Bab 11

Mร u nแปn
Font chแปฏ
Font size
Chiแปu cao dรฒng


DINGIN yang mencengkam jiwa tidak melemahkan semangat kian membara. Tika manusia memilih untuk beradu di katil, dan hanyut di alam mimpi, ketika itu juga mereka bertarung nyawa.

Di bunuh, atau membunuh.

GGK sudah dilatih untuk menangani keganasan dari pelbagai sudut. Di udara, laut, dan darat. Kalau ada tempat sekalipun yang belum diteroka, pasti akan ditawani oleh mereka. Tiada kata putus asa atau mengalah dalam kamus hidup.

Takkan pernah ada.

Latihan asas Komando selama tiga bulan itu banyak mengajar mereka erti semangat juang yang tinggi. Dilanyak cukup-cukup oleh jurulatih, siapa yang tidak tahan dijadikan sebagai khinzir hutan akan dikembalikan kepada unit masing-masing. ( Return to unit )

Fasa pertama, latihan fizikal banyak dijalankan. Berlari kosong, berlari sambil membawa senjata, berlari bersama bagasi tentera yang dikenali dengan nama FSMO dan juga latihan mengangkat kayu balak.

Setiap pelatih yang menyertai kursus tersebut perlu menjalani ujian fizikal multi-displin pada jarak 3 km, 6 km, 9 km dan 10 km berdasarkan jenis latihan dalam peringkat kem.


Steiner 210 mm150 military marines 10x50 tactical binoculars diberikan kepada Qaf. Terdapat dua orang lelaki yang sedang leka mengisap rokok di laman belakang rumah. Telinganya pula tajam menangkap perbualan dalam bahasa asing yang dia sendiri tidak tahu apa maksudnya. Hanyut dalam berbotol-botol arak, sehingga tidak menyedari kehadiran pihak lawan. Zafrul mengambil posisi sebagai penembak tepat.

Senyap dan tepat.

Senapang jarak jauh Accuracy International Arctic Warfare ( AWM ) mula mencari sasaran. Muncung senapang terarah tepat ke mangsa. Bidikannya menyasarkan jantung, ataupun kepala.

Zafrul a.k.a Jerung melepaskan tembakan. Sebutir peluru membelah ruang udara dan menembusi dada rakannya tanpa sebarang halangan.

Tubuh yang rebah ke atas tanah dibiarkan begitu sahaja. Seorang sudah tumbang, seorang lagi kepelikan bila suasana mula berubah. Si lelaki melilau ke sekeliling, mencari arah di mana rakannya berada.

Dia mula menghidu kehadiran 'tetamu' yang tidak diundang di perkampungan mereka itu. Walkie talkie dicapai dari atas meja. Dengan mata tidak terbuka luas, walkie talkie dibawa ke bibir. Baru dia mahu membuka cerita, cool down telahpun tamat. Tembakan yang dilepaskan mengenai tepat di kepalanya.

"Two down. Over."

Qaf angguk. "Team A. Gagak, Icebear, follow Nain. Perhatikan dari arah kiri dan kanan. Team B, ikut aku, kita serang dari depan dan belakang. Get it?"

"Yan, aku nak ikut kau. Elsa gantikan tempat aku dalam Team A." Fauzan bersuara.

Qaf mengangguk sebagai balasan. Izzul a.k.a Elsa menurut tanpa kata.

GGK, 69 Komando dan seangkatan dengannya sudah sebati dengan bahasa alam. Sudah biasa berdepan binatang buas, sepertimana latihan asas selama tiga bulan itu mengajar banyak perkara baru kepada mereka.

Yang tak pernah di lalui sebelum ini, mereka sudah lalu. Yang tak pernah dirasai, mereka sudah rasa. Yang tak pernah mereka lakukan, mereka sudah lakukan.

Menyarung beret hijau, menyandang gelaran Komando, adalah satu detik terindah yang takkan pernah dilupakan dalam hidup.

Tak diminta untuk meninggalkan, tak diminta juga untuk bertahan. Hanya yang berhati kental mampu bertahan hingga ke akhir. Lima tahap latihan yang berbeza-beza berjaya memupuk semangat juang yang tinggi dalam diri mereka. JL yang berwajah bengis dan tegas mendidik mereka supaya mengenal erti perjuangan, erti kesusahan dalam mencari kemenangan, erti persahabatan dalam sukar dan senang.

Jatuh, bangun sendiri.

69 Komando, GGK, PASKAL, PASKAU, STAR team, UTK PDRM. Enam pasukan khas yang diiktiraf di Malaysia saling berkongsi tujuan, menghormati satu sama lain, dan bersahabat baik.

Langkah diatur sesenyap mungkin menuju ke tempat musuh. Sedikit kesilapan, mampu mendedahkan kedudukan mereka kepada pihak lawan. Sniper unit di belakang, mengawasi setiap pergerakan dan berada dalam keadaan bersedia menerima serangan.

Di serang, atau menyerang.

Qaf berhenti. Perlahan-lahan dia meninjau ke dalam rumah. Terdapat empat orang lelaki bersenjata yang sedang leka bermain daun terup sambil meminum arak. Qaf pusing ke belakang. Jari berbentuk empat kepada Fauzan.

Fauzan angguk faham. Qaf beri arahan untuk ambil posisi masing-masing sebelum dia melancarkan serangan. Bom asap dilempar ke arah mereka. Kekalutan mencari arah dalam keadaan gelap. ( Light off ) Lampu yang dimatikan secara sengaja setelah ditembak oleh Leftenan Zulkarnain.

AK-47 dan senapang patah memuntahkan peluru tanpa tahu arah musuh. Qaf maju tanpa kerisauan. The Fairbairn Sykes, pisau Komando yang dianugerahkan kepadanya mengelar leher lelaki itu. Darah merah yang terpecik ke wajah yang dipenuhi Camouflage tidak dipeduli. Tiga daripadanya sudah ditembak mati oleh Pasukan B yang terdiri daripada Thunder, Toto, Hammer a.k.a Fauzan.

"All down."

Risikan yang mereka dapat, seramai sebelas orang pengganas yang berkampung dalam hutan. Separuh daripadanya sudah ditumpaskan, berbaki beberapa orang sahaja lagi yang masih bermain hide and seek bersama mereka.

"Maju."

"Yes, sir!"


UBAI mengira-ngira jumlah duit yang dia dapat hasil daripada menggadai barang kemas arwah Neneknya itu. Ubai senyum sinis. Empat ribu dua ratus mampu bertahan selama dua bulan. Cukuplah kalau dia nak menambah bekalan dadahnya dan bermain judi.

Senang hati kalau hari-hari macam ini.

Macam dia tidak tahu Nek bedah amat bencikan kelahiran Ubai, sehingga dia pernah meminta Mak Long menggugurkan kandungannya pada masa itu.

Bila diingat-ingat semula, wanita tua seperti dia tak layak hidup di dunia ini.

Ubai mengatur langkah menuju ke motorsikal Honda EX5. Helmet dipakai, sebelum motorsikal ditunggang laju untuk meninggalkan kedai barang kemas itu.


PENANDA harga ditampal pada sebotol kicap cap A4. Kicap lama dibawa keluar. Yang baru diletak di belakang, dan lama diletak di depan. Seusai menyusun botol-botol kicap, Oja bergerak pula ke rak sabun.

Berbagai jenis sabun tersusun kemas mengikuti warna dan jenama. Oja berpuas hati dengan kekemasan susunannya, dan kebersihan rak itu tanpa habuk.

Kotak-kotak kosong dibuka dan disusun mengikuti saiz sebelum diikat. Jam di pergelangan tangan ditilik sebentar. Baru mahu menginjak ke pukul enam.

Oja tak sabar pulang ke rumah Nek Som. Katanya, dia nak masak makanan kegemaran Oja.

Pucuk ubi masak lemak, dan sambal bilis.

"Oja..." Uncle Muthu menyeru namanya.

Oja senyum. Bau-bau gaji pertengahan bulan.

Sampul berisi lapan ratus ringgit itu diserahkan kepada Oja. Kalau saja gadis itu memiliki kad pengenalan diri, sudah pasti gaji yang diterima mengikuti gaji yang telah ditetapkan.

"Terima kasih, Uncle." Oja senyum senang hati.

"Dey, Seroja. Kamu okey kan? Baru-baru ini saya dengar, si Zubaidah tu dah tak ada. Kalau kamu perlukan duit, cakap saja dengan saya. Mana yang saya mampu, saya akan tolong. Tapi... doa-doa sajalah supaya saya dapat pikat hati itu janda kampung sebelah." Uncle Muthu mengakhir bicaranya dengan lawak tak kena tempat.

Oja angguk. "Saya okey saja. Tak ada apa-apa lah. Setiap yang hidup pasti akan mati. Cepat atau lambat, kematian itu tak kenal usia muda atau tua. Apa yang kita kena lakukan ialah mempersiapkan diri kita menghadapi detik-detik itu."

Uncle Muthu mengangguk tanda setuju.

"Betul tu. Tapikan Seroja, umur kamu sudah masuk 22 tahun. Takkan tak punya pujaan hati lagi?"

Ini mesti... ini mesti kerja anak saudaranya, si Rajesh itu yang minta Uncle Muthu tanyakan.

Oja diam.

Esok-esok aku datanglah ke sini. Nanti akan ada orang yang rindukan aku.

Pelik!

Siapa yang akan rindukan lelaki itu? Lama Oja berfikir, tak mungkin dia bukan? Ya, tak mungkin dia.

"Seroja!"

Tersentak Oja dari lamunannya. Oja hadirkan sengihan kecil di bibir.

"Pergilah balik. Rehat. Kedai ini biar aku yang tutup." arah Uncle Muthu.

"Baik, terima kasih."

Uncle Muthu geleng kepala.


RUMAH kayu berwarna biru cerah milik Nek Bedah dipandang dari kejauhan. Oja rindu akan bau neneknya itu, suaranya, dan masakannya. Oja tak kisah kalau mereka mahu tinggal di sana. Asalkan tahu menjaga rumah pusaka itu, dan membersihkan halaman. Lagipula Oja tak punya hak apa-apa ke atas rumah itu.

Walaupun rumah itu diwariskan kepada Oja, tetapi Oja tidak mahu berbalah dengan Mak Long hanya disebabkan perebutan rumah pusaka, nek bedah.

"Cepatlah, Sya! Jangan berlambat. Nanti budak tu datang, marahkan kita pula." Mak Long bersuara.

Kanvas pokok mangga dicampak ke dalam api yang marak. Termasuk itu, sudah empat kali lukisan Oja dijilat api. Lukisan taburan bintang di dada langit yang dia lukis baru-baru ini, hampir-hampir dicampak ke dalam api. Mujur Oja pantas menarik kanvas itu daripada Mak Long.

"Apa yang mak long buat ini? Kenapa bakar lukisan Oja?"

Hancur berkecai hatinya apabila lukisan yang menjadi tempat curahan hati dibakar begitu saja. Ingin diselamatkan, sudah terbakar sepenuhnya.

Oja memeluk erat lukisan taburan bintang. Mata terpejam rapat cuba mencari sisa kekuatan yang ada dalam diri. Dia tahu apa yang akan berlaku selepas ini. Dia tahu, dirinya akan menerima cacian, sindiran, dan kata-kata pedas.

"Kenapa Mak Long benci sangat dekat Oja? Apa yang Oja dah buat dekat Mak Long?"

"Salah kau? Salah kau cuma satu, Seroja..."

"Kau..."














Update kali ini pendek je. Selalunya 1500 hingga ke 1600 huhuhu... Happy reading!

Bแบกn ฤ‘ang ฤ‘แปc truyแป‡n trรชn: Truyen2U.Pro