03 ;WYB 🦋

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Jisung Quokka;

🐿🌱

3 months ago.

"Tolong sampaikan maaf saya kepada Jisung." Ujar Eunjung.

Sebuah kotak dihulurkan, matanya sudah mula berkaca.

"Kau tak nak jumpa dengan Jisung ke, sekali je." Soal Changbin.

Eunjung sekadar menggeleng.

"Aku kasihankan dia, dia betul-betul sayangkan kau, kenapa kau layan dia begitu jahat?" Soal Changbin mahukan kepastian tentang hati mereka.

Apakah Eunjung sudah tidak punya perasaan yang sama seperti Jisung. Jisung bagaikan orang gila yang teringatkan orang yang hilangkan dirinya tanpa khabar berita apa pun. .

"Saya tahu saya tak layak untuknya, saya tak mampu berhadapan dengannya buat masa ini. Bagi saya masa. Sampaikan maaf saya pada Jisung." Pinta Eunjung sebelum dia melangkah pergi meninggalkan Changbin sendiri.

Tak sangka di sini rupanya dia bersembunyi. Di tempat selalu Jisung melepak, berhadapan kedai makanan kegemaran Jisung.

"Iye aku ke sana sekarang." Ujarnya di hujung talian apabila mendapat panggilan daripada Hyunjin yang memberitahu Jisung sekali lagi jatuh waktu practice.

Changbin bergegas ke sana. Dalam perjalanan, telefonnya berdering.

"Kejap, aku dah nak sampai." Ujarnya cemas.

"Kita jumpa dekat hospital, Bangchan hyung dah bawa Jisung ke sana." Ujar Hyunjin di hujung talian.

"Okay." Panggilan dimatikan. Changbin menekan pedal minyak, keretanya bergerak laju ke lokasi.

Hospital Eunsang.

Mereka semua bertemu di lobi hospital. Cuma 2 orang sahaja dibenarkan masuk berjumpa pesakit, yang selebihnya diminta tunggu di lobi tingkat dua bangunan tersebut.

"Macam mana dia boleh jatuh?" Soal Yongbok gelisah.

"Aku syak dia tak makan. Sejak akhir-akhir ni dia jarang keluar bilik." Ujar Changbin.

"Betul tu hyung." Sokong Jeongin.

"Aku ada something nak bagi tahu korang, ini berkenaan dengan Jisung. So korang kena janji jangan terlepas cakap bila depan dia, faham?" Ujar Changbin.

"Okay, apa dia?" Ujar mereka serentak.

"Aku terserempak dengan Eunjung tadi, ini." Ujar Changbin, di tangannya masih ada kotak yang diberi oleh Eunjung sebentar tadi.

"Jinjja? Di mana dia bersembunyi hyung? Kenapa dia tak jumpa dengan Jisung hyung?" Soal Seungmin bertubi.

To be continued...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro