Bab 42

Mร u nแปn
Font chแปฏ
Font size
Chiแปu cao dรฒng

"AKU tak nak libatkan sesiapa pun dalam hal ni. Jadi..." Dora berhenti di hujung kata. Dia menolak telefon bimbit di atas meja ke arah DCP Harun.

"Lindungi perempuan tu." sambungnya sesudah itu.

DCP Harun melihat gambar seorang gadis yang terpapar pada skrin telefon bimbit Dora. Dia tersenyum tipis.

"Girlfriend ke?" soalnya pula. Telefon ditolak semula kepada pemilik.

Dora mematikan telefon sebelum mencuit hidung sendiri.

"Kau rasa?"

DCP Harun gelak kecil. Zaman anak muda. Masa dulu, dia pun pernah melaluinya juga.

"Kalau macam tu, aku tak boleh nak tolak." putus DCP Harun.

Dora menghembus nafas lega. Riak muka lelaki itu jelas menunjukkan bahawa gadis yang perlu dilindungi oleh DCP Harun ialah seseorang yang amat berharga bagi dirinya.

"Jangan risau, aku akan jaga dia macam aku jaga anak aku sendiri. Walaupun..." DCP Harun menggaru keningnya sebelum dia mengeluh perlahan.

"Aku tak pernah ada anak."

"Sebab apa? Kau tak kahwin lagi ke?" Dora berminat untuk tahu.

"Eh, bukan. Kau jangan pandang aku sebelah mata saja, Nial. Aku dah lama kahwin." Laju DCP Harun menjawab.

"Dulu, aku ada anak perempuan. Cantik nama dia... Zarith Anan. Kau pun tahu kerja aku, dan kerja Fatimah macam mana. Jadi aku putuskan untuk ambil pengasuh, jaga Zarith. Tapi tak sangka pula..."

"Dia bawa lari anak kau?" Dora memangkas.

"Betul. Macam mana kau tahu?" DCP Harun tertanya. Dia belum habis bercerita, tetapi Dora sudah tahu.

Dora tergelak hambar. "Aku tekalah. So sampai sekaranglah kau tak jumpa dengan anak kau?"

DCP Harun mengangguk saja. "Aku masih tak berputus asa cari dia, Danial. Kalau dia hidup, dah besar sekarang. Tak silap aku... dia hampir sebaya dengan kau."

"Baguslah. Teruskan pencarian kau." Dora senyum kecil. Dia menepuk bahu DCP Harun lalu bangun dari tempat duduk. Topi besbol dirapikan.

"Ingat. Jaga perempuan tu baik-baik. She's my only treasure. Lagi pun perempuan tu tak boleh bercakap." pesan Dora lagi.

DCP Harun seperti biasa. Hanya mengangguk sebagai balasan.






Kita nak ke mana?

Soalan yang dilontar oleh Anan dibiarkan sepi tanpa balasan dari Dora. Tahulah dia nanti.

Tuan?

Anan menyoal lagi. Dora menoleh ke kiri. Gadis itu masih setia memandangnya, masih menanti jawapan dari Dora. Tetapi Dora kekal berdiam diri. Fokus ke pemanduan.

Kalau dia cakap dia akan bawa Anan berjumpa dengan Ibunya, makin banyak tanya pula dia nanti.

Buat masa sekarang, Dora lebih pilih untuk diamkan diri. Dan tidak jawab soalan dari Anan.

Lagi pun dia tidak boleh mengurung gadis itu di dalam rumah selamanya. Anan punya mimpi. Punya impian yang hendak dikecapi. Masa depan gadis itu lebih cerah, berbanding dia. Jadi tiada guna dia nak menghalang. Suatu hari nanti, pasti gadis itu akan terbang tinggi dan melebarkan sayapnya.

Tidak seperti dia.

Dan dia tahu, DCP Harun serta Puan Fatimah menanti kehadiran Anan di rumah mereka.






HADIEF melastik gambar Anan yang berada dalam pegangan tangannya. Lalu dia tergelak sinis.

"Kau bodoh, Danial! Kau tak tahu dengan siapa kau cuba bermain api. Kau tak tahu Danial. Dia... bukanlah seseorang yang patut kau dekati,"

"Anak polis pula tu!"

Gambar dicampak ke atas meja. Kening kiri terjongket sebelah. Sambil mengusap dagunya, terlintas sesuatu di fikiran Hadief. Tak mungkin tikus itu ialah Dora? Tikus yang berkhidmat pada pihak polis? Salurkan maklumat, serta gagalkan operasi mereka?

Bila di fikir semula, amat mustahil untuk ia berlaku. Mungkin Dora belum tahu identiti sebenar gadis itu. Lagi pula, dia sendiri yang mengutip dari kelab malam. Pertemuan pertama mereka tidaklah seindah mana. Mungkin Hadief yang banyak berfikir.

"Tapi tak mustahil kalau dia jadi tikus dalam Dragon."

Hadief bersandar pada kerusi sambil meletakkan kedua tangan di belakang kepala. Nafas dihembus perlahan. Matanya leka memandang siling.

"Apa hubungan dia dengan perempuan tu? Kekasih hati ke? Tak juga..."

Memikirkan hal itu membuat kepala Hadief bertambah sakit. Akhirnya dia memutuskan untuk mengawasi gerak geri Dora sahaja. Dia tidak berminat nak tahu lebih lanjut mengenai hubungan mereka. Kekasih gelap, atau sekadar hamba pemuas nafsu, dia tidak kisah. Tapi, cuma satu yang dia tertarik.

Zarith Anan ialah anak kandung kepada DCP Harun.

Dan DCP Harun bertugas di jabatan siasatan jenayah narkotik.

Mereka pula?

Pembekal bahan terlarang itu.

Jadi, tak mustahil kalau DCP Harun sengaja menghantar anaknya untuk mengorek maklumat mengenai mereka melalui
Dora.

"Jauh sangat dah aku fikir ni..." Hadief tertawa halus.






BERDIRI tegak di depan rumah Tuan Yusuf buatkan Oja tidak berani melangkah masuk ke dalam. Biarpun ditemani oleh Qaf, perasan takut masih menguasai dirinya. Menyedari perubahan itu pada isteri, Qaf menggenggam tangan kecilnya. Cuba menyalurkan semangat serta kekuatan yang dia ada.

"Macam mana kalau..." Oja berhenti mengutarakan kata. Dia memandang ke arah Qaf.

"Jangan risau, abang ada." Qaf tahu Oja belum bersedia pulang ke rumah. Dia tahu gadis itu belum bersedia menerima luka baru. Luka lama saja ambil masa nak pulih.

Oja menggeleng perlahan. Tak boleh ke aku balik kampung? Hm...

"Fiyyah percaya dekat abang tak? Kalau Fiyyah percayakan abang, Fiyyah takkan takut." pujuk Qaf.

Qaf mengeratkan lagi genggaman pada tangan kecil Oja. Bertaut, dan bersatu lama. Oja turut membalas. Dia mendongak ke atas memandang wajah Qaf sebelum dia tersenyum secara paksa, sekadar menyedapkan hati.

"Dah sedia?"

Oja ketap bawah bibir. Dia tunduk seketika lalu angkat kepala dan balas panahan mata Qaf.

"Hmm."







SUASANA baru yang terasa cukup asing bagi Anan. Dia tidak lagi berada di dalam rumah kepunyaan Dora. Tidak lagi duduk berdepan dengan tv sambil melipat kain. Tidak lagi termenung ke luar tingkap sambil memikir dunia luar. Tidak lagi di kurung di dalam rumah. Erti kata lain, dia sudah bebas.

Tetapi, entah mengapa. Bukan kebebasan seperti itu yang dia mahukan.

Dora sudah jelaskan pada Anan ketika dalam kereta. Dia akan tinggal bersama keluarga baru. Namun, Anan tidaklah segembira mana. Dia tidak bertanya lagi, selebihnya banyak berdiam diri sebelum tiba di rumah.

Dia cuma berharap bahawa dia akan dipertemukan semula dengan kedua ibu bapa Anan. Biarpun cuma batu nisan yang dia lihat, itu sudah mencukupi.

Andai kata mereka berdua masih hidup. Gembiranya sungguh tidak terkata. Andai dapat dia suarakan, maka bertambah lagi kegembiraan itu.

Senyuman yang terukir di bibir merah jambu kembali pudar bila kata-kata Mak cik Linda terlintas di fikiran.

"Orang tua kau dah lama mati. Aku sendiri tak tahu kau ini anak siapa!"

Mak cik Linda ingat Anan akan berhenti mencari tahu dan berputus asa. Tapi siapa sangka. Ketika Anan sedang mengemas bilik tidur Mak cik Linda, dia menemukan sesuatu yang mak cik Linda sorok selama ini.

Puan Fatimah terpegun melihat indahnya seraut wajah Zarith Anan. Dari sepasang mata, turun pula pada hidung mancung, kulit cerah. Sekali lihat, ada iras seperti suaminya pula.

Puan Fatimah mendekati. Dia duduk di sebelah Anan. Dia sudah dimaklumkan awal-awal oleh DCP Harun tentang gadis yang perlu mereka jaga.

Tidak mengapa. Tidak ditemukan dengan anak sendiri, yang satu ini pun jadilah. Dapat juga dia merasa menjaga anak gadis.

"Nama mak cik Fatimah."

Puan Fatimah memperkenalkan dirinya melalui bahasa isyarat. Biarpun agak lambat, dia masih berusaha untuk menyampaikan setiap patah perkataan kepada Anan.

Anan mengangguk laju.

Nama saya Anan.

Zarith A.N.A.N

Puan Fatimah jeda. Tidak mungkin itu ialah anak yang pernah hilang suatu ketika dulu?

"Aa... Anan?"

Anan mengangguk buat kali kedua.

Nama mak cik cantik. Macam orangnya juga...

Dora yang menyaksikan pertemuan dua beranak itu melalui kejauhan hanya mampu tersenyum. Anan bahagia. Dia juga sama. Anan gembira. Dia pun akan gembira.

Dora mengeluarkan kunci kereta dari dalam kocek seluar. Tiba masanya untuk dia pergi. Lagi pula dia tidak mahu menganggu mereka berdua. Secara perlahan, dia menapak keluar dari pintu rumah tanpa disedari oleh Puan Fatimah.

Baru dia mahu melangkah menuju ke kereta sambil memandang skrin telefon. Nama DCP Harun yang disimpan sebagai Penyangak naik.

Dora gelak. "Dah dapat hadiah, baru nak cari aku?"

Ikon hijau digesek ke kiri. Telefon dilekap ke telinga. Perkataan pertama yang dia dengar dari DCP Harun ialah ucapan terima kasih yang tertuju pada dia.

"Kenapa tak cerita awal-awal, Danial?"

Dora bersandar di tepi kereta. Dia menjatuhkan pandangan ke halaman rumah DCP Harun.

"Saja nak bagi kau surprise. Anggap je itu hadiah aku sebelum pergi jauh." Dora senyum kecil. Keputusannya untuk meletak Anan dalam jagaan mereka, ialah keputusan yang tepat.

Dia tidak boleh membahayakan nyawa Anan.

"Apa yang aku boleh buat untuk balas jasa kau?"

Dora mendongak ke langit biru. Fikirannya tiba-tiba menjadi kosong bila mengingatkan apa yang perlu dia lakukan selepas ini.

"Tak ada apa. Cuma jaga dia baik-baik buat aku. Sebab..."

"Aku akan pergi dan takkan kembali lagi,"

Panggilan dimatikan. DCP Harun berasa tidak sedap hati dengan perkataan terakhir yang diucap oleh Dora. Tahu apa yang dia lakukan sekarang amat membahayakan diri sendiri. Tetapi sudah tidak ada cara lain selain menjadikan Dora sebagai tikus polis.

Dan dia pula bersetuju. Atas syarat hukumannya akan diringankan.
















Happy reading---
Pendek sebab kita busy hurghh


Bแบกn ฤ‘ang ฤ‘แปc truyแป‡n trรชn: Truyen2U.Pro