04 ; WYB 🦋

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Jisung Quokka 💙

🐿🌱

"Kau pergi jumpa dengan lelaki tak guna itu lagi? Jawab aku!!" Jerkah Joshua.

"Ani, saya tak jumpa pun dia. Saya cuma pergi bersiar dekat situ saja, saya tak jumpa dengan dia pun." Ujar Eunjung.

"Tipu! Aku nampak kau pergi jumpa dengan dia, kenapa kau degil sangat? Ke kau nak suruh aku hapuskan dia dulu baru kau ikut cakap aku dengan papa?" Amarah Joshua, abang kepadanya.

Mereka tidak membesar sekali, sejak ibunya meninggal. Lalu, ayahnya mengambil Joshua untuk tinggal bersama mereka. Joshua yang sudah dibesarkan dengan penuh disiplin sehinggakan tiada siapa yang berani untuk melawannya.

"Tak! Tak! Tak! Itu bukan Jisung, itu kawan dia. Saya tak jumpa pun dengan dia!" Jerit Eunjung.

"Kenapa tak percayakan saya!! Saya dah turut apa yang abang nak! Kenapa abang seksa saya macam ini!" Sambungnya.

"Sebab kau tak pernah dengar cakap papa, kau dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan terlalu manja sampaikan kau tidak mahu turut apa yang dipinta." Ujar Joshua tegas.

"Ani!! Sejak abang masuk dalam rumah ini, keluarga kita selalu ada masalah. Selalu bergaduh, dulu saya tinggal dengan papa. Papa tak pernah halang saya apa yang saya suka semuanya papa bagi. Saya benci abang!" Jeritnya lalu berlari menaiki tangga sebelum pintu biliknya dihempas kuat.

"Joshua, sudah-sudah lah. Kamu terlalu keras dengannya, kamu kena belajar untuk mengalah dengan adik kamu." Ujar ayahnya dari belakang melangkah menghampiri dirinya.

"Itu lah papa, manja kan sangat dia. Sampaikan dia keluar lewat malam pun papa tak pernah marah. Dia ponteng kelas disebabkan lelaki tak guna itu pun papa tak pernah ambik tindakkan." Amarah Joshua.

"Papa cuma ada dua anak saja, Joshua. Selagi itu boleh bahagiakan dia, papa sanggup." Ujar papanya, mengusap bahu kanan anak lelakinya itu.

"Itu bukan caranya, papa. Papa kena lah berkeras sikit dengan dia. Nanti dia buat benda yang tak sepatutnya macam mana?" Ujarnya.

"Kamu kena saling percaya satu sama lain, kena yakin yang adik kamu pandai jaga dirinya. Dan tak akan lakukan hal yang bukan-bukan." Nasihat papanya.

To be continued...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro