π™±πšŠπš‹ 43 | π™ΊπšŽπš›πš“πšŠ

Màu nền
Font chα»―
Font size
Chiều cao dòng

Aku sedang memasak di dapur. Aku meletakkan Bihun goreng yang dimasak ke dalam pinggan dan dihidangkan diatas meja makan.

"Wah, siap dah breakfast?" Tiba-tiba ada suara yang menyapa. Adrian yang memakai suit hitam bersama tali leher biru gelap itu kelihatan berada disebelahku.

"Hehe. Awak makan la dulu, saya nak pergi tukar baju."

"Ok, tapi cepat sikit. Saya nak makan dengan awak." Balas Adrian dengan senyuman manja. Eh? Mamat ni dah kenapa. Nak muntah aku tengok senyum dia punya manja tu!

"Hmph.." aku terus berjalan kearah bilik tidur kami di tingkat dua.

Sampai sahaja bilik aku terus memakai baju kemeja hitam yang telah digosok subuh tadi. Dikenakan dengan Shawl Satin bercorak 𝘐𝘳𝘒𝘩 𝘏π˜ͺ𝘫𝘒𝘣𝘴 dan seluar kerja biru gelap.

Cepat-cepat aku berjalan ke tingkat bawah untuk makan sarapan bersama si Adrian.

"Wah, cantik betul Mrs. Wifey saya ni nak pergi kerja." Keluar sebaris ayat itu sejurus sahaja aku sampai ke meja makan.

"Apa-apa je la Mr. Hubby." Aku menjelingnya. Kami pun mula memakan Bihun Goreng yang di masakku itu. Adrian kata sedap, tapi aku makan macam biaasa-biasa je.

Kami sedang berada di dalam garaj. Pada mulanya Adrian berkeras untuk dia menghantar aku ke kerja, tetapi aku membantah kerana jalan ke tempat kerjaku tidak searah dengan jalan tempat kerjanya, jadi akan mengambil masa yang lama untuk ke tempat kerjaku.

Aku sedang bersalaman dengannya sebelum ingin masuk kedalam kereta Ativa milikku. Ye kereta Ativaku akhirnya siap dibaiki. Cumanya... Adrian kata kereta ni dah tak macam dulu. Entah apa yang lain pun aku tak tahu, bila aku bawak macam sama je. Tapi Adrian kata lepas kena langgar teruk tu kereta ni tak macam dulu. Aku pun tak tahu apa tapi memang macam ada sesuatu yang lain, tapi aku pun tak tau apa benda hahaha.

"Saya pergi kerja dulu tau Mrs. Wifey."

"Ye la Mr. Hubby." Entah la kenapa tapi dari tadi kami berbahasakan diri dengan 'Mr. Hubby' dan 'Mrs. Wifey'. Lawak jugak sebenarnye.

Kelibat Adrian pun hilang disebalik pintu kereta Honda Civic 2022 hatchback miliknya. Aku hanya tersenyum untuknya yang berada disebalik tingkap kereta itu. Aku pun masuk kedalam Ativa berwarna Blue black milikku itu.

Sampai sahaja di tempat kerjaku, semestilah orang pertama yang menegurku adalah mamat masuk air, Ziqri!

"Hi pengantin baru! Aik? Kenapa bukan suami tercinta yang hantar? Kenapa kau yang bawak kereta sendiri?" Soal Ziqri sebaik sahaja dia melihat keretaku berada di tempat parkir dari dalam bangunan.

"Biarlah, lagi pun aku yang nak bawak sendiri."

"Lah..takkan tak nak semua sendiri hantar pergi kerja?"

"Sebab..aku kesian kat dia. Jalan nak pergi office dia bukan sehala dengan jalan aku nak ke sini. Nanti lambat la dia sampai office. Aku ni bukan sejenis bini yang suka menyusahkan suami." Balasku sinis dan terus berjalan ke bilik kerjaku. Ziqri hanya mengikut dari belakangku.

"Wah, baiklah kau. Nak jadi isteri misali lah ni?" Soal Ziqri sarkastik.

"Diam la ko." Sampai sahaja di depan pintu bilik kerjaku itu, aku membuka pintu dan menutup pintu selepas aku selesai masuk kedalam bilik itu. Betul-betul dihadapan muka Ziqri.

"Woi! Main selamba je tutup pintu tak kasi warning. Sakit hidung aku!" Bunyi aduan Ziqri di luar bilik kerjaku. HAHAH pandan muka! Cari pasal dengan aku lagi? Aku tersenyum sinis.

Semasa aku sedang fokus menyiapkan kerja...ada seorang yang mengetuk pintu bilikku.

"Masuk." Arahku walaupun mata tetap memerhatikan skrin komputer.

"Er hi assalamualaikum akak." Terkaku aku selepas mendengar suara itu. Aku mengangkat muka dan melihat gerangan yang berada di dalam bilikku ini. Shahida. Aa sudah nak kena layan dia pulak. Tadi nak kena layan Ziqri, sekarang Shahida pulak? Aaa stress.

"Waalaikummussalam..ye Shahida. Kenapa? Ada apa-apa yang akak boleh tolong?"

"Urmm saya nak bual sikit dengan akak boleh."

"Oh..eee boleh-boleh. Sila la duduk." Shahida pun duduk di salah satu kerusi berhadapan denganku.

"Erm selamat pengantin baru akak. Minta maaf sangat-sangat haritu saya tak boleh datang, ada er..masalah keluarga. Tu yang tak dapat datang tu."

"Oo takpe. Akak paham, tak perlu minta maaf pun."

"Urm boleh tak saya nak tengok gambar suami akak?" Membulat mata aku selepas mendengar soalannya itu. Dia nak tengok apa? Suami aku? Biar betul?

"Oh...errr kejap." Aku hanya tersenyum janggal melihatnya. Aku mencapai telifonku dan mencari gambar pernikahan kami tempoh hari lalu ditunjukkan kepadanya.

"Oh ni suami akak....cantik betul akak harini, suami pun kacak. Kena sangat." Dia tersenyum melihat gambar itu. Erk, dia kata laki aku kacak? Memang betul kacak tapi macam...pelik sikit. Dia...dia syok kat laki aku ke? Sampai sekarang tak lepas pandang gambar tu.

"Nama dia apa?"

"Adrian.." jawapku acuh tak acuh.

"Oo."

"Ehem ehem...aa minta maaf, akak bukan nak halau tapi aku nak kena sambung buat kerja ni."

"Ooo takpe-takpe saya paham. Saya keluar dulu ye kak." Kelibatnya pun hilang disebalik pintu bilik kerjaku itu

Bukan main cara dia pandang Adrian tadi. Itu baru tunjuk gambar, kalau tunjuk depan-depan? Hmm entah la. Eh kau cemburu ke Hana? Hmph ye la tu! Ceh, tak cover langsung nak usha laki orang. Ee geram la pulak!

Ting

Notifikasi masuk. Aku pun melihat telifonku.

π€ππ«π’πšπ§ 𝐌𝐒𝐀𝐚𝐞π₯

Aslm..
Awak buat apa tu?
Busy ke?

𝐌𝐞
Wslm. Buat apa lagi
Buat kerja ler

π€ππ«π’πšπ§ 𝐌𝐒𝐀𝐚𝐞π₯

Wah cepat reply
Dah rindu ke tu?

𝐌𝐞

Eh tkde maknanya sy nk rindu
Baru brp jam kot.

π€ππ«π’πšπ§ 𝐌𝐒𝐀𝐚𝐞π₯

Ala awak tk rindu..
Tp saya rindu awak

𝐌𝐞

Ee mengada

π€ππ«π’πšπ§ 𝐌𝐒𝐀𝐚𝐞π₯

HEHE

𝐌𝐞

Awk chat sy ni tkde kerja ke?
Menipulah kalau awk kata tkde kerja.

π€ππ«π’πšπ§ 𝐌𝐒𝐀𝐚𝐞π₯

Ala nak chat dengan Daisy saya pun tkleh ker?
Btw awk free tk lunch ni?
Jom lunch sekali dengan saya? 😁

𝐌𝐞

Hmm ntah ler.
Maybe nk lunch dgn Ziqri kot.
Dh lama tk lunch dgn dia.

π€ππ«π’πšπ§ 𝐌𝐒𝐀𝐚𝐞π₯

Ala sampai hati awak nk lunch dgn org lain selain suami awak sendiri.πŸ˜”

𝐌𝐞

Dia kwn sy je laaa
Jgn pikir bknΒ²
Jealous ker?
HHAHAH

π€ππ«π’πšπ§ 𝐌𝐒𝐀𝐚𝐞π₯

Hmm

𝐌𝐞

Mcm la awk tk pernah keluar dgn pp lain...kan? 😌

π€ππ«π’πšπ§ 𝐌𝐒𝐀𝐚𝐞π₯

Oo nk main uno reverse card eh? 😏

𝐌𝐞

Hmm ikut suka awk la

π€ππ«π’πšπ§ 𝐌𝐒𝐀𝐚𝐞π₯

Alololooo majuk dh ker?
Hahah

Aku tersenyum sendiri. Haihh tak jadi nk marah bila dia massage. Macam tau-tau orang nak marah. HAHAHAH.

------------------------------------------------------

Hhshshsh sus la Shahida. Lain macam sgt tu nk tgk gambar laki org. Astu usha lak tu😭.

Jgn lupa vote yeer🀍

BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: Truyen2U.Pro