九 : 09

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

               Hari berganti hari. Sekarang tiba lah masanya untuk keluar dari hospital apabila keadaan makin membaik.

Sejak pertama kali dia dimasukkan ke hospital sehingga lah sekarang, Datin Rosella tak pernah langsung merungut sewaktu menjaga dirinya. Dia ditatang bagai minyak yang penuh walaupun dia bukanlah siapa-siapa untuk wanita itu. Dia hanya lah orang luar.

Orang luar yang tidak mempunyai apa-apa. Dia hidup sebatang kara selepas dibuang oleh mak ngah nya. Senyuman pahit terbit dibibirnya apabila teringat akan kejadian tempoh hari.

Mungkin dia tak ingat apa yang jadi sehingga dirinya terlantar di hutan tetapi dia tetap tahu perbuatan siapakah yang membuatkan nya berada di situ.

"Dah sedia untuk balik?" Soalan Datin Rosella mengejutkan dirinya. Dia yang ralit termenung di luar tingkap terus menoleh ke arah wanita separuh abad itu. Sejak bila dia masuk? Ke aku yang ralit sangat termenung? Dia terbatuk kecil sebelum memusingkan badan nya menghadap Datin Rosella.

"Balik? Balik kemana?" Soalan berbalas soalan. Otak nya masih loading. Terkebil-kebil matanya memandang Datin Rosella yang tengah tersenyum.

Datin Rosella duduk di tepi Adeline sebelum kedua-dua belah bahu gadis itu dipegang "Balik rumah Aunty. Kan Aunty dah cakap yang Aunty akan jaga Adel." Terang Datin Rosella lembut.

"T- tapi..."

"No buts. Adel tetap akan tinggal dengan keluarga Aunty." Pintas nya tegas. Keputusan dia dah bulat. Dia ingin gadis itu sentiasa ada dengan nya.

Adeline mengeluh perlahan. Dia hanya mengangguk. Tiada daya untuk membantah lagi. Lagipun, mana dia nak tinggal nanti? Dia bukan nya ada duit pun. Sehelai sepinggang je keadaan dia saat ini. Lebih baik dia ikut kan aje.

"Adel akan ikut tapi ada satu syarat." Dia ada terfikir akan satu benda yang dia boleh buat untuk membalas jasa Datin Rosella. Dia harap wanita itu boleh pertimbangkan syarat nya.

"Apa syaratnya? Aunty akan cuba penuhi syarat Adel."

Adeline menarik nafas dalam. Tangan Datin Rosella digenggam lembut.

"Adel nak kerja sebagai maid dekat rumah Aunty. Boleh? At least, ada juga alasan kenapa Adel tinggal kat situ." Berhati-hati dia menuturkan kata-kata. Dia taknak tinggal percuma. Nanti apa pula orang kata.

Datin Rosella terdiam buat seketika sebelum mengangguk kecil. Betul juga kata gadis itu. Dia ada anak lelaki, bimbang terjadi kesalah-fahaman nanti. Lagipun, boleh lah gadis itu meringankan beban pembantu rumah mereka.

Adeline tersenyum lebar apabila mendapat persetujuan tersebut. Dia bangkit dari duduknya perlahan-lahan. Kaki nya terasa kebas sedikit. Mungkin kerana asyik duduk tanpa bergerak ke mana-mana.

"Sakit lagi ke?" Tanya Datin Rosella prihatin. Matanya memerhati tindak-tanduk Adeline yang seperti tidak senang duduk.

"Tak adalah. Cuma rasa kebas sedikit." Berkerut dahinya menahan rasa kebas yang semakin menjadi-jadi. Dia duduk kembali di atas katil. Kaki diurut perlahan.

"Biasa lah tu, bila lama tak berjalan. Nanti dah sampai dekat rumah Aunty, memang tak cukup tangan Adel nak handle semua benda." Niat di hati nak mengusik jer tapi apabila melihat riak wajah Adeline yang terkejut mengundang gelak tawa kecilnya.

"Err rumah Aunty besar sangat ke?" Dia mengemam bibir lembut. Habislah dia nanti. Silap hari bulan, awal-awal dah surrender.

Datin Rosella mengangguk "Besar sangat. Aunty pun tak larat nak jalan dekat rumah sendiri." Rumah dia memang besar tapi dia tak adalah kejam sangat nak suruh pembantu dia mengemas satu rumah. Setiap bulan, dua tiga orang cleaner untuk mencuci rumahnya.

Tugas pembantu rumah nya hanyalah untuk memasak, membasuh baju dan menyiram bunga-bunga serta tanaman sahaja.

"Muka tu dah kenapa? Berkerut semacam . Aunty gurau je lah." Dia tak sanggup lagi nak menipu gadis itu. Comel sangat dengan muka innocent nya.

Adeline tersentak sebelum menarik nafas lega. Otak dia dah melencong ke arah lain sebenarnya. Tiba-tiba dia terbayang akan dirinya yang mengemas satu rumah. End up, dia tersesat lepas tu hilang.

"Adel takut tersesat nanti dekat rumah Aunty. Lepas tu, tiba-tiba dekat tempat lain. Haa macam cerita magika tu. Ishh!" Keluar perangai mengada nya apabila sudah selesa. Dia tergelak selepas teringat scene dalam cerita. Confirm dia akan marathon balik cerita tu.

Datin Rosella turut tergelak melihat telatah nya. Macam-macam lah budak ni. Boleh pula otaknya terbang ke lain.

Jam di pergelangan tangannya ditilik. Dahi ditepuk perlahan. Dia terlupa pula yang dia ada perjumpaan penting sekejap lagi. Nasib anak lelaki nya tengah cuti. Boleh tolong jemput Adeline nanti.

"Oh yaa... Nanti anak Aunty akan jemput Adel tau. Aunty ada urusan mendadak, jadi tak dapat nak bawak Adel pulang." Ucap Datin Rosella serba salah. Dia tidak dapat membatalkan urusan tersebut kerana melibatkan pihak atasan.

Terpaksa lah dia suruh anaknya yang menjemput gadis itu.

Adeline menggaru keningnya yang tidak gatal. Anak lelaki? Yang hari tu ke? Segan lah pulak. Dah lah dia pernah menangis di hadapan jejaka itu. Mana dia nak letak muka dia nanti? Redha je lah.

"It's okey Aunty. Adel faham. Utamakan kerja Aunty dulu." Dia tersenyum dengan penuh kepuraan. Dalam hati, terasa nak lompat dari tingkap. Nasib otak nya masih waras.

"Kalau macam tu, Aunty gerak dulu lah. Nanti kalau nak apa-apa, panggil je nurse kat luar tau." Adeline mengangguk faham. Thumbs up ditunjukkan kepada Datin Rosella.

Datin Rosella tergelak kecil sebelum beredar dari situ. Pintu ward ditutup rapat. Tinggal lah Adeline keseorangan. Dia mengeluh berat. Kaki diayunkan ke kiri dan ke kanan. Dia bosan sebenarnya duk terperuk dalam ni.

Nak mengemas barang, tak ada langsung barang untuk dikemas. Jadi, dia termenung je lah.

Bunyi suara kanak-kanak ketawa riang menarik perhatian nya. Dia terus menyelak langsir untuk melihat dengan lebih jelas. Matanya memerhati dua orang budak lelaki yang saling berkejaran sambil ditemani oleh seorang lelaki berumur dan juga seorang perempuan yang mengendong bayi. Mungkin ibu bapanya.

Mereka tersangat bahagia. Sesekali perempuan itu mengelap peluh lelaki itu dan juga kanak-kanak tadi. Tanpa disedari, bibirnya menguntum senyuman nipis melihat adegan tersebut.

Dulu, dia pernah melalui kebahagiaan yang seperti ini. Tapi hanya bersama dengan ibunya sahaja. Itu dah cukup untuk dia.  Tapi sekarang, tidak lagi. Semuanya dah hancur.

Sekarang dia keseorangan.

Klak!

Pintu ward dibuka dari luar mengejutkan nya. Masuk seorang doctor lelaki bersama dengan file di tangan. Tertera nama' Akasyaf' di nametag kot nya.

Adeline pantas membetulkan kedudukan nya agar lebih sopan. Dalam diam, dia merengus. Doctor ni lagi.

"Hye cik Adeline. How's your day?" Dia merapati Adeline sebelum duduk di atas kerusi kosong yang berhampiran.

"Great." Balas nya mendatar. Dia langsung tidak memandang wajah doctor itu. Meliar matanya memandang ke arah lain. Dia tidak selesa.

Dari first time dia masuk hospital, doctor tersebut tidak habis-habis menganggu hidup nya. Semua ayat manis dilontarkan ke arahnya tapi sedikit pun tak mencuit hatinya. Menyampah ada lah.

Dr.Akasyaf berdehem. Dia menulis sesuatu di atas kertas sebelum menghulurkan kertas tersebut kepada Adeline. Terkebil-kebil gadis itu sebelum menyambut huluran tersebut.

Kertas apa pula ni? Bertaut rapat keningnya saat itu. Tanpa membuang masa, dia pantas membuka cebisan kertas itu. Isi nya dipandang lama.

'Date with me. Will you, princess?' Terjegil mata Adeline melihat kertas itu. Gila ke apa doctor ni? Diorang baru je kenal.

"Tolong bagi saya peluang. Saya ikhlas nak kenal awak dengan lebih dalam." Dr. Akasyaf pantas memintas laju apabila menyedari riak wajahnya seperti tidak selesa.

"Sorry you but I dah tunang." Bersahaja dia menuturkan kata-kata itu. Tipu pun tipu lah, janji tak kena kacau. Main taram je tunang tu.

"Stop lying. I know you're still single and available, my dear." Kedengaran macho tapi kerek bagi Adeline. Memang jenis tak faham bahasa. Kecil besar je dia pandang doctor tu.

Adeline gelak buat-buat. Dia pun tak tahu apa motif dia gelak. Dia geram sebenarnya.

"Saya rasa Dr. patut cari orang lain kut sebab saya langsung tak berminat. Lagipun, saya tengah tunggu tunang saya untuk jemput. Maaf ya Dr." Perkataan tunang ditekan kuat. Senyuman plastic ditayangkan.

Riak wajah Dr. Akasyaf berubah. Dia tak tahu nak percaya atau tidak. Setahu dia, gadis ini masih single. Lagipun tunang je. Yang kahwin pun boleh cerai apatah lagi tunang. Small matter lah.

"I don't care. Saya nak tengok tunang awak tu. Hensem tak dia kalau nak dibandingkan dengan saya. Entah-entah macam badut sarkas." Kutuk Dr. Akasyaf tak berlapis. Dia menyilangkan tangannya. Muka berlagak ditayangkan.

Adeline menggulingkan matanya tanda menyampah. Jenis tak faham bahasa memang macam ni ke? Dia hanya diam. Malas nak melayan orang yang tak faham bahasa.

Pintu ward dipandang lama. Bila nak datang ni haish? Dia taknak duduk dekat sini lama-lama. Menyakitkan hati betul.

"Diam pulak." Tegur Dr. Akasyaf lembut. Dia ada tersalah cakap ke tadi? Rasa macam tak ada pun. Diam je gadis kesayangannya dari tadi. Muka pun masam mencuka.

"Diam lebih baik."

Dari bercakap dengan orang yang tak faham bahasa. Sambungnya di dalam hati. Dia tersenyum simpul. Berkerut dahi Dr. Akasyaf saat itu.  Apa maksud dia?

"Assalamualaikum." Suara Rayden kedengaran. Adeline pantas mengangkat muka nya. Dia pandang Rayden lama. Hari ini jejaka itu mengenakan baju melayu berwarna maroon dengan songkok di kepala. Lengan pula disingsing sampai ke siku. Makin terserlah kekacakan nya.

Mungkin baru habis solat jumaat.

Dr. Akasyaf berdehem sebelum bangun. Dia pandang Rayden atas bawah. Lelaki ni ke tunang kepada gadisnya itu? Dia akui, lelaki itu sangat kacak. Lagi-lagi dengan pakaian sebegitu. Tapi, kacak sahaja tak cukup. Dia kaya dan pangkat dia dekat hospital ni juga tinggi. Boleh ke lelaki biasa macam ni nak lawan dia?

"Kau.." Belum sempat dia nak bercakap. Gadis itu sudah memintas terlebih dahulu.

"Ehem, ni lah tunang saya. Kacak kan?" Pintas Adeline gugup. Dia gugup pun kerana pandangan Rayden terhadapnya apabila dia menuturkan kata tersebut. Terasa berdebar. Dia bagi isyarat kepada jejaka itu untuk membantunya.

Tunang?

Nasiblah si Rayden tu peka sedikit orangnya. Dia menghulurkan tangan kanan nya ke arah Dr. Akasyaf yang tercengang. Lesung pipit terbit dibibir nya saat tersenyum.

"Aku Rayden. Rayden Damien. Tunang kepada Adeline Hailey." Siap dengan nama penuh lagi. Dr. Akasyaf menyambut tangan Rayden sekejap sebelum menarik kembali tangan nya. Dia tersenyum tipis.

"Oh. Kacak orangnya." Cengkaman tangan Rayden tadi sangat kuat. Mungkin memberi amaran dalam diam. Pandangan jejaka itu juga sangat tajam.

Rayden senyum senget. Lebih kepada bangga apabila dipuji. Dia duduk di atas katil Adeline. Songkok di kepala diletakkan di atas meja. Rambut dibetulkan.

"You dah makan ke belum, sayang?" Tanya nya lembut. Dia tak hiraukan langsung Dr. Akasyaf yang ralit memandang mereka. Tumpuan Rayden hanya untuk Adeline saat itu. Kena lah nampak real sikit berlakon walaupun dia rasa nak muntah bila dengar ayat sendiri.

Adeline menggelengkan kepalanya. Bibir dicebik manja "Belum. I tunggu you dari tadi, nak ajak makan sama-sama." Dia hanya ikut sahaja lakonan Rayden. Biar Dr. Akasyaf berambus cepat-cepat. Dia perasan riak muka doctor itu sudah bertukar kelat.

"Alolo. Kesian baby I lapar. Jum lah makan, lagipun you dah boleh discharge. Kan doctor kan?" Sempat hidung Adeline dicuit lembut sebelum Rayden memandang Dr. Akasyaf. Adeline tergelak kecil, lebih kepada geli.

Dr. Akasyaf berdehem sebelum mengangguk "Cik Adeline dah boleh discharge hari ni... Err saya minta diri dulu lah, ada ramai lagi patient yang saya kena handle." Dia tak betah lagi nak duduk dekat situ lama-lama. Terasa panas pula hatinya melihat adegan mesra tu. Dia pantas beredar. Pelbagai sumpah seranah terbit di bibirnya saat melangkah keluar.

Adeline hanya melihat. Dia tersenyum senang. Hilang bala. Dia pantas bangun dari katilnya. Exited pula nak balik. Terasa nak melompat-lompat.

"Ehem, nak pergi mana tu? Any explanation, my fiance?" Gulp.

.
.
.

❗Date : 30 March 2022❗

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro