30; Thirty

Màu nền
Font chα»―
Font size
Chiều cao dòng

Credit by myself 🌹

β™‘

"Kau buat apa selama aku tak ada? Kerja belambak macam ni, kau main-main ke? Baru je sekejap aku arahkan kau jaga syarikat aku, dah macam ni. Mana pergi semua duit syarikat?" Amarah Jungkook.

Apabila mendapat tahu Taehyung menyalahgunakan duit syarikat, malah Taehyung boleh di dakwa sebagai pecah amanah yang diberikan oleh Jungkook kepadanya selama ini.

"Kenapa kau nak salahkan aku? Aku tak buat apapun, aku buat apa yang kau suruh. Jaga syarikat kau, aku jaga. Kau suruh aku buat kerja-kerja kau yang tertangguh, dan aku juga turun sight sendiri. Apa lagi kau nak aku buat?" Ujar Taehyung, tidak bersalah.

"Jaga syarikat? Buat kerja yang tertangguh? Turun sight? Seriously, Taehyung? Kalau kau jaga syarikat aku, kau takkan senang-senang buang pekerja aku yang selama ini aku pertahankan. Dan kau takkan suruh pekerja aku buat kerja yang bukan tugas diorang. Kau jangan ingat aku taktahu, kau ajak pekerja perempuan dalam syarikat ini pergi berfoya-foya dengan kau dekat club. Dan kau cakap kau turun sight? Sight yang mana kau turun tengok? Mana attendant yang kau buat selama aku takde? Mana Taehyung!?" Amarah Jungkook, suaranya sedikit tegas dan lantang.

"Siapa yang mengadu pasal aku dekat kau ni? Pekerja terbaik kau ke, yang kau sanjung tu? Minho? Dia tu ke yang burukkan aku depan kau? Heii Jungkook, come on. Aku ini kawan kau, kitaΒ  membesar sekali, takkan kau tak kenal perangai aku. Kau lebih percaya orang luar daripada kawan yang membesar sekali dengan kau, macam itu? Go ahead, aku nak tengok sejauh mana kau nak percaya kan dia yang entah dari mana asal usul dia." Ujar Taehyung selamba.

"Sebabkan kau kawan aku yang membesar sekali dengan akulah aku kenal perangai kau. Aku kenal sangat perangai kau Taehyung, kau suka anggap benda macam ni remeh-temeh. Like kau tak bersalah dalam semua hal. Takkisah lah siapapun yang bagitahu aku, yang penting kau takpatut layan diorang macam itu. Diorang dah banyak habiskan tenaga dan masa untuk job ni semata nak naikan nama syarikat aku. Aku hargai semua pekerja aku. Tapi, kau senang-senang buang pekerja aku. Aku bagi kau hak untuk tengokkan syarikat aku bukannya hak untuk pecat pekerja sesuka hati kau!" Kali ini Jungkook sudah tidak tahan dengan sikap kawannya. Perkataan 'kenal sangat' ditekankan.

"Suka hati kau lah. Aku cuma nak senangkan kau..." Percakapannya dipotong oleh Jungkook.

"Senangkan apa!" Ujar Jungkook sedikit menjerit.

"Supaya kau takperlu bayar banyak pekerja. Kau perlukan banyak kos untuk perubatan kau yang berbulan dalam hospital. Itu pun salah? Kalau itu kau anggap salah juga, aku minta maaf. Lepas ini kalau kau nak minta pertolongan, jangan cari aku. Aku tak layak pun, ye lah aku bukannya ada apa macam kau. Parents kau bagi kesenangan dekat kau, aku ni? Kuli je. Takpe aku sedari diri aku, aku minta maaf selama aku jaga syarikat kau tak betul." Ujar Taehyung sayu.

"Aku tak salahkan kau semuanya, aku hargai niat baik kau itu. Tapi aku cuba untuk tegur perangai kau. Aku tak nak kau terlalu ambil semua perkara remeh. Sekurangnya kau kena belajar menghargai orang lain, walaupun sedikit. Aku tak minta banyak pun, cukuplah kau ubah sikap kau yang bongkak itu. Aku takut suatu hari nanti akan makan diri kau sendiri." Nasihat Jungkook.

Dia tahu Taehyung kecil hati dengan katanya, tetapi dia cuba untuk perbetulkan apa yang salah. Dia cuma berharap Taehyung akan berubah, buang sikap bongkak dan takabur itu jauh-jauh.

"Aku minta maaf kalau kata-kata aku tadi buatkan kau terasa hati dengan aku. Aku cuma nak buatkan kau sedar dengan sikap kau. Fikirkan orang sekeliling, kalau kau buang semua pekerja aku. Bukannya diorang saja yang susah cari makan, aku pun sama. Pekerja adalah segalanya bagi aku, tanpa diorang aku takkan dapat apa yang aku ada sekarang ini. I hope u understand. Sorry bro." Ujar Jungkook. Memeluk Taehyung.

To be continued...

Have a safe flight uri president! πŸ’œβ™‘

BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: Truyen2U.Pro