𝟑

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Badan tinggi lampai itu berjalan terhuyung-hayang di dalam lorong gelap itu untuk menuju ke keretanya. Rambutnya berserabai, pipinya memerah manakala dua butang atas pada kemejanya dibuka. 

"Aku minum banyak sangat ke ? Aku rasa tak sampai 20 teguk aku minum. Hahahah..." Cara Taehyung bercakap sahaja sudah menunjukkan bahawa lelaki ini sudah terlalu mabuk.

Tidak lama kemudian, perut Taehyung berasa sebu. Terasa seperti ingin mengeluarkan sesuatu. Cepat-cepat lelaki itu berpaut pada tiang lampu yang berdekatan di situ.

"Uwekkk.." Segala isi pada perutnya dimuntahkan di tepi jalan. Kepalanya berasa pusing. 

Bibirnya dikesat pada lengan baju tanpa memikirkan yang kemejanya akan kotor. Otak dah mabuk, semua benda yang dia buat, semua tak betul.

Tiba-tiba, tubuhnya ditarik oleh seseorang masuk ke sesuatu tempat yang tidak dapat dikenal pasti. Taehyung cuba untuk melihat siapakah gerangan manusia yang berani menariknya ini.

Tapi apa yang dia nampak hanyalah samar-samar sahaja. Berdasarkan wangian yang dipakai susuk ini, jelas menunjukkan bahawa dia seorang wanita.

Taehyung dapat merasakan gadis ini makin mendekatinya. Perlahan-lahan taehyung berundur ke belakang. 

"A-apa yang kau nak huh ?" Tanya Taehyung sambil memegang kepalanya yang masih terasa pening itu.

Gadis itu masih lagi diam, tidak memberi sebarang respons kepada Taehyung. 

Taehyung sudah tidak mampu untuk berundur lagi, tembok di situ sudah menghalang dirinya untuk bergerak ke belakang.

Gadis misteri tadi sudah berada tepat di hadapannya, membuatkan haruman gadis itu masuk menusuk ke dalam hidung Taehyung. 

Dapat Taehyung rasakan jari runcing gadis itu bermain di sekitar lehernya, lelaki itu sedikit terbuai dengan perbuatan gadis tersebut.

Tanpa apa-apa isyarat, terasa sesuatu benda yang lembut melekap pada bibir nipis milik Taehyung. 'G-gadis misteri ini cium aku ?' 

Mula-mula Taehyung agak terkejut, namun tidak lama kemudian lelaki itu membalas pautan bibir gadis tersebut. Pinggang ramping gadis itu diusap manakala tengkuknya pula ditarik bagi memperdalamkan ciuman hangat tersebut. 

Gadis itu juga tidak kurangnya, rambut Taehyung diramasnya sensual. Mereka berdua betul-betul menikmati permainan kecil tersebut. Mujurlah tiada orang lalu-lalang di lorong tersebut.

Beberapa saat kemudian, ciuman dilepaskan. Kepala Taehyung turut berpinar, peningnya makin menjadi-jadi. Tanpa dia sedar, tubuhnya rebah di atas tanah.

"Enjoy the gift, sir." Ujar gadis misteri tersebut sebelum dia meninggalkan lorong gelap itu.


━━━━━




Maaf atas sedikit babak yang agak panas sebentar tadi. Tak tahulah korang panas ke tak, hahaha.



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro