Bab 29

Mร u nแปn
Font chแปฏ
Font size
Chiแปu cao dรฒng

๐‘ณ๐’–๐’Œ๐’‚ ๐’…๐’Š ๐’‰๐’‚๐’•๐’Š, ๐’‚๐’Œ๐’‚๐’ ๐’Œ๐’– ๐’ƒ๐’‚๐’˜๐’‚ ๐’”๐’‚๐’Ž๐’‘๐’‚๐’Š ๐’Ž๐’‚๐’•๐’Š




Aliya sudah tak senang duduk. Sekejap dia tunduk ke bawah sambil bermain jari sendiri, sekejap lagi dia angkat kepala memandang Ibunya bertikam lidah dengan Puan Batrisya. Bagaikan cacing kepanasan, dia gelisah memikirkan perbuatannya tengah hari tadi. Alisa di sebelah sekadar diam membatu diri. Matanya menyaksikan jeritan saling berbalas, sindir menyindir, sebelum berakhir dengan Nazirah membuka mulut.

"Sebenarnya..."

"Mak Ngah halau Izyan keluar dari rumah."

"Astaghfirullahalazim, Athirah!"

Terteleng wajah Puan Athirah ke kiri setelah dia menerima satu tamparan yang cukup kuat dari Puan Rahimah.

"Kau dah hilang akal ke, Thirah? Apa yang Maria buat dekat kau sampaikan kau sanggup buat macam ini dekat anak dia? Kau memang tak kenang budi langsung Thirah!" balas Puan Rahimah.

Tangan Tok Zaidi yang cuba mengusap belakang isterinya itu ditepis kasar oleh Puan Rahimah. Hatinya betul-betul hancur mengenangkan sikap busuk hati Puan Athirah.

Puan Athirah memegang pipinya. Sakit.

"Sampai hati Mak tampar Thirah. Hanya disebabkan anak haram tu?"

"Anak haram? Menzalimi seorang anak yatim piatu itu dosa besar." celah Fay sambil berpeluk tubuh.

Alisa menjeling. Tunjuk alim pula dah. "Kau boleh senyap tak? Kalau nak bagi ceramah, sila pergi masjid atau surau."

"Danial, pergi ambil cangkul." arah Tengku Heidi. MacBook ditutup rapat. Danial yang berdiri di sebelah Tengku Heidi memandang penuh persoalan.

"Cangkul?"

Tengku Heidi menjeling sinis. Faham benar akan isyarat darinya. Danial segera mengangguk.

"Sebenarnya kita orang berdua ini kerja sebagai penggali lubang kubur. Aku tengok..."

Matanya memandang sinis ke arah Puan Athirah dan dua pasang kembar itu.

"Tujuh kaki ke bawah memanggil nama kau orang tu."

"Apalagi pergilah gali lubang kubur sendiri. Riak sangat kan?" sindir Tengku Heidi. Bibir merah jambu mengukir senyum herot. Cukup memberi amaran. Danial di sebelah sekadar menyengih.

"Bila dah mati nanti, semua nak pakai tenaga orang. Gali kubur, mandikan jenazah, sembahyang kan. Takkan nak riak lagi?" tambah Fay.

Alisa menjuling mata ke atas. Cukup terasa dengan hamburan kata-kata kesat darinya.

Aliya bangun dari tempat duduk. Dia perlu mengaku kesilapan yang dia lakukan, dia perlu membuka mulut agar pergaduhan itu dapat dihentikan.

Baru dia mahu membuka mulut, Anisah Suraya sudah menapak selangkah ke depan. Getaran bibirnya usah dikata.

"Bu... bukan Izyan yang curi gelang Kak Zirah."celah Anisah.

Pandangan mata tertumpu padanya. Gelisah hati Aliya usah dikata, Alisa di sebelah masih mampu untuk bertenang.

"Nek Imah, Mak Ngah, Mak Su. Bukan Izyan yang buat, dia tak curi pun gelang Nazirah."

"Aku dah agak." sambung Fay perlahan. Dia menepuk bahu Tengku Heidi.

"Jom caw, kita pergi cari Izyan."

"Jom, jom." sahut Tengku Heidi. Danial turut mengikuti dari belakang. Mana mungkin dia mahu berpisah dengan Tengku Heidi. Bro's forever.

"Tengah hari tadi..."

"Depan mata Nisah, Aliya dan Alisa masuk ke dalam bilik Kak Zirah. Aliya ambil kotak merah tu dan letak dalam almari baju Kak Izyan. Lepastu.."

"Lepas itu apa Nisah? Cakap betul-betul." desak Puan Batrisya.

"Aliya beritahu dekat Mak Ngah, Izyan curi gelang emas milik Kak Zirah. Tapi itu tak betul. Aliya sengaja nak kenakan Kak Izyan." jelasnya panjang lebar.

Terkedu Puan Athirah mendengar penjelasan dari Anisah. Kakinya lenguh seakan baru menamatkan larian.

"Sampai hati Liya buat macam itu dekat Akak." Nazirah sudah menangis teresak-esak. Bulat-bulat dia percaya bahawa apa yang dikatakan oleh Aliya itu benar belaka, sehingga dia sanggup menyelongkar bilik adik sepupunya itu.

"Kak Zirah..."

"Aku menyesal lahirkan anak macam kau orang ini, menyesal tahu tak!" Herdik Puan Athirah.

Alisa dan Aliya mati kutu. Hendak melawan takut derhaka pula jadinya. Tapi, tadi bukan main rancak mengata Puan Batrisya.

"Mak... maafkan Aliya mak." rayu Aliya. Duduk melutut dan berpaut pada kaki Puan Athirah.

Alisa pula meraih tangan Ibunya. "Lisa minta maaf.."

"Tak guna kau orang minta maaf dekat Mak.ย  Pergi minta maaf dekat Izyan dengan Zirah." arahnya.

"Tahu pula dia sedar diri." sinis Syah Naufal di situ.

Dian sekadar tersenyum. Sejak tadi dia berdiam diri, malas mahu mencelah. Begitu juga dengan Mika dan Zahirah. Sekadar menjiwai watak sebagai pasangan suami isteri yang diulit bahagia.

Duduk bersama, berpegang tangan, dan sebolehnya menayangkan riak wajah selaku pasangan yang baru berkahwin.

Ya, itu yang Zahirah perlu lakukan. Seperti apa yang tertulis di atas kertas.

Terhenti langkahnya sebaik pintu utama dibuka luas. Izyan bersama sengihan berdiri tepat di hadapan.

"Hehehe..."

"Tteokbokki?" soal Tengku Heidi hairan. Siapa pula yang baik hati menghantar gadis kecil itu pulang ke rumah?

Danial menutup hidung menahan bau busuk yang datang dari luar. Bau hanyir sampah bercampur baur hanyir darah sehingga mampu mengeluarkan isi perutnya.

"Little girl, what kind of this smell?" tegur Danial.

"Jangan tegur!" marah Fay. Wajah Danial terus berubah cuak. Air liur ditelan.

"Jangan cakap..."

Tengku Heidi menyengih. "Hehehe..."

"Kawan Izyan ada dekat belakang. Tak nak ajak dia masuk sekali ke?"

Fay menggeleng rakus. Bibirnya bergerak-gerak membaca surah tiga Qul, dan ayat kursi. Itulah yang diajarkan oleh Tuan Hamzah ketika dia berdepan dengan situasi begini.

Izyan melambai-lambai ke arah pokok sambil tersengih. Sudahnya Fay menarik gadis itu masuk ke dalam rumah sebelum mengunci pintu dengan rapat. Dia tahu apa yang gadis itu lihat. Meremang bulu roma Danial dibuatnya, bukan Izyan saja yang melihat mahupun Fay. Dia juga sama.

Seorang wanita tua tanpa kepala!

Tengku Heidi hairan. Apa yang Danial serta Fay lihat sehingga riak muka mereka berubah?

-----------------------


"Izyan dah bangun?" soal Fay bimbang. Puan Rahimah menggeleng. Dia tahu ke mana gadis itu pergi kelmarin petang.

Dia tahu dengan siapa. Puan Rahimah menjelaskan kejadian yang berlaku kepada Fay, dia tahu gadis itu baik, dia tahu hatinya suci. Dia bersyukur kerana gadis itu pulang ke rumah dengan selamat, kalau tidak entah apa yang akan berlaku.

Kamsiah, rakan kepada Puan Rahimah. Semuanya bermula apabila Kamsiah menuruni bukit sambil menggalas bakul berisi buah-buahan buat anaknya yang tinggal di kawasan bandar. Namun, ia bertukar tragis apabila Kamsiah tergelincir sebelum kepalanya terhantuk pada seketulย  batu dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sejak itu, orang kampung sering mendengari jeritan meminta tolong dari seorang wanita tua yang membawa berbakul buah-buahan. Bukan mereka tidak mahu menolong, tetapi wanita itu merupakan jelmaan jin. Sesiapa saja yang tidak tahu tentang asal usulnya pasti akan termakan umpan.

Fay mengangguk perlahan. Dia tahu dia harus berbuat apa.

"Nek Imah, boleh tolong Fay tak?"

Puan Rahimah mengangguk laju.

Sekitar pukul 11.20 minit pagi barulah gadis itu sedarkan diri. Itupun setelah Izyan diruqyah oleh Fay ketika dia meracau-racau pukul sembilan tadi.

Syah menghembus nafas lega disusuli dengan ucapan syukur. Cakaran yang masih berbekas merah pada tangannya sekadar direnung lama, tak sangka adiknya ini garang seperti harimau. Tengku Heidi pula mengusap-usap perutnya, walaupun gadis Tteokbokki itu bertubuh kecil jangan dipandang rendah akan kekuatannya.

Lihat, gadis Tteokbokki sekecil itu baru saja menendang perut Tengku Heidi. Itupun setelah dia dan Syah Naufal berhempas pulas menahan rontaan kuat dari gadis itu, sehinggalah Fay berjaya mengeluarkan makhluk yang mahu berkawan dengan Izyan.

Izyan memeluk Puan Rahimah, tudungnya sudah tercabut dari kepala dan hanya berbalut dengan kain sarung. Tok Zaidi menghembus nafas lega. Mujur ada orang yang arif mengenai rawatan Islam. Hendak dipanggil imam di kampung itu, mereka sahaja sibuk.

"Nek, Izyan lapar." adu gadis itu. Puan Rahimah tergelak sedikit.

"Izyan nak makan apa? Nenek boleh masakkan"

"Ma... Maggie.." perlahan dia berkata.

"Hish! Tak boleh makan Maggie selalu. Tak baik untuk perut." Izyan mencebik. Nak makan Maggie pun tak boleh.

Dia mengangkat kepala memandang wajah tua itu.

"Sikit pun tak boleh?"

"Tak boleh."

"Habis itu Izyan nak makan apa? Makan hati?"

"Hati tak sedap." sambungnya perlahan. Meremang bulu tengkuk Puan Rahimah sebelum dia mencubit pipi tembam gadis itu.

"Baiklah cucu kesayangan nenek, kejap lagi Nek masakkan Maggie buat Izyan."

"Hehe. Terima kasih nek," ucap gadis itu.

Izyan memandang ke arah Fay yang sedang membuka sarung tangan hitam. Tepi bibirnya berbekas lebam seperti baru saja ditumbuk. Izyan menatap lama wajah itu. Wajah yang kelihatan bersih dan cerah. Tetap tenang seolah tidak memiliki sebarang reaksi.

Perlahan-lahan Fay angkat kepala sebelum mata mereka sempat bertaut. Agak lama. Sehingga bibir merah jambu Fay mengukir senyum yang mampu membuat degupan jantung Izyan bertambah laju. Membulat matanya memandang senyuman itu. Ukiran senyuman bersama lesung pipit yang mampu mencairkan hati seorang wanita.

Ya, dia salah seorang dari itu.

Fay melarikan pandangan sebelum bangun dari tempat duduk. Manakala Izyan sudah menutupi seluruh wajahnya dengan kain sarung.

'harap-harap dia tak perasan' ujarnya dalam hati.

Puan Maria dan Encik Irsyad bergegas pulang ke kampung setelah diberitahu oleh Puan Rahimah. Mereka berdua bimbang akan gadis itu, entah apa yang berlaku sewaktu mereka tiada.

Sesudah itu barulah Izyan mengemas barang-barangnya dengan kadar segera, dia tak sabar pulang ke rumah semula. Tak perlu nak hadap muka-muka lipas kudung itu.

Pintu biliknya diketuk dari luar sebelum Aliya dan Alisa berdiri tepat di hadapan.

"Maafkan kami." ucap Aliya dan Alisa.

Izyan tersenyum. Orang sudah meminta maaf, dan menyesali perbuatannya. Apa salahnya kalau dia juga memaafkan?

"Izyan tak kisah pun. Anggap ajela sebagai pengajaran," ujarnya sambil tersenyum. Sudahnya mereka berpeluk, hampir-hampir gadis itu lemas di dalam pelukan.

"Izyan." panggil Puan Maria di muka pintu.

"Lisa dengan Liya boleh keluar tak? Aunty nak bincang sesuatu dengan Izyan"

Mereka berdua mengangguk sebelum bergerak meninggalkan bilik. Puan Maria duduk di birai katil, memandang tepat wajah anaknya itu.

"Mama.."

"Ada apa mama?"

"Mama nak jodohkan Izyan dengan anak kawan Papa."

Membulat mata gadis itu memandang. Jodoh? Tidak. Dia terlalu muda untuk itu. Melangkah masuk ke alam perkahwinan bukanlah satu perkara yang baik. Izyan menggeleng rakus.

"Macam mana kalau Izyan tolak?"









Bersambung....

Bแบกn ฤ‘ang ฤ‘แปc truyแป‡n trรชn: Truyen2U.Pro