MMS | 12

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Lama lagi ke korang? Tiga ekor hantu tu dah nak sampai." kata Minho.

"Okey dah siap." kata Felix sambil membetulkan sedikit rambut palsu itu di kepala Mark.

"Tapi kesan darah tak ada. Macam mana?" tanya Bangchan.

"Hyung nampak tak macam mana rupa tiga ekor hantu dekat sana? Tak ada darahkan. Jadi Felix tak rasa Mark pun perlukan darah juga." jawab Felix.

"Felix ni boleh tahan bijak juga eh." puji Changbin.

"Biasa-biasa je hyung. Cepatlah halau diorang Mark. Fighting!" arah Felix.

Mark tersenyum manis ke arah Felix lalu mula berjalan keluar disebalik tempat sorok mereka. Dia mengangkat tangannya sambil berjalan perlahan untuk mendekati tiga hantu tersebut.

Tiga orang hantu yang sedang menghampiri mereka tadi serta merta berhenti berjalan apabila ternampak kehadiran Mark. Mark tersenyum senget lalu bertindak dengan secara agresif seperti zombie.

"Kau buat macam tu kan, fikir diorang tu takut ke?" sindir Minho.

"Belum cuba belum tahu." jawab Mark.

Mark kembali memandang ke arah tiga hantu itu sambil membuat gaya zombie berjalan. Mark mengerang dengan kuat dan itu membuatkan tiga hantu tersebut saling berpandangan.

Tidak lama kemudian, tiga hantu itu mematah balik ke belakang dan berjalan dengan laju seperti takut dengan kelakuan Mark sebentar tadi.

"Yes! Diorang terpedaya juga akhirnya." kata Mark.

"Kerja menghalau hantu dah selesai. Baik kita semua lari daripada sini sebelum benda lain pula yang datang." kata Bangchan.

Mereka semua pun bangun dan meneruskan perjalanan untuk mencari rakan-rakannya. Tiba-tiba mereka terserempak dengan Jeongin yang masih terbaring di tangga.

Serentak mereka semua mendekati ke arah Jeongin lalu cuba untuk mengejutnya. Namun tiada respon yang diberikan.

"Jeongin bangunlah." panggil Bangchan.

"Kenapa dia tak bergerak langsung? Dia dah mati ke?", tanya Felix risau.

"Tak mungkin dia dah mati. Hyung rasa dia pengsan je." jawab Minho.

"Kalau dia mati macam mana?", soal Felix lagi.

"Apa kata kita biarkan dia dekat sini dan cari yang lain dulu." kata Mark.

"Betul juga tapi kesian lah dengan Jeongin. Dia seorang-seorang je dekat sini." kata Bangchan pula.

"Kalau macam tu, hyung jelah yang jaga dia. Aku pergi cari yang lain dulu." balas Changbin.

Belum sempat Changbin ingin membuka langkah, kakinya tiba-tiba digenggam kuat oleh Jeongin. Terkejut Changbin dibuatnya.

"Jeong..jeonginn." tergagap-gagap Changbin dibuatnya.

Dia menarik kakinya sekali lagi namun genggaman tangan Jeongin amat kuat sehingga membuatkan Changbin terjatuh.

"Lepaskan kaki hyung, Jeongin. Janganlah hantui hyung, agibbang kesayangan. Apa salah hyung kepadamu.."

"Hyu..hyung... Tolong Ayen.."

"Jeongin. Kau dah sedar?" tanya Felix.

Jeongin menganggukkan kepalanya perlahan. Mereka semua lantas membantu Jeongin bangun dan memapahnya.

Mereka kembali berjalan untuk mencari yang lain namun Mark memanggil mereka semula apabila ternampak sekumpulan pelajar di dalam satu ruangan kelas.

"Korang! Ada orang dekat dalam kelas ni." kata Mark.

Serentak mereka berlari mendekati ke arah Mark lalu melihat keadaan di dalam kelas itu. Ternyata memang benar apa yang dikatakan oleh Mark.

Tidak lama kemudian, Hyunjin, Han dan Seungmin pun datang menghampiri ke arah mereka.

"Apa korang buat dekat sini?" tanya Hyunjin.

"Hyunjin! Korang pergi mana tadi?" tanya Changbin tanpa menjawab pertanyaan Hyunjin.

"Tak ada masa untuk sesi soal jawab. Lebih baik kita keluar dari sini." kata Hyunjin.

Baru saja mereka semua menoleh ke kiri untuk mencari jalan keluar, kelihatan susuk tubuh cikgu Lisa berdiri di hujung tangga.

Tanpa menunggu apa-apa lagi, laju saja mereka semua masuk ke dalam kelas yang dihuni oleh pelajar tersebut.

Situasi kelas tadi yang kelihatan gelap, tiba-tiba saja diterangi dengan cahaya yang entah datang dari mana. Serentak mereka menundukkan kepala dan menyorok disebalik almari buku dibelakang kelas tersebut.

"Hanya satu saja novel yang boleh bawa mati dan kamu semua tahu jawapannya. Jungkook, sila beritahu saya apa nama novel tersebut.", arah cikgu Sorn kepada pelajar lelaki yang bernama Jungkook itu.

"Novel coronavirus.", jawab Jungkook.

"Bagus, kamu boleh duduk di luar kelas sekarang." kata cikgu Sorn.

Tiba-tiba, pintu kelas dibuka oleh seseorang dan kelihatan cikgu Lisa masuk ke dalam bersama pandangan yang tajam.

"Kamu semua boleh keluar sebentar. Saya ada perkara nak bincang dengan cikgu Sorn." arah cikgu Lisa.

Semua pelajar di dalam kelas itu mula bangun dan keluar daripada kelas mereka.

"Macam mana cikgu Sorn boleh ada dekat sini? Bukan ke dia nak bantu kita keluar dari sekolah ni tadi?" soal Hyunjin pelik.

"Diam, lebih baik kita semua dengar apa yang diorang berdua nak bualkan." kata Changbin.

Walaupun Hyunjin agak tertanya-tanya tapi dia akur saja dengan kata-kata Changbin. Mereka kembali fokus ke arah dua orang guru tersebut.

"Kenapa ya, Lisa?"

"Kau ada hubungan dengan Bambam kan?" soal Lisa ingin tahu.

"Mana ada." jawab Sorn.

"Lisa!" panggil Bambam yang baru saja masuk ke dalam kelas.

Semakin pelik mereka bersembilan dibuatnya apabila cikgu Bambam pula masuk ke dalam kelas ini.

"Sorn tak tahu apa-apa. Jangan libatkan dia." kata Bambam.

"Jadi memang betul lah yang korang berdua ada hubungan." kata Lisa dengan sinis.

"Awak selalu macam ni Lisa. Suka tuduh orang secara melulu. Sebab tu tak ada sesiapa yang sayangkan awak." balas Bambam.

Lisa mengetap bibirnya kuat. Dia agak terasa dengan kata-kata yang dilemparkan oleh Bambam.

"Awak memang betul maksudkannya Bambam?" soal Lisa untuk kepastian.

"Ya."

"Jadi, tak salah lagi yang kamu berdua memang jatuh cinta antara satu sama lain." kata Lisa.

Dia dengan pantas menyeluk masuk tangan ke dalam poket lalu mengeluarkan sebilah pisau. Lisa laju saja menikam perut Sorn dengan sedalam yang mungkin.

"Sorn!"

Bambam yang agak terkejut dengan situasi tersebut segera menghalang Lisa. Namun dia juga turut terkena tikaman tersebut apabila Lisa memusing ke arahnya.

Lisa mengundurkan diri kerana tidak percaya bahawa dia telahpun menikam Bambam. Bambam mengeluarkan pisau itu dengan tenaga yang masih ada.

"Bambam, maafkan saya. Saya tak sengaja tertikam awak." kata Lisa lalu ingin menghampiri ke arah Bambam.

Namun kaki Lisa bagaikan tidak stabil dan dia pun tersandung. Pisau yang masih kekal berada di tangan Bambam tidak semena-mena menikam perut Lisa juga.

Mereka bersembilan yang menonton aksi tersebut agak terkejut. Pertanyaan mereka juga sudah terjawab. Ternyata cikgu Sorn dan cikgu Bambam juga telah mati?

"Macam mana diorang bertiga boleh bunuh antara satu sama lain atas sebab cinta je?" soal Jisung.

"Dia macam tiba-tiba je tau. Tapi bak kata orang sekeliling, dah ajal diorang. Nak buat macam mana." kata Jeongin.

"Betul lah eomma aku kata, cinta itu buta. Aku kahwin dengan kucing aku jelah kalau macam ni.", kata Minho.

"Mesti nanti pergi majlis kahwin Minho hyung, hyung sediakan makanan kucing kan. Whiskas.", sambung Felix mengundang ketawa mereka yang lain.

"Hahahambar lah siak. Kau tak nampak ke hantu Lisa dah bangun daripada ambang kematian." sampuk Seungmin.

Apa yang dikatakan oleh Seungmin tadi memang benar. Lisa menarik keluar pisau itu dari perutnya lalu membaling tepat di celah almari buku tersebut.

"Argh!!", jerit Jeongin.

+TBC

a/n : kenapa jeongin menjerit? dia terkena pisau tu ke. bukan selalu aku jadi kijam geys ( ͡° ͜ʖ ͡°)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro