Bab 61

Mร u nแปn
Font chแปฏ
Font size
Chiแปu cao dรฒng

๐‘ณ๐’–๐’Œ๐’‚ ๐’…๐’Š ๐’‰๐’‚๐’•๐’Š, ๐’‚๐’Œ๐’‚๐’ ๐’Œ๐’– ๐’ƒ๐’‚๐’˜๐’‚ ๐’”๐’‚๐’Ž๐’‘๐’‚๐’Š ๐’Ž๐’‚๐’•๐’Š


"Baik tuan. Saya akan segera ke sana."

Panggilan ditamatkan. Tengku Heidi melirik ke arah Danial. Danial pula mengangguk faham. Tidak perlu bercakap banyak, mereka tahu apa yang menanti mereka.

"Syah, sorry we have to go. Kirim salam dekat Aunty dengan Uncle." pinta Danial.

Cukup berbalas anggukan. Danial dan Tengku Heidi berjalan keluar dari dalam dewan.

Tengku Hailey hanya memandang kepergian adiknya itu dengan hati yang berat. Dia cuma berharap Heidi pergi dan pulang dengan selamat. Dia tak perlukan apa-apa. Cuma mahu melihat kepulangan Heidi.


Menjelang dinihari, gerimis tipis membasahi bumi yang sunyi tanpa kesibukan kota. Lengkap dengan alat penglihatan dalam gelap, Tengku Heidi memberi isyarat tangan kepada Danial sebelum menyusup masuk ke dalam. Danial mengangguk perlahan. Sementara Adam mengawasi keadaan di luar dan ditemaniย  oleh Lee yang sudah mengambil tempat sebagai penembak jarak jauh.

Tengku Heidi berhenti mengorak langkah, separuh muka ditala ke luar untuk memeriksa keadaan. Nampak sunyi tetapi ada sesuatu yang menanti mereka.

"Depan aku clear. Tapi kalau..."

Belum habis dia bercakap, sepantas kilat karung hitam mengatup kepala Tengku Heidi dari belakang. Tengku Heidi memberontak keras. Tetapi malang nya, lelaki di belakang Tengku Heidi sudah pun berjaya memengsankan Tengku Heidi tanpa serangan balas darinya.

"Eidi? Cis! Kita ada masa selama 14 minit untuk selamatkan hostage dan dapatkan maklumat. Get it?"

Saifullah, Qadri, Fawwaz, mengangguk faham sebagai balasan. Tidak menunggu lama, Danial yang berada dibarisan hadapan memimpin langkah mereka menuju ke tempat musuh yang perlu di hapuskan.


Pintu yang sedia usang menunggu masa untuk tercabut di tendang dengan kuat oleh Danial. Separuh tubuh tertunduk-tunduk. Mata tajam bagaikan helang memerhati keadaan. Aneh, sunyi saja dalam bilik itu. Tidak jauh dari situ, sesusuk tubuh sedang berdiri membelakangi mereka sambil menatap ke luar jendela yang terbuka luas. Penuh berhati-hati, Danial mengangkat senjata ke arah lelaki itu. Seakan mengetahui Danial mahu melepaskan tembakan, lelaki di hadapan mereka memusingkan tubuh ke arah Danial.

"Tak..."

"Miss me?"

Farhad yang baru tiba di situ melanggari tubuh kaku Danial. Dia tidak mempeduli reaksi penuh soalan dari ahli pasukan Tengku Heidi. Farhad terus meluru deras ke arah lelaki itu, satu tumbukan menuju tepat ke mukanya tanpa di halang oleh nya.

Buk!

Terjelepok Fay di atas lantai dengan sengihan kecil di bibir nya. Tetapi, itu tidak memberi kepuasan kepada Farhad. Selama ini dia melakukan pencarian seperti orang kehilangan akal, ternyata lelaki yang dicari nya itu berada di hadapannya. Huh, manusia memang lemah!

Tidak cukup satu, satu tumbukan menuju lagi ke muka Fay tanpa di halang oleh Fay. Dia sendiri yang merelakan muka kacak nya menjadi mangsa kemarahan Farhad.ย 

"Far, cukup!" Danial menghentikan perbuatan Farhad. Tahu, mungkin dia berasa marah terhadap adik nya sendiri. Dan mungkin dia tiada hak untuk masuk campur.

Kalau pun tidak di halang, wajah yang amat di rindui oleh Danial akan dibanjiri lebam merata tempat dan darah ditepi bibir. Tetapi, dia pun tidak mahu ketinggalan.

Fay berdiri tegak sambil tersenyum kecil ke arahnya Danial.

Buk!

Kali itu giliran Danial menyerang.

"Kau pergi mana, hah? Kau cakap dekat aku sekarang. Kau cakap!"

"Aku... aku tak pergi ke mana-mana pun." jawab Fay perlahan saja.

"Puas mainkan perasaan abang sendiri? Puas buat abang macam orang bodoh?" Farhad mencelah.

"Rileks, aku tak mainkan perasaan sesiapa pun." balas Fay tenang sambil tangan berlipat di dada.

"Hormat sikit! Aku ni abang kau. Panggil aku abang, okey? Abang Far."

Danial membuat muka seperti ingin muntah di situ. Menyampah dia mendengar sebutan abang yang dikatakan oleh Farhad.

Fay mengecil mata. "Farhad." sebut Fay, sengaja mencari pasal.

"Lagi pun jarak dua tahun bukan jauh sangat. Jatuh ego aku nanti panggil kau abang," sambung Fay lagi.

Farhad tersenyum sinis. "Hmm... jadi kau nak panggil apa?"

"Panggil namalah. Nak panggil apa lagi? Oh... orang tua." Fay menarik senyum penuh makna.

Hampir-hampir Farhad melepaskan tumbukan ke arah Fay, namun di halang oleh Tengku Heidi yang baru kembali dari melepas hajat.

"Welcome back, Kapten Fayyadh,"

Fay tersenyum tawar. Itu dulu. Sekarang, dia tidak lagi menyandang gelaran sebagai kapten. Dia tidak lagi mengetuai pasukan Alpha. Dan dia tidak lagi menyertai sebarang misi.

"Itu dulu Nial."

"Maksud kau?" soal Tengku Heidi.

"Well, it's a long story. "

"Tuan!"

Saifullah, Qadri, Fawwaz, Lee, dan Adam mendabik hormat ke atas Fay. Biarpun lelaki itu sudah lama meletak jawatan sebagai kapten. Bagi mereka, lelaki itu masih bergelar ketua Alpha. Tidak ada yang akan berubah biar sedikit.

"Izyan dah ceritakan semua dekat aku. Kau sanggup korbankan apa yang kau ada hanya untuk tengok kita orang selamat. Betul tak?" Farhad menyoal.

Tubuh Tengku Heidi terasa kaku. Otak sukar memproses kata. Tak mungkin lelaki itu sanggup berkorban demi mereka? Demi Alpha.

Lambat-lambat Fay mengangguk untuk mengiyakan pertanyaan itu.

"Hanya itu yang mampu aku lakukan sebagai kapten dan kawan kau orang. Tiada apa yang lebih penting selain family dan ahli pasukan aku,"

Lidah Danial kelu untuk berkata. Dia tidak menyangka lelaki itu akan berfikir jauh.

"It's a trap. Luke dah rancang awal-awal. And i'm fall for it. Kata kawan konon..." Fay menyinis di hujung kata.

Sehingga kini apa yang dilakukan oleh Luke masih segar diingatan Fay. Malam itu, malam ketika dia berjaya melepaskan diri dari timer bomb dan sempat melompat keluar dari kereta sebelum ia meletup. Dan dia... takkan lupa walau sedikit pun.

"Apa yang sudah berlaku biarkan ia berlalu. Paling penting sekarang ni... Luke dah larikan diri dari penjara."

Serentak itu berpasang-pasang mata memandang tepat ke arah Fay.



Imbas semulaย 

Beberapa hari sebelum itu...

"Apa... apa khabar?" Fei memberanikan diri untuk bertanya soalan. Sejak tadi, mereka saling duduk berhadapan namun dipisahkan dengan dinding kaca. Dan sejak tadi, lelaki di hadapannya ini tidak bercakap sepatah pun lalu membuat Fei berasa dirinya gagal menjadi bakal isteri yang baik buat Luke.ย 

"Brian..." panggil Fei lagi.

Brian Lee Jiahui. Itulah nama sebenar Luke.

Avil Ruth hanyalah identiti palsu yang dia guna pakai sewaktu berada di Venice. Dia diambil sebagai anak angkat keluarga Ruth untuk menggantikan tempat mendiang Alaric Ruth. Putera tunggal Alden dan Melicia Ng. Melicia Ng, dia tidak dapat menerima kematian Alaric sehingga hampir membunuh diri. Ajaib. Brian di pertemukan pula dengan Alden sewaktu dia menjemput Edrian Jia feng pulang dari tabika. Kemunculan Alden umpama malaikat. Dia datang dan menghulur sekaki payung buat mereka.

Tak sangka... lelaki itu ialah syaitan bertopengkan manusia.

Alden lah penyebab kematian Encik Lee Swe loh dan Puan Britney.

Alden lah yang menghancurkan kebahagiaan dua beradik itu.

"Hmm..."

Redup matanya memandang ke arah Fei. Telefon pula masih dilekap ke telinga, hanya bunyi tangisan yang kedengaran.

"Fei... aku nak minta tolong dekat kau boleh?"

"Mungkin... kalau aku mampu buat. Aku akan tolong,"

Laju Fei membalas. Luke tersenyum tawar.

"Aku tahu aku tak ada banyak masa. Tapi... buat kali yang terakhir, izinkan aku untuk berjumpa dengan Feng. Edrian Lee Jia Feng."

Sebut Luke. Sakit mencengkam di dada. Kenapa dia harus di pertemukan dengan adik nya pada waktu sebegini? Waktu di mana dia rasakan dirinya terpaling buruk dan hina. Dia tidak layak untuk di maafkan. Dia tidak layak untuk di anggap sebagai abang. Namun, buat kali yang terakhir. Dia teringin sekali mendengar Feng memanggil dia sebagai abang. Dia teringin memeluk, dan bermain sorok-sorok bersama Feng.

"Dengar-dengar... dia berkawan baik dengan Farhad. Aku tak kisah dengan siapa dia berkawan. Tapi tolong... jangan salah memilih kawan."

"Inilah aku. Aku dibutakan benci dan dendam. Aku takkan dapat berpatah balik sebab aku pilih jalan yang salah,"

"Terima kasih. Dan jangan cari aku lagi,"

Telefon diletak semula. Luke pergi meninggalkan Fei dan diringi oleh dua orang pegawai polis kiri kanan.

Fei mengesat air mata. Mahu tidak mahu dia meletakkan semula telefon di tempat asal. Dengan hati yang berat, dia bangkit dari di situ.

Malam itu... mereka dikejutkan dengan serangan sawan yang tiba-tiba menyerang Luke ketika dia sedang sibuk bermain daun terup.

Doktor Jessi yang bertugas merawat Luke bergegas membawa Luke ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.ย 

Setibanya mereka di sana, Luke ditempatkan di wad peribadi dan di jaga oleh dua orang pegawai polis.

Tersedar saja Luke dari tidur yang pendek. Bibirnya mengukir senyum. Bagus, ia berjalan dengan lancar. Seperti di jangkakan, seorang jururawat masuk ke dalam bilik Luke bertujuan ingin menukar baju nya.

"Semua dah siap?" soal Luke.

Jururawat lelaki yang bernama Kim mengangguk laju.

"Semua dah siap boss,"

Tanpa membuang masa, mereka saling bertukar pakaian. Kim di atas katil rumah sakit. Luke pula lengkap memakai seragam jururawat bersama pelitup muka. Sebaik pintu bilik dikunci rapat, Luke berjaya melepasi dua orang pegawai polis yang ditugaskan untuk menjaga Luke. Mungkin, di sebabkan penat dan rasa kantuk yang melebihi. Mereka terlelap buat seketika dan tidak menyedari Luke sudah berjaya meloloskan diri dari hospital.

Di dalam tandas, berhadapan cermin. Luke membuka tshirt putih yang tersarung ke tubuh. Picagari mengandungi bahan terlarang disuntik ke bahu nya. Luke ketawa halus.

"Siapa tahu... mungkin kali ini kali terakhir aku bertugas sebagai kapten Alpha." ujar Fay.

"Tuan Zarith cakap, orang macam aku ni dia nak pakai lama. Tapi sayang, jodoh tak panjang." sambung Fay lagi.

"Last mission kau nak buat apa dekat si Luke tu?" soal Danial.

Fay mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"One on one. Mungkin?"

"Tapi kan... yang aku pelik dekat Luke. Kenapa dia sanggup buat macam tu dekat kau? Dekat kita orang semua?" tambah Adam.

"Dan... lagi satu. Dari mana dia terfikir nak buat semua tu?"

"Sebab boleh dik," Farhad menyambung.

Tengku Heidi menjeling sinis ke arah Farhad. Tangan dibawa berlipat di dada.

"Taklah. Sebab dia anak kepada Alden Ruth." sambung Farhad sesudah itu. Wajahnya bertukar serius.

Mendengarkan nama Alden membuat darah panas menyirap naik ke kepala. Dia lah penyebab mengapa Terressa Alexandra meninggal dunia, ibu kepada Theodor.

Dia lah penyebab mengapa Theodor kehilangan ibu di waktu kecil.

"Far, keep your eyes dekat Ean. Kita tak tahu apa yang Luke fikir pasal adik dia. Sama ada dia anggap Ean sebagai musuh atau tidak."

"And make sure... Ean tahu pasal ini." beritahu Fay sebagai langkah berjaga-jaga.

Farhad mengangguk faham. Dia tahu perasaan Luke. Dia juga punya firasat sebagai abang, dan satu-satunya keluarga yang dia ada hanyalah Fay seorang.

Fay mengelap rambut di hadapan cermin. Hoodie sleeveless dan seluar pendek paras lutut tersarung ke tubuh. Dia memandang kosong ke pantulan diri nya. Kemudian, keluhan kecil berlepas. Fay ukir senyum ketika belakang tubuh Fay menjadi mangsa dakapan Izyan.

"Wangi nya abang..."

Fay berpusing menghadap Izyan dan memandang ke arah gadis itu.

"Jadi selama ini abang tak wangi lah, hmm?"

Hidung mancung Izyan dicuit perlahan. Izyan tergelak kecil dengan perbuatan Fay.

"Kenapa isteri abang comel sangat ni?" soal Fay lagi. Pipi tembam Izyan di cubit manja.

"Abang baru sedar erh? Izyan dilahirkan comel dan cantik."

"Hmm... abang baru sedar. Maafkan abang,"

Sengaja dia mengusik Izyan. Berasa geram terhadap Fay, Izyan memukul dada suami nya itu.

"Ingat sweet lah tu?" bentak Izyan tak puas hati.

"Bidadari abang..." panggil Fay, suara sengaja dilembutkan.

"Ke... kenapa abang tengok macam tu?"

Pelukan semakin dieratkan. Kedua tangan Izyan berpaut dileher Fay. Mata mereka saling bertaut lama. Sungguh... dia rindu dengan wajah ini. Meski tahun berganti tahun, Izyan sedikit pun tidak berubah.

Mata Hazel nya turun pula pada bahagian dada. Fay menelan air liur, isterinya itu memang sengaja menggoda dia dengan pandangan itukah? Baju hitam terdedah luas dikawasan dada, berserta seluar pendek paras paha. Rambut di sanggul tinggi, wajah nya pula dipenuhi soalan tidak berjawab.

"Umur sayang dah berapa sekarang?"

Izyan teragak-agak menjawab. "Dua... dua puluh empat,"

"Are you ready for it?" Fay tersenyum nakal.

"I'm always ready for that,"













Terima kasih!
Happy reading...
Jangan lupa vote dan komen :))

Bแบกn ฤ‘ang ฤ‘แปc truyแป‡n trรชn: Truyen2U.Pro