五 : 05

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Qistina menggeledah bilik emaknya. Kesemua almari bilik itu dibuka. Dia memerlukan duit tika ini. Matanya tak habis-habis melihat pintu agar perbuatan nya ini tidak dilihat oleh sesiapa pun.

"Shit! Mana orang tua ni letak?" Habis berteraburan semua barang. Dia tak peduli akan semua itu. Difikirannya hanya mahukan duit.

Matanya tertumpu akan kotak yang berada di atas almari. Kotak tersebut dicapai. Sebaik sahaja kotak itu dibuka, terpampang barang kemas emaknya. Bersinar matanya saat itu.

Barang tersebut masih kelihatan baru. Rantai emas digayakan pada lehernya. Cincin pula disarungkan pada jari nya. Cantik. Kalau dia yang pakai, makin terserlah kejelitaan nya. Dia tersengih. Lupa terus akan niatnya sebentar tadi.

"Qis... Kau buat apa kat sini?" Danish berdiri tegak di hadapan bilik Puan Carine. Terkejut dia melihat Qistina. Lagi terkejut apabila melihat keadaan bilik emak nya yang agak bersepah.

Qistina tersentak mendengar suara itu. Dia berpaling ke belakang. Shit, kantoi. Dia terus menanggalkan barang-barang tersebut.

Dia bangun. Tajam matanya memandang Danish. Bagai memberi amaran.

"Kau diam lah! Tak payah nak sibuk hal aku!" Barang tersebut disembunyikan disebalik badannya. Mencerlung matanya memandang abangnya.

"Anak jenis apa kau ni? Curi barang mak kau sendiri? Kau dah gila ke perempuan?!" Jerkah Danish. Dia meluru ke arah Qistina. Direntap tangan adiknya yang masih memegang barang kemas tersebut. Habis berteraburan di atas lantai.

Qistina terkedu. Panahan mata abangnya ditentang tajam. Dia tak takut langsung.

"Kau tak payah nak acah baik lah! Kau pun sama jer. Kaki perempuan, jantan tak guna. Hidup pun menyusahkan orang!" Sembur Qistina tak bertapis.

Pang!

Sebuah penampar hinggap di pipi mulus Qistina. Dia terdiam menahan kesakitan. Sedikit darah mengalir dari sudut bibirnya.

Berkerut dahinya memandang abangnya. Dia tak sangka Danish sanggup naik tangan kepadanya. Berpinar matanya saat itu.

"K- kau..." Danish melihat tangannya yang sedikit menggeletar. Semua itu tindakan refleks. Hatinya amat panas dengan ucapan adiknya lalu tanpa berfikir panjang, dia terus menampar adiknya.

Wajah Qistina yang masih terkejut dipandang.

"Q- qis, aku..."

"Bodoh! Aku benci kauu. Aku tak ada abang macam kau. Pergi mampus lah sial!" Ditolak kasar badan Danish menjauhinya. Barang tersebut dikutip. Dia terus keluar dari bilik emaknya bersama dengan barang kemas itu.

Danish mendengus. Dia menumbuk kasar almari yang berada dihadapan nya. Amarahnya tak dapat nak ditahan saat itu. Dia tak sengaja.

"Arghh!! Bodoh!" Rambut dikusutkan kasar. Dia terus keluar dari bilik itu. Kunci kereta nya diambil. Dia harus keluar dari sini buat sementara waktu.

***

Berkerut dahinya menahan sakit yang menyerang kepalanya. Dia rasa dia demam. Lemau jer badan dia saat bangun dari tidur. Kepala diurut lembut.

Adeline menguap kecil. Dia bangun dari pembaringannya. Jam ditilik. Sudah masuk waktu asar. Lama juga dia tidur, dari pukul 12 sampailah sekarang. Nasib dia tak boleh solat.

Getah rambut dicapai lalu diikat pada rambutnya kemas. Bilik air dituju. Mukanya dibasuh berulang kali.

Pening.

Dia melihat cermin. Mukanya sangat teruk saat ini. Dengan sembabnya, ditambah dengan lebam dan pucat. Tiada seri langsung. Dia mengeluh kecil. Penat dengan hidupnya.

Adeline menarik nafas panjang. Dia keluar dari bilik air. Dia terlupa untuk membasuh baju yang sudah kotor. Mesti dah bertimbun kat luar tu.

Langkah diaturkan ke bilik mak ngah nya. Bakul turut berada di pegangan nya. Baru sahaja tangannya ingat menyentuh tombol pintu tersebut, nama nya sudah dilaung kuat. Dia tersentak.

"Kau buat apa dekat bilik aku?" Puan Carine menolak Adeline ketepi. Dia baru sahaja pulang dari kerja.

"A- adel nak ambil pakaian kotor." Ujarnya perlahan. Langsung tidak memandang wajah mak ngah nya.

Puan Carine mendengus. Dia menolak daun pintu biliknya. Pandangan pertama yang dapat dia lihat ialah keadaan biliknya yang sudah menjadi tongkang pecah. Lagi teruk apabila melihat kotak barang kemas miliknya sudah tersadai atas lantai.

Terbuntang matanya saat itu. Terlepas terus plastic yang berada di pegangan nya. Dia meluru ke arah kotak tersebut. Kosong.

"Mana barang aku? Ni mesti kerja kau kan betina?!" Tengking Puan Carine kuat. Siapa lagi yang ambil kalau bukan Adeline? Tak mungkin Qistina. Dia tak pernah mengajar anaknya untuk mencuri. Lagi sahih apabila melihat Adeline yang berada di depan pintu biliknya.

Dia membaling kotak tersebut kuat mengenai badan Adeline.

Pap!

Tepat mengenai lengannya. Berkerut dahi Adeline menahan kesakitan. Dia menggeleng untuk menidakkan.

"T- tak! Adel tak buat! Bukan Adel, mak ngah!" Puan Carine menghiraukan jeritan gadis itu. Dia mengambil kayu hoki di dalam almari sebelum memukul Adeline. Dipukul kuat badan gadis itu dengan perasaan marah yang membara.

Tak cukup dengan itu, rambut Adeline turut menjadi tarikannya sebelum dihentak pada dinding berulang kali dengan kuat. Amarahnya menggila saat ini.

"S- sakit!"

"Mana barang aku?! Kau bagi balik sekarang!" Raungan Adeline langsung tidak dipedulikan. Makin kuat dia menghentak kepala Adeline sebelum gadis itu jatuh pengsan. Darah mengalir keluar dari kepalanya yang sudah terluka.

Puan Carine tersedar. Sekujur tubuh yang sudah terkulai layu dipandangnya. Terlepas kayu hoki dari tangan nya. Kalau perempuan ni mati macam mana? Habislah hidup dia nanti.

Dia keluar dari bilik itu. Biliknya kedap bunyi, jerit lah sekuat mana pun. Orang luar tetap tak akan dengar.

"Qistina!!" Panggil nya kuat. Qistina yang terdengar namanya dipanggil terus mendapatkan Puan Carine. Dia berdebar apabila berhadapan dengan emaknya. Dia takut emaknya tahu yang dia sudah mengambil barang kemas itu.

"K- kenapa?" Adakah emaknya sudah tahu? Dia lupa nak kemas bilik tadi. Habislah.

Puan Carine tidak menjawab soalan anaknya, malah dia menarik anaknya untuk masuk ke dalam bilik.

Qistina hanya menurut. Matanya tertumpu ke arah Adeline yang sudah terkulai atas lantai dengan berlumuran darah. Membulat matanya saat itu. Dia memandang emaknya dan Adeline silih berganti.

"M- mak?" Puan Carine memandang anaknya. Wajah nya sangat gelisah saat ini. Dia taknak dicop pembunuh.

"Diam! Tolong aku angkat dia dan letak dalam kereta. Jangan bagitahu dekat sesiapa pun termasuklah abang kau. Faham!?" Qistina mengangguk laju. Dia memegang kaki Adeline manakala Puan Carine memegang bahu Adeline.

Tubuh gadis itu diangkat lalu dibawa keluar dari bilik. Mereka menuju ke luar rumah. Sekeliling dipandang agar tidak ada yang perasan akan perbuatannya.

Adeline diletakkan dekat tempat duduk belakang. Pintu kereta ditutup rapat. Puan Carine terus masuk dekat tempat pemandu. Dia memandang Qistina.

"Kau buat apa lagi tercegat dekat situ? Masuklah!" Qistina terus masuk apabila mendengar jerkahan emaknya. Dia mengetap bibir. Seatbelt dipakai.

Kereta nya terus bergerak keluar dari perkarangan rumah. Dia tidak tahu harus kemana. Dalam otak nya sekarang ini, dia harus membuang Adeline jauh-jauh. Risau gadis itu membuat aduan dekat pihak polis jika tersedar nanti. Kalau gadis itu sudah mati, lagi senang kerja nya.

Selepas dua jam dia memandu, dia terus memberhentikan kereta nya di tepi jalan. Kawasan tersebut sudah agak gelap kerana dilindungi dengan pokok-pokok yang banyak. Hutan yang tebal mungkin tempat yang betul untuk membuang Adeline.

Mereka terus keluar dari kereta. Tubuh Adeline dikeluarkan dari kereta lalu dibawa masuk ke dalam hutan. Dicampak tubuh itu ditepi semak samun yang sudah tinggi separas pinggang. Biar gadis itu dimakan dengan haiwan buas.

Puan Carine menghela nafas lega. Dia memandang Qistina. Tajam matanya merenung anaknya saat itu.

"Ingat. Jangan buka cerita ni dekat sesiapa pun. Biar pecah diperut asalkan bukan dimulut." Qistina mengangguk. Kecut perutnya mendengar kata-kata emaknya. Dia memandang Adeline sekilas. Malang sungguh nasib kau, perempuan.

Dendam aku terbalas nak tengok kau hilang dari dunia ni. Aku tak perlu kotorkan tangan aku untuk musnahkan kau. Dia menyepak tubuh gadis itu dengan perlahan.

Mereka terus beredar dari situ. Ditinggalnya Adeline seorang diri. Bimbang dilihat oleh orang lain.

Cuaca semakin gelap seperti malam. Mungkin sekarang dah masuknya waktu isyak. Kawasan hutan itu sangat sunyi. Hanya kedengaran bunyi cengkerik dan burung hantu yang menghiasi suasana malam.

"U- ughh..." Badannya bergerak sedikit. Dia tersedar dari pengsan nya. Kepala yang terasa sakit, dipegang. Terasa mahu pecah sahaja kepalanya saat ini. Sakit amat. Badan nya turut sakit. Darah pula dah menjadi kering.

Dicelik matanya luas apabila mendapati dirinya berada ditempat yang sangat asing. Sekeliling dipandang.

Hutan? Berkerut dahinya saat ini. Dia tidak dapat mengingat apa yang jadi. Semua terasa kosong sahaja. Dipejam kembali matanya buat seketika sebelum dibuka kembali.

Dia terus bangun dengan perlahan-lahan. Terhinjut-hinjut dia berjalan untuk mencari jalan keluar. Semak samun yang agak tinggi dan gelap membataskan dirinya untuk keluar.

Perlahan-lahan dia berjalan sebelum tersepak kayu yang berada dihadapannya. Tersungkur dia jatuh atas tanah. Tidak sempat berpaut pada pokok.

"A- auchh!" Sakit kaki nya apabila terkena hujung kayu yang tajam. Dia terasa mahu menangis saat ini. Kesakitan yang di alaminya tidak dapat menandingi ketakutan yang melanda dirinya.

Lutut dipeluk erat. Dia takut. Suara-suara pelik yang kedengaran makin membuatkan dirinya merinding. Dia rasa mahu menjerit sahaja tika ini.

Suara tersebut kedengaran semakin dekat. Dia menutup telinga nya rapat sebelum bangkit kembali. Tidak dihiraukan langsung kaki serta badan nya yang terasa sakit, dia terus berjalan ke arah cahaya yang agak terang. Mungkin itu jalan keluar yang dicarinya.

Nafas ditarik lega apabila melihat jalan raya yang penuh dengan lampu jalan.

Termengah-mengah nafasnya akibat kepenatan. Sakit di badan nya pula makin menyengat.

Sekeliling dipandang. Macam mana dia nak minta bantuan? Entah-entah, orang terus lari apabila melihat dirinya yang sudah comot dengan darah.

Bunyi kereta mematikan lamunan nya. Dia pantas melambai-lambai tangan seperti meminta pertolongan dengan perlahan. Bibir diketap kuat apabila tangan nya terasa sakit.

"T- tolong!" Pening yang mula menyerang kepala nya membataskan penglihatanya. kabur. Kepalanya terasa berat. Berpinar matanya saat itu. Terasa mahu pitam.

Dia mendengar sayup suara wanita sebelum badannya tumbang di atas jalan raya. Dia tak mampu untuk membuka mata nya saat itu.

.
.
.

❗Date : 6 March 2022❗

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro