𝐀𝐘𝐙𝐄𝐍 | 𝟐𝟐

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Filea, wake up.."

Perlahan suara Tuan Ayzen menyeru namaku. Sebelah tangannya mengelus lembut rambutku. Bertambah rasa malas, aku nak buka mata.

Dia ni memang nak suruh aku sambung tidur ke macam mana? Elok-elok aku nak buka mata, terus tertutup semula.

"Hm... kejap. 5 minit.."

Rasa malas menguasai diri. Hm... Kalau boleh tak nak bangun langsung. Sumpah, aku penat.

"Sayang..."

Meleret suaranya memanggilku.

Kelopak mataku terpejam rapat. Perlahan-lahan, bibirnya mengucup kedua kelopak mataku. Hangat.

Haih... Ni ke cara dia kejutkan aku? Memang aku tak nak bangun la kalau setiap hari macam ni!

"Kejap... 5 min-"

Belum sempat aku habis berkata, bibirnya melekap di bibirku. Lama.

Mata aku mencelik luas. Dengan sekelip mata, hilang rasa mengantuk. Terus aku terbangun dari baring.

"Apa tuan ni? Ambil kesempatan!"

Merah padam muka aku. Rasa macam baru kena panggang api. Tuan Ayzen pula hanya tertawa kecil melihat wajahku yang mula gelabah.

"So, Filea nak bangun ke tak? Ke nak abang kiss lagi?"

Bibirnya tersungging senyuman nakal. Alamak, ini satu petanda yang tidak baik!

"Saya bangun, saya bangun."

Sebelum dia buat apa-apa, baik aku bangun dulu.

Tubuhnya yang makin mendekat, aku tolak perlahan. Bimbang dia mengambil kesempatan lagi.

"Tuan pergi lah mandi dulu. Karang habis waktu subuh pulak kalau lambat-lambat."

Yela, dia tunggu apa? Mandi pun dah habiskan masa yang agak lama. Baik, dia pergi dulu. Nak tunggu aku lagi. Elok-elok boleh solat subuh awal, jadi subuh dinosaur pulak nanti.

"Kalau nak jimat masa... Apa kata, kita mandi sama-sama?"

Aku hampir tersedak air liur sendiri mendengar kata-katanya.

"Tuan buang tabiat ke pagi-pagi ni? Pergi mandi lah!"

Aku tolak dadanya menjauh. Dia hanya tertawa melihat reaksiku. Apa yang dia suka sangat pun tak tahu la.

Sejak kahwin ni, Tuan Ayzen makin merisaukan. Dulu, kalau cakap dengan Tuan Ayzen, macam bercakap dengan peti ais. Beku je.

"Filea masih malu dengan abang ke? Lupa ke semalam abang dah nampak-"

Belum sempat dia habis berkata, aku potong.

"Tuan!"

Mata aku menjelingnya tajam. Tuan ni kan... Geram aku. Sengaja je nak usik!

Rasa nak cili je mulut dia! Tak boleh ke kalau tak cakap benda yang bukan-bukan?

"Yela, abang pergi mandi dulu. Lepas abang dah siap, Filea pulak. Nanti abang tunggu Filea atas sejadah. Kita solat subuh sama-sama."

Tak tunggu lama, Tuan Ayzen mengatur langkah menuju ke bilik air.


ﮩ٨ـﮩﮩ٨ـ♡ﮩ٨ـﮩﮩ٨ـ


"Ayla tak nak ikut mama balik ke?" Aku membuat muka sedih.

Sunyi la rumah nanti. Kemain buat rumah besar-besar, tapi ada dua orang je. Aku dengan Tuan Ayzen.

Maksu pula sudah berhenti kerja sebab dia pun nak rehat, luangkan masa bersama keluarganya. Sudah agak lama, maksu bekerja dengan Tuan Ayzen. Sekarang, dia nak fokuskan pada keluarganya pula.

"Next week, Ayla balik rumah papa. Mama janganlah sedih-sedih." Bibir Ayla dimuncungkan.

Kedua-dua belah tangan kecilnya memegang pipiku, cuba untuk memujuk. Kemain budak ni. Mana dia belajar.

"Kenapa Ayla tak nak balik harini? Kalau mama rindu macam mana?" Rambutnya kuelus lembut.

"Paksu kata, kalau Ayla tinggal dengan nenek and atok, nanti Ayla boleh dapat adik lagi banyak. Ayla nak adik!"

Terbatuk aku mendengar kata-katanya. Siapa ajar budak ni bukan-bukan? Tak lain tak bukan, mesti si Aariz!

Aariz dengan Tuan Ayzen ni, dua kali lima je. Dua-dua, aku rasa nak campak masuk longkang belakang rumah!

Saja bagi harapan palsu kepada Ayla. Haih... Nanti tak pasal-pasal setiap hari Ayla mengungkit pasal nak adik dengan aku. Bertambah masalah aku yang sudah sedia banyak ni.

"Aariz.." Keras suaraku. Aku menjelingnya tajam. Kalau boleh, biar tembus.

"Apa? Betul la!" Keningnya terangkat sebelah.

Eh mamat ni la... Besar kecik, besar kecik je aku tengok. Kalau aku lempang ni, apa pun tak dapat!

"Tunggu la nanti awak dah kahwin." Ugut aku. Kau tunggu nanti, Aariz!

Tuan Ayzen menggosok belakang badanku perlahan, mungkin cuba menenangkan aku. Agaknya dia tahu aku sudah hampir bertukar menjadi raksasa. Sikit je lagi.

"Sayang... Dah, jom balik. Salam mummy dengan daddy."

Kaki diayun menghala kearah sofa yang diduduki oleh mummy dengan daddy. Aku tunduk mencium tangan mereka.

"Filea, jangan lupa singgah sini lagi tau. Nanti mummy rindu Filea. Kalau Ayzen buli kamu, report je dekat mummy. Tau lah mummy nak buat apa dengan dia."

Tubuhku dipeluk erat. Hampir menitis air mataku. Dah lama aku tak rasa pelukan seorang ibu. Aku rindu arwah mak aku.

Terima kasih, Ya Allah kerana masih beri peluang untuk aku merasai kasih sayang seorang ibu.

Setelah aku selesai bersalaman, giliran Tuan Ayzen pula.

"Zen..."

"Yes, mummy?"

"Zen, jaga Filea elok-elok. Mummy and daddy percayakan Zen. Jangan buat menantu mummy menangis. Kalau ada masalah, selesaikan baik-baik. Mummy tau, Zen sayangkan Filea kan?"

Tubuh tegap Tuan Ayzen dipeluk erat oleh mummy.

"Trust me, mummy. Zen akan jaga Filea lebih daripada Zen jaga nyawa Zen sendiri. She's my soul. I love her more than anything." Bisiknya perlahan.

Aku tak dapat dengar apa dia katakan dengan mummy. Apa yang aku nampak, mummy hanya tersenyum lebar mendengar kata-kata Tuan Ayzen.

"Okay lah, Zen dengan Filea pergi dulu. Ayla, come here, hug papa."

Tubuh kecil Ayla berlari ke dalam dakapan Tuan Ayzen. Comel! Pipi gebunya, Tuan Ayzen cium sekilas.

"Jaga diri. Lain kali, datang lagi tau! Jangan lupa mummy pulak."

Mummy sempat menitipkan pesan sebelum kami masuk ke dalam perut kereta. Daddy di sebelah hanya tersenyum nipis.

"Bye, kakak ipar!" Aariz melambai-lambai tangannya kearah aku.

Rasanya aku cuma nak balik rumah je. Tapi, kenapa semua orang hantar aku, macam aku nak pergi berperang ni? Hairan.

Tak tunggu lama, Tuan Ayzen menghidupkan enjin kereta sebelum kereta dipandu keluar dari perkarangan rumah.

ﮩ٨ـﮩﮩ٨ـ♡ﮩ٨ـﮩﮩ٨ـ


"Tuan..."

Meleret aku memanggilnya.

"Yes, love?"

Matanya tidak lepas dari menghadap skrin komputer ribanya. Banyak sangat kerja dia agaknya. Sampaikan tak toleh sedikit pun untuk pandang aku.

"Saya nak kerja boleh tak?"

Bukan apa, aku bosan lah terperap sorang-sorang dekat rumah ni. Apa guna sijil degree of Architecture aku tu? Nak tunggu mereput dulu ke?

Penat-penat aku belajar. Hampir setiap malam aku tak tidur untuk siapkan projek. Hampir gila tahu tak?

"Filea nak kerja ke?"

Eh, dia buat-buat tanya kita balik.

"Nak. Penat-penat tau, saya belajar sampai ke degree tapi kerjanya jadi maid je. Saya nak juga rasa kerja dekat pejabat. Boleh ada ramai kawan nanti."

"Filea kawan dengan abang jela. Kalau Filea dah ada kawan lain, nanti Filea lupakan abang."

Nada suaranya kedengaran seperti cemburu. Eh tuan ni! Aku ada kawan pun nak cemburu ke?

"Alaa, tuan. Boleh laaa. Please..."

Aku duduk di sampingnya. Lengan kekarnya aku peluk. Cubaan untuk memujuknya. Aku kedip-kedipkan mataku dengan harapan tuan akan berlembut hati.

"Filea sayang..."

Matanya merenung redup ke dalam mataku. Kerjanya tadi terus terhenti. Dia letakkan komputer ribanya di sisi katil.

"Please..."

"Boleh. Filea kerja dengan abang."

"Alaa, tuan. Saya tak nak kerja dengan tuan. Dekat rumah nampak muka tuan, takkan dekat office pun nak tengok muka tuan jugak."

Selamba saja aku cakap.

"Apa dia, Filea?"

Liur ditelan kesat. Alamak, aku silap cakap!

"Eh, maksud saya, tak syok la kalau suami isteri kerja setempat."

Bibir digigit perlahan. Apa alasan aku nak bagi ni?

"Why? Filea takut abang sekat kebebasan Filea ke? Takut abang nampak Filea rapat dengan lelaki lain?"

Nada suaranya berubah beku. Matanya tajam merenung wajahku.

"B-bukan! Tuan jangan salah faham. Maksud saya, nanti orang cakap bukan-bukan pulak kalau kita kerja satu office. Biasanya kan, suami isteri mana kerja sekali."

Aku garu kepala yang tidak gatal. Buntu nak bagi alasan apa. Takut dia makin salah faham pulak.

"Filea tak sayangkan abang ke?" Sayu saja suaranya.

"Huh?" Berkerut dahi aku.

"Bukan macam tu. Saya nak kerja je tuan. Boleh la..."

"Ada satu syarat."

"Apa syarat dia?"

"Cakap Filea sayangkan abang dulu. Baru abang izinkan." Ugutnya.

Haih... Lain macam je syarat dia! Nak tak nak, aku kena tunaikan juga la.

"Err, saya... Saya sayang tuan."

Aku larikan pandangan kearah lain. Tak berani untuk bertentang mata dengannya.

Aku cakap ni semua demi kerja je tau!

"Look at me. Look into my eyes."

Perlahan daguku diangkat, memaksa aku untuk memandangnya. Liur ditelan perlahan. Aku cuba menatap ke dalam matanya.

"Say it again."

"Sa-saya sayang tuan."

Ya Allah, rasa nak terbakar muka aku!

"Abang."

"Huh?" Kening aku terangkat sebelah. Apa yang tuan maksudkan?

"Call me abang."

"Tak nak la, tuan. Saya tak biasa."

"Nak abang tolong ajarkan ke?" Bibirnya tersungging senyuman nakal.

Aku terus terbangun dari katil. Tengok bibirnya sahaja, aku dah tahu ni petanda buruk.

Tuan Ayzen turut bangkit dari katil. Dia melangkah mendekatiku.

Aku mengundurkan beberapa langkah kebelakang. Satu langkah. Dua langkah. Baru sahaja ingin melangkah untuk kali ketiga...

Pap!

Tubuh aku terlanggar dinding. Sudah tiada ruang lagi. Kedua belah tangannya diangkat lalu diletakkan di dinding, menghalang pergerakanku. Debaran di dada kian menggila. Apa pula yang dia cuba nak lakukan ni?

"Err, tuan-"

Belum sempat aku habis berkata, dia mencium bibirku sekilas. Aku tergamam. Jantung aku seperti terhenti buat seketika.

"Sekali lagi Filea sebut tuan, abang kiss."

"Tapi, tuan-"

Bibirku dikucup sekali lagi.

"Tuan-!"

Cup!

Rasa nak menjerit!

"Filea saja nak abang kiss kan sebenarnya?"

"Ma-mana ada!"

Merah padam muka aku.

"A. B. A. N. G. Abang. Say it."

Wajahnya diletakkan di hadapan wajahku. Terlalu rapat hinggakan aku dapat rasa hembusan hangat nafasnya membelai wajah.

"A... Abang?" Bergetar suaraku cuba menahan debar di dada.

"In full sentence."

"Uhm, Filea sayangkan a-abang."

Wajahku mula berbahang. Aku rasa nak menyorok bawah katil.

"Once again."

Eee... Berapa kali dia nak suruh aku ulang ni?! Aku hampir tak boleh nafas tahu tak? Aku tarik nafas dalam-dalam.

"F... Filea sayangkan abang."

Ayzen mengukir senyuman manis.

"Abang suka dengar Filea panggll abang. Lepas ni jangan panggil tuan dah. Or..."

"Or?" Tanyaku.

"Or I'll kiss you again."

Ya Allah, aku perlukan oksigen! Lutut aku rasa lembik.







✎﹏﹏﹏♡

هُنَّ لِبَاسٌۭ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌۭ لَّهُنَّ ۗ

Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. (2:187)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro