MMS | 8

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Bila kawan awak terkena sawan, tolong jangan buat main-main. Masukkan sesuatu yang keras ke dalam mulutnya seperti sudu. Kalau tidak, kawan awak akan tergigit lidahnya sampai terputus." terang cikgu Sorn kepada mereka berdua.

"Baik cikgu." jawab Jeongin.

"Nah, ambil telefon ni."

Cikgu Sorn menghulurkan telefon tersebut kepada Jeongin. Jeongin pun mencapai telefon itu lalu menyimpan ke dalam poket seluarnya.

"Selain kamu bertiga, ada lagi ke kawan kamu yang berkumpul dekat dalam sekolah ni?" soal cikgu Sorn.

Tiga sekawan ini saling berpandangan antara satu sama lain dan hanya diam saja tanpa menjawab soalan daripada cikgu itu.

"Sorn." panggil seseorang.

Sorn menoleh ke belakang apabila namanya dipanggil. Ternyata orang itu adalam Bambam.

"Mari keluar sekejap. Kita perlu berbincang." katanya.

"Baiklah. Awak tunggu dekat luar dulu. Saya akan menyusul sekejap lagi." jawab Sorn.

Bambam mengangguk kepala lalu berjalan keluar. Sorn memandang ke arah tiga pelajar lelaki ini.

"Ingat, jangan kamu keluar selagi saya tak balik ke sini lagi." kata cikgu Sorn.

"Baik cikgu." jawab mereka bertiga serentak.

Sorn akhirnya melangkah keluar dari bilik kesihatan itu. Bangchan mengangkat kepalanya sedikit untuk memastikan cikgu Sorn sudah keluar.

"Hyung okay? Ada rasa sakit dekat mana-mana ke?" soal Felix prihatin.

"Hyung okay je." jawab Bangchan.

"Nasib baik kitorang jumpa Chan hyung. Risau sangat kitorang tadi bila tengok Chan hyung hilang tiba-tiba." kata Jeongin.

Bangchan tersenyum lalu mencubit perlahan pipi Jeongin dan Felix. Terharu dia apabila mereka berdua merisaukan keadaannya.

"Hyung nak tanya korang ni."

"Apa dia?"

"Harini berapa hari bulan?"

"Entahlah. Felix tak ingat." jujur Felix.

"Kejap, Jeongin tengok tarikh dekat telefon Changbin hyung." kata Jeongin lalu mengeluarkan telefon tersebut dari poket seluarnya.

"Harini, 10 Oktober hyung." kata Felix yang sempat menjeling untuk melihat tarikh yang tertera di telefon Changbin itu.

"Korang berdua ingat tak cerita yang hyung pernah bagitau korang minggu lepas?" soal Bangchan.

"Cerita yang mana?" soal Jeongin semula.

"Yang Hyunjin ada cerita tentang sejarah bangunan lama ni."

Felix dan Jeongin memandang antara satu sama lain lalu mereka mengangguk kepala tanda mereka ingat.

[Flashback]

"Korang nampak bangunan lama yang berdekatan dengan dorm kita ni?" soal Hyunjin.

Mereka semua mendongak kepala memandang ke arah bangunan yang dinyatakan oleh Hyunjin.

Bangunan itu terletak jauh daripada dorm mereka namun masih boleh dilihat dengan jelas.

"Setiap bangunan dekat sekolah kita ada nama kan. Nama blok tu, blok Busantau atau lebih ringkas dinamakan sebagai blok B." kata Hyunjin.

"Blok B tu-"

Belum sempat Hyunjin ingin menyambung ceritanya, Changbin laju mencelah.

"Hyunjin!"

Semua serentak memandang ke arah Changbin.

"Kau jangan cakap yang kau nak cerita pasal..."

Ayatnya tergantung. Changbin memandang ke arah rakan-rakannya yang lain. Hyunjin cuba untuk fokus mendengar apa yang ingin dikatakan oleh Changbin..

"Pasal..."

"Pasal apa hyung?" soal Hyunjin.

"Pasal hantu."

"Wah! Malang sekali jawapan hyung memang-"

"Salah?" sampuk Jisung.

"Betul."

Selepas saja mendengar jawapan daripda Hyunjin itu, serentak mereka bertujuh duduk rapat. Changbin memeluk erat patungnya.

"Kamu jangan takut okey. Appa sentiasa ada di sisi kamu." kata Changbin sambil mengusap kepala anak patungnya.

"Dah habis ke?" soal Hyunjin.

Changbin menjeling Hyunjin lalu duduk merapati Seungmin. Seungmin menggelengkan kepalanya melihat Changbin yang seperti kanak-kanak.

"Korang nak tahu?"

"Tak nak tahu pun sebenarnya. Tapi kau nak bagitahu, jadi kitorang kena tahulah." balas Jisung.

Hyunjin mencebik bibir. Kata-kata daripada Jisung sebentar tadi seakan-akan memerlinya pula namun dia tetap ingin bercerita.

"Blok B tu dibina pada tahun 1957. Sudah 63 tahun berlalu. Bangunan yang kita duduk sekarang ni pula masih lagi baru tapi ada sedikit gabungan dengan bangunan lama tu.." cerita Hyunjin.

"Korang tahu kenapa bangunan tu berhantu?" soal Hyunjin.

Mereka bertujuh menggelengkan kepala tanda mereka tidak tahu.

"Ada seorang pelajar ni. Dia pelajar cemerlang dan memang budak harapan sekolah tapi pada peperiksaan besar, dia gagal banyak subjek. Gred sekolah dia pun memang teruk sangat-sangat. Jadi dia buat keputusan untuk membunuh diri." jelas Hyunjin lagi.

"Tapi itu bukan apa yang hyung dengar. Ada orang bagitau hyung yang sebelum bangunan tu ditutup, ada kes pembunuhan diantara cikgu. Tiap kali masuk 8hb hingga 15hb pada setiap bulan, cikgu tu akan berkeliaran dekat bangunan tu." cerita Bangchan pula.

"Korang dengarkan apa yang Bangchan hyung cerita? Jadi, cuti pkpb nanti aku nak ajak korang semua pergi bangunan tu. Kita tengok antara cerita aku atau Chan hyung yang betul." kata Hyunjin.

[End Flashback]

"Jadi apa yang hyung cerita tu memang betul?" soal Felix takut.

"Nampaknya macam tu lah." jawab Bangchan.

"Felix hyung, aku rasa baik kita keluar dari sini." ajak Jeongin.

"Tapi cikgu tu suruh kita tunggu." balas Felix.

"What the HELLevator? Gila ke kita nak terus tunggu dekat sini?" tegas sekali Jeongin berkata.

"Kalau macam tu, kita pergi cari Hyunjin dengan yang lain dulu." cadang Felix.

"Hyung setuju." kata Bangchan.

Jeongin dan Felix bersiap sedia membantu Bangchan dan mereka pun meninggalkan bilik kesihatan tersebut.

• • •

"Minho hyung?! Seungmin?! Mana korang semua pergi?!" laung Hyunjin.

Dia memandang sekeliling kawasan itu untuk mencari kawan-kawannya. Ke mana pula mereka semua sudah menghilang?

"Siapa yang benarkan kamu masuk ke dalam bangunan ni?!"

"Tinggalkan tempat ini dengan segera!"

"Bawa kawan-kawan kamu sekali dan jangan kembali ke sini lagi!"

Hyunjin berasa takut. Suara itu tiba-tiba saja datang menyergahnya sedangkan tiada sesiapa pun yang berada di situ.

Dia menurut arahan tersebut lalu berlari untuk menuju ke pintu keluar bangunan itu namun malang sekali dia terjatuh.

Serentak dengan itu dia tersedar daripada tidurnya. Nafasnya naik turun kerana terkejut. Dia meraup rambutnya ke belakang lalu tidak lama selepas itu, dia sambung tidur semula.

Lima sekawan ini tidur dengan nyenyak sekali dan tanpa mereka sedar, dia juga turut berbaring sama.

Tangan Changbin erat memeluk badan si dia dan perlahan-lahan dia membuka matanya lalu memandang orang yang dipeluknya itu.

Terkejut beruk Changbin dibuatnya apabila orang yang dipeluknya itu adalah Mark, si hantu kepala pecah.

Dia melepaskan pelukannya daripada hantu tersebut lalu mengejut Seungmin yang turut berbaring disebelah Mark.

Seungmin membuka matanya perlahan lalu memandang ke arah Changbin. Changbin menunjuk ke arah Mark yang berbaring di antara mereka berdua.

Hampir saja Seungmin menjerit namun Changbin menyuruhnya untuk diam. Mereka berbual dengan menggunakan bahasa isyarat.

"Macam mana dia boleh baring dekat sini?" tanya Seungmin.

"Manalah hyung tahu." jawab Changbin.

"Kita belasah dia jom." Seungmin memberi cadangan.

"Okey."

Seungmin mengangkat bantalnya perlahan-lahan lalu menghempas kuat ke arah muka Mark.

BUK!!

+TBC

a/n : maaf, kita sambung di chap seterusnya okeyh. dah masuk 1000 words jadi terpaksa bersambung. sorry if ada typo and banyak kesalahan tatabahasa. nah lep ❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro