Bab 11

Màu nền
Font chα»―
Font size
Chiều cao dòng


Stay with me

πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹
Ps: Sapa2 nk cri korean skincare tu boleh tgk kt ig: @qin.beauty

Flashback...

Mata aku terkebil-kebil memandang di dalam ruangan bilik ini di mana aku berada sekarang. Aku memandang ke kiri,ke kanan,ke atas dan ke hadapan semula. Aku menyandarkan badan ke kepala katil.

Aku menggaru kepala dengan perasaan yang pelik. Sejak bila aku boleh berada kat hospital ni? Aku meletak tangan kananku di dagu sambil otak aku ligat memikirkan kejadian semalam.

Erm...

"Semalam aku kena halau oleh Mak Cik Leha dari rumah then aku jalan-jalan di sekitar bandar Kuching sambil mengheret bagasi pakaian aku... " gumamku sebelum aku mengingatkan akan sesuatu.

Bagasi?

Aku melilaukan mata ke sekeliling dengan perasaan yang berdebar-debar.

Tak ada! Hilang ke?

Aku rasa jiwa aku sudah melayang-layang di dalam bilik ini. Setan mana yang curi bagasi aku ni?

Dah terbukti bahawa aku ini manusia yang paling malang di dunia.

"Astaghfirullahalazim..." aku beristighfar lalu menarik nafas dan menghembuskannya semula untuk menenangkan diri aku yang penuh dengan aura negatif sekarang ini.

"Take the positive vibes..." aku merenung siling sambil memikirkan sesuatu.

Dah berapa hari aku kat sini?

Siapa yang bawa aku kat hospital ni?

Apa yang telah terjadi?

Aku mendengar bunyi pintu dibuka dari luar dan aku menoleh ke arah kanan untuk mengetahui siapa yang telah datang.

Seorang figura lelaki yang mengenakan tshirt yang berwarna hitam dengan seluar jeans yang berwarna hitam memasuki ke dalam bilik ini.

Black men yang sesat ke ni?

Dia membelakangi aku sekejap untuk menutup pintu itu. Apabila dia memusingkan badannya ke hadapan semula, dia nampak terkejut dan aku juga turut terkejut. Aku terkejut bukan sebab aku kenal dia tetapi dia nampak kacak sangat bagi aku.

Jodoh aku dah sampai ke ni? Tapikan aku macam pernah jumpa je orang ni.Tapi kat mana ya?

"Awak dah bangun? How do you feel right now?" Tanya lelaki itu kepada aku.

"Taklah, tengah buang air besar ni. Tak nampak ke?" Kataku dengan sinis. Apa ke jadahnya bagi soalan bernas macam itu. Soalan dia yang terakhir itu aku tak jawab.

Dia gelak apabila mendengar jawapan dari aku. Dia berjalan ke arahku dan meletakkan bekas makanan bertingkat di overbed table yang berada di hadapan aku ini.

Bau minyak wanginya boleh menyebabkan iman aku tercicir ni. Wanginya...

Dia duduk di sebelah kananku dan dia memandang aku dengan muka yang lega. Dia tersenyum ke arahku dan menampakkan gigi dia yang rata itu.

"Who are you?" aku menjongketkan kening sebelah kiri kepadanya.

"You already forgot about me?" dia menayangkan reaksi terkejut kepada aku.

"Kita pernah jumpa ke sebelum ini?" Soalan dibalas dengan soalan.

"Yup!"

"Bila? Di mana? Nama encik? Ada ke?" Bertalu-talu soalan aku tanya kepadanya. Berkerut dahiku untuk memikirkan di mana kami pernah bertemu sebelum ini.

"Uishh! Banyaknya soalan. Nanti saya ceritakan semuanya ok? Sebelum tu, jom kita makan. Dah dua hari awak tidak sedarkan diri ni." Dia bangun dari tempat duduknya dan bergerak ke overbed table lalu menyediakan makanan untuk kami.

Aku terkejut dengan pernyataan yang terakhir dia itu.

"Hah? Ke..-" belum sempat aku nak menghabiskan kata-kataku, perut aku sudah berbunyi menandakan aku perlu makan sekarang.

Dia melihat aku sebelum ketawanya meletus. Muka aku dah mula membahang kerana malu lalu aku menundukkan muka aku ke bawah.

"Nah! Awak makan dulu. Lepas awak dah makan baru awak boleh tanya saya pelbagai soalan yang awak nak tanya itu."

Aku melihat makanan yang dia telah sediakan di atas overbed table dihadapan aku ini. Ada sayur kailan masak dengan sos tiram, sayur kangkung masak dengan belacan dan sebiji epal.

"Ni saja ke?" Tak ada selera aku tengok makanan itu. Sejak bila aku dah jadi vegetarian ni.

"Makanan lain ada cuma awak tak boleh makan je. Makanan ni mummy saya yang masak jadi jangan risau. Ianya selamat." Kata dia dengan senyuman yang lebar.

Aku bukannya ada alergi pun tapi apasal dia kata begitu. Dia seolah-olah faham apa yang aku fikirkan tapi dia suruh aku makan dulu sebelum dia menceritakan semuanya.

Aku bangun dari katil sambil mengheret drip stand dan menuju ke tandas untuk mencuci tangan. Wah! Luasnya tandas ni!

Hmm...dia ini anak orang kaya ke sampaikan dia ambil bilik VIP untuk aku. Aku menghela nafas berat. Aku rasa aku ni menyusahkan dia je.

Aku pergi ke arah singki sambil mengheret drip stand bersama aku. Semasa aku membasuh tangan tiba-tiba kepala aku berasa pening dan kedua-dua belah tangan aku mengenggam tepi singki dengan kuat.

'Argh! Apasal pening ni!" Jerit hatiku.

Aku menundukkan badan ke bawah lalu membasuh hujung rambut sedikit. Beberapa saat kemudian, aku berdiri semula pada posisi yang sama dan memandang muka aku yang terpantul di cermin itu.Muka aku nampak pucat.

Tok! Tok! Tok!

"Lisa! Awak okey ke kat dalam tu?" Tanya si dia.

"Er...I'm fine!" Laungku dengan kuat. Wait! Did he just call me by my name?

"Ok ok. Kalau ada apa-apa panggil saya."

"Ok..." Mungkin aku salah dengar kot.

Aku membasuh muka dan berkumur dengan cepat. Tiba-tiba aku ternampak ada cecair likat merah di atas singki.

Apa ini?

Aku memandang cermin semula dan aku berasa terkejut. Aku mengelap darah yang mengalir dari hidung dengan tangan yang terketar-ketar. Aku memegang dahi.

Tak panas pun.

"Awak..." aku cuba memanggil si dia.

Tiada sahutan. Aku cuba memanggil dia sekali lagi.

"Awak!"

"Yes!"

"Hidung saya berdarah."

"Hah!" Dia menolak pintu tandas dengan kuat dan berlari ke arah aku dengan pantas.

Dia membelek lubang hidung aku dan menarik aku ke arah katil semula.Dia menyuruh aku duduk di atas katil sementara dia memanggil doktor yang bertugas untuk memeriksa keadaan aku.

Selepas Doktor Bella periksa keadaan aku, dia menanyakan aku soalan yang membuat aku rasa hairan sekejap.

"Sebelum ini Cik Elisa pernah berasa sakit kepala,sering muntah-muntah,berasa selalu letih, tiada selera nak makan atau ada yang Cik Elisa rasa pelik pada diri cik?" Tanya Doktor Bella. Bakal jodoh aku cuma pandang aku dan Doktor Bella silih berganti.

"Erm...tadi saya ada rasa pening kepala selepas itu hidung saya berdarah. Kalau sebelum ini, saya memang tak ada rasa apa-apa seperti Doktor Bella katakan tadi. Jangan panggil saya Cik Elisa. Just call me Lisa only." Aku tersenyum kepada Doktor Bella dan dia membalas senyumanku. Dia mencatatkan sesuatu di atas kertas lalu memandang ke arah aku semula.

"Baiklah Lisa. Nanti saya nak buatΒ  pemeriksaan kesihatan terhadap Lisa." Kata Doktor Bella.

"Saya ada penyakit ke?" Kataku dengan nada yang risau.

"Yang itu saya tak boleh nak confirmkan lagi selagi saya belum buat pemeriksaan ke atas Lisa. Kalau pemeriksaan telah di buat baru saya boleh mengesahkan sama ada Lisa menghidap penyakit atau tidak."

Belum sempat Doktor Bella ingin berbicara aku sudah mendahuluinya.

"Bila saya boleh buat pemeriksaan ujian tersebut?"

"Kalau Lisa rasa sudah bersedia,baru sa..-" belum sempat Doktor Bella menghabiskan kata-katanya aku sudah mencelah dulu.

"Saya nak buat sekarang." Kataku dengan tenang. Luaran saja nampak tenang,dalaman bagai sudah dilanda oleh tsunami.

"Baiklah. Kalau macam itu saya sediakan barang dulu sebelum Lisa memulakan pemeriksaan tersebut." Kata Doktor Bella sebelum beredar dari situ.

Aku memandang si dia yang masih setia berada di sebelah aku ini.

"Nama encik siapa?"

"Daniel Hakimi. Panggil Daniel je."dia mengenyitkan mata sebelah kiri kepada aku. Aku menjengilkan mata ke arahnya.

"Tak kerja ke?"

"Tak, harini Sabtu."

"Ouh..awak ada hutang cerita dengan saya. Cerita sekarang." Kataku dengan tegas. Tegaslah sangat.

"Hahaha...sebenarnya kita dulu..."dia pun mula bercerita dari pertama kali kami bertemu sehingga kejadian tiga hari yang lalu. Aku mendengar ceritanya dengan tekun.

Dari sinilah kisah antara aku dengan dia bermula tanpa kami sedar hubungan ini akan membawa ke jinjang pelamin.

BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: Truyen2U.Pro