Bab 60

Màu nền
Font chα»―
Font size
Chiều cao dòng

π‘³π’–π’Œπ’‚ π’…π’Š π’‰π’‚π’•π’Š, π’‚π’Œπ’‚π’ π’Œπ’– π’ƒπ’‚π’˜π’‚ π’”π’‚π’Žπ’‘π’‚π’Š π’Žπ’‚π’•π’Š



Empat tahun kemudian...



"Rarah! Rarah!" panggil Izyan. Sudah diberitahu anak saudaranya itu jangan bermain terlalu jauh dari nya. Tetapi, Humairah Dahlia enggan mendengar.

Kepala maskot katak berwarna hijau dibuka oleh Izyan. Peluh yang membasahi dahinya dikesat kasar. Ke mana pula Humairah Dahlia pergi? Bersama seikat belon berwarna warni ditangannya. Dia meliarkan pandangan mencari tubuh kecil Humairah Dahlia.

"Rarah! Rarah!" jerit Izyan. Rasa tidak sedap hati mula menyapa diri. Sudah lah dia diamanahkan oleh Mika untuk menjaga anak saudaranya itu ketika mereka berdua sedang bercuti ke luar negara. Kalau Mika mendapat berita Izyan tidak menjalankan tugas dengan baik, habis lah dia dikerjakan.

"Aunty Yayan! Rarah kat sini!"

Mendengar jeritan kecil dari Humairah Dahlia yang memanggil nama nya. Mata Izyan melilau sekeliling kalau-kalau dia ternampak kelibat Humairah Dahlia.

"Rarah rarah... masa-masa ini pula Rarah nak main sorok-sorok dengan Aunty."

"Aunty Yayan!"

Serentak itu, Izyan memalingkan muka ke hadapan. Empat pasang mata saling bertembung arah.

Seikat belon yang dia pegang terlepas dan terbang bebas di udara. Tubuh Izyan terasa kaku. Lutut terasa longgar. Setelah sekian lama mereka tidak bersua muka, akhirnya ketemu juga. Tetapi, ada yang tidak kena pada pandangan matanya. Ada yang tidak kena pada Fay. Kulit yang dulu nya cerah kini berubah sedikit gelap dari sebelum nya. Pipi cengkung. Sepasang mata Hazel merenung tanpa sinaran. Tubuh yang dulu nya berisi tampak kurus dan tidak terurus. Kumis tipis yang tidak di cukur menghiasi wajahnya.

Bagaikan terkena renjatan eletrik, tubuh itu langsung dipeluk biarpun masih memakai maskot. Pegangan pada tangan si kecil Humairah Dahlia terlepas. Dia masih teragak-agak mahu membalas pelukan itu.

"Izyan tahu... Abang tak mati lagi. Izyan tahu, abang masih hidup. Izyan tahu abang akan pulang dengan selamat." Pelukan dileraikan. Izyan mendongak ke atas memandang wajah itu dengan curahan air mata.

Lambat-lambat Fay tersenyum. Tangannya naik mengelap air mata.

"Maafkan abang sebab tinggalkan Adwa. Abang tahu abang salah, hukum lah abang. Abang tak kisah,"

Topi besbol dibuka dan disarungkan ke kepala Izyan.

"Sayang masih simpan topi yang abang bagi?" soal nya. Entah berapa banyak topi yang dimiliki oleh Fay. Tetapi, apa yang pasti. Lelaki itu suka benar memakai t-shirt hitam bersama topi.

"Simpan lagi. Kenapa abang tanya? Abang nak ambil balik? Ok, fine!" Izyan menjuih bibir.

Fay tergelak kecil. "Suka sangat fikir yang bukan-bukan. Abang tak kisah pun pasal itu. Adwa..." panggil Fay. Izyan memandang semula ke arah Fay.

"Ke..."

Satu kucupan singgah di dahi Izyan. Cukup mendiamkan Izyan dari berkata-kata. Berasa geram dengan tindakan Fay. Tangan Izyan naik menutupi dahi nya, cuba untuk melindungi.

"Adwa tak marah kan abang? Adwa tak bencikan abang?" soal Fay bertubi-tubi.

Kening Izyan berkerut. Apa yang dia maksudkan di sebalik itu? Dia berharap sangatkah Izyan membenci Fay?

"Aunty Yayan! Rarah dah lapar." adu Humairah Dahlia. Izyan tunduk lalu tersenyum ke arahnya.

"Dah, jom balik. Rarah mesti dah penat kan?"

Humairah Dahlia mengangguk laju.

"Abang tak nak ikut?" soal Izyan apabila tubuh itu tidak bergerak mengikuti Izyan dari belakang.

"Pergi mana?" Soalan berbalas soalan. Izyan mengetap bibir.

"Pergi mana lagi? Pergi balik rumah lah."

Fay tergelak kecil. Di awal pertemuan mereka, itu yang pernah dia katakan dulu.

Mereka berjalan seiringan sambil memegang tangan Humairah Dahlia yang berada di tengah-tengah.

Meja kaca menjadi jarak empat pasang mata saling bertentang arah. Entah mengapa, Izyan rasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan lelaki itu. Empat tahun perpisahan banyak yang sudah berubah. Salah satunya Izyan seolah tak kenal dengan suami sendiri.

"Maaf,"

Izyan seakan tak percaya. Dia menunggu lama di situ cuma mahu mendengar permohonan maaf? Apa yang dia sudah lakukan terhadap Izyan sehingga meminta maaf berulang kali?

"Bukan ini yang Izyan mahu dengar." balas Izyan senada.

"Abang..."

Fay melepas keluhan kecil. Seolah dia menanggung bebanan berat di bahu.

"Abang rasa serba salah dekat Adwa. Selama empat tahun abang perhatikan Adwa dari jauh, selama empat tahun abang jadi pengecut. Abang ingatkan... dengan cara yang abang fikir, Adwa akan selamat. Tapi tak."

"Abang bodoh."

"Sayang tak pelik ke White Mask dah tak kacau Adwa?"

Lama Izyan berdiam diri. Selama empat tahun berlalu dia tidak lagi menerima mesej ugutan, hadiah berisi kepala arnab, ataupun rasa diperhatikan.

"Ap... Apa..." Izyan tergagap-gagap. Tak mungkin selama ini Fay menghilangkan diri tanpa khabar bertujuan melindungi diri nya dari ancaman White Mask.

Pyschopath bertopeng putih.

"Abang terpaksa. Abang tak tahu nak buat apa. Malam tu, Abang diberi pilihan. Jauhkan diri dari Adwa, putuskan hubungan dengan semua orang, dan hidup seolah abang tak kenal siapa-siapa. Dan White Mask takkan kacau Adwa lagi, White Mask akan serah diri."

"Paling teruk... White Mask kawan baik abang. Tak. Bukan kawan tapi lawan,"

Jantung Izyan terhentak. Siapakah yang dimaksudkan oleh Fay? Di antara mereka berempat, Fay paling rapat dengan...

"Luke." sebutnya lagi.

"Abang tak boleh nak buat apa-apa. Apa yang abang tahu, dia juga tahu. Dan jangan ingat masa tu kawan-kawan abang akan selamat. Tak. Abang ingatkan abang dapat selesaikan masalah ini seorang-seorang, tapi apa yang abang fikir serba tak menjadi."

"Rupanya... bahaya itu datang dari diri abang. Abang lah punca..."

"Stop." celah Izyan. Dia tidak suka Fay menyalahkan diri di atas perkara yang sudah lama berlalu. Yang lalu biarkan berlalu.

Tangan bersilang di dada. Mereka dipertemukan dengan dua versi saling berbeza.

"Yang lain dah tahu?" soal Izyan. Fay menggeleng perlahan.

"Kenapa tak bagi tahu?"

"Abang belum bersedia."

Izyan mengangguk faham.

"Semua orang pasti ada cerita. Ada duka, ada suka. Sesuatu yang dia orang tak dapat kongsikan melalui percakapan kosong. Macam abang lihat, selama empat tahun Izyan hidup tanpa abang. Selama empat tahun Izyan cuba pujuk diri Izyan untuk terima kehilangan abang."

"Tapi, Izyan tak mampu. Jadi... kalau abang rasa diri abang tak layak untuk Izyan. Tak layak untuk terima kekurangan abang. Masa lalu abang. Abang silap... Izyan dah tahu lebih dari apa yang abang tak nak Izyan tahu." jelas Izyan panjang lebar.

Lidah Fay kelu untuk berkata-kata. Rasa terkejut juga ada. Namun, cepat-cepat reaksi wajah bertukar. Bibir menarik senyum sekilas. Tipulah kalau dia tidak terharu dengan luahan itu.

Senyap.

Tiada balasan dari tubuh yang setia duduk berhadapan Izyan. Berasa rimas akan sikap berat mulut Fay. Izyan bangkit dari tempat duduk.

Baru mahu melangkah pergi, tangannya diraih dari belakang. Tubuh kecil Izyan langsung ditarik ke dalam pelukan. Wangian rambut panjang separas pinggang yang dibiar terurai menusuk ke dalam hidung. Seketika, Fay hanyut.

"Terima kasih."

"Terima kasih, Adwa Izyan, bidadari pujaan hati abang."

Izyan turut membalas pelukan itu. Dia rindu akan bau suami nya. Dia rindu mendengar suara nya, dia rindu semua nya. Pelukan dileraikan, Fay membelai rambut panjang Izyan.

Izyan mendongak memandang wajah Fay. Banyak yang berubah pada dirinya, namun senyumannya tetap sama. Meskipun warna kulit nya tampak gelap sedikit berbanding dulu. Tetapi, itu membuatkan dia kelihatan lebih matang dan menggoda.

Izyan ketap bawah bibir. Tiada sesiapa yang mahu mematahkan eye contact. Sudah nya, Izyan sendiri yang mengalihkan pandangannya ke arah lain. Kalau tidak, sampai ke hari esok mereka saling bertatapan.

Izyan berpusing ke belakang. Dari atas sampai bawah, ada yang tidak kena pada Fay. Jika di lihat, masalah itu berpunca dari cara pemakaian nya. Seperti lelaki itu baru sahaja keluar dari pulau setelah sekian lama.

"Abang tak kisah kalau..."


Seminggu kemudian....

Majlis persandingan Dian dan Medina yang diadakan di sebuah hotel bertaraf lima bintang turut di hadiri oleh lima sekawan.

Siapa lagi kalau bukan Tengku Heidi, Danial, Farhad, Ean dan Eric. Mereka itu tidak dapat dipisahkan. Masing-masing dengan lawak bodoh tak masuk akal. Sunyi lah majlis Dian kalau mereka berlima tidak di jemput. Kalau ada pun, tak kering gusi mereka.

Danial menyiku lengan Tengku Heidi yang lengkap memakai tuxedo.

"Kau nampak tak apa yang aku nampak?" soal Danial. Matanya merenung tepat ke arah seorang lelaki berkepala botak yang duduk di hadapan mereka berlima.

"Tak nampak pun. Kau ingat mata aku dan mata kau sama?" Tengku Heidi menjeling dan sambung bermain Pubg.

"Oh, aku lupa. Kau dah lama buta." balas Danial.

Dia masih memerhati lelaki berkepala botak. Tak silap Danial, dia lah yang guna tandas tak reti nak flush. Masuk saja ke tandas hampir-hampir Danial jatuh pengsan di situ. Ketulan berwarna kuning cair terapung-apung dalam mangkuk tandas menyapa pandangan Danial. Sehingga kini, bentuk dan warna najis itu masih bermain di fikiran Danial. Jangan hairan lah kalau dia tak sentuh pun sate yang terhidang di atas meja. Kalau ikutkan hati, licin juga sate dan kuah kacang. Tetapi, mengingatkan apa yang dia temui di dalam tandas. Rasanya dalam masa seminggu dia tak nak makan apa-apa.

"Shit! Jangan ambil weapon aku lah bodoh!" marah Tengku Heidi.

"Bawa bersabar bang... tak baik marah-marah. Dah lah tak laku, tua, single pula tu." sampuk Ean sambil mengunyah sate. Sementara Eric sibuk menambah sate bersama kuah kacang.

"Far..." panggil Danial.

Farhad yang sedang menggendong Izzul Haq memandang semula ke arah Danial.

Kening kiri terjongket sebelah. "Hmm?"

"Bila kau nak kahwin?" Bila soalan itu tercetus dari bibir Danial, Tengku Heidi menjerit kegeraman.

"Kalah lagi! Setiap kali kau sebut pasal kahwin, mesti aku kalah. Far, better kau tak payah kahwinlah. Stay single macam aku. Tak macam Ailey. Kata nak single sampai mampus konon," kutuk Tengku Heidi tidak puas hati.

Tanpa dia sedar, di belakang Tengku Heidi. Ada Tengku Hailey merenung tajam dengan kedua tangan berlipat di dada.

Tengku Hailey memberi isyarat kepada Farhad agar menjaga Izzul Haq buat seketika. Adalah dia nak buat dekat adik nya yang terlajak bujang itu.

Sedang sibuk dia bermain game, Tengku Hailey merampas telefon adik nya dan memadam permainan online yang dimainkan oleh Tengku Heidi.

"Sambung sambung... akak nak dengar apa yang Ayyan cakap tadi pasal akak."

Telefon diletak semula di atas meja. Tengku Heidi menelan air liur, keringat dingin laju membasahi dahi biarpun dewan itu dilengkapi penghawa dingin.

"Ma... mana ada! Ayyan tak cakap buruk pun pasal akak." Tengku Heidi masih cuba berpura-pura.

Toleh ke sebelah, tempat Danial sudah pun kosong bersama Farhad yang sedang menggendong Izzul Haq.

Toleh ke kiri, tempat duduk Ean dan Eric juga kosong. Kemudian, di belakang nya mereka berempat sibuk mentertawakan Tengku Heidi.

Berasa geram dengan perbuatan itu. Tengku Heidi mengangkat jari tengah sambil menjelirkan lidah ke arah mereka.

"Ni kalau bukan pesakit hospital bahagia, hospital tanjung rambutan ni." bisik Tengku Heidi. Kemudian, Tengku Heidi memandang semula ke Tengku Hailey dengan muka seposen.

"Kakak ku sayang... maafkan lah adik mu ini! Adik mu ini..."

"Baby, nampak Izyan tak? Dari tadi abang cuba call tapi tak dapat. Abang mesej, Izyan tak balas." Beritahu Syah Naufal. Ke mana pula adiknya itu pergi ketika sesi bergambar sekeluarga bersama pengantin mula bermula.

Tengku Hailey menggeleng tidak tahu.

"Tadi petang Izyan cakap dia sibuk sikit. Abang dah tanya dekat Mika, Irah?"

"Dah. Dia orang pun jawab macam itu juga."

Syah Naufal memicit pelipis. Ke mana lagi adik nya itu pergi? Ya, dia tahu. White Mask sendiri yang serah diri ke pihak berkuasa. Tetapi, sejauh mana lelaki itu berpegang pada kata-katanya? Sudah lah adik nya itu kini berkhidmat sebagai pegawai polis yang bertugas di jabatan jenayah siber. Di larang berkali-kali pun dia tak nak dengar. Katanya pula, bakat nya itu diperlukan untuk melindungi keselamatan siber. Atas permintaan Hailey, Syah Naufal berlembut hati.

Secara tiba-tiba, eletrik terputus. Izzul Haq yang sedang lena di dalam dukungan Farhad terjaga dari tidur nya. Bayi yang baru berusia 16 bulan itu di serahkan kepada Tengku Hailey untuk ditidurkan.

Sesaat kemudian, lampu kembali bernyala. Izyan muncul bersama sengihan di bibir nya.

"Maaf, maaf, maafkan Izyan sebab lambat."

Tengku Heidi sembunyi senyum melihat penampilan Izyan pada malam itu. Andai saja dia tidak bergelar isteri kepada kawannya, sudah lama dia menghantar rombongan meminang. Namun, niatnya itu sekadar dia dan Danial saja yang tahu.















Happy reading!
Saya akan update 2 ribu patah perkataan untuk 10 chapter terakhir.

Terima kasih ❀️

Jangan lupa vote dan komen!

BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: Truyen2U.Pro