Bab 9

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


"AMBOI, kemain eh gelak sampai tak ingat dunia korang ni" jerkah Ellia sambil mencekak pinggang.

Terus tawa mereka bertiga berhenti kerana terkejut dengan jerkahan secara tiba-tiba Ellia.

"Tsk, kak kau ni menyibuk lah" Ezekiel berdecit kegeraman. Wajahnya di paling ke tepi sambil memeluk tubuh.

Muka jangan cakap, masam mengalahkan tapai basi!

"Party poopers..." Gumam Elyas.

Senyuman di wajah Ellia terus mati. Mata dia membulat seluasnya memandang kedua-dua remaja lelaki itu. Bertuah punya adik!

"Hold my coke,Bat. Let me teach this brat some manners" lengan baju disisingkan sambil menekan-nekan penumbuk.

Amanda yang menjadi pak turut sudah termangu-mangu di tepi.

Tangannya yang sudah dipenuhi snek berserta buah-buahan makin berat dirasakan bila Ellia menyuruhnya memegang tiga botol air coke yang bersaiz jumbo.

Putri mengekekeh kecil. Dia tidak mahu masuk campur hal keluarga Ellia. Baginya mereka sekadar bergurau kasar.Tiada pertumpahan darah yang akan berlaku pun.

"Bak sini separuh snek tu. Aku tolong pegangkan" pelawa Putri. Kasihan dia lihat kawannya yang sorang ini mengangkut semuanya sendiri.

Dengan senang hatinya Amanda menghulurkan sebahagian besar snek pelbagai rasa dan jenama kepada Putri.

Tangannya sudah mula lenguh. Nasib ada  yang nak offer tolong.

"Err, kau rasa hidup lagi ke budak dua orang tu?" Bisik Amanda perlahan dekat Putri yang juga berdiri di sebelahnya.

"Hmm?Siapa?" Soal Putri sedikit bingung.

Tangannya sudah laju membuka plastik snek lalu dengan riangnya dia menyumbat segengam snek rangup itu ke dalam mulut.sedap!

"Ish, Siapa lagi kembar tulah"

"Oh diaorang tu. Ni first time eh kau tengok WWE Ellia vs twins?" Gelak Putri.

"Hah? WWE?" Terlopong mulut Amanda.

Putri menjungkitkan bahunya. " One of the things they usually did whenever they meet each other even in gathering"

"Kau macam dah biasa je dengan diaorang tu,Nia" Tanya Amanda dengan penuh minat.

"Well,it's because we're grown up together" pendek sekali Putri memberikan jawapan. Dia malas nak cerita panjang-panjang.

"Ohh gitu"

Setelah beberapa minit bergelut untuk hidup,akhirnya twins sudah berjaya melepaskan diri dari cengkaman kakak mereka. Habis lebam satu badan mereka dikerjakan oleh Ellia tanpa belas kasihan.

"Dah pergi masuk bilik korang. Korang dah puas kan spend time dengan princess korang?kalau tak puas meh sini akak bagi lagi" gertak Ellia. Tanganya diacukan ke arah mereka.

Penuh berhemat lagi berakhlaknya mereka menggelengkan kepala. Serik sudah.

Dengan muka cemberut masing-masing melangkah pergi meninggalkan Ellia and the geng sebelum lesap memasuki perut lift.

"Dah jom gerak" ajak Ellia.

"Lah, kau pergi lengang kangkong je? Ni Siapa yang nak bawak banyak-banyak ni?"rungut Amanda. Serius, dia tak puas hati. Mana taknya, kemain orang tu kaut semua snek dekat rak pastu alih-alih dia jugak yang kena pegangkan?

Ini betul-betul tidak adil!

"Alah,aku kan tuan rumah. Bagilah aku merasai jadi VVIP " Ellia tergelak kecil.

Amanda terus membuat muka. Menyampah!

Putri tersengih sendirian. Ada-ada sahajalah mereka berdua ni.

══★ ✧ ✫ ✭ ✫══

"ARGHH,I can't do this no more....please spare my life..."rayu Ellia. Pen di tangan sudah dicampak entah ke mana.

"Sikit je lagi tu El. Kan nak dekat siap?" Pujuk Putri.

"No... can't no more. Kenapa eh kita kena buat homework time sleepover? Ni bukan study group Nia! It's sleepover for a reason!" Rengek Amanda. Dia sudah jatuh berguling-guling atas katil empuk bercadar biru gelap milik Ellia.

Bukunya sudah lama ditinggalkan berselerak atas meja belajar.

"Oi,sapa bagi permission duk atas katil aku? Tuannya belum isytiharkan lagi kot. Kau rakyat jelata berambus sekarang"

"Eleh, katil kau katil aku jugak" Amanda menjelirkan lidahnya ke arah Ellia. Biar lagi sakit hati.

"Oh berani eh tunjuk belang. Meh sini kau!"

Ellia terus menerkam tubuh Amanda yang sedang asyik sekali bergolek atas katil.

Terjerit kecil dia dibuatnya saat tubuh Ellia menghempapnya.

Bermulah sesi gusti berjemaah atas katil bersaiz king itu.Putri yang melihat keganasan mereka berdua sudah teguk air liur. Nasib baik bukan dia yang kena hempap.

Pandangannya mulai dialihkan ke arah buku latihan Add Math. Laju sekali tangannya menulis jalan kira. Rumus apa yang perlu digunakan  sudah pun sebati dengan dirinya. Sikit lagi nak siap dah,pujuk Putri.

Dia jenis yang kena siapkan sesuatu sampai sempurna barulah dia boleh menarik nafas lega dan bersenang-lenang. Contoh terdekat macam kerja sekolah yang menggunung tingginya. Guru-guru mereka memang agak kejam berikan kerja sekolah dekat pelajarnya.

"Oi, Nia . Meh lah jom sekali. Sudah-sudahlah tu dating dengan buku. Kitaorang ni pun nak time kau jugak. Esok kan ada lagi masa . Weekends kot" laung Ellia dari atas katil.

"Sekejap. Ish, ulangkaji ni bukan time exam je. hari-hari kena buat tau. Jangan amik enteng pasal akademik korang ni pun" keluh Putri. Walaupun mulut membebel, tangan tetap laju menyalin nota dan menyiapakn kerja sekolah.

"Aigoo, biarkan jelah miss nerd kita tu,El. Ni sementara tunggu Nia siapkan kerja dia tu en apa kata kita main game?"

Cadangan Amanda yang kedengaran amatlah bernas itu membuatkan muka masam Ellia kembali ceria.

"Game apa?"

"Sorok-sorok maybe?"

Tak sampai sesaat muka Ellia kembali masam mencuka,"kau kalau sehari tak loyar buruk memang tak sah kan?"

Terkebil-kebil mata Amanda bila dia dimarahi oleh rakannya. Aik,aku suggest game punya baik pun kena marah?

"Ok girls,I'm done!" Teriak Putri sambil berlari-lari anak menghenyak tubuhnya di antara Ellia dengan Amanda.

Kreekk!

Katil bersaiz king itu hampir bergegar tatkala tiga tubuh gadis bersaiz sederhana meloncat atasnya.

"Hah, ingat dah lupakan kitaorang ni" sinis sekali Ellia melemparkan padangan. Hatinya masih sakit bila sahabat karib sendiri memilih buku tidak bernyawa berbanding dirinya. Cemburu!

"Kau ni El, dengan buku pun nak cemburu ke? Comelnya" usik Amanda sambil mencuit hidung Ellia.

Tergelak besa Putri dibuatnya. Ada-ada sahajalah mereka berdua ni.

"Anyways, nak start buat apa dulu?"

"Movie!"

"Game!"

Elllia menolak kepala Amanda dengan lembut,"budak kecik mana boleh tidur lambat. Jom tengok movie"

"Siapa budak kecik? Aku lebih tua dari kaulah!" Bentak Amanda.

"Eleh, setakat lahir empat bulan lebih awal je pun" ejek Ellia.

"Girls, apa kata kita buat dedua? Game first then movie? How about that?"

Seperti biasa, Putri jelah yang dapat menyelesaikan kekusutan antara mereka bertiga .

"Ok deal" kata mereka berdua serentak.

"Eh, apa kata esok kita pergi shopping nak tak korang?"cadang Amanda dengan teruja. Dia segera melompat bangun dari katil.

"Hah, shopping? Hello no. Anti aku dengan aktiviti tu" bangkang Ellia sekeras-kerasnya.

"Alah, jomlah. Dah lama kita tak keluar jalan sesama. Please,just the three of us?" Rayu Amanda. Dia sengaja mencebirkan bibir sambil membuat puppy face dekat mereka berdua.

Putri menggigit hujung bibir.Hatinya tak sampai nak menghampakan gadis manis bersanggul tinggi itu.

"El, jomlah. Betul kata Bat. Dah lama kita tak pergi shopping bertiga? Mana tau ada high cut sneakers yang kau nak cari tu. Kan kau cakap kat online dah takde restock? Esok kita pergilah singgah kat kedai dia mana tau ada?"

Putri dengan bijak sekali memujuk Ellia sehinggakan gadis itu berubah fikiran dengan serta merta.

"Ok aku on"

"Horeyyy!! All hail to our queen!! Yeah sayang korang berdua!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro