𝟮𝟯

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

- - - - - - - - - -

malam, 8:57 pm

" Ahjussi buat apa kat luar ni? Tak sejuk ke? " Aerin mengambil tempat di bangku yang diduduki Yoongi itu.


Lama juga dia menghabiskan masa berbual dengan Puan Min tadi, habis terabai Yoongi dibuatnya.

" Sejuk sikit. Kau tu dah okay ke badan? Ubat dah makan? "

" Emm.. Dah okay, tapi perut dengan kepala je sakit sikit. Ubat dah makan. "

Yoongi sekadar menganggukkan kepala tanpa memandang Aerin di sebelahnya. Anak matanya lebih tertumpu pada bintang-bintang kecil yang hampir tidak terlihat cahayanya.

" Ahjussi.. Saya nak tanya satu soalan boleh? "

Yoongi memandang Aerin dengan sebelah kening yang terangkat, menunggu gadis itu untuk meneruskan niatnya.

" Eomma Min kata, ahjussi dapat tawaran untuk sambung belajar di luar negara. Tapi ahjussi tolak semata-mata untuk bekerja sebagai bodyguard kat syarikat kawan ahjussi. Kenapa? "

Dapat tawaran sambung belajar, bukankah itu lebih bagus jika dibandingkan dengan pekerjaannya sekarang?

Yoongi terdiam seketika. Pandangannya jatuh pada kakinya yang elok tersarung selipar.

" Setiap orang dalam dunia ni, mesti ada matlamat masing-masing, kan? Aku tolak tawaran tu kerana matlamat aku. Aku nak lindungi orang yang diancam bahaya supaya keluarga orang tu tak menyesal dan sedih. Aku tak nak orang lain rasa apa yang aku rasa. " senyuman kecil terukir di bibir Yoongi.

" Maksud ahjussi? "


" Aku.... Kehilangan satu-satunya adik yang aku ada, dia dibunuh. Aku cuai, aku tak jaga dia betul-betul. Aku menyesal sangat sebab terlepas pandang benda yang penting waktu tu. Jadi aku tak nak orang lain rasa benda tu. Sebab tu lah aku tetapkan peraturan kepada setiap orang yang berada bawah tanggungjawab aku. "


Aerin terdiam. Kata-kata Yoongi itu seperti menusuk terus ke dalam hatinya. Dia tak pernah sangka lelaki di sebelahnya itu sudah kehilangan adiknya.





" Er.. Ahjussi tak ada girlfriend ke? Ermm muka ahjussi pun boleh tahan, mustahillah kalau tak ada peminat, kan? " Aerin mengubah topik. Sungguh dia tidak suka kejanggalan yang selalu menemani mereka berdua.







" Aku dah bertunang. "

Terus terkebil-kebil Aerin memandang Yoongi.

" Ahaha- nak tipulah-"

Kata-kata Aerin terpotong apabila Yoongi tiba-tiba menayang cincin yang tersarung elok di jari manisnya.

" J-jadi ahjussi memang dah bertunang.. Eh, nak tengok gambar dia! Mesti cantik, kan? Kenapa tak bagitau ahjussi dah bertunang? "

Yoongi tidak membalas malah terus mengeluarkan telefon pintarnya dari poket seluar. Gambar selfie yang dijadikan lock screen itu ditatap lama oleh Aerin.


Yoongi dalam gambar tu.... Berbeza.... Senyuman serta tatapan yang diberikan kepada gadis cantik di dalam pelukannya terlihat lembut dan penuh kasih sayang.

" Cantik.. Mana dia sekarang? Bila ahjussi nak kahwin dengan dia? Dia tak jealous ke ahjussi jaga client perempuan? "

Yoongi menghela nafas sebelum senyuman kecil dihadiahkan kepada Aerin.

" Dia ada kat Jepun sekarang. Dan... Harap dia jealouslah, mesti comel. "


" Kau pula? Tak ada boyfriend? "

" Tak ada. Tapi saya minat seorang senior sekolah saya. " pipinya bertukar merah apabila terbayangkan wajah kacak Park Jimin. Sudah lama dia tidak melihat jejaka itu.

" Mesti lelaki yang aku tumbuk sebelum ni, kan? Cara kau marah dan risaukan dia dah menunjukkan perasaan kau. " teka Yoongi.

Aerin mengangguk dengan teragak-agak. Senang betul Yoongi teka.

" Aku ingatkan kau suka si Jungkook tu. Lagipun, Jungkook tu lebih baik. Kau pun dah lama kenal dia. Dia lebih faham kau berbanding lelaki lain. "

Kata-kata Yoongi membuatkan Aerin terdiam. Tipulah kalau perasaan suka tu tak wujud. Perkara itu memang tidak asing lagi kalau lelaki dan perempuan berkawan baik. Tapi dia sudah serik ditolak mentah-mentah oleh lelaki itu dulu. Daripada putuskan persahabatan, lebih baik dia terima, kan?


" Yah Jung Aerin! Kau dengar tak? "

Bahu Aerin terincut. Terkebil-kebil dia melihat Yoongi yang mengerutkan dahinya itu.

" A-apa? "

" Aku nak cakap pasal gambar dalam bilik tadi. "

Aerin menghadap Yoongi dengan pantas. Hampir terlupa dia akan gambar itu.



" Budak yang aku peluk tu.... Adik aku dan kau. " katanya ringkas.

Dahi Aerin berkerut tidak faham. Apa masalah Yoongi ni nak menipu orang? Tak ada kerja ke?







" Oongi.... Kau ingat? "

" K-kejap.. A-ahjussi ni Oongi? Tapi- kenapa saya tak ingat saya pernah tinggal sini? " wajah Yoongi dipandang tidak percaya.

Namun soalannya hanya dibalas dengan senyuman milik Yoongi. Perlahan-lahan tangannya naik mengusap rambut Aerin.

" Kau selalu suruh aku bawa kau naik basikal kat kawasan ni. Lepas tu bergaduh dengan adik aku sebab berebut nak naik basikal. "

" Kau dan Yuyu sama-sama manja, nakal. Aku.... Dah anggap kau macam adik aku, Aerin. Jadi kau kena ingat yang aku akan lindungi kau sebaik mungkin selagi kau berada di bawah jagaan aku. Okay? "


Aerin terkedu. Anak mata Yoongi yang bertaut dengannya terlihat sangat ikhlas. Bahkan ayat yang baru saja diungkap lelaki itu juga terdengar lembut di corong telinganya.







" Terima kasih, Oongi.... "


Tanpa mereka sedar, kejadian malam itu telah merapatkan hubungan mereka....

- - - - - - - - - -

13 votes to unlock next chap (tu pun kalau sempat tulis HAHAHAHAHA)

siapa bilang yoongi single hah?

jeng jeng jeng-

jangan pelik kenapa yoongi dan aerin ni disahkan kawan zaman budak ii, kalau korang ingat, kat chap 1 ada bahagian eomma rin bagitau pasal yoongi.

"rin pun kenal dia waktu Rin kecil dulu. "

aku tau hambar, entah kenapa mood menulis tiba ii hilang. padahal aku nak tamatkan story ni sebelum sekolah tahun depan. 🥺💤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro