ГЛАВА ВОСЕМНАДЦАТАЯ 🗝

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Healy berpusing seketika memandang dirinya yang lengkap bersarung dress pink cair dengan tampalan berlian di hujung dan bahagian pinggang serta bertudung shawl hitam yang dililit gaya moden.

"Abang, dah.." Healy terdiam melihat Hazzel yang memakai tuksedo hitam bersama kemeja pink cair sama dengan bajunya dan terdapat riben di kolar bewarna hitam. Rambut jejaka itu disikat gaya messy.

"Hey, berhenti mengelamun." Hazzel memetik jari di hadapan wajah Healy.

"You look so handsome dead gorgeous!" Healy masih melopong. Hazzel tersenyum kecil.

"You too, sayang."

"Patutlah ramai orang cuba goda abang." Healy mengambil beg tangan bersama kasut tumit tinggi Dior miliknya.

Hazzel berkerut dahi. Setahunya tiada pun gadis yang menggoda dia. Semua gadis lari apabila tahu bahawa dirinya 'bisu'.

Baguslah. Dia pun rimas digoda. Kalau Healy goda tak apa. Hehe.

Hazzel mengambil kasut dari tangan Healy dan melutut untuk menyarungkan kasut itu ke kaki yang bersarung stokin bercorak flora itu. Melayang duitnya hampir seratus membeli stokin mahal ini.

Nasib sayang bini.

Healy tersenyum dan mengangkat kakinya sebelum Hazzel menyarung kasut itu ke kakinya.

"Noah!" Hazzel melaung.

"Sabarlah kejap! Perfume aku hilang bodoh!" Laung Noah kembali dari dalam bilik. Hazzel membuka kasar pintu bilik Noah dan melihat anak kerabat diraja itu yang turut lengkap bersut mewah.

"Tu apa? Minyak pengasih?" Soal Hazzel sambil melihat berpuluh botol minyak wangi Noah diatas meja.

"Bukan yang tu. Perfume yang.." Noah terhenti melihat botol minyak wangi yang dicari. Terus Noah menunduk dan mengambil minyak wangi kesayangannya iaitu minyak wangi DKNY Golden Delicious yang merupakan antara minyak wangi termahal didunia.

"Jom." Hazzel menjeling dan melangkah keluar.

"Piwitt cantiknya kau." Noah memuji Healy. Gadis itu tersenyum lebar.

"Kan? Mahal tau dress ni, hampir lima puluh ribu. Hazzel belanja." Healy menggigil teruja. Hazzel menggeleng dan bergerak keluar.

"Babe!"

Noah memeluk si gadis yang melompat kedalam pelukannya.

"Jangan nak melebih." Hazzel meleraikan pelukan Noah dan Viviana itu.

Viviana mencebik.

"You ni dah ada wife pun nak control relationship I lagi." Viviana menjeling si abang yang overprotective terhadapnya.

"Dah, jom. Nanti lambat." Noah memeluk bahu gadis berambut coklat itu yang disanggul gaya cinderella.

Viviana tersenyum.

"Kau, kalau kau cium adik aku siap kau aku kerjakan." Hazzel menunjuk ke arah Noah. Noah menjelirkan lidah sebelum mereka mula bergerak menggunakan dua kereta berbeza ke sebuah hotel dimana majlis prom diadakan.

***

"I rindu you. You langsung tak call I." Viviana memandang Noah yang sedang memandu disebelah. Haruman jejaka itu membuatkan dia terasa ingin bersama Noah.

Noah menoleh sekilas.

"I need time for myself. Kan I dah bagitahu you, and now we're together again. Jadi you jangan risau." Noah meletakkan tangan di paha Viviana dan paha itu diusap lembut.

Viviana tersenyum lebar.

***

Healy dan Hazzel mula berpegang tangan masuk ke ruangan hotel mewah yang disimbahi lampu bewarna warni.

Hampir semua manusia didalam dewan itu terkejut apabila Hazzel memunculkan diri di majlis prom kerana selama persekolahan mereka, tidak pernah sekalipun Hazzel menyertai mana mana acara keramaian.

"Hey!" Sapa Healy sambil menarik tangan Hazzel menuju ke arah rakannya.

Fiona yang masih terkedu dengan wajah tampan Hazzel berdehem dan tersenyum lalu memeluk Healy.

"Aku rindu kau!"

"Aku pun!" Healy menggigil teruja. Mereka melepaskan pelukan dan Fiona kembali memandang Hazzel.

"Drink?" Fiona menghulur gelas air anggur buat Hazzel sebelum jejaka itu menolak dengan gelengan.

Healy mengambil gelas ditangan Fiona dan tersenyum.

"Aku pergi dulu. Nanti lepas ni kita borak." Healy bersuara apabila melihat wajah Hazzel sudah tidak selesa berada di kelompok ini.

Healy menarik tangan Hazzel ke tempat kosong didalam dewan itu.

Jus anggur diteguk perlahan.

"Minum duduk, sayang." Hazzel menarik kerusi dan Healy terus duduk sebelum tersengih.

"Ini dah last prom. Lepas ni kita dah tak sekolah. I will miss place." Healy memandang seluruh pelajar Le Rosey yang sedang berbual dan bergelak ketawa. Namun dahi Healy berkerut melihat sesuatu. Terus matanya membulat.

"Abang!" Healy memandang Hazzel kembali.

"Hm?"

"Jom pergi tingkat atas. Healy nak jelajah hotel ni." Healy mengajak tiba tiba sambil tersenyum dan menarik tangan Hazzel menuju ke lif. Sempat matanya mengerling Noah dan Viviana yang sedang berkucupan di satu sudut. Nasib baik Hazzel tak sempat nampak!

Healy melangkah ke aras dua hotel yang kelihatan para manusia sedang menari mengikut rentak lagu yang dipasang.

Come lay me down
Cause I know this
Cause I know this LOVE

Healy memeluk leher Hazzel dan mereka berpusing sehingga gaun Healy menjadi kembang.

In the middle of the night
In the middle of the night
Just call my name
I'm yours to tame

Hazzel melepaskan pelukan sebelum tangannya memegang tangan Healy lalu gadis itu berpusing dibawah tautan tangan mereka.

In the middle of the night
In the middle of the night
I'm wide awake
I crave your taste all night long

Hazzel menarik pinggang Healy rapat ke arahnya kembali sebelum mata kedua mereka bertentangan. Healy tersenyum dan kaki mereka mula bergerak mengikut rentak.

Til morning comes
I'm getting what is mine
You gonna get yours, oh no uh
In the middle of the night
In the middle of the night

Kaki mereka berhenti dan Healy kembali menjarakkan badannya sebelum gadis itu berpusing laju sehingga semua pandangan tertumpu pada mereka dan Healy menunduk gaya cinderella ke arah Hazzel sambil mengangkat sedikit gaunnya.

Just call on me
Just call my name
Like you need me

Hazzel mendekati si isteri sebelum tangannya memegang kepala Healy dan bibir mereka bersatu sehingga membuat tepukan dari seluruh manusia bergema.

In the middle of the night
In the middle of the night
Just call my name
I'm yours to tame
In the middle of the night...

Healy kembali merenung wajah Hazzel sebelum pipinya kemerahan tiba tiba. Gadis itu menunduk dan menyorokkan wajah di dada Hazzel.

Hazzel tergelak dan memeluk isteri yang mula malu setelah menari tanpa menghiraukan manusia sekeliling tadi.

'Did he just laughed?'

'He laughed.'

'Orang bisu boleh ketawa ke?'

'Oh my god kau dengar tak suara dia masa ketawa? Husky.'

Hazzel menarik Healy ke tingkat tiga sebelum dia melaga kepala seorang demi seorang manusia yang berbisik tentangnya. Bisik apa kalau dah suara macam speaker.

Mereka bergerak ke tingkat tiga iaitu tingkat terakhir hotel ini atau dikenali sebagai kawasan bumbung.

"This is the best prom! Abang tahu tak dulu Healy ada bagitahu Noah yang Healy nak datang sini dengan abang so that we can kiss, dance lepastu Noah cakap tu semua angan angan je. But look at us now!" Healy menggigil teruja.

Hazzel menyimpul senyum.

"Abang suka tengok sayang happy." Hazzel mendekati Healy bersama sesuatu ditangan.

Healy membulatkan mata melihat kotak baldu ditangan Hazzel.

"Abang, apa.." Bicara Healy terhenti apabila bibir Hazzel mencium bibirnya seketika. Hazzel membuka kotak baldu dan gelang emas lalu tangan Healy diraih dan gelang itu dipakaikan ditangan si isteri.

"Maaf kalau tak cantik. But this is the prettiest dekat kedai so abang beli yang ini. Abang nak ajak sayang pilih tapi nanti kantoi pula surprise abang." Hazzel tersengih. Healy berkaca mata memandang gelang ditangan.

"Abang ni!" Dada Hazzel ditepuk kasar.

"Auch!"

"Healy dah cakap abang tak payah susah susah bagi Healy hadiah mahal macamni. Abang dah beli dress dengan kasut dan shawl Healy pun dah cukup. Abang ni saja nak buat Healy menangis habistu mekap tanggal." Healy berusaha menahan air matanya dari menitis.

Hazzel tersenyum dan mencium pipi si isteri yang tercebik cebik menahan tangis.

"Tak mahal lah sayang. Gelang kecil je tu. Lagipun emas ni berguna tau untuk masa depan. Kalau nak simpan aset, simpan emas. Mana tahu nanti ada waktu terdesak sayang boleh guna emas ni." Hazzel bersuara. Healy angguk dan memeluk erat tubuh Hazzel.

"Healy sayang abang." Bisik Healy.

"Me too." Hazzel menarik Healy agar duduk di birai penghadang bumbung. Kepala Healy bersandar di bahunya.

Healy mendongak merenung wajah Hazzel.

"Kenapa tengok abang macamtu?"

"Janji dengan Healy yang abang akan cintakan Healy sampai bila bila?" Healy bersuara. Hazzel angguk dan mencium kepala si isteri.

"Janji." Hazzel menabur janji.

Healy tersenyum dan memeluk Hazzel sebelum matanya dipejam.

Hazzel melihat ke bawah dan dahinya berkerut apabila kelibat Noah dan Viviana yang sedang berciuman di luar hotel menarik pandangannya.

"Eh, orang dah cakap jangan buat benda tak senonoh. Sayang, tunggu sini. Abang nak turun bawah sekejap." Hazzel terus bangun. Healy membulatkan mata apabila Hazzel sudah nampak Noah dan Viviana yang sedang berasmara.

Kemudian Healy tersenyum. Dia tahu Hazzel membantah hubungan Noah dan Viviana untuk kebaikan mereka juga. Lagipun Noah seorang muslim, sampai bila dia ingin menjadi seorang yang munafik?

Healy memandang gelang ditangan bersama senyuman lebar.

"Do I ever warned you.. Not to destroy the rings?"

Bulu roma Healy tegak apabila terdengar satu bisikan dibelakangnya. Terus gadis itu menoleh dan matanya membulat.

Bibir itu tersenyum.

"N.. No way."

"Berani kau hapuskan cincin itu? Sekarang, aku akan hapuskan kau pula." Suara itu berbicara. Mata Healy mula berkaca dan wajah gadis itu berubah pucat.

"Kau.. Kau lah pembuat cincin tu."

Bibir itu tersenyum sinis.

***

"Aku dah cakap jangan cium dia! Kau pun sama, tunjuk murah tu!" Hazzel memarahi si adik dan kekasihnya.

Noah mengusap pipi yang terasa pijar ditampar oleh Hazzel.

"Sakitlah. Aku tak.."

"Arghhhh!!!"

Bunyi jeritan nyaring dari bumbung hotel menarik perhatian mereka bertiga. Hazzel mengerutkan dahi melihat sesuatu sedang jatuh.

"Healy!!!" Jerit Hazzel sambil berlari apabila tubuh yang sedang jatuh dari tingkat tiga itu adalah Healy.

"Healy!" Noah dan Viviana turut berlari ingin menyambut Healy namun jarak mereka yang agak jauh membuatkan mereka tidak sempat menyambut tubuh itu.

Hazzel terhenti apabila bunyi hentakan kedengaran dan matanya jantungnya seakan terhenti melihat tubuh yang berlumuran darah di hadapan.

"No, no. Sayang." Hazzel memangku Healy dan menepuk pipi Healy bersama mata berkaca. Tangannya mengusap kepala Healy dan melihat darah tidak henti mengalir dari kepala dan celah paha gadis itu.

"Healy. Sayang, buka mata. Sayang, tengok abang. Sayang.." Hazzel cuba mengejutkan Healy dengan tangan terketar.

"Aku dah call ambulans." Noah mendekati Hazzel. Ramai orang berkumpul untuk melihat kemalangan ngeri itu.

"Sayang." Air mata Hazzel akhirnya jatuh dengan tangan menggigil memandang tubuh kaku Healy.

Beberapa minit kemudian, siren ambulans mula kedengaran dan pihak perubatan mula memberi rawatan kecemasan buat Healy.

"Bro." Noah menarik Hazzel yang tidak ada reaksi sambil memandang Healy yang dibawa masuk ke ambulans.

"Hazzel, are you okay? Hazzel." Viviana mengusap pipi si abang sambil melihat Hazzel yang diselaputi darah Healy sehingga pakaiannya bertukar merah.

Hazzel memandang tingkat tiga hotel itu.

"Bro, isteri aku.." Hazzel mati kata.

***

"Macamana boleh jatuh tingkat tiga? Astaghfirullahalazim.." Lily menenangkan Quinn Davieka yang bagai ingin histeria apabila mengetahui anak perempuan tunggalnya mengalami kemalangan.

Hazzel hanya diam memandang lantai.

"Hazzel, Hazzel ingat apa jadi?" Soal Hunter lembut sambil memandang Hazzel yang menikus dari tadi.

"H.. Hazzel yang bawa dia pergi tingkat tiga lepastu Hazzel tinggal dia disitu sebab Hazzel pergi jumpa Noah. Lepastu, tiba tiba Healy terjatuh dari bumbung tu. Hazzel.. Hazzel minta maaf." Air mata Hazzel kembali bertakung.

Hunter tersenyum nipis.

"It's okay. Kita doa biar Healy tak apa apa, ya? Hazzel pergi balik mandi dulu. Baju ni penuh darah ni." Hunter menyuruh sambil memberi isyarat pada Skyler untuk membawa Hazzel pulang.

"Hazzel nak tunggu Healy." Hazzel berkeras.

Skyler mengeluh kecil dan menarik Hazzel ke dalam pelukan. Tubuh menggigil si anak diusap lembut.

"Healy's gonna be fine. Jangan risau." Skyler memandang Hazzel. Jejaka itu menggeleng.

"Hazzel nampak.. Darah, banyak sangat lepastu.." Hazzel tersekat sekat mengeluarkan suara.

"Shh, semua akan okay." Skyler mengemaskan pelukan. Hazzel terus menangis didalam pelukan Skyler.

"Healy kuatlah. I yakin dia akan okey." Victoria memeluk Quinn Davieka yang dari tadi mengalirkan air mata.

"She's my only daughter. Macamana kalau.."

"Queen, jangan cakap macamtu. Kita kena percaya kan Healy." Hunter menggenggam tangan Quinn Davieka dan tangan itu dicium lembut. Semakin kuat tangisan Quinn Davieka.

"Franky." Bisik Skyler. Franky bagaikan memahami terus mengeluarkan satu picagari dari poket dan penutup picagari itu dibuka sebelum Franky mendekati Hazzel yang hanya diam dengan esakan kecil dalam pelukan Skyler.

Tangan menyuntik cairan putih kedalam badan Hazzel.

"Rest." Skyler mencium kepala Hazzel apabila badan Hazzel mula layu dan jejaka itu mula tertidur.

"Biar Noah bawa Hazzel balik." Noah menawarkan diri. Skyler angguk dan mereka terus membawa Hazzel yang tertidur itu pulang.

"Tempat tu aku dah suruh budak budak ni siasat. Mereka kata tak ada apa apa yang mencurigakan pun. Kemungkinan Healy memang terjatuh sebab tak ada any clue untuk kes pembunuhan. Tak mungkin ada orang tolak Healy sebab rakaman cctv tu menunjukkan bahawa tiada orang yang naik ke bumbung lepas Healy dan Hazzel." Hunter memulakan bicara.

"Macam tak logik pula terjatuh. Bumbung tu ada penghadang kut." Franky menyampuk.

Hunter melihat si isteri yang tersandar lemah dibahu Lily.

"Queen, kau nak rehat?" Soal Hunter sambil mengusap kepala Quinn Davieka. Gadis itu menggeleng.

"Saya nak tunggu Healy." Jawab Quinn Davieka perlahan. Hampir dua jam mereka berada disitu namun tiada tanda tanda pintu bilik kecemasan itu akan terbuka.

"Jom. You need some food. Nanti kalau Healy tengok mama dia macamni mesti dia tak suka. Makan sikit, okey?" Pujuk Hunter. Quinn Davieka kembali ingin menangis.

"Tapi.."

"Jom." Hunter mencium dahi isterinya.

"Betul Hunter cakap. You jangan risau, apa apa nanti I call you terus." Kata Victoria. Quinn Davieka angguk dan mula bangun.

"Apa apa bagitahu." Pesan Hunter. Franky menganggukkan kepala.

***

Hazzel memandang sejadah dihadapan dengan pandangan kabur sebelum air matanya jatuh menitis.

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan," [Al-Insyirah : 5]

Hazzel mengetap bibir dan menggeleng.

"Tolong sembuhkan dia Ya Allah. Selamatkan dia, selamatkan isteriku. Ya Allah, aku merayu selamatkanlah dia." Teresak esak Hazzel menutur kata.

Noah membuka pintu bilik Hazzel dan terdiam seketika.

"Bro."

Hazzel mengelap air matanya dan alQuran juga ditutup sebelum kitab itu dicium.

"Apa." Hazzel bersuara.

"Healy dah keluar unit kecemasan."

Hazzel terus membulatkan mata sebelum tersenyum lebar.

"Alhamdulillah. Dia okey?" Soal Hazzel. Noah mengangkat bahu.

"Jom." Noah mengajak Hazzel. Hazzel terus mencapai topi hitam dan dipakai sebelum dia bergerak keluar menuju ke hospital.

***

"Kesan hentakan kepala dia agak teruk dan tangan kanan pesakit juga patah. Impak jatuh tu mungkin membuatkan darah yang hilang sangat banyak. Tapi alhamdulillah bekalan darah mencukupi. Tulang bahu dia juga retak. Buat masa sekarang kami akan tempatkan miss D'Ezekiel di wad ICU dulu sementara keadaannya stabil kembali. Erm.. Boleh saya tanya, pesakit sudah berkahwin?" Soal doktor itu.

Mereka angguk.

"Saya suami dia." Hazzel bersuara.

"Oh, I see.. Maaf jika saya tanya, adakah encik tahu isteri encik mengandung?" Soal doktor itu.

Hazzel terkesima.

"A.. Apa?" Hazzel. Doktor itu tersenyum nipis.

"Pesakit juga hilang darah banyak kesan dari keguguran. Mungkin dia sendiri tak tahu kerana kandungan tersebut kelihatan seperti baru sahaja beberapa minggu. Saya harap kalian dapat bersabar dan terus berdoa agar pesakit dapat melepasi tahap kritikal dengan cepat. Jika tiada apa apa, saya minta diri dulu dan jangan risau, kami akan buat yang terbaik untuk selamatkan dia." Doktor itu menunduk sedikit dan berlalu.

Hazzel terduduk.

"Healy pregnant?" Viviana memekup mulutnya.

"Semuanya salah aku. Kalau aku tak bawa dia ke tingkat tiga dan aku tak tinggal dia mesti semua ni takkan jadi." Hazzel meraup wajah.

"Hazzel, tak baik cakap macamtu. Semua dah takdir dan kita tak boleh buat apa." Lily menegur Hazzel.

Hazzel hanya diam sambil menunduk.

"Dah malam dah ni. Hazzel temankan Healy ya? Doktor cakap tadi seorang je boleh teman." Kata Quinn Davieka. Hazzel mendongak memandang wanita itu.

"Mama.." Mata Hazzel kembali berkaca. Quinn Davieka tersenyum nipis dan memeluk menantunya dengan erat.

"Shh, dia okey. Hazzel pun kena okey. Kami tak salahkan Hazzel tau. Jaga Healy untuk kami."

"I.. I can't... Hazzel tak boleh jaga Healy.. Hazzel.. Hazzel gagal.." Hazzel kembali teresak. Quinn Davieka menggosok belakang Hazzel.

"No you're not. Dah, taknaklah sedih sedih macamni. Hazzel jaga Healy, temankan dia. She needs you." Quinn Davieka melepaskan pelukan dan mengelap air mata Hazzel. Bibirnya mencium dahi Hazzel.

Hazzel angguk perlahan.

"Take care bro. Kau nak apa apa bagitahu je aku." Noah memeluk Hazzel seketika. Hazzel hanya mampu diam. Terasa tenaganya sudah tiada dan semangatnya sudah hancur lumat.

Hazzel menolak pintu kaca wad VVIP itu dan telinganya terus menangkap bunyi mesin pengesan degupan jantung.

"Assalamualaikum." Bisik Hazzel sambil mencium dahi Healy yang berbalut. Wajah gadis itu yang tenang lena direnung.

"Sayang, bangunlah. Abang datang ni." Hazzel menggenggam tangan kiri Healy yang tidak bersimen sebelum tangan itu diletakkan di pipinya.

"Abang minta maaf sebab abang gagal lindungi sayang. Dan baby. Sayang tahu tak, sayang pregnant tau? Tapi Allah lagi sayang dia. Allah dah ambil baby kita. Abang bersyukur sangat Allah bagi peluang untuk abang jaga sayang. Jadi sayang kena bangun. Abang yakin isteri abang kuat." Hazzel mencium hidung Healy. Air matanya menitis diatas kelopak mata Healy yang tertutup.

"Abang tak kuat sayang. Tolong bangun. Jangan buat abang macamni. Abang takut. Demi Allah abang takut hilang sayang. Jadi tolong, tolong kuat untuk abang. Sayang cakap sayang cintakan abang, kan? Jadi sayang kena bangun." Hazzel terus menangis.

Dan saat itu, setitis air jernih turut mengalir dari mata si isteri yang tertutup rapat.





***

Kalau dapat 140 votes kita update lagi satu esok.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro