar diri mandul, ada hati pula ikut campur.

"Maksu boleh tak jangan ikut campur? Sedar lah sikit diri tu mandul." bidasnya.

"Kau... hina aku?" Membulat mata Puan Batrisya. Encik Samad dibelakang cuba menenangkan isterinya itu.

"Sabar Sya.."

"Abang suruh saya bersabar? Dengan mulut budak derhaka ini?"

Berdentum guruh di langit, angin kencang bertiup kuat dan menambah lagi kerisauan pada hatinya. Fay bingkas bangun dari tempat duduk. Dia merenung tajam ke arah pasangan kembar itu dan Puan Athirah.

"Dengar sini baik-baik, aku tanya kau orang jawab. It's very simple. Kenapa Izyan keluar dari rumah ini? Kau orang halau dia ke?"

"Ta... tak.." Tergagap-gagap Alisa menjawab.

"Habis itu?"

"Aku dah cakap banyak kali dah Fay, tak payah bazir air liur dekat orang perangai saka macam dia orang ni." tambah Danial lagi.

"Kau senyap. Tak pasal-pasal mulut kau terkoyak nanti." bidas Alisa.

"Koyak? Berani ke? Kau belum tahu aku boleh buat apa dekat kau." Sinis balasan dari Danial. Tengku Heidi sekadar mengangguk.

"Jangan ingat kami akan berdiam diri." tambah Tengku Heidi pula.

"Ini dah kenapa ni?" celah Puan Rahimah dan Tok Zaidi setibanya dari kampung sebelah setelah menghadiri majlis bacaan Yaasin. Mika dan Zahirah sekadar menjadi penonton tidak berbayar, diikuti dengan Dian sekadar menyepi diri.

"Sebenarnya..."

"Kenapa Zirah?" tanya Puan Batrisya.

"Mak Ngah halau Izyan keluar dari rumah"

"Astaghfirullahalazim, Athirah!"

BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: Truyen2U.Pro