H-19

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

'Maaf Jisoo, hari ini aku terpaksa datang lewat sebab aku ada hal di hospital. Maaf sebab buat kau tertunggu'

'Tak apa, jaga diri'

Telefon miliknya diletak perlahan di atas meja kerjanya. Lukisan wajah seorang gadis di dalam skrin besar dilihat si pemuda itu.

Itu wajah Bitna. Entah apalah yang merasukinya sampaikan dia telah melukis wajah si gadis itu.

Jejari miliknya menyentuh perlahan skrin itu. Cantik.

Walaupun hanyalah sebuah lukisan digital tetapi tetap membuatkan dirinya tersenyum sampai ke telinga tanpa dia sedari.

Dup! Dap!

Perasaan apakah ini? Mengapa jantungnya berdetak dengan laju?

Disaat pemuda itu sedang melayani perasaannya, satu ketukan mulai kedengaran di ruang tamu.

Jisoo mengerutkan dahinya. Siapa pula yang datang ke rumahnya? Setahunya ahjumma Hong sekarang ini berada di pulau Jeju atas urusan kerjanya.

"Bitna?" Gumamnya perlahan sambil mendekati pintu rumah.

Pintu tersebut dikuak perlahan dan terpaparlah satu wajah bersama senyuman manisnya.

"Kita jumpa lagi ya"

Jisoo terkaku buat seketika saat melihat wajah itu di hadapannya. Tubuhnya seakan melekat di area situ.

L-lelaki ini. Bagaimana dia boleh tahu bahawa dirinya tinggal di sini?

Dengan segera Jisoo menutup pintu rumahnya namun nasibnya begitu malang kerana lelaki yang serba berpakaian hitam itu sempat menahan pintu yang berwarna kelabu itu.

Akhirnya lelaki itu dapat menjejaki ruang tamu rumah itu.

Lelaki itu melangkah perlahan mendekati Jisoo. Walaupun wajahnya kelihatan tenang namun jikalau dilihat dengan lebih dekat seluruh tubuhnya mengigil kecil.

"Jadi kau tinggal di sini ya? Kenapa? Dah sukakan hutan hm?"

"Kau ingat aku tak boleh cari kau? Sampai ke neraka sekali pun aku tetap akan susul bayangan kau Hong Jisoo ssi"

Senyuman digaris selebar mungkin. Lelaki itu begitu teruja saat melihat wajah yang dicarinya selama ini.

"K-kau pembunuh"

Dengan beraninya Jisoo berucap.

"Oh ya? Kalau macam tu, nak dengar satu lagu tak?"

Lagu. Matanya dibuntang. Jangan cakap yang itu lagu kematian seperti mana lelaki itu berbuat demikian kepada keluarganya. Memori itu sungguh mengerikan.

"J-jangan.."

Lelaki itu bersenandung kecil. Lantas kedua tapak tangan milik Jisoo disatukan erat bersama telinganya.

"B-berhenti..tolonglah.."

Walaupun sudah ditutupi telinganya tetapi bunyi senandungan itu tetap juga dapat memasuki ke dalam saluran pendengarannya.

Senandung daripada lelaki itu semakin lama semakin kuat. Seolah-olah dia memasang satu pembesar suara di ruangan itu.

Sepasang kaki mulai memasuki ke dalam ruangan itu. Nafasnya kelihatan tidak teratur tetapi tetap juga dia melangkah mendekati Jisoo dan juga lelaki syaitan itu.

"Hentikannya.." Ujar satu suara.

Lelaki itu berpaling. Senyumannya yang lebar tadi masih melekat di bibirnya.

"Hai sayang"

Lembut suara itu menyapa Bitna yang berdiri di pintu.

"Suka tak dengan lagu baru ni? Aku jamin kau pasti akan sukakannya"

"Tak payah nak buat lawaklah syaitan"

Lelaki itu meletuskan tawanya. Direnung iris coklat si gadis itu dengan penuh dalam.

"Kenapa kau lari? Kau lebih pilih dia yang lemah berbanding aku ya Bitna? Baliklah sayang, kita teruskan perancangan perkahwinan kita hm?"

"Aku takkan hidup dengan lelaki syaitan macam kau. Kau gila Kyung"

Bibir yang berwarna merah lembut milik  Bitna ditatap Kyung. Sungguh dia merindukannya.

"Mo Gahyeon? Dia datang, p-pembunuh itu.."

━─━────༺༻────━─━

To Be Continued..

💌 : Thank you so much for staying with me. Remember that, saya sentiasa sayang anda how matter what ❤️❤️❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro