Bab 10

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


"OIII,bangunlah korang"

Nak dekat setengah jam Putri mengejutkan dua ekor beruk yang nyenyak sekali dibuai mimpi.

Dia mengeluh berat.

Matahari dah terpacak atas kepala pun masih tak bangun?Parah ni.

Sudah penat dia menggoncangkan tubuh mereka sampaikan lengannya sendiri pun naik lenguh.

Mereka berdua buat apalah sampai penat macam ni sekali?

Nak kata bersengkang mata buat homework,awal-awal lagi diaorang ni dah Sadaqallahul 'Azim tutup buku. Buat projek apalah malam tadi. Omel Putri.

Kepala yang tidak gatal digaru perlahan.Mata dililaukan memandang keseluruhan bilik Ellia yang luas dan mewah. Kawannya yang seorang itu lebih sukakan rekaan dalaman yang minimalist dan penggunaan perabot berwarna putih kontra sekali dengan berlatarkan dinding warna  gelap dan suram.

Pabila ditanya mengapa memilih warna hitam putih jawabnya si Ellia,"Aku nak merasa jadi mistress mafia" dengan muka toya.

Saat itu juga, Putri tertanya-tanya adakah Ellia sudah hilang beberapa skru dalam otaknya?

Putri segera mengehentikan lamuanan dari berpanjangan.

'ish, yang aku ni pun.Menyempat lagi nak usyar bilik orang. Tuan empunya bilik pun masih tak bangun lagi ' getusnya.

Tiba-tiba datang idea bernas. Sesekali jadi jahat takpe kan? Putri mengulum senyuman yang tersembunyi seribu satu makna.

Dengan penuh muslihat, Putri melangkah memasuki bilik air. Sesaat kemudian dia keluar membawa segayung air. Perlahan-lahan dia menapak menuju ke katil Ellia.

Putri mencelupkan kesemua jarinya ke dalam gayung itu.Uish, sejuk!

Dia yang sudah pun mandi masih teringat lagi betapa dia hampir bersilat dalam bilik air Ellia kerana kesejukan tidak terkata. Bukan tiada heater cuma dia lebih terbiasa mandi dengan air sejuk. Biar badannya lebih segar dan tidak berasa mengantuk.

Tanpa sekulmit rasa serba-salah, dia merenjis-renjis air sejuk ke muka kawannya berdua itu sambil menyanyi,

" Di renjis renjis di pilis
Di tepungi lah tawar
Hai beras kunyit di tabur
Disiram si air mawar"

Automatik terbangun Ellia dengan muka terkejutnya," huh? Siapa nak kahwin? Wey Putri, kita dah sepakat kan nak bersama selamanya sehidup semati sekubur senanti!" Ujarnya dengan nada yang panik.

Amanda yang terasa renjisan air terpalit je mukanya juga terbangun.

Dalam keadaan yang masih mamai dia bertanya," huh? Ada majls kahwin ke? Mana hidangan buffet? Ada ayam masak merah tak?"

Putri yang sedar tadi hanya menjadi pemerhati di tepi sudah bantai gelak.

Senak perutnya melihat telatah mereka berdua.Tak kering gusi dibuatnya.

"Hah, bangun pun korang. Kalau aku tau plan aku ni efektif, dah lama aku buat sejak pagi tadi. Takdelah buang masa dan tenaga aku" bebel Putri.

Gayung yang telah berbakti kepadanya sudah pun di kembalikan ke tempat asal.

Wajah keliru Ellia yang baru bangun itu bertukar cemberut. Rambut yang kusut masai sudah lama dibiarkan berkerbangan."Alah kau ni Nia. Takleh Kasi chance eh kat kitaorang ni nak bangun lambat? Kan harini cuti"

"Yelah Nia,kalau hari-hari bangun awal macam nak pergi sekolah tu matilah nak" sambung Amanda. Tanpa segan silu dia terus menguap besar.

"Aku memang tak kisah korang nak bangun sampai pukul 12 tengah hari ke apa...tapi siapa yang beria-ria ajak nak pergi shopping semalam?"

Soalan yang diajukan oleh Putri terus menghilangkan rasa mengantuk Ellia . Yelah kasut aku!

"Woi Bat get your ass up! Asal kau tidur balik? Cepatlah, jom mandi!" Ellia menggoncangkan tubuh Amanda seganas mungkin.

"Ermm... Lima minit" gumam Amanda. Selimut comfy itu ditarik melepasi tengkuknya.

"Ah takde takde lima minit ke lima detik ke. Bangun lah wey. Kau tu nak bersiap berjam-jam lamanya"

"Err actually El, aku tak bawak baju jalan spare lah. Sebab malam tadi kata nak sleepovers je" Putri menggaru kepalanya.

Iya, one of the reasons kenapa dia masih lagi stuck dalam bilik itu walaupun dah mandi sebab dia takde baju selain night dress berwarna pink cair yang dipakainya. Takkanlah nak turun breakfast pakai baju tu kot?

"Lah kau ni, bawak homework ingat pulak,tapi baju spare tak ingat nak packing" perli Ellia.

Kadang kala dia geram dengan perangai Putri yang satu ni . Kalau boleh, dekat mana-mana mesti kena berkepit dengan buku. Tak musnah pun lah dunia ni kalau satu hari tak hadap buku!

"Sorry..." Bisik Putri.

"Dah dah bukan aku nak marah ke apa. Cuma geram dengan kau ni. Tu kat walk in closet aku berlambak baju. Entahlah kenapa mummy still sumbat pelbagai jenis baju dalam tu macam nak bukak mall je. Padahal dah terang-terang aku tak berapa minat dengan gaya tu" bebel Ellia.

Dia sangatlah berat hati nak melangkah memasuki walk in closet miliknya yang dah serupa high end closet untuk icon fashionista.

"Takpe ke?" Tanya Putri sedikit ragu-ragu. Memangkah dia childhood friends Ellia tapi dia taknak amik kesempatan dengan title yang dia pegang.

Ellia menepuk bahu Putri dengan kuat."Lek lah,Nia. Kau dengan aku tak ubah macam adik-beradik tau? Aku harap sangat dapat tukarkan dua ekor mawas tu dengan kau kalau boleh. Siapa taknak adik comel yang mendengar kata macam kau ni?" Pipi gebu Putri di cubit manja.

"Ish,kau ni..." Malu-malu Putri menolak tangan Ellia.

"Hoi,hoi hoi berdating lagi korang dalam bilik sempit? Buat apa hah? Ayok, buat maksiat tak ajak aku eh?" Tegur Amanda yang baru melangkah keluar dari bilik air.

"Otak kau takleh lagi kuning ke?" Sindir Ellia. Dia kemudian merempuh bahu Amanda dengan sengaja ketika mahu masuk ke dalam bilik air.

"Aduh... dasar minah gorilla. Patutlah takde orang nakkan kau" ejek Amanda. Sengal bahunya dirasakan.

"Aku tau aku lawa. Takyah cakap belakang. Tu siaplah cepat. Aku tengok korang tak siap, memang kita pergi mall berbogel aje" laung Ellia dari dalam bilik air.

Laju berdesup Amanda memasuki walk in closet milik Ellia. Dengan pantas dia memilih baju yang penuh tergantung.

"Hahahah, Nia kau boleh ke bayangkan Si minah kerek tu pakai baju girly berskirt bagai macam ni?" Tanganya mengangkat mini dress berwarna biru cair bermotifkan bunga daisy.

"Kau jangan gelak,Bat.Mana tau in future dia pakai hah...baru terkejut kau tengok transformation dia" usik Putri. Tangannya masih membelek-belek baju di almari bertentangan.

Sudahnya mereka berdua menghabiskan masa hampir 15 minit untuk mencari baju yang sesuai. Masing-masing menunggu turn nak tukar baju dekat outfit changing room yang ada di bilik tersebut.

"perghhh,lawa siot kau Nia. Ni kalau twins tu nampak terus ternganga mulut diaorang" puji Amanda sambil mengosokkan bawah dagunya. Dia tersengih sumbing.

"Kau pun apa kurangnya. Comel je macam orang Cina.Amoi lawa gutiew" memang tidak dinafikan Amanda mempunyai darah kacukan cina dari belah ibunya.

"Hah,dah siap korang? Berjanggut aku tunggu. Dahlah belum breakfast lagi ni" rugut Ellia. Matanya dikerling memandang jam ditangannya.

"Eh sejak bila kau siap,El?"

"Aku ni kan ada superpower. Dahlah jom turun makan breakfast. Aku rasa parents aku harini cuti maybe waktu-waktu cenggini diaorang dah ada kat bawah"

Pintu bilik dikatup perlahan. Mereka bertiga terus memasuki perut lift. Tangan Ellia menekan butang tingkat 1.

TING!

lift berhenti betul-betul ditingkat dua.Pintu lift terbuka lalu terjengul wajah Ezekiel dengan Elyas.

"Korang nak pergi mana pakai lawa-lawa ni?" Soal Ezekiel. Matanya tidak lepas dari memandang Putri yang sedikit tersorok di bahagian berlakang.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro