Bab 21

Mร u nแปn
Font chแปฏ
Font size
Chiแปu cao dรฒng


QAF berkira-kira hendak memberikan beg kertas berisi tudung yang baru dia beli tadi kepada Oja. Takut, kalau gadis itu tidak menerima pemberiannya. Yalah... siapalah dia bagi Oja, bukan? Qaf sorok beg kertas dibelakangnya ketika Oja masuk ke dalam bilik.

Seketika. Mata mereka bertembung arah. Tetapi Qaf tayang muka tenang seolah tiada apa yang berlaku. Oja pun apalagi, diam membisu diri. Tangannya lancar bergerak menjahit baju kesukaan di birai katil. Baju T kuning bersaiz besar, dan bercorak Bugs Bunny.

Lengannya terkoyak akibat kecuaian sendiri. Oja tidak menyedari lengan baju itu tersangkut pada paku ketika dia sedang sibuk bekerja di kedai Uncle Muthu. Mujur jarak yang tercipta, tidaklah jauh mana. Oja pulang ke rumah dan menukar ke baju baru. Fikirnya, dia akan menjahit baju itu bila ada masa lapang. Tetapi, dilupakan sehingga sekarang. Bila dia mahu pakai, baru teringat baju itu belum habis dijahit.

Qaf berdehem. Menyedarkan Oja dari lamunan.

Oja angkat kepala. "Hmm?"

Tenungan dari Oja buatkan jantung Qaf berdebar hebat. Serta-merta keberaniannya hilang begitu saja. Dibawa angin, atau... dibawa perasaan sendiri? Qaf gigit bawah bibir. Mahu tidak mahu, dia kena berani.

Qaf, sudah terbiasa berdepan dengan musuh. Tetapi, berdepan dengan gadis ini boleh buatkan dia hilang akal. Langkah diatur mendekati Oja. Duduk berlabuh di sebelahnya. Kemudian, beg kertas dihulur kepada Oja.

"Untuk kau."

"Untuk aku?" Laju Oja membalas. Beg kertas disambut perlahan.

"Hmm..."

"Tu... tudung?"

Kepala diangkat memandang wajah Qaf. Air mata mula bertakung. Terharu. Qaf pula, jadi serba salah bila lihat Oja seperti mahu menangis. Kalau dia tahu, dia hadiahkan lain hari sahaja. Dan bukan sekarang.

Bagai disambar petir, tubuh Qaf kaku bila dipeluk oleh Oja. Jantungnya berhenti berdegup. Nafas tersekat di kerongkong. Matanya jatuh ke sepasang mata persis anak cina yang memandang bersama sisa cecair jernih. Rambut yang dilepas bebas tanpa diikat, ditolak ke belakang telinga.

"Senyum. Aku tak suka tengok kau nangis."

Pelukan dilerai. Oja angguk laju. Dihadiahkan senyum yang terbit dari hati bersih.

Qaf... boleh cair dia di situ. Senyum yang tak dibuat-buat. Senyum yang hadir dari di bibir yang belum dimiliki.

Sehelai tudung bawal Soft pink dibawa keluar dari dalam beg kertas dan dilipat menjadi bentuk segi tiga. Disarung tudung itu ke kepala Oja. Rambut yang tersisa, ditolak ke dalam.

"Neraka tak bakar separuh-separuh. Neraka bakar full terus. Aku, tak nak rambut cantik ini jadi pandangan orang lain. Aku tak nak aurat isteri aku terdedah sana-sini. Biar aku seorang saja yang lihat rambut kau. Boleh kan, sayang?"

Sayang? Memerah terus pipi Oja. Pipi yang dikembungkan untuk menahan rasa malu, undang tawa kecil di bibir Qaf. Jari telunjuknya mencucuk pipi bersih itu.

"Comel."

Pipi Oja ditarik oleh Qaf. Terkejut tetapi Oja suka pipinya diperlakukan seperti itu.

"Kalau... kalau aku comel, habis kau itu apa?" tanya Oja.

"Kacak!" jawab Qaf laju. Bangga angkat bakul sendiri.

"Taklah, aku tak rasa diri aku hensem pun." Qaf tunduk menekur lantai. Tengok! Lantai itu lagi berupa dari dia.

"Siapa cakap kau tak hensem?"

Laju Qaf berpusing ke arah Oja.

"Aku?"

"Perasaan kau aje tu. Allah ciptakan semua hamba-Nya cantik dan hensem. Tapi! Tak semua orang dapat lihat, hanya yang tertentu saja. Macam aku?" Oja tayang sengih.

Terasa ada kelainan pada pandangan Qaf.

"Qaf?"

Qaf diam membisu diri.

"Tak semua Fiyyah. Macam apa yang aku buat sekarang ini. Tak semua orang akan faham apa yang aku pertahankan dan perjuangkan. Tapi kau... kau lain daripada lain. Rasanya aku tak perlu jelaskan apa-apa kat kau. Fasal pekerjaan aku? Better kau tak payah tahu. " Qaf berjauh hati. Kepala ditundukkan ke bawah.

"Kenapa pula? Tak salah untuk aku tahu."

"Hm..."

Oja mengeluh kecil. Susah juga bila bercakap dengan orang tua seperti Qaf.

"Qaf..."

Tangan kecil Oja memusingkan kepala Qaf menghadap ke arahnya. Kedua tangan masih setia memegang pipi Qaf.

"Aku bangga ada suami macam kau, wira negara. Tak salah untuk kau berkongsi kisah dengan aku, anggap je aku ni diari manusia. Aku faham, dan tahu apa yang kau buat. Tapi kau takut. Bila kau buka cerita, aku yang lari. Betul tak? Kau salah, Qaf. Aku takkan lari. Aku... di sini, dan akan tetap di sini." ucap Oja.

Tangan kecilnya diturunkan ke bawah. Dan, digenggam erat. Qaf menatap lama wajah cerah itu. Sekilas pandang, macam anak cina. Tetapi bukan. Dari mata, hidung, dan turun pula ke bibir merah jambu.

Qaf telan air liur.

"Aku..."

Qaf maju ke hadapan. Semakin lama semakin mendekat sehingga Oja terkunci. Renungan mata bertukar nakal. Terbit satu rasa ingin mengusik gadis itu.

Dup Dap... Dup Dap...

Jantung Oja berdetak laju. Nafas Qaf menampar pipi Oja. Beza berberapa inci sahaja lagi sebelum hidung saling berlanggar. Ibu jari menyentuh bawah bibir Oja.

Dia tergelak kecil melihat Oja sedang memejam mata rapat-rapat. Takut benar dia.

"Aku tahu kau tak ready lagi. Tak apa, ambil masa kau. Aku tak paksa,"

Dahi Oja dikucup. Qaf bingkas bangun dari tempat duduk.

"Oh... sekejap lagi aku nak bawa kau keluar. Aku tengok 'barang-barang' kau banyak yang lama."

"Lama?"

Tolong jangan cakap Qaf periksa almari bajunya sudah.

Qaf tersenyum senget. "You have a great taste, Fiyyah."

Cepat-cepat Oja memeriksa laci bawah almari yang menyimpan pakaian dalam. Oja menepuk dahinya. Terdapat beberapa pasang yang sudah diganti. Itu hari dia terlupa nak beli baru, sudahnya Qaf sendiri yang putuskan untuk beli. Bahang panas terasa di pipi. Oja tepuk dahinya berkali-kali.

Entah macam mana dia nak berdepan dengan si Suami nanti.

"Sampai hati kau, Qaf." Bibir diketap rapat. Hidung mendengus kegeraman.

Ini tak boleh jadi!








LAUTAN manusia diredah dengan tenang. Jemari kasar bersatu lama dengan tangan kecil yang tenggelam dalam pegangan itu. Bimbang dia tersesatlah sangat. Tempat pertama yang mereka tuju ialah Watson. Qaf berniat hendak belikan Oja set penjagaan kulit.

Selepas itu pula, mereka mengisi perut di sebuah restoran yang menyajikan makanan Korea.

Oja gembira, Qaf juga sama. Dia sedih, Qaf pun sedih. Apa yang dirasai oleh Oja, turut dirasakan oleh Qaf. Meskipun mereka belum bersatu secara batin. Tetapi, jiwa mereka saling menyatu dan berpaut pada kekuatan cinta. Mereka mula belajar mengenali erti cinta. Cinta yang berputik, menambah kemanisan dalam perhubungan.

Tak kenal, maka tak cinta.

Petang itu, dihabiskan dengan melempar pandangan ke laut biru. Bibir pantai disapa pukulan ombak kecil. Langit jingga mendamaikan jiwa. Bayu bertiup mengusik dress soft pink yang disarung ke tubuh lalu dipadankan dengan tudung yang diberi oleh Qaf.

Senyum mengembang di wajah Oja. Tak pernah-pernah dia ke pantai. Sekali dalam seumur hidup. Qaf pula, secara diam-diam sibuk membentuk dawai menjadi crown sebelum dihiasi dengan bunga-bunga kecil, daun hijau, dan akar.

Berat hati hendak pergi, dia tak rela meninggalkan Oja. Tiga bulan? Terasa cukup lama bagi Qaf. Kalau dulu, dia tak kisah. Tetapi sekarang, bila hati sudah berpunya. Dia tak suka berpisah lama-lama.

Qaf berhenti melangkah ke arah Oja. Dilihat jari telunjuk menguis-nguis pasir pantai. Membentuk garisan senyum yang mewakili kegembiraan hati. Oja toleh ke kiri bila deheman Qaf menyedarkannya.

Dia punya sesuatu hendak diberikan. Lantas Oja berdiri dan menunjukkan cangkerang siput kepada Qaf. Berwarna putih bersih seperti wajahnya. Senyum ditayang menambah keserian wajah. Qaf tidak pernah menyangka yang dia berkahwin dengan bidadari.

"Untuk aku?"

Oja angguk laju. Terbit tawa halus di bibir. Rasa terharu menggunung dalam diri. Tetapi, lain pula di fikiran Oja. Mungkin Qaf tak suka dengan pemberiannya itu. Yalah... siapa saja yang suka dengan cangkerang siput? Cangkerang kosong yang tiada nilainya.

"Kenapa gelak? Kau tak suka kan? Tak apa, aku boleh cari yang baru." Oja berjauh hati.

Senyuman mengendur di wajahnya.

Qaf geleng rakus. "Siapa cakap aku tak suka? Apa yang Fiyyah beri, semuanya berharga bagi aku. Termasuklah hati kau. Hati yang kau beri, akan ku jaga baik-baik. Macam aku jaga nyawa aku." Qaf senyum lagi.

Oja mengamati wajah itu. Wajah bersih dan dihiasi lesung pipit kecil ditepi bibir. Mouth Corner Dimple yang menyerupai Zhou Yiran tetapi versi ciplak.

Qaf tunduk hingga menyamai ketinggian Oja. Kesian pula dia angkat kepala memandang wajah kacaknya itu. Lenguh juga nanti.

Flower Crown disarung ke kepala yang berbalut tudung. Oja tersentak bila pucuk hidungnya dicuit oleh Qaf.

"Tengah fikirkan aku lah tu!" Qaf perasan lagi.

Tuhan! Malunya terbang pergi.

Oja masamkan wajah. Dia menolak perlahan dahi Qaf.

"Sibuk je..."

"Alah, aku sibuk dengan Fiyyah seorang aje." tambah Qaf.

Fikir Qaf, dia hendak mengukir nama mereka pada cangkerang itu dan meletak di dalam peti kaca bersaiz kecil. Selain menyimpan kenangan, cangkerang putih bersih itu dapat dijadikan sebagai perhiasan atas meja.

Oja menyentuh Flower Crown yang tersarung di kepala. Senyum terukir di bibir dan mempamerkan dua batang gigi arnab.

"Terima kasih." ucap Oja.

Sekali lagi tubuh Qaf menjadi mangsa pelukan Oja. Qaf halal untuk disentuh. Tubuh Qaf kaku. Keras. Segala rasa bercampur aduk dalam diri. Secara perlahan, tangan kekar membalas pelukan itu. Ditarik Oja sehingga gadis itu tenggelam dalam pelukan Qaf. Hangat kasih kian menyatu.

"Tak perlu ucap terima kasih pada aku, Fiyyah. Sepatutnya aku yang berterimakasih pada kau. Disebabkan kaulah, aku kenal apa itu erti cinta,"

Kepala diangkat memandang wajah Qaf. Oja tergelak kecil.

"Bukan fasal itulah. Fasal cangkerang tu."

Pelukan dilerai. Qaf melipat tangan di dada.

"Perasan lebih rupanya aku." Qaf mencebik.

"Eleh, dah tua pun nak merajuk." usik Oja.

Qaf menoleh ke kanan. Rasa nak hadiahkan cubitan ketam pada pipi itu pun ada.

"Oh... dia ingat dia muda lagi ya?" Kening terjongket sebelah. Oja berundur ke belakang bila Qaf mula mendekat.

"22 tahun masih muda. Bukan macam kau, dah tua bangkak! Bluerk!" Oja berlari anak meninggalkan Qaf di belakang.

Entah pergi mana si gadis. Mungkin, pergi membeli aiskrim di gerai untuk memujuk.

Qaf pandang lama tubuh kecil itu. Kehadirannya menghiasi ruang hati Qaf. Disambut penuh kasih, dan dijaga penuh teliti.

Debaran hati mengata cinta. Bisikan rindu mula bercambah. Hari ini ialah hari terakhir mereka bersama. Dan, dia akan hayati hari itu baik-baik.
















BERSAMBUNG...
Maaf sebab part kali ni cliche sikit.
Kitonyor tak reti nak buat part
romance. :โ -โ P


Bแบกn ฤ‘ang ฤ‘แปc truyแป‡n trรชn: Truyen2U.Pro