06

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

'delusion'

.
.
.
.

chapter 06


4 oktober 2017

Satu bagasi besar diletakkan di atas katil secara kasar. Beberapa helai baju diisi bagi memenuhkan ruang di dalam bagasi tersebut.

"Sayang? Apa yang awak buat ni?"

Wajah Wonwoo dan bagasi itu direnung dengan silih berganti. Wanita itu agak sedikit terkejut dengan tindakan Wonwoo yang secara tiba-tiba.

"Kemas barang awak, kita pergi dari sini. Kita kena lari dari dia"

Dia masih lagi terkial-kial. Apa lelaki ini tengah cakapkan ni? Dari siapa mereka patut lari?

"Apa maksud awak? Apa yang dah jadi Wonwoo?"

"Tolonglah dengar!"

Sebaik lelaki itu menaik suaranya seoktaf, suasana di sekitar itu begitu hening.

Yikyung tergamam.

Tidak pernah sekali lelaki itu mahu meninggikan suara kepadanya. Ini buat pertama kalinya.

Wonwoo betul-betul aneh sekarang ini.

Sang suami menapak perlahan mendekati sang isteri lalu bahu milik Yikyung disentuhnya dengan penuh erat.

"Maaf, saya cuma nak kita pergi. Kita kena lari dari makhluk tu. Dia mahukan anak kita"

"Makhluk apa yang awak cakapkan ni? Tolonglah Wonwoo, itu semua mimpi. Jangan terlalu bawa sangat mimpi tu"

"Saya cakap sekali lagi Yikyung. Raksasa itu mahukan Jiwol. Dia mahukan anak kita!"

Wanita itu menghela nafasnya berat. Diraup seluruh wajahnya.

"Sayang, tolonglah. Awak buat saya takut tahu tak? Duduk dan bertenang dulu. Percaya dengan saya, takkan ada apa-apa di sini"

Yikyung mengelus perlahan wajah kacak suaminya. Lelaki itu perlu bertenang dulu. Terus dibawa tubuh Wonwoo duduk di birai katil.

"Takkan ada apa-apa, percayalah. Kalau kita pergi, di mana lagi kita patut berteduh selain dari rumah ni?"

Lelaki itu betul-betul keliru. Dia dimana sekarang ini? Adakah ini realiti? Dia betul-betul nampak raksasa itu cuba mahu merampas Jiwol di depan matanya sendiri.

"Semuanya takkan ada apa-apa"

━─━────༺༻────━─━
To Be Continued..

💌 : Halu ! Maaf lambat update sebab busyㅠㅠ Esok aku update chapter last memandangkan esok semua cuti hehe. So nak tahu ending dia macam mana stay tuned sampai besok muahahah

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro