Bab 41

Mร u nแปn
Font chแปฏ
Font size
Chiแปu cao dรฒng

"Abang nak gerak sekarang ke? Tak nak tunggu kak jaja?" Piyan bertanya.

Luqman menggeleng perlahan. Biarlah menjadi rahsia. Oja tidak perlu tahu kehadiran Luqman ke situ.

"Tak perlu. Kan abang dah cakap, kak jaja tak boleh tahu siapa abang." tambahnya lagi. Senyum digariskan di bibir, biarpun secara terpaksa.

"Kenapa pula?" Buntal menyampuk.

Luqman tunduk lalu mengusap kepala Buntal yang masih tersarung topi.

"Hish! Apa ni sentuh kepala orang." Buntal mengalihkan tangan Luqman.

"Sekarang... abang dah tunaikan janji abang. Giliran kau orang pula lepas ni ya, abang tak boleh berlama-lama kat sini." beritahu Luqman. Harap-harap mereka berempat tidak membocorkan rahsia.

"Jangan risau! Serahkan pada Paan. Cuma tulah... Mina ni celupar sikit. Sikit jelah." tambah Paan. Luqman gelak kecil.

"Ada-ada je. Ingat... Cakap apa yang abang suruh bila kak jaja datang sini. Jangan..." Luqman berhenti di hujung kata. Sengaja mengingatkan mereka tentang perjanjian sebentar tadi.

"Bocorkan rahsia!" Mina menyambung penuh semangat.

"Betul tu."

Piyan, Paan, Mina, serta Buntal bergiliran menyalami tangan Luqman sebelum dia masuk ke dalam perut kereta. Kalau ikutkan hati, nak saja dia tunggu di situ. Nak saja dia perkenalkan diri kepada Oja buat kali kedua. Nak sahaja dia ulang semula detik-detik pertemuan mereka di tempat itu.

Namun, dia tidak mampu. Dia tidak kuat. Dia terlalu bodoh kerana menyukai seseorang yang belum tentu akan menjadi miliknya.

Tidak jauh dari situ, cermin kereta diturunkan. Luqman melemparkan pandangan ke arah Oja yang sedang berpelukan dengan kanak-kanak tadi.

Baru mahu menerbitkan senyum di bibirnya, pandangan teralih pula pada sesusuk tubuh tinggi lampai yang baru tiba di situ. Ya, itulah pemenangnya.

Riak muka Luqman berubah serta merta. Mendung gelap memayungi kepalanya. Dan menunggu masa sahaja untuk melepaskan takungan air.

Luqman alihkan pandangan ke hadapan. Sedaya upaya dia tahan rasa sakit yang mencucuk ke hati.

"Jaga dia baik-baik, Qaf. Jangan sakitkan hati dia. Mungkin... bila aku dah cukup kuat untuk lepaskan, aku takkan pandang belakang dah. Aku akan maju terus. Tapi nama tu..."

"Akan selamanya terpahat di hati aku,"





ENTAH kali ke berapa Bella mengetuk pintu bilik Armel. Bimbang juga terjadi apa-apa nanti. Dia susah hati memikirkan keadaan gadis itu. Apatah lagi bila Armel baru sahaja mendapat tahu tentang perkahwinan Qaf.

Dia macam tidak biasa dengan perangai kawannya seorang itu. Armel susah mahu move on. Cinta pertamanya ialah Qaf. Armel sudah akui beberapa hari lepas.

Yang lebih memeningkan kepala, bila Armel sendiri nekad untuk mendapatkan Qaf.

"Mel, aku tahu kau kat dalam. Tapi jangan kurung diri dalam bilik je. Aku tahu kau lapar. Aku tinggalkan makanan depan pintu bilik, ya?" Terbantut langkah Bella hendak meletak dulang makanan depan pintu bila pintu bilik Armel dibuka dari dalam.

Bella melepas nafas berat. Payah nak memujuk orang yang patah hati. Bella bangkit semula sambil membawa dulang.

"Mel, aku masuk tau." beritahu Bella lembut.

Dulang makanan diletak di atas meja sebelah katil. Armel didekati.

"Mel..." Perlahan Bella menyeru.

Diam.

"Armel Aisyah." Bella panggil lagi tetapi kali ini bernada tegas dan keras.

Perlahan-lahan Armel mengangkat kepala. Senyum palsu ditayang. Cukup sekadar menutupi muka yang pahit. Bella senyum, lalu menolak rambut panjang Armel ke belakang telinga.

"Kau dah lupa? Kau ada aku. Aku takkan tinggalkan kau, macam mana orang lain selalu tinggalkan kau, Mel." ujar Bella.

Ditatap lama muka Armel. Bella tahu gadis itu diselubungi rasa kecewa yang membukit. Dia tahu jiwanya sudah hancur dan mengambil masa yang lama untuk pulih.

Luka di hati gadis itu terlalu dalam. Bukan dia yang rasai, bukan dia yang berada di tempat Armel. Tetapi dia tahu luka itu berpunca dari apa.

"Kenapa aku putuskan pertunangan tu? Kalau aku tahu..." Armel menggeleng kecewa.

"Aku takkan. Aku takkan putuskan." Armel melirik ke arah Bella di sebelahnya. Mutiara jernih berderai lagi di pipi yang cerah.

"Kenapa mesti dia, Bella? Kenapa mesti perempuan kampung tu yang jadi pilihan Qaf? Kenapa bukan aku?" Bertalu-talu soalan diaju. Tetapi Bella kekal berdiam, membiarkan dirinya menjadi mangsa perlepasan emosi dari Armel.

"Takdir dah tentukan dengan siapa kau akan bertemu, Armel. Tak semestinya orang yang kau suka, akan jadi milik kau. Lepaskan dia pergi, Mel. You deserve someone better then him," pujuk Bella. Harap-harap menjadi.

Armel menggeleng perlahan. "Tak. Tak, Bella. Aku tahu dia tak cintakan isteri dia pun. Aku tahu perempuan tu hanya jadi 'pak sanggup' dan aku percaya..."

"Suatu hari nanti mereka akan berpisah." Armel berkata penuh semangat.

Bella menghela nafas lebih berat. Tuhan... bantulah dia menyedarkan Armel bahawa di hati Qaf, hanya ada satu nama. Dan nama itu akan selamanya terpahat di hati Qaf.

"Jadi... kau nak tak bantu aku?"

Bella senyum tipis. "Kalau aku mampu,"

"Bantu aku dapatkan Qaf. Dialah yang pertama, dan terakhir dalam hidup aku, Bella." akui Armel.

Jeda.

Bella mati kata.











HEMBUSAN bayu dikala mentari senja memukul hoodie tanpa lengan yang melapisi tubuh sasanya. Berjalan di bibir pantai amat menenangkan jiwa yang selalu berperang. Bertemankan bayu bertiup perlahan, pukulan ombak menyapa koklea, serta jeritan kecil yang terhasil dari sang isteri.

Qaf tersenyum. Suka benar melihat Oja gembira. Perlahan Qaf mendekati Oja yang sedang sibuk menerbangkan layang-layang.

"Nak abang bantu?" tawar Qaf. Soal ini, mudah saja bagi dia.

"Tak perlu. Awak duduk diam-diam kat sana, saya boleh buat sendiri. Jangan pandang sebelah mata, saya ni terer tau." jawab Oja.

Macamlah dia tak reti terbangkan layang-layang. Haih... dah namanya membesar di kampung, takkan dia tak pandai langsung?

Qaf perhatikan sahaja tangan kecil yang cuba menerbangkan layang-layang. Mungkin, sudah berputus asa. Oja mengambil keputusan untuk berlari sahaja sambil menarik layang-layang di belakang.

Tanpa sedar, Qaf tergelak. Bertambah gelak lagi bila layang-layang yang berjaya diterbangkan oleh Oja terputus dan tersangkut di atas pokok.

"Dahlah. Memang aku tak terer langsung." Oja berputus asa. Akhirnya dia memilih untuk duduk di atas pasir sambil melunjurkan kedua kaki.

"Penat?" Qaf menghampiri lalu duduk di sebelah Oja.

"Sindir ke?" balasnya perlahan.

Qaf tergelak tipis. "Eh, taklah. Tadi orang tu cakap dia terer sangat. Tak sangka pula layang-layang tu dah terbang tinggi sampai atas pokok." usik Qaf lagi.

Oja mencebik. Dia menumbuk bahu Qaf yang terdedah.

"Sakitlah!" adu Qaf.

"Tahu pun! Sekarang... mana yang lagi sakit? Hati saya, atau bahu awak yang hitam tu?" soal Oja.

Dipandang lama Qaf yang sedang menunduk ke bawah sambil menggosok bahunya. Sakitlah sangat.

Qaf mengangkat kepala tepat ke arah Oja. Jeda seketika bila empat pasang mata saling bertembung arah.

Qaf hadirkan senyum manis bersertakan lesung pipit kecilnya di tepi bibir. Oja yang memandang, jadi tak keruan. Cepat-cepat dia ubah arah, bila pipi cerahnya mula berona merah.

Qaf tersengih. Tanpa Oja sedar, Qaf kian mendekat sehingga tiada jarak yang tersisa.

"Fiyyah..." seru Qaf perlahan.

Oja menoleh ke kiri. Tepat di mana Qaf maju ke hadapan.

Degupan jantung bertambah laju bila Qaf menatapnya sambil tersenyum. Mata bulat Oja jadi semakin bulat. Dia perasan Qaf mempunyai tahi lalat kecil di tepi hidung serta di bahagian bibir.

"Rambut awak nampak." Qaf menolak masuk anak rambut yang terkeluar dari selendang. Dia tahu Oja belum biasa memakai tudung. Kemudian, dia kembali ke tempat asalnya semula sambil tersenyum.

"Kenapa terbangkan layang-layang tu seorang? Kan boleh minta dekat abang untuk bantu terbangkan." ujar Qaf. Dia tahu Oja tidak suka menyusahkan sesiapa. Selagi dia boleh lakukan sendiri, dia akan lakukan.

Tetapi, dia ada Qaf. Dan Qaf sentiasa ada di sisinya.

"Sebab saya tak suka susahkan sesiapa."

"Kenapa?" Qaf menoleh ke arah Oja.

"Dari kecil saya selalu dianggap menyusahkan oleh Mak long. Agaknya kelahiran saya ini cuma bawa malang dalam hidup dia saja. Dan sejak itu... saya belajar buat semuanya sendiri. Apa yang saya nak, saya akan cuba dapatkan. Apa yang saya tak mampu nak dapatkan, saya akan berusaha." jelas Oja.

Pandangan dilempar ke arah laut. Sesekali ombak kecil berebut-rebut untuk sampai ke pinggir pantai. Oja duduk berpeluk lutut. Terasa yang dia lalui sekarang, bagaikan mimpi.

"Macam mak awak." Oja tersenyum tipis.

Dia manusia, dia tahu erti penat.

"Mak saya?" soal Qaf.

"Macam mana sekalipun saya berusaha dapatkan hati dia, buat dia terima saya. Saya takkan mampu, Qaf. Saya pun penat nak berusaha. Tapi sebab sayangkan anak dialah, saya sanggup bertahan. Saya yakin suatu hari nanti pintu hati Mama awak akan terbuka. Dia akan terima saya nanti," luahnya. Terasa ringan sedikit bila sudah dikongsi.

"Sebab itulah saya kena hidup. Saya nak tengok Nek Som happy dapat cicit seorang, Mama dengan Apak dapat cucu baru, dan saya dapat jadi Mama. Saya nak lalui semua itu hanya dengan awak, Qaf. Saya tak nak yang lain. Sebab itu saya sanggup bertahan dengan awak,"

Qaf jeda. Apa yang baru diperkatakan oleh Oja benar-benar menyentuh hatinya.

"Awak... umpama tangan yang menghulur ketika saya jatuh. Saya akan sambut baik-baik. Dan awak, hadir ketika saya amat perlukan awak, Qaf. Saya sayangkan awak sangat-sangat."

Tubuh Qaf semakin kaku bila Oja baru sahaja memeluknya. Perlahan-lahan tangan Qaf naik membalas pelukan Oja. Dibiarkan gadis itu menangis sehingga dia berasa lega barulah pelukan itu dileraikan.

"Saya tak sangka saya akan bertemu dengan orang yang kuat macam awak, Fiyyah. Kalau saya dekat tempat awak, saya sendiri takkan mampu. Tapi bila dah jatuh sayang, kita akan sanggup buat apa sahaja demi orang yang kita sayang. Dan saya..." Qaf mengangkat tangan untuk membuat ikrar.

"Berjanji akan berjuang hingga ke akhir nafas. Dan berjanji akan menjaga, menyayangi, serta mencintai, Ainul Afiyyah binti Ramli hingga ke akhir hayat. Tak kira dia tak pandai terbangkan layang-layang, saya akan tetap. Tetap cintakan dia seorang,"
Qaf senyum lagi.

Oja pandang kiri kanan. Ramai pula yang melihat. Dia jadi malu.

"Turunkan tangan cepat. Tak kena tempat awak nak berikrar." perli Oja.

"Tak apa, yang penting hensem."













Happy Reading. Bab 42 esok, ataupun malam ini. Insya Allah.







Bแบกn ฤ‘ang ฤ‘แปc truyแป‡n trรชn: Truyen2U.Pro